Friday, June 12, 2009

Sayang ko Nik..

Hehehehe.. sayang setelah die tegur, lebih kurang camni le ayat die.. "Aku nampak badan ko macam dah turun sket.. Banyak gak beza dari yang dulu"... Ko tau x nik.. masa tu aku rase macam nak loncat2 je dlm lif tue.. Tapi control.. sabau2.. lepas die cakap tue sampai laaa ni.. sengih sampai telinga..

Semangat aku nak turunkan badan aku lagik nih... Minta2 le badan turun macam zaman anak dara dulu... AMIN.. lalalala..

Nie le Nik Yang aku maksudkan
p/s : Nik.. gambau nie aku cilok dari blog ko... Jangan mare ye!!

Chaoik..Chaoik!!

Hari aku mula kerja setelah bercuti semalam.. Alamak malas nyer nak ngadap 5S.. Awal2 pagi nie kena siapkan kerja sendiri dulu.. banyak kerja tertindan gara2 5S.. Macam yang aku cakap.. Kena wat kerja memakcik yang lepas tangan nih.. 10sion aku!! Sesedap rase diorang je nak lepas tangan (bikin hati wa panas) tapi tak berani nak cakap nanti gaduh plak.. Biar jelah..

Hari kak dila cuti palk.. nampak muka nie sensorang gi masuk bilik fail tue.. Boring sayyyyy..

Thursday, June 11, 2009

Lima jahanam. Kureng asam btul diorang nie

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Lima lelaki bernafsu syaitan seolah-olah dirasuk apabila sanggup menjadi tanah perkuburan di pinggir ibu kota sebagai ‘hotel lima bintang’ untuk melampiaskan nafsu serakah mereka selepas menculik seorang gadis.

Kumpulan penjenayah terbabit dikesan bukan sekali melakukan kerja jahat itu di atas kubur, malah sudah mengulanginya beberapa kali sebelum ini.

Lebih menghairankan apabila kumpulan terbabit lebih terangsang untuk merogol mangsa mereka di atas kubur biarpun menyedari ia kawasan pengebumian jasad manusia yang sudah meninggal dunia dan dikaitkan dengan roh baik dan jahat.

Malah, kekejaman kumpulan itu terbukti apabila mereka merogol seorang gadis berusia 20-an secara bergilir-gilir selepas mengikat tangan dan kaki mangsa pada batu nisan. Dua daripada perogol itu memegang mangsa yang meronta kesakitan ketika seorang lagi rakan mereka merogol wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, seorang wanita yang diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Indah di sini, menjadi mangsa nafsu buas dan aneh kumpulan penjenayah terbabit.

Mangsa yang hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya dihalang oleh sebuah Proton Wira sebelum seorang daripada lima lelaki dalam kenderaan berkenaan menariknya memasuki kereta itu.

Difahamkan, suspek mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya dia menjerit atau melawan.

Mangsa yang bimbang keselamatannya terancam, terpaksa mendiamkan diri dan patuh kepada arahan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, nasib malang wanita itu berterusan apabila dia dicabul berulang kali oleh empat suspek dalam kenderaan sebelum penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, di sini.

Sumber berkata, setiba di lokasi berkenaan, mangsa dipaksa mengekori mereka ke kawasan perkuburan sebelum kumpulan terbabit merogol wanita berkenaan berulang kali.

“Setahu saya, mereka mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan tali pada batu nisan sambil dipegang dua lagi penjenayah. Tindakan itu dilakukan bagi memudahkan mereka merogol mangsa yang meronta kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita terbabit yang diculik kumpulan terbabit diperlakukan bagai hamba seks selama lebih satu jam.

“Selepas ‘misi’ selesai, kumpulan terbabit menghantar mangsa ke kawasan Taman Muda, Ampang, sebelum mengugut akan mencederakannya jika membocorkan kejadian berkenaan kepada sesiapa.

“Malah, kad pengenalan mangsa juga dirampas kumpulan itu sebagai bukti untuk mencarinya semula jika dia melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Difahamkan, mangsa terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer untuk pulang ke rumahnya sebelum menceritakan peristiwa hitam itu kepada ahli keluarganya.

Mangsa dibawa keluarganya ke Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk membuat laporan kejadian berkenaan.

Difahamkan, mangsa turut meminta perlindungan daripada pihak berkuasa kerana bimbang dicederakan kumpulan penjenayah terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Wednesday, June 10, 2009

Shukery Hashim meninggal dunia.. Takziah..


Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah..

KUALA LUMPUR: Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.



Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan barah pankreas selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Lagi cerita mengenai Shukery Hashim..

Shukery Hashim meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.

Isterinya, Faridah Md Desa berkata walaupun pembedahan itu tidak mampu membantu penyakitnya, namun doktor menasihatkannya untuk menjalani sesi kemoterapi di HUKM.

Shukery, 55, berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan televisyen pada 1987.


Antara filem lakonan beliau ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh...Dia Datang.

Antara anugerah yang dimenangi beliau ialah Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.

Jenazah Shukery dibawa ke rumahnya sebelum dikebumikan di Taman Watan, Ampang.

Tuesday, June 9, 2009

Faizal @ Batang Benar

Seperti yang diwar warkan sebelum nier, aku ader bercerita pasal kenduri kawen anak sedara mr.M.. hari ini aku ade kelapangan untuk upload gegambar nie sume.. maklumle nak upload tue lambat gilors... tambahan plak Damia tengah tido, Umairah plak gi umah kakak aku, main ngan sepupu die.. nie le gegambar yang aku cakap tue.. gambar2 ni Mr.M yang ambik.. sebab aku sibuk uruskan pU3-PU3 aku masa tue..

Bergambar bersama Mempelai
Bapa Pengantin Lelaki a.k.a biras aku
Tepung tawar.. MIL aku

Ini Plak Mak Pengantin a.k.a Kakak Ipar aku

Sama cantik sama pada
Layan jelah..




Google