Friday, January 30, 2009

White Coffee (Oldtown Kopitiam) NON-HALAL

Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat Islam di MalaysiaKalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".ayat ini pula..
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui." (Al-Baqarah ayat 42)`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.

'Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah swt seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Di mana di awal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-- Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis di paket bungkusan)- Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada di pasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL.

Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.- Minyak yang digunakan di dalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?- Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10 tahun dah) masih lagi tidak diperoleh.

Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORANNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat Islam di negara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat Islam juga terpedaya dengan paparan pekerja Islam yang diambil bekerja. Di mana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja Islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan di restoran tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoran terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja Islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan, siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL').

Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoran beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda di luar restoran juga sungguh besar menunjukkan pekerja Islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 di seluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10 tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM.

Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang di jabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHITUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat Islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Di mana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL.

Mengapa restoran ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang di hidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:--WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,-NEWTOWN Kopitiam-WHITE HOUSE Kopitiam-PAK HAINAN Kopitiam-JOM BALI Kopitiam adalah 'TIDAK HALAL'Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang diHARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera di dalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoran & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamerkan STICKER TIDAK HALAL.

Bagi yang mengatakan restoran mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.Ini agar umat islam di negara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri).

Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.

Wednesday, January 28, 2009

Today is the day to help PALESTINE




To all of you people who say that they can't do anything to help Palestine because they are not a politician , a famous figure, nor a leader; please accept me telling you that you are wrong! Today is the day to help Palestine (not tomorrow, or after dinner, or after the party)! If you say, 'I don't need to help them because I am not a Palestinian, or I am not a Muslim, or I am not an Arab', well, let me tell you one thing, in the end you are a human being and so are they, and they need your help! Just put yourself in their situation, don't you think that you would need people to help you? Here is a simple bracelet that you can buy to help Palestine. 100% of it's proceeds will go to a charity to help Palestine!
Here is a poem that was wrote by a 14 year old girl called Nada Al-Ramani to her deceased parents:
http://www.cactus48.com/daysgoby.html

Wednesday, January 21, 2009

Rumah Baru

Semalam aku cuti, sebab gi sign aggreement rumah yang kami beli.. bukan besar pon Rumah Flat (650ft)je. Itu je yang termampu kami miliki. walaupun x seberapa, tp ini merupakan Aset aku yang pertama n amat berharga bagi ku. Insya Allah lps Chinese New Year ni boleh le renovate Sket2.. untuk keselesaan kami. lps tue bleh pindah ke rumah sendiri.. ' Ya beda bedu'.. Kate org, duduk umah sendiri ni seronok, nk wt ape pon xde org larang. kalo bleh aku nk hias cantik.. nk beli perabot kt IKEA.. tp itu sume angan2.. blm tau jd ke x.. takut xde burget. memandangkan duit simpanan aku dah 0.. berderai duit aku, wt byr deposit umah.. 20% dari hg rumah. mcm x nk bg je, cek tue kt owner rumah. kalo bleh nk minta je byr instalment. Apekan daya, nkkan rumah.. terpaksa le aku berkorban. Nasib baik di saat2 genting ni, dapat plak duit KUTU.. bleh le wt belanje.. kalo x, alamat nyer makan pasir le aku.

Kursus Induksi Umum N BTN

Ari ni aku dpt memo dari PSM... Mengenai tawaran gi Kursus Induksi Umum N BTN kt Woodland Valley, Hulu Langat. memula dpt memo tu mmg le happy sbb dah dpt kursus yang melengkapkan, salah satu syarat untuk 'Sah' dalam jawatan. Tidak lame lepas tu, teringat kt Damia N Umairah.. EEiiii sedihnyer.. Tambahan Damia masih menyusu badan. 12 hari, bukan 1 hari 2. Dari 19 Feb - 3 Mac, lame tu.. comfirm lepas ni die x menyusu lagi kat aku. Ni yg menyedihkan aku lg. Dengan pengalaman dulu, bile umairah berhenti je susu terus x rapat ngan aku, rapat plak ngan abah die. rase mcm tersisih le plak. Plak tu, ade yang cakap.. nanti aku blik die x kenal aku lagi.. lagi le aku sedih. Mcm x nk gi pon ade.... :`( huhuhuhhu... Walau mcm aner pon aku kena tabahkan hati. Kena gi Gak.. Cayok..!!! Cayok!!!

Saturday, January 17, 2009

Rindunye.....

Menggelamun sorang2, ingat kt My Be Loved Suamiku.. Anak2 dgn aktiviti sendiri.. Umairah sibuk main ngan magazine aku.. Damia plak sibuk ngan menyiarap n angkat bontot.. nk merangkak.. Dah jadi kebiasaan Abg blik lewat... gi menangguk duit org.. hehehe ;-p. Yeay2 ABGKU dah blik.... Sayang Abg.. bye.. jumpe lg next time

Thursday, January 15, 2009

Insan-insan yang tersayang







Bonda Ku Sayang


Suami & Puteri Ku Sayang

Permata hati Ku




Kak Long Tercinta

Kak Chik & BaNg ChIk, I LuV U vErY MuCh







Gunung 3 segi


Indahnya Ciptaan Allah...
1st Time tgk gunung mcm nie..

OTW Balik Raye Haji







Ni lah gambar-gambar yang sempat ku 'Snap' OTW ke Lenggong, Perak


Next Entry akan ku serta kan gambar Kampung Kota Tampan Air .. pemandangan yang cantik. Buat hati ku tenang..aman..









My 2nd Baby 'Damia Qaisara'


Puteri kedua ku... Damia Qaisara.. dijangkakan lahir 08.08.08 tp terkeluar awal 06.08.08. Alhamdulillah, lahir secara normal tanpa apa2 alat paksaan.. Pengamalan mengalami Penyakit Darah Tinggi msa mengandungkan Damia.. Lps je bersalin penyakit tue hilang..

Tuesday, January 13, 2009

blik kg...

Salam....
terasa lambat masa berlalu...
eeiii.. dah x sabar nk blik nie...
nk gi shopping..mkn durian...
nk enjoy sepuas2nye.. ngan kakak2 ku
yg x sabar tggu kepulanggan adik die ni..
Cepat le Chinese New Year...
wat member ku Especially Jason...
Happy CNY...
semoga persahabatan kite berkekalan
Google