Apakah Keracunan Makanan?
� Keadaan di mana seseorang itu mengalami
� Loya dan muntah
� Memulas dan sakit perut
� Cirit-birit
� Kadangkala demam dan kesejukan
Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
� Ketahanan seseorang
� Jenis racun
� Jumlah racun yang termakan
� Umur seseorang
Apakah Punca Keracunan Makanan?Punca utama ialah makan makanan yang
� Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (shell-fish) dan sebagainya.
� Tercemar oleh kuman yang merbahaya
� Tercemar oleh bahan-bahan kimia
� Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainyaBagaimana
Cara Jangkitan
� Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
� Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
� Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
� Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
� Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli
Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
� Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
� Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
� Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
� Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan
Cara mengatasinya :
Rebus hingga mendidih secekak kangkung. Setelah agak kering sedikit, angkat dan sejukkan. apabila telah suam, bolehlah diminum airnya..
No comments:
Post a Comment