Thursday, May 20, 2010

Petua Memperbanyakkan Susu Badan

Buat teman2 yang kekurangan susu badan, boleh le try petua nih.. sebab ape?? InsyaAllah malam nanti aku akan citerkan dengan lebih lanjut..

[a] Berurut (dengan bidan).

[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.

[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.

[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.

[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.

[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:

Brokoli
Lobak Merah
Lobak Putih
Seleri
Kobis
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:Makan kulup daun betik setiap hari.

2 comments:

ain said...

nice entry...

a LoT oF LuV said...

Untuk pengetahuan bersama.. hehehe..

Google