Saturday, June 12, 2010

Apa itu kayap?? dan petua mengubatinya

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.


Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan


Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Pantang larang ketika sakit ini.
Jangan makan makanan berminyak.
Buah tempatan tak boleh makan.
Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
Tak boleh kena sabun.
Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

17 comments:

salina salehan said...

bapa saya baru mengidap kayap ular..di belakang dan jugah bawah ketiaknya sudah ada merah dan juga berair...

boleh saya tahu dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang doc yang pakar about this..umur bapa saya sudah 59.tk..

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya memang tak penah menahu tentang penyakit kayap nieh until one of my sis has infected by one. Tak sengajanya saya teserempak ngan blog akak nieh dan terima kasih kerana akak sudi kongsi bersama segala petua dan pantang larang.... Thanks

Admin said...

Anak saya usia baru setahun lebih .. ada tanda merah dan lecur di belakang leher. Saya syak kayap. Jika benar, bolehkah petua diatas apply kat anak kecil saya tu?

http://hasrulhassan.blogspot.com

jika balas:
hasrulhiteg@gmail.com

Terima kasih.

zack qalfez said...

sy bwu kna penyakit ini, sakitnya smpai x ley tidur malam.. x ley sentuh kat tempat ad kayap itu.. sakit sangat2.. insyallah sy akn gna salah satu petua yg akak kongsi 2.. thank sbab kongsi info ini !!!

apizz sulaiman said...

http://www.facebook.com/#!/pages/Ubat-Khas-Untuk-Penyakit-Kayap-Herpes-Zoster-Medicine/126567114111842 boleh contact sy.. 1-2 hari di jamin sembuh dengan izin allah

haslan said...

petua no 6, namanya ubi larut, tenyeh/gosok belakang lesung pastu ambik patinya buat sapu di kawasan kayap tu, pantang makan makanan yg gatai2...terutamanya makanan laut, elakkan makanan yg digoreng seelok2nya direbus atau steam, minum minuman yg menyejukkan badan...getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk sebab penykit ni menyebabkan badan menjadi panas atau demam...insya-allah.....

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Saya sekrang ada 1 biji je , mak saya kata kayap , then , ada ruam di perut . takut nya saya:(

MaSLiNa said...

sebelum bertambah, better cari jalan penyelesaian segera.. harap Yana cepat sembuh :)

u S w a t u η H a s Δ η▲h said...

Takutnya kayap sambung ;(

u S w a t u η H a s Δ η▲h said...

Kayap sambung ;(

Unknown said...

Kayap ngn herpes ni same ke,? Cnfius..

Unknown said...

sya pernah kena masa umur 13tahun, mak guna jagung muda, kunyah dlm mulut hingga lumat..lps tu tampal kt tmpt yg kena kayap td..tgu smpi kering baru bersihkan..amalkan 3 kali sehari..insyallah sembuh..kasihnya ibu bawa ke syurga.. :)

Che Siti Wan Kiambang said...

terima kasih di atas info ni, saya rasa saya pun dah kena penyakit ni, baru malam tadi perasan ada bintik2 merah bertompok di perut menjalar ke belakang badan, pagi tadi cek lagi dah jadi gelembung2 air, macam bernanan pun ya tapi tak leh tengok sbb tak nampak, cuma dpt rasa dgn tangan jer...sekarang baru rasa sakit dan pedih, badan pun dah panas semacam jer ni

Unknown said...

Hi..sy pernah kena kayap nie...memang teruk la berair dan ada nanah...seluruh badan sy ada time mengandung anak pertama...saya sangat sedih dan takut kandungn dlm perut lg...smpi sy d hntr ke hospital check apa sakt saya oleh doktor...bnyk sy kna ambik drh,test kulit n msk antibotik yg kuat sudah...skg tnggl parut2 hitam sj....

Unknown said...

Thanks a lot of utk info tentang kayap ni...

Unknown said...

maaf..virus kayap ini brjngkit atau tidak???

Unknown said...

Virus kayap ni menyerang jika antibodi badan lemah. Bila virus aktif, dia akan serang Urat Saraf. Tu yg berlingkar2 tu. Cara nak elak, sy kongsikan dlm entry ni http://ayachalo.com/penyebab-cara-ubati-dan-kurangkan-kesakitan-kayap-dengan-berkesan/

Google