Thursday, February 2, 2012

Orang Baru

31/1/12.. tak sempat beb nak tunggu 1/2/12.. huhuhu.. I pon dah tak tahan nak menanggung sakit.. hari tu, I dah start bercuti.. Apa kes nak pi opis gak dalam keadaan sakit2 gitu.. kejap dok membongkok.. lagi setengah jam, dok membongkok lagi.. tak ke nanti menyusahkan kawan2 kat opis nanti.. paling tidak pon, boleh timbulkan kerisauan pada diorang.. kira menyusahkan diorang le tu kan..


Dalam tengah hari tu, I rasa sakit makin kuat.. sakit setiap 15 minit sekali.. Tapi dalam pukul 2 petang gitu, sakit tak sekuat sebelum tue.. sakit tue berganjak ke 20-30 minit sekali.. pelik kan.. agaknya baby x nk I tanggung sakit lagi kot..

Dalam pukul 3 petang gitu, sakit makin menggila.. Terus kakak I kat kampung, citer kat die.. kebetulan mak I pon ade kat sana.. diorang plak tak berhenti call I.. Diorg soh I pi hospital cepat.. takut terbersalin kat rumah.. Dalam pukul 4 lebih, sampai le kat hospital.. daftar n masuk cek CTG baby.. dalam pukul 5.28, doktor cek bukaan jalan.. baru 2 cm.. aku rasa masa cek tu, doktor baru kot.. sebab die pon tak confident dah bape cm..

Dah dekat2 pukul 6 gitu, doktor lebih senior datang check bukaan lagi sekali.. masa tu doktor cakap dah 3 cm.. Macam tadi gak.. kadang2 sakit setiap 5 minit.. ada masa tue sakit setiap 10-15 minit.. mcm tak caye je nak bersalin masa tu.. macam sakit memain je.. dalam pukul 6.25 tu.. sakit yang paling dahsyat I rasa.. sekali datang sakit tu, menggigil jugak le I tahan sakit.. sampai nafas jadi pendek.. I tggu le nurse datang, sebab nak mengadu pasal sakit tu le.. sambil2 tu I sempat lagi bersembang dengan patient katil sebelah.. die pon soh I cakap ngan nurse pasal sakit tu..

Tak lama lepas kebetulan nurse datang nak tengok result CTG tadi.. I ngadu le sakit yang tak tertahan n plus rasa nak kencing.. Bile lepas je kencing, sakit tadi lagi bertambah sakit.. plus tak jalan dah rasanya.. terus panggil nurse n masa tu ade 3-4 org lagi tengah tunggu turn nak wat CTG pon tolong I panggilkan nurse sebab tengokkan keadaan I gitu..

Bile doktor cek bukaan.. terdengar diorang ckp sesama sendiri.. 7-8.. waaaa.. Terus laju2 diorang tolak masuk labour room.. ohh ye.. sebelum tu, diorang nak tranfers I pi HKL @ Hospital Kajang sebab full bed..


Ok.. sambung nanti ye.. baby dah nanggis..



Ni die budak yang selalu dok tendang2 perut I.. BAZLI FAKHRUDDIN = Kebijaksaanku, Kepakaranku Kebanggaan Agama..

Beberapa jam dilahirkan..










Masih lagi kat labour room

Tuesday, January 31, 2012

Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Di saat-saat akhir kehamilan, anda mungking mengalami kontraksi braxton hicks yang kerap boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. KOntraksi ini tidak kuat dan akan hilang dalam masa 20-30 minit. Walaubagaimana pun jika sakit beserta tanda-tanda berikut, anda mungkin akan bersalin dalam masa terdekat atau dalam masa beberapa hari lagi..

* Rasa bertenaga dengan tiba-tiba dan nak berkemas
* Rasa lega di bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas - Ini disebabkan baby yang sudah turun atau kepala sudah engage
* Kerap kencing disebabkan tekanan kepala baby pada pundi kencing
* Sakit perut
* Cirit Birit
* Keluar lendir tercalit darah pada faraj - menunjukkan serviks sudah terbuka akibat dari tekanan kepala baby
* Berat badan menurun
* Sedikit peningkatan dalam tekanan darah

Walaubagaimanapun tidak semua wanita mengalami keadaan berikut kerana setiap badan wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang berlaku mungkin pertama kali mungkin tidak berlaku kali kedua.

Tanda-tanda dibawah akan menunjukkan anda akan bersalin pada bila-bila masa.

* Lendir faraj bercampur darah lebih pekat
* Sakit perut dalam masa 5 minit dan tidak berhenti lebih dari 2 jam
* Keluar air ketuban - berlaku pada 15% wanita sahaja

Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring untuk tahan sakit eloklah ke hospital segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka lebih 3 cm..

contraction 15 minit..


Sakit weyyy.. bahagian pinggang n perut... huhuhuhu.. Hanya Allah je yang tau.. tapi ape yang pasti setiap kesakitan itu, maka gugur la dosa2 seseorang itu.. huhuhu yang itu bagi keinsafan sket pada I.. Mak I 7x tanggung kesakitan ni.. Betapa besarnya jasa die.. dan betapa kuatnya die..


Malam tadi, masih lagi tak boleh tidur dengan lena.. terjaga sebab kesakitan yang dialami.. aarrrgghh.. selagi tak kuar sekecik nih.. selagi tu le I menanggu sakit.. Lega je bile dengar kawan I dalam proses melahirkan... semoga die n baby selamat.. AMIN..


Hari ni plak, I gagahkan diri bangun n memasak.. buat keje umah sket2.. sebab tak nak manja2 sangat, moga2 jalan kan lebih cepat terbukak.. dan sekarang, best je tengok Mr.M tidur dengan lena.. malam tadi pon die tidur lena.. sekarang tidur siap melopong lagi.. jeles I.. I plak kejap2 membongkok.. tahan sakit.. huhuhu..


Malam tadi I kol kak Long I.. ngadu kat die.. die bagi nasihat n panduan pada I.. huhuhu.. tenang sekejap.. die tak bagi I dok p.k kan yang bukan2.. yang penting kena happy2kan diri.. makan kena cukup, biar baby aktif..


Iyela, semalam masa buat CTG.. doktor tegur I sebab tak makan.. baby kurang aktif.. pesan die.. "Lain kali kalo nak datang sini, makan kenyang2.." Masa sakit2 nih mana nak ade selera makannya.. tapi hari ni I masak lauk favorite I, supaya boleh rangsang selera makan I..


Harapnya I akan deliver hari ni, sebabnya.. malam nanti boleh balas balik semua waktu tidur tertunggak.. hahahaha..


Ya ALLAH permudahkan segala urusan ku dan izinkan ku bersalin normal.. AMIN ya rabbal alamin..

Monday, January 30, 2012

contraction..

Start semalam, baby mengeras2kan badan.. aarggghhh.. sakitnya.. Semalaman I tak dapat tidur.. Mata bengkak, menanggis plus tak boleh tidur..

Dalam pukul 11 pg tadi, tanda lendir bercampur darah plak turun.. I n Mr. M tunggu le si kakak balik dari sekolah, plannya nak pi hospital le.. memandangkan tanda dah turun..

Sampai2 je hospital, terus buat CTG untuk tengok jantung baby.. Puas jugak I ni menekan benda CTG tu, sebabnya jantung baby tak leh detect.. naik kebas tangan I.. bile settle CTG, Jantung baby pon ok, memula le doktor nak 'menyeluk'.. malu wey, sebabnya doktor tu lelaki plus chinese.. masa die seluk tu, I tutup mata.. hahahaha..

TAPIII!!! serius wey, tak sakit langsung.. pandai betul doktor tu seluk.. pernah ada pengalaman, doktor perempuan 'seluk'.. tangan die halus je, kecik lak tu.. tapi masa seluk, macam nak msuk ke dalam perut je.. huhuhu..

Bile tengok contraction tak bape kuat, doktor cabut jarum kat tangan.. n di suruhnya I ni pulang dulu.. Sebabnya katil wad kat Hospital Putrajaya PENUH!!!.. tak pe la, lagi pon tak sakit sangat lagi.. buat ape nak duk hospital lelama.. Lagi best berjimba kat rumah ngan anak2 n en suami..

Dan sekarang contraction dah mula dirasai.. baby menggeras plus sakit pinggang!!.. Mak + kakak2 I kejap2 kol, tanya perkembangan I macam aner.. waaaa.. terasa diri disayangi.. Tak cukup dengan tu, kata2 semangat diberikan untuk I lalui detik2 ini..

To mak n semua2 kakak I.. Thank you n love u'll very much..

To all my reader's.. tolong doakan saya ye.. jasa kamu2 semua hanya ALLAH boleh balas...

Saturday, January 28, 2012

6 Hari lagi

Masa itu semakin hampir.. Takut + berdebar +Hepi + tak sabar.. Perasaan bercampur baur.. Kalo baby nih masih lagi tak keluar dalam masa terdekat ni, alamatnya kena induce le I... 3rd feb nih kena admit.. waaaa.. takutnya.. Kan best kalo tak di induce.. Harap2 le biar die sakit secara semulajadi..

Bile dengar kawan2 seperjuang dah selamat melahirkan.. Alangkah bahagianya.. Tambahan plak bile dengar diorang ni bersalin secara normal.. lagi laaa.... Ya ALLAH, permudahkan segala Urusan ku.. AMIN..
Google