Wednesday, February 2, 2011

Atasi masalah kencing malam


NAMA teknikalnya disebut sebagai enuresis (en-yoo-ree-sus) iaitu sebutan dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa orang biasa, ia lebih dikenali sebagai kencing malam. Mungkin ramai yang mengangguk tanda tahu bila menyentuh tentang perkataan 'kencing malam'.

Masalah yang disifatkan sebagai satu tempoh transisi untuk golongan ibu bapa itu sesungguhnya tidak mudah untuk dilalui.Bagi si anak, kencing malam bukan satu perkara menyeronokkan atau melucukan.

Tanpa bantuan orang dewasa, senario itu kemungkinan menjadi satu mimpi ngeri sepanjang tumbesaran anak.Justeru, ibu bapa perlu sedar terdapat pelbagai faktor penyebab kencing malam. Ketidakmatangan otot pundi kencing, perubahan gaya hidup dan ketidakstabilan emosi merupakan dalang di sebalik permasalahan itu.

Kira-kira 15 daripada 100 kanak-kanak di dalam satu-satu populasi mengalami masalah kencing malam. Otot pundi yang belum matang tidak cukup kuat untuk menahan kencing sepanjang malam. Ini menyebabkan pembuangan air kencing secara tidak disedari berlaku.

Namun, situasi itu tidak akan berlarutan. Seiring dengan peningkatan usia, masalah kencing malam dapat diatasi secara semula jadi berikutan proses kematangan pundi.Dalam tempoh tumbesaran anak, perubahan gaya hidup banyak mempengaruhi tahap kesihatan fizikal dan minda mereka.


Cara2 mengubatinya:


1. Cari sarang semut yang melintangi jalan. Ambil sedikit tanah atau pasir dari sarang tersebut dan titiskan sedikit air. Setelah itu, sapukan sedikti campuran tersebut di perut dan belakang anak anda. Bacalah Selawat 3 kali sambil menarik nafas. InsyaALLAH.

2. Rebus 2 genggam daun inai hingga pekat airnya. Minum selama 3 hari berturut2.

3. Ambil 1 sudu kecil madu lebah dan perah sedikit air lemon. Berikan pada anak sebelum tidur dan pada waktu pagi.

4. Asahkan putik kelapa di belakang pasu. Ambil airnya dan sapukan ke ari2 anak.

5. Campurkan tembakau sebesar ibu jari dengan sedikir kapur sirih. Kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. buatlah selama 1 minggu

Selamat mencuba..

No comments:

Google