Friday, July 3, 2009

Masak diawal pagi

Seperti biase aku akan bangun seawal pukul 5am untuk masak lauk & nasi... Sebab Mr.M sekarang dah biase makan nasik diawal pagi..hehehehe.(senang le aku.. Masak 1x @ 2x je sehari).. lgpon aku yang ngajar!!!..

Tapi pagi tadi aku bangun seawal 2am sebab Pu3 sulung ku (Umairah) x bleh tido, Kembung perut.. aku x tau le ape yang die makan semalam. Sudahnya, lebih kurang pukul 3++am aku bangun untuk memasak.. kalo aku bangun pukul 5 pon kena masak gak, lgpon aku nak bersahur..

Masa masak plak, Mr.M tanye.."nasik dah masak dah?". Alamak, nie mesti nak makan nier.. x pon die tergugat dengan haruman kari ayam aku.. nyum..nyum..nyum!!! aku pon tergesa-gesa le masak nasi, kari ayam & ayam goreng.. sayur x sempat nak masak.. Blm siap masak lagi, die dah tanye.. "Dah masak blm?" sah... lapar ke Mr.M nie.. dah dua kali tanye nie.. blm sempat lagi kentang empuk, die dah ambik nasik.. Bantai le bang...

Aku plak, sudah je masak terus gi mandi.. lepas mandi baru sahur.. lepas je sahur.. Boom.. tido...
Dek kerana keletihan aku bangun pukul 7.10am.. Subuh Gajah le aku.. siap2 gi opis.. seb baik x lewat.... sampai opis pukul 7.56am...

Eiii.. x sabar nak tggu esok.. nak bangun lewat!!!!

Thursday, July 2, 2009

Ayat cinta Mat Afrika

Cerita yang akan korang baca nie, tajuk depan Akhbar Harian Metro.. Kat sini aku nak ceritakan sket pengalaman tentang Mat Afrika nie.. Minggu lepas kan aku ade gi kursus kat 'De Palma, Ampang'. Masa nak gi Mr.M hantar, tapi balik, aku balik naik bas je.. sebab Mr.M malas nak harungi 'Traffic Jam'.

Nak dijadikan cite, aku balik naik Bas Metro dari 'De Palma' ke Kuala Lumpur untuk dapatkan bas terus ke rumah aku. Ketika sampai kat KLCC ade seorang Negro nie Naik. Pastu next bus stop plak, ade plak minah Indon naik terus duduk sebelah negro tadi.. (aku perhati je diorang sebab diorang ade kat depan aku) Minah Indon nie plak seksi jugak.. Terpancar le wajah2 gumbira kat negro tadi.. pastu mula le sesi berkenalan.. tukar2 no. telefon.. pastu, aku x tau le ape yang si negro nie dah cakap pada si Indon ni sebab si minah indon nie, tunjukkan memek muka die pada kawannye di sebelah (tak faham aku!!).. die syok kot, dapat kawan org oversea..
Bile dah sampai destinasi masing2 diorang berpisah sambil mengucapkan selamat tinggal.

Mesti Minah indon nie dah kena ayat ngan Mat afrika tue, sebab nampak muke minah indon ni sangat lah ceria.. Apa le agak2 yang dijanjikan Mat Afrika tue agaknye.. Biasa le ayat diorang memang manis.. Aku x kisah le kalo minah indon nie terpikat ngan Mat Afrika.. TAPI!! jangan le orang2 kite ni boleh terpikat ngan diorang.. banyak lagi orang oversea yang boleh diambil sebagai pakwe ke ape ke.. Lagi Kaya.. lagi hensem.. macam IMAD ke.. hehehe..

Korang baca artikel ni plak..



KLUANG: Bisikan cinta dan janji manis tiga lelaki dari Afrika membuatkan sebilangan gadis sepi yang ingin mencari pasangan hidup dibuai mimpi indah hingga tidak menyedari mereka menjadi mangsa penipuan terancang.

Bermula dengan perkenalan di laman sembang, lelaki terbabit bijak bermain perasaan bagi meyakinkan gadis tempatan mempercayai kata-kata mereka termasuk menghadapi masalah kewangan.

Lelaki warga asing terbabit turut mempergunakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan untuk mendapatkan kemudahan akaun bagi menjalankan transaksi antara bank dengan mangsa.

Gadis sepi yang kemaruk cinta dan mempunyai pendapatan tetap sering menjadi sasaran tiga lelaki terbabit.

Selepas wanita tempatan terpikat pujuk rayu lelaki warga Afrika terbabit, mereka mula meluahkan pelbagai masalah berkaitan kewangan dan memohon pertolongan dengan tawaran ganjaran besar seperti berlian, telefon bimbit, wang tunai dan komputer riba.

Bagaimanapun, sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga apabila lelaki warga Afrika terbabit yang disyaki sudah menipu ramai gadis di negara ini ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata kegiatan warga Afrika itu dibongkar dalam kejadian 18 Jun lalu apabila seorang wanita berusia 27 tahun menerima panggilan daripada seorang daripada tiga lelaki Arfika terbabit yang mendakwa kononnya menghadapi masalah berikutan barang yang diimport ditahan di Pelabuhan Klang.

“Mangsa dan lelaki itu dipercayai sudah berkenalan kira-kira dua bulan lalu menerusi laman sembang dan apabila menyatakan masalahnya, lelaki terbabit berpura-pura meminta bantuan kewangan untuk mengeluarkan barangnya.

“Sebagai ganjaran, wanita itu dijanjikan sejumlah wang tunai, berlian, telefon bimbit dan komputer riba sebaik barang yang ditahan itu dikeluarkan.

“Terpedaya helah lelaki terbabit, mangsa membuat tiga transaksi memindahkan wang RM11,200 ke dalam beberapa akaun di Kuala Lumpur dan Selangor sambil menunggu barang dijanjikan,” katanya.

Selepas menunggu beberapa hari, namun belum mendapat ganjaran dijanjikan, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 21 Jun lalu.

Hasil siasatan bersama pasukan IPD Kluang dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, pihaknya melakukan beberapa serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bermula 23 Jun lalu.

“Berikutan beberapa serbuan, kami menahan tiga lelaki iaitu dua dari Ghana manakala seorang lagi dari Nigeria.

“Selain itu, kami menahan empat lelaki tempatan dan seorang perempuan tempatan yang semuanya berusia 25 dan 38 tahun,” katanya.

Menurutnya, beberapa barang turut dirampas termasuk lebih 20 kad ATM, tujuh kad kredit, tujuh buku bank, tiga kad pelajar warga negara asing, dua lesen memandu antarabangsa, tiga komputer riba, lapan telefon bimbit dan wang tunai RM12,100.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati tiga warga negara asing itu tidak belajar di kolej yang dinyatakan dan mereka dipercayai hanya mendaftar saja untuk mendapatkan pas dan kenalan tempatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Semua suspek direman hingga Isnin lalu sebelum diserah kepada IPD Melaka bagi siasatan kes seumpama itu.

Mohamed Fawzi berkata, mangsa yang berasal dari Kluang hanya seorang dan difahamkan kumpulan terbabit turut menipu orang dari negeri lain seperti di Melaka dan Malaysia Timur.

Berikutan itu, orang ramai jangan terlalu mudah terpedaya janji orang yang baru dikenali terutama menerusi Internet.

“Selain itu, tawaran yang diberikan tidak munasabah berbanding apa yang diminta jadi adalah lebih baik berhati-hati supaya tidak tertipu,” katanya.

Wednesday, July 1, 2009

Yeay!!! MOF dapat Sijil 5S

Alhamdulillah.. segala usaha kami berbaloi!!! Di umumkan.. "Bahawa Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya berjaya memperolehi Sijil 5S dari MPC"...

Buat Kengkawan ku di MOF.. Tahniah jugak buat korang!!!

5S punye cerita

Walaupon 5S dah abis dengan jayanya, tapi aku nak gak cerita.. Satu seorang pegawai nie, Bilik die.. Ya Allah Serabut gile, sesape yang masuk bilik die mesti pening kepala.. Disebabkan program 5S nie, die berjaya le bersihkan bilik sampai berkilat (tipu le tu).. Disebabkan bilik die dah bersih.. so, die dengan bangganya telah memanggil satu ofiser lain untuk audit bilik die.. Si opiser nie, mesti le bg komen yang best2 je sebab kawan kan...

Walaupon 5S nie membebankan.. tapi ade hikmahnya.. Ianya telah menjadikan persekitaran Bhg aku nie lebih selesa dan menarik.. keje pon tenang je hati...

Hari nie plak, En.A telah belanja 'Laksa Johor' (ohh my favorite!!!) satu Bhg!... Jika En.A membaca N3 nie, Terima kasih daun keladi.. kalo bleh belanje le lagik.. Wakakakaka...

Terima kasih

Terima kasih kepada insan yang sudi tolong aku carik kan member aku.. Jasanye tak dapat ku balas.. Semoga hidupmu diberkati oleh Allah.. Sape ye, name ko.. sebab ko x bgtau name.. kalo bleh introduce kan name ko... keje kat mane.. semoga kite boleh jadi kawan.. mane le tau kalo2 boleh jadi kawan rapat ke.. Anyway aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga sebab berusaha carik balik kad kawen member aku tue, semata-mata nak bg aku no contact kawan aku tue..

Sekali lagi Terima kasih bebanyak...
Google