Monday, May 3, 2010
Senggugut
Apakah itu senggugut? Senggugut atau juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atay ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Antara kesakitan yang dirasai sebelum kedatangan haid adalah bengkak di bahagian buah dada. Ianya juga berlaku semasa haid di mana kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Cara mengubatinya :
1. Tumbuk lumat 3 ulas bawang putih. Campurkan segelas air suam lalu dikacau. Selepas itu, campurkan sesudu madu asli. Selawat 3 kali sebelum minum. Lebih mujarab jika tidak ditapis. Amalkan minum 3 kali sehari.
2. Ambil 3 ulas bawang merah. Potong halus2 dan campurkan dengan segelas air panas. kacau dan minum. InsyaALLAH, cara ini akan menghilangkan sakit senggugut.
3. Ambil secawan air panas dan mulakan dengan BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM. Kemudian, disertai dengan bacaan selawat atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali dan hembuskan pada air sebelum diminum. InsyaAllah, dengan izin ALLAH, sakit akan sembur.
4. Campurkan 7 biki limau nipis dengan segenggam beras lalu diembunkan selama satu malam. Minumlah air ntersebut pada waktu pagi sebelum sarapan. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.
5. Minum 2 kali sehari air kelapa yang dicampurkan dengan gula kelapa (Manisan) ketika datang haid. lakukan selama 3 hari berturut-turut.
6. Ambil pucuk, akar, kulit, batang, daun dan buah betik yang sudah masak (ambil dalam kuantiti yang sedikit). Kisarkan semua bahan tadi bersama segelas air dan tapiskan jusnya. Minum jus itu setengah gelas sehari. Lakukannya ketika anda senggugut. InsyaAllah Senggugut itu akan hilang.
7. Minum air teh yang dicampur dengan sedikit kapur sirih.
Selamat mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment