Friday, February 26, 2010

Mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi

Lepas accident, masa Mr. M banyak di abiskan di umah main dengan anak2.. main ngan bini.. eiii.. bukan2.. salah tu.. Kan aku gi keje..

Kalo teksi die dah ok, dan die pon dah mula keje, mesti aku dengan anak2 aku terasa sunyi.. Hubungan dengan aku pon semakin mesra sebab die banyak tolong aku dalam menguruskan urusan rumahtangga memandangkan keadaan aku yang semakin tak larat..

Destinasi kami sekeluarga, tentu le Taman Tasik Cyberjaya.. Kat sane best, playground pon besar giler.. Pantang je petang2 mesti Mr. M bawa kami anak beranak ke sana..

Malas nak taip pepanjang.. Korang layan jelah gambar2 nih..





Thursday, February 25, 2010

Accident lagi..

Lupa plak nak upload gambar teksi yang langgar teksi laki aku tu.. Ni le teksi yang berkenaan.. Cuba tengok bebetul, akibat lari dari kemalangan tersebut.. Terbabas atas divider..

Tak tau le macam keadaan pemandu die selepas dibelasah oleh orang ramai..

2 Minggu

Dah 2 minggu Mr. M jadi suri rumahtangga.. Kemas umah & jaga anak.. tu je yang boleh harap.. Masak, je tak boleh..


Walau apapon, Alhamdulillah Mr.M xde ape2.. Biar le kereta yang rosak, asalkan laki aku tak ape2.. Die dilanggar oleh india mabuk.. Dugaan bagi aku.. dah le nak meletup, laki plak accident..


Die dilanggar dari arah bertentangan, kereta yang melanggar tu pon teruk gak.. Tapi cuba lari selepas langgar Mr. M.. Atas bantu orang ramai, (masih ade orang yang prihatin) diorang dapat tangkap pemandu berkenaan. Yang kesiannya plak, die dibelasah oleh orang ramai kerana diorang marah sebab die memandu dalam keadaan mabuk.. Sehari lepas tu, kaum kerabat lelaki tu call Mr. M, dan die bagitau yang lelaki yang langgar tu ade kat wad teruk dibelasah.


Teksi Mr. M masih ade kat workshop.. memula aku tak nak citer kat sini.. tapi bile keadaan dah tenang, baru aku rasa nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni.. Memang dugaan waktu mengandung aku macam ni.. Dugaan yang berat!!


Masa mengandungkan anak pertama, Mr. M accident gak tapi tak teruk.. Mengandung anak no.2 teksi (sumber rezeki aku anak beranak) plak Hilang!!.. bile anak dah kuar baru jumpa balik.. Dan mengandung kali ni pon macam ni.. sampaikan aku jadi fobia yang mengandung sekali lagi..








Dugaan2.. ibarat jatuh ditimpa tangga..

Wednesday, February 24, 2010

Situasi aku sekarang

Barang-barang untuk bawa ke hospital, semua dah ade kat dalam kereta. Kena bersedia, takut2 terasa sakit masa kat opis nanti, kan ke senang.. Terus ke hospital je..

Kat umah plak, aku tak selincah dulu.. Wat keje pon banyak dibantu oleh Mr. M. kalo memasak pon boleh ambik masa 2-3 jam.. wat pelan2 je.. kalo dulu boleh siap dalam sejam.. hehehehe..

Sila salahkan nurse ok.. diorang pesan soh aku banyakkan rehat.. Kalo nak berehat sangat pon tak boleh gak, sebab keje umah memang tak pernah abis.. Kalo aku ikutkan ati ni, memang le umah aku tu jadi macam tongkang pecah!!

Hari ni plak, aku sedaya upaya nak pkai baju kurung.. Alasan utamanya, sebab aku malas nak iron baju pregnant yang panjang menjela tue.. Agak2 macam balut nangka le jugak..

Sejak dua menjak ni, aku 'mabuk' macam mula2 pregnant dulu.. Loya2.. fening2.. muntah, jangan citer.. asyik muntah je sekarang ni.. Nampak je kuat.. Balik je umah.. terus ke bilik air.. lepas tu.. lembik!!

Ok le nak stop dah nie.. nak minum duloooo!! sambung lagi nanti..

Monday, February 22, 2010

Macam-macam ade.. cemas, tak sabar, teruja, takut...

Macam-macam perasaan yang aku rasa sekarang. Bile tengok member2 seperjuangan dah 'selamat'.. Aku plak, asyik gosok & belai2 perut aku ni.. "Sayang, nanti kuar tarikh ...... ye ".. Tarikh idaman tau!! Time2 drive, aku dok berangan2kan muka anak aku yang nie, 'ikut muka sape ye??'. Pastu terbayangkan, perasaan yang akan aku alami bila menatap wajah anak aku ni nanti..

Dan malam semalam, ade lendiran kuar dari ...... aku. Aku agak terkejut dan takut.. Berderau darah aku.. Ehhh, dah sampai masa ke ni?? Dan satu malam aku dok tunggu kalo2 ade rase sakit ke, pecah ketuban ke.. Sudahnya lena sampai ke pagi, takde apa yang berlaku..

Pesan kak long aku, "Jangan jalan jejauh, kalo nak jalan jugak bawa barang2 baby tu.." Terima kasih kak long, salah seorang akak aku yang selalu ambik berat pasal aku.. Siap pesan lagi, soh aku berpantang kat umah die.. Kalo boleh die nak jaga aku sampai le habis pantang, tapi mungkin aku balik berpantang kat umah kak long dalam seminggu je..

Malam tadi plak, aku terjaga dari tidur sebab rase sakit kat ari-ari aku ni.. Pastu pinggang aku terasa nyilu.. pastu terasa nak 'membuang'.. Aku kejutkan Mr. M.. Siap minta maaf lagi.. Nak gi membuang pon rase takut, takut anak aku terkuar plak.. hehehehe.. macam orang takde pengalaman je aku ni.. Pada hal dah nak masuk 3 orang dah.. hiks..

Pagi tadi, Alhamdulillah bangun tido dengan semangatnya nak gi keje!! huhuhuhu.. Bangun, masakkan lauk untuk 'My darling'.. Siapkan breakfast untuk puteri-puteri aku.. Masa nak gi keje tadi, Mr. M tanya "Perut sakit lagi ke..??" hehehehe semakin 'take care' laki aku nih.. Alhamdulillah..

Harap2 aku dapat bersalin pada tarikh yang aku idamkan ittew.. Selamat dan dapat bersalinkan putera aku ni secara normal.. AMIN..

Wednesday, February 17, 2010

Gambar2 orang baru ittew

Lunch tadi aku gi ke Hospital putrajaya melawat kawan aku seperti N3 lepas.. Kedua2nya nama Nurhafizah.. binti je lain2..

Ada cerita disaat2 melahirkan cahaya mata diorang ni.. Dimana, hubby 'Nor' telah tertukar isteri disebabkan nama yang sama.. Waktu kelahiran yang tak jauh berbeza.. Nor bersalin pada 4.28ptg. Fiza plak 4.30ptg..
Bila nurse panggil 'Suami Nurhafizah' masuk ke labour room, dengan penuh confident si Ateh (Suami Nor) ni masuk.. Ingatkan nurse panggil, masuk tengok isteri die.. Bile masuk je.. Die tengok orang lain (Fiza)..

Ateh : "Ni bukan isteri saya nih.."
Nurse : "Ni bukan suami awak ker??" tanya kepada fiza
Fiza : "Bukan suami saya.."

Lawak pon ade bile dengar diorang citer macam ni.. Apa2 pon, Alhamdulillah die dah selamat bersalin.. hanya tinggal aku dengan Ct (Best friend) yang belum bersalin..
Tahniah Nor dengan Ateh.. Dan Tahniah jugak kepada Fiza dengan Kamal.. Semoga dengan kehadiran orang baru, akan mengeratkan hubungan suami isteri korang key... Sayang korang...
* Puteri Kepada Nurhafiza & Kamal - Ex-PTS MKD*
* Putera kepada Nurhafizah & Zairil Faezil - Ex-PTS LPM*

Kedua2nya comel.. Geram aku.. Sayangnya aku tak boleh cium!! sebab aku selsema!! tension!!.. Nasib baik le Autie tak boleh cium baby.. kalo tak.. aku cium diorang nih sampai terjaga dari tido.. hehehehe...

Lagi sorang... lagi

Dalam pukul 9 lebih tadi, aku dapat mesej dari kawan lama aku masa kat LPM dulu.. Nama sama ngan fiza tadi.. Nor Hafizah gak.. Kampung je lain.. Yang ni aku panggil 'Nor'.. Yang si 'Nor' tue, asal dari Kelantan.. Yang si 'Fiza' tadi asal dari Tampin..

Alhamdulillah die pon dah selamat bersalin.. Dapat Baby boy, petang semalam.. Insya Allah, Kalo takde aral melintang.. Tengah hari ni aku nak gi tengok diorang berdua ni, Fiza kat wad 2B dan Nor wad 2A.. Kopak le aku.. dapat 2 orang anak buah dah..

Dalam perancangan aku, nak gi melawat si 'Nor' ni dengan Best fren aku.. Ct. Die pon sama macam aku, tengah sarat menunggu hari je.. Kalo boleh kitorang nak bersalin same2.. hehehehehe.. kalo boleh le.. memula, ajak si Nor nie bersalin sesama gak.. tapi baby die tak sabar nak kuar.. (Boleh plak macam tue.. hiks..) Kalo nak tau, kami ni tiga sekawan.. Gi mana2 mesti bertiga masa kat LPM dulu le..


* Nor hafizah - Ibu kepada Mohd Fitri *
* Kenangan masa LPM dulu *
Dari Kiri : Farah, Zalina, Yani, Ct, Roslina, Aku, Munirah Dan Nor
(Yang tak pakai tudung 2, aku tak kenal.. Menyibuk je!!)
Nor, aku doakan semoga rumahtangga ko dengan Ateh (Kawan LPM gak) lebih ceria dan lebih bahagia dengan kehadiran orang baru.. AMIN.

Tahniah Fieza

Dah lame aku tak apdet blog aku ni. Sebabnya?? Busy.. Hehehe.. alasan betul.. Memang aku busy betul kebelakangan ni.. Melayan perut yang sakit.. tapi belum mau meletup.. tak tau le bile.. harap sebelum Due date.. Melayan kerenah puteri2 ku.. Melayan kerenah baby 'Besar' tue lagik.. hiks..

Anyway, hari nie ade berita gumbira akan ku sampaikan.. Fiza, ex-PTS kat sini dah bersalin semalam.. Dapat baby Girl.. Pukul 4.30ptg semalam secara normal. Alhamdulillah, Selamat die dah.. Mesti rase lega seleganya, sebab tak payah bawa perut yang besar lagik..

Aku ni bile le agaknya ye.. aku belai2 perut aku ni, "sayang, bile nak kuar ni.. ibu dah letih nak bawa nie.."

Insya Allah tengah hari ni, aku dengan member2 opis aku ni nak gi tengok die.. Tak sabar nak gi tengok die.. Tahniah fiza... Semoga berbahagia dengan kehadiran orang baru.. AMIN..

* Fiza Dengan hubbynya *

Thursday, February 11, 2010

Ada ke patut??

N3 yang lepas Mr. M sibuk nak bagi nama anak die yang bakal lahir ni. Aku tak kisah, asalkan makna & bunyi die sedap udah le.. Yang terbaru ni, agaknye die malas nak p.k tapi tetap salahkan aku sebab aku tak terima nama yang die pilih.. Bagi aku, kalo aku letak nama tu.. Comfirm kena kutuk dengan adik beradik aku.. Dan orang yang pertama kutuk, mestilah akak aku yang no.4 tue..

Korang nak tahu apa nama die pilih???? huhuhuhuhuhuhu.. Laki aku sungguh tak boleh blah.. Nama yang dok die p.k2kan sekarang... "OSAMA".. ooooo tidak!! Korang rasa patut tak aku ikut je cadangan die tue???

Kalo boleh aku tak nak nama tue.. Dan kalo boleh biar le best2 sket.. dengar macam moden2 sket.. Susah2 nanti aku letak je 'Muhamad ...... bin Muhamad'.. Nama yang aku target dah ada.. Dah lama aku berangan2 kalo dapat anak lelaki nak letak nama tue.. Nanti le tunggu die kuar, akan ku war-warkan.. Nama tue tak le best sangat.. tapi aku berkenan sesangat dengan makna die..

So, tunggu ye kengkawan..

Dan sekarang, aku masih mencari gabungan nama yang best2.. minta2 le jumpe..

p/s : N3 pasal zoo tue, ditangguhkan lagi.. sebab aku tak simpan lagi gambar2 dalam pendrive aku lagik.. sori ye..

Wednesday, February 10, 2010

N3 yang tertangguh-tangguh

Aku mulakan dengan cerita hepi2 dulu.. Seperti yang diwar2kan minggu lepas. Trip ke Langkawi terpaksa dibatalkan diatas sebab2 tertentu.. Plan tu ditukar kepada balik kampung aku.. Walaupun akak2 aku bising sebab aku balik time diorang takde..
Dan secara tak langsung aku ni jadi tukang masak kepada husband2 diorang dengan anak2 diorang.. Alhamdulillah, masakan aku tak pon di complain.. Semua yang aku masak diorang makan dengan lajunya. Aku ni bukan pandai masak berbanding akak2 aku tue.. Sebab diorang jadi sumber rujukan aku, kalo2 aku tak pandai nak masak sesuatu..

Aku bertolak balik kampung hari sabtu lebih kurang pukul 6 ptg.. Sampai dalam pukul 7 lebih camtu, tapi aku singgah kat pasar malam Alor Gajah membeli lauk.. Lebih kurang pukul 10 malam.. baru sampai umah kak long aku.
Sampai je kat umah kak long aku, Alhamdulillah rumah bersih tak macam aku sangkakan.. aku dah terp.k.. "mesti umah macam tongkang pecah ni.." Boleh harap jugak anak bujang kak long aku.. siap masak lagi..

N3 akan datang.. trip aku ke Zoo Melaka..

Tungguuuu.. kembali lagi esok..
.: Bergambau ngan hubby Aku :.


.: My beloved Husband :.

.: 2 puteri ku :.

.: Damia Qaisara :.


.: Aku dengan puteri kesayangan :.
.: Dengan puteri tercinta :.
.: Umairah Maisarah :.

Monday, February 8, 2010

Macam-macam hal

Macam-macam benda yang jadi seminggu kebelakangan ni. Tapi tak dapat aku ceritakan sekarang, sebab gambar2 tak sempat aku uploadkan disebabkan masalah yang tak dapat elakkan.

Hari ni plak, aku terbangun lewat.. Pukul 6.40 baru tersedar. Gara2 Damia muntah pukul 2.45 pg tadi.. sah2 le, dah bangun susah nak tido balik.. Dalam pukul 4 baru die tidur balik..

Weekend lepas plak, aku bz menguruskan puteri2 aku. Sampaikan takde masa nak update blog aku ni.. Insya Allah kalo xde ape2 halangan malam ni akan aku uploadkan gambar2 tertangguh tue..

Dalam pukul 9 ni plak, aku kena gi Hospital Putrajaya, Nak booking bed nak bersalin nanti.. Sebelum tue, aku kena ganti P.A dulu.. hihihihihi.. Jumpa lagi.. esok.. (Kalo tak terbersalin...)

Friday, February 5, 2010





Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam
sendi.
• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu
kala lagi.
• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan
kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk
reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan
dan jari.
Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes
Cara Mengubatinya :
Kupas kulit sekeping kaktus. Bungkus dengan daun pisang dan panaskan sehingga 3 @ 4 minit dengan api sederhana. Sejukkan sekejap. Setelah sejuk, tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

Thursday, February 4, 2010

Melawaskan kencing / kencing tidak lawas


Cara Mengubatinya:

1. Amalkan minum jus menkudu 2 kali sehari. Untuk mengurangkan rasanya yang kurang enak, campurkan sedikit perasa oren atau sirap.

2. Parute sebelah kelapa dan perahkan sekali untuk mendapatkan patinya. Minum santan yang diperah tadi atau cicah dengan roti.

3. Kisarkan 2 potong nenas kurang masak dengan 2 gelas air. Kemudian tapis. Minum 2 kali sehari setiap hari sehingga penyakit itu berkurangan.

4. Minum air basuhan beras yang sudah dibersihkan sebanyak 1 gelas setelah makan tengah hari. Amalkan cara ini sehingga sembuh.

5. Basuh 1 cawan barli dan rebus sehingga kembang. Campurkan dengan sebuku garam dan sedikit gula. Amalkan minum air barli setiap hari.

Selamat mencuba..

Wednesday, February 3, 2010

Tengah Bzzzz....

Lama dah aku x apdet blog aku ni, iye.. aku bz sket sekarang ni.. Kat umah, sibuk menyiapkan barang2 baby dengan barang2 aku untuk dibawa ke hospital nanti.. Kalo tak pon, bz melayan kerenah puteri2 aku.. kalo tak pon, jalankan tugas isteri n ibu.. Kalo dah siap semua tue, aku lagi senang berehat2 dan bersenang lenang kat atas katil. Mak aku pon dah pesan, soh banyakkan rehat.. Jangan p.k macam2.. Jaga kesihatan diri sendiri.. Ini semua gara2 tekanan darah yang meningkat minggu lepas..

Aku 'dipaksa!!' oleh nurse Klinik Kesihatan Putrajaya ni, wat check up BP setiap hari selama seminggu.. Hasilnya, 'Doktor Jameaton' mengesahkan yang aku takde.. TAKDE ok!! darah tinggi.. Sebab tekanan darah naik, mungkin aku nervous kot.. hehehehehe.. Alhamdulillah.. Esok plak aku kena gi check up lagi.. kat Klinik kesihatan Seri Kembangan plak.. buat masa sekarang ni, aku jadi serik nak mengandung lagi.. Sungguhhh!!! Takut kandungan akan datang pon akan jadi macam ni lagikss...

Disebabkan benda2 ni sume, aku dah lame x memasak kat 'Cafe world' dan bercucuk tanam kat 'Farmville'.. Aku lebih senang berehat je.. Tambahan plak, akak2 kat kampung dah mula bising.. diorang kata perut aku nih dah ke bawah sangat.. Macam dah dekat nak bersalin je.. Bukan akak2 aku aje.. Tapi, sesape yang berpengalaman le.. asal jumpe aku je, diorang tegur.. "Macam menunggu masa je.." Kalo diorang kata macam tu, aku senyum jelah.. Dalam hati aku, "bagus2.. cecepat le kuar nak, ibu dah tak larat nak bawa.."

Kat opis plak, aku sering masuk lambat sebab awal2 pagi aku kena gi check up BP aku dulu.. sampai je opis.. Tergesa2 siapkan keje @ apa yang patut.. sebab kalo boleh aku tak nak tinggalkan keje terbengkalai, gara2 'terbersalin' awal.. Sekarang ni, aku tengah cube wat list bagi memudahkan orang yang menanggung keje aku nanti..

Buat kawan bloggers semua, mohon korang doakan aku selamat bersalin wokey.. Sebelum aku undurkan diri.. Aku nak minta maaf pada korang semua, kalo ade yang terguris @ terasa dengan N3 aku sebelum2 ni.. "Yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri".. Sekali lagi aku susun 10 jari mohon kemaafan dari korang semua..

Semoga kita akan berjumpa lagi di lain N3.. Bye..

p/s : nanti kan cerita terbaru tentang orang baru.. hihihihi..

Tuesday, February 2, 2010

Penawar sakit dada

Potong beberapa hiris halia dan perahkan airnya dalam gelas. Campurkan sebiji kuning telur ayam kampung dan satu sudu madu lebah. Kacau sehingga sebati. Minumlah campuran ini setiap pagi.

RENUNGAN : Perjalanan Untuk Solat Subuh

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid .
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama !
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju ,
berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masj id ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu .
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .
Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'
Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .
Google