Punca-punca Berdengkur
Antara punca boleh ubah yang dikenal pasti menjadi sebab berdengkur ialah obesiti atau masalah kegemukan, saluran tekak yang sempit akibat kelenjar tonsil dan adenoid (sengau) yang besar, rongga hidung yang tersumbat disebabkan masalah alahan atau tulang hidung yang bengkok dan sebagainya. Sesetengah mangsa gejala ini akan mengalami kesakitan seperti sakit dan lemas kerana terpaksa bertarung untuk bernafas dalam ruang yang sempit.
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Tanda-tanda Berdengkur
Selain gejala berdengkur yang mungkin diberitahu oleh orang yang melihat mereka tidur, pesakit yang menghadapi masalah ini juga mungkin mengalami tanda lain yang merupakan manisfestasi kualiti tidur malam yang tidak mencapai kepuasan. Antaranya termasuklah sukar bangun pagi dan rasa mengantuk pada siang hari yang turut akan menjejaskan productiviti kerja seharian. Pesakit akan mudah berasa marah dan tekanan darah yang tinggi atau hipertensi yang sering kali dikaitkan dengan keadaan ini. Mereka yang mengalami dengkur yang kronik boleh mendapat masalah penyakit jantung atau kompilasi kepada sistem pernafasan (sleep apnea iaitu berhenti bernafas kira-kira 10 saat sewaktu tidur).
Mengantuk yang melampau pada waktu puncak siang hari amat berbahaya kepada mereka yang bekerja yang memerlukan tumpuan seratus peratus seperti pengendali jentera dan mesin di kilang, pemandu kenderaan awam dan sebagainya. Bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah, gelaja ini akan membawa terganggunya konsentrasi pembelajaran dalam kelas.
Cara mengatasinya :
Tumbuk lumat 7 biji buah badam. Campurkan dengan air suam dan kacau hingga sebati. Minum setiap hari sebelum tidur..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment