Wednesday, March 11, 2009

Detik-detik manis..

Insan2 ni yang paling aku sayang.. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku permata hati ku ni.. merupakan pengikat kasih sayang ku antara aku & suamiku sayang..

Bile ingatkan anak2, rasa nyer nak balik sekarang jugak.. x Nak keje (hehehe.. buleh ka mcm tu?).. gambar nie jugak le jadi screen saver kat hp aku...

Ketika aku menjalani kursus BTN.. Masa ni baru selesai lari 2km.. Huh.. letih, tapi Alhamdulillah aku dapat menamatkan larian tu.. dan yang penting aku bukan org yang terakhir dalam larian tue..





Tuesday, March 10, 2009

Penceramah yang paling sporting

Sorry.. Vidoe ni Terbalik..

En. Rahman Salleh - Ketua Jabatan di UiTM

Penceramah ni paling sporting.. mengingatkan aku Jasa2 IBUBAPA aku..

Lepas aku dengar ceramahan die.. banyak yang aku dapat belajar..

Aku lebih menghargai orang disekeliling aku & menghargai kehidupan aku sekarang ni...

kebanyakkan penceramah yang datang, bermula dari bawah.. maksud aku, ade 2-3 org, SPM/MCE diorang berpangkat 4. Tapi sekarang diorang berjaya memegang jawatan Ketua Jabatan di UiTM @ kedudukan yang agak tinggi dalam organisasi diorang..

Aku kagum dengan diorang bahkan membakar semangat aku untuk terus maju.. Semoga satu hari nanti aku akan jadi setiap beliau2 nie...

AMIN...





Friday, March 6, 2009

PETUA-PETUA KAHWIN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

Sentiasa berdoa agar disayangi.

Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

Urut belakang isteri sekali sekala.

Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

Lebihkan isteri daripada anak-anak.

Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

Seeloknya masuk tidur serentak.

Belai isteri sebelum pergi kerja.

Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

Lakukan riadah bersama isteri.

Pergi berkelah sekali sekala.

Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala

Doa &amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Tag From ZIZOU....

Pertama kali Mengandung!!!!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Tak pon.. Memang nak baby cepat2.. sebab tengok ramai member kawin x beranak2.. takut!! kite pon x dapat ank....

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Aqil Thaqif...

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
happy sesangat!!! x tau macam aner nak cakap!!

4.. HOW OLD WERE YOU?
23 years old.

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Rasa Perut keras.. Bile Nak tunduk sakit.. (Tanya Kak Long Dulu sebab die berpengalaman)
Pastu baru beli pregnancy test.. BERBALOI.. Yahooo.. Aku mengandung gak akhirnye..

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Suami ku tercinta..

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Mesti le...

8. DUE DATE?
9 Ogos 2006

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Mabuk... sampai le bersalin.. baru hilang

10. WHAT DID YOU CRAVE?
Pisang Emas... nasib baik dapat..

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
NASIK!!!... makan burger tak ape plak..

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Girl...

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
aahh.. nak boy.. dapat Girl.. ape2 pon.. asalkan die sempurna... Alhamdulillah..

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Pound? tak tau le... 20++kg.. banyakkan..? hehehe

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Takde pon..

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Tak de pon....

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Putrajaya

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Dalam setengah jam je Kot.. tapi lepas 1 jam bersalin baru die antar balik wad..

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Of coz... My Abang...

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
4-5 org kot.. termasuk suamiku

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Alhamdulillah Normal..

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Takde pon....

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
3.02kg..

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
lewat 1 minggu.. nasib baik tak kena "pakse"...

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
UMAIRAH MAISARAH

Tak tau nak Tag sape.. sebab member yang ade blog sume x kawin lagik!!

Aku nak Tag.. sape2 yang bace blog aku nih.. walaupun aku x kenal die.. untuk pompuan jelah.. SELAMAT BERKENALAN!!


Google