Wednesday, August 10, 2011

Puasa.. n Isu Penggabungan Puasa Qadha(wajib) dan Puasa 6, Syawal(Sunat)..

Masa2 bulan puasa ni, teringat kenangan berpuasa bersama ayah n mak tersayang.. masa kecik le niih.. Masa memula belajar berpuasa.. I dibuli dengan kakak n ayah.. dah le 1st time bangun sahur.. Umur I 7 tahun, kalo tak silap.. Niat yang diajar oleh kakak I..

"Nawaitu saumadagang, nasi disuap ikan dipegang.."

I ni ikut jelah, sambil2 diorang soh pegang ikan sekor... huhuhuhu.. Jadi bahan ko.. kena gelak sampai sudah.. Sampai I nanggis le. huhuhu sedey, dah le baru nak belajar pose.. kena buli plak tue..

Betapa I men'gagah'kan diri berpose masa tue.. Bile sampai waktu berbuka je, I lantak minum air bebanyak n makan tembikai.. Sampai muntah2.. Tapi masa tengah2 hari asyik masuk dalam bilik air.. oooo sejukkk!!!.. mandi, cuci2 muka n berendam (curik2 dari Mak n ayah..)

Masa Umur cecah 14 tahun masa tue dah baligh.. Tapi masa tahun tue I dapat berpuasa penuh.. Ayah pon naik pelik, I asyik bersahur n berbuka same2 tanpa tertinggal..

Ayah : "Dah bape hari tinggal pose??"
I : "Tak tinggal pon.. penuh yah"
Ayah : "Oooo.. patut lah, ayah tengok ko asyik ade je time sahur n berbuka.."

Lama dah tak dapat pose penuh sebulan.. Harap2 le tahun nih boleh pose penuh..

Alangkah liatnya nak mengganti pose tu nanti.. Dan ade gak I dengar di kalangan teman2.. meng'Qadha' puasa tertinggal ngan Puasa 6.. Maknanya yang wajib n sunat dibuat sekali harung.. Tapi adakah ianya dibolehkan dalam Islam???

Ada gak yang I dengar, yang Wajib tak boleh dibuat sekali ngan yang sunat.. Ini die hasil carian I untuk selesaikan persoalan ni..


Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

p/s: Haaa.. dah terjawab pon persoalan itu.. Kepada teman2 terbaca artikel ini, harap2 kite same2 sebarkan kepada teman2 yang lain..

Tuesday, August 9, 2011

Puas hati aku!!!

huhuhu.. memula malas nak update, sebab keje banyak.. (plus malas..!!!).. Citer pasal semalam, Mr.M kena cover kat Gerai kajang.. N I kena cover Taman Equine..

N3 pasal bebudak yang tolong Mr.M le ni.. Kelmarin I datang menyibuk.. Dan I terdengar, ade sore pompuan ngada2 datang meng'ayat' budak Jay nih.. Sore punye le manja, muntah hijau kalo u'll dgr..

Pompuan ngada2 : 'Alaaa abg hensem... rm2 sudah le bang..'

Jay : Tersenyum tersipu2 ko... (masa tue tengah ramai customer plak tu!!)

I malas nak mare2 kan.. Kalo diikutkan, ape hak die sebagai pekerja bagi diskaun pada orang tanpa pengetahuan I or Mr.M kan.. Tapi biar jelah.. malas nk bising2.. Kalo nak ikutkan memang le rugi RM2 untuk 3 ketul.. sepatutnya RM2.40.. takpe lah kan 40sen je.. Janji duit tak short banyak.. kalo setakat short RM2+.++ takpe.. boleh diterima..

Kes semalam plak, I kena cover equine.. kot2 ade ape2 hal kan senang.. lagipun gambar I ade terpampang kat lesen..

Pompuan gediks tu datang lagi.. huhuhu.. tak boleh jadi ni!!! dengan segera I ke depan.. soh budak tue wat keje lain.. agak berebut gak la ngan die nak serve si gediks tue.. I dengan tegasnya, soh gak die wat keje lain.. sore die pon dah lain..

Jay : 'Ala kak, tu awek saya tu..'

I : 'Ko gi le buat keje tue.. sambil2 tue ko ayat le die..'(ckp ngan nada lembut ye..)

Gediks : 'Nak ayam 1, Daging 1..'

I : 'Ok, RM 1.60'

Masa tu muke die merah ko.. PADAN muke ko.. sesedap ko je nak murah.. n I rasa bukan setakat murah je budak jay nih bagi, malah bagi xtra lagi kot.. sebab lepas barang bertukar tangan.. kawan die plak gelojoh bawa kuar duit.. kalo takkan die sorang je beli.. kalo beli 2 dapat 4 kot.. I malas nak bising, sebab BOS pon tak bising.. Tapi I takkan biarkan orang pijak pala SUAMI I kan.. kite tangani ngan cara halus je..

Dengan kawan die pon I caj sama gak.. takdenya nak diskaun2.. kawan2 I datang pon I tak bagi diskaun.. cume insan terpilih je.. setakat kawan yang tak bape nak rapat tue memang tak dapat le kan.. Bisnes is bisnes..

Hari ni pon I nak gi menyibuk, walaupon Mr.M I ade kat sane.. saje, nak tengok pompuan tu dtg lagi ke tak.. kalo datang, comfirm I layan die.. tak nak bg budak tue layan.. I nak die rase macam orang lain.. beli harga yang same..

Malam tadi I citer ngan Mr.M.. Die gelak besar.. n I soh Mr.M tegas sket.. jangan diam je.. lame2 orang pijak kepala.. tapi Mr.M ni cool orangnya, setakat hal kecik2.. die malas nak bising.. bini die je yang over.. I ni mule le menghasut... kalo sehari Rm0.40 darabkan 30 hari.. Termenung Mr.M.. Lame2 die lemak, sesuka bagi kat orang lain plak nanti.. dari seorang merebak ke 5-6 org plak..

Susah gak nak handle staff2 bawah2 nih.. huhuhu.. ckp lelebih nanti kecik ati plak.. ade cadangan tak?? macam aner nak handle benda ni..

Monday, August 8, 2011

06.08.08

Sabtu lepas, 06.08 besday 'Damia Qaisara'.. Takde sebarang sambutan.. sebab nak sambut sekali ngan si kakak.. Besday die 14.08.. Kan bulan pose sekarang, kat sekolah die pon I tak buat sebarang sambutan, bagi menghormati bulan Ramadhan..

Cume masa besday Damia, I ade le beli hadiah kecik untuk die.. soh 'kakak' yang tulis ucapannya.. Macam si kakak le yang bagi.. I n Mr. M tak bagi ape2 le.. hukhukhuk.. I mmg nak bagi something kat diorang tapi, tttuuuunggguuuu.. I dah 'aim' dah hadiah yang hendak diberi.. pembalut die sekali ye.. Tak tau le Mr.M nak bagi ape plak kat diorang..

Teringat le kenangan masa bertarung nyawa untuk lahirkan puteri kedua ku.. Alhamdulillah, setakat ni.. die yang paling senang nak lahirkan.. tak yah nak push2 bagai nak putus nyawa.. kuar dengan mudah n lajunya.. air ketuban pon pecah sendiri nye.. tak sempat nurse nak pecahkan.. cume, masa kuar.. rambut cacak2.. huhuhuhu.. Minta2 le dapat rasai proses yang mudah mcam tu lagi..

InshaAllah, nak tempek gambar masa celebrate nanti.. doa2kan I nih 'ingat'..

Friday, August 5, 2011

Birthday + MC N3..

Assalamualaikum..

Wahhh... dua hari I cuti.. hari ni datang, meja I punye le terabur.. sabotaj ke ape nih??.. huhuhuhu.. Takpelah, memang dah keje I pon.. Tapi tolong le susun elok2.. Ni macam kapal pecah.. Nak mare I ke sebab I cuti lelame?? 3 Ogos memang le I ambik cuti.. 4 ogos.. I mc.. bukan sesaja mc, dah memang I sakit kan.. kang aku muntah kat partition nih kang, sape nak cuci.. ce jawab ce jawab.. Alhamdulillah, xde emosi yang tak bagus pon wat masa nih... Xpelah.. nx time terabur kan lagi yeee.. I suke....

Semalam I kedemaman.. Gara2 tonsil I yang membengkak sebab muntah2.. sebbaik, time sekarang nih I muntah time2 lepas berbuka.. Malam tu dah start rasa sakit sampai ke telinga.. nyilu weyyy.. Esoknya, nak bangun bersahur terus rasa badan tak sedap n kepala berat... time sahur, Alhamdulillah ade selera untuk makan n lepas je makan terus makan ubat demam+batuk.. pastu terus hanyut.... sedar2 dah kul 9pg, n pastu sambung lagi tido sampai 10.++.. Gerai pon I tak tolong ape2 pon.. letih ko.. Tapi syukur, masih mampu menerus pose sampai ke akhirnya.. Sekarang nih musim demam kot, anak I pon 2 org demam.. Umairah ngan thaqif.. cian ngan diorang..

Iye, sape nak tau..3 Ogos adalah besday I.. I hari tue saya sangat2 le bizi menguruskan mommy I.. Pagi2 lagi dah hantar mak gi klinik... pastu terus gi PUSAS.. rawatan seperti kelaziman.. I pon gatal hulur kaki sekali.. dengar tukang urut tue komen2.. itu n ini.. Masa kat klinik, doktor tue cakap... sakit Mak I nih takde ubat.. bertakung air mata I, makna nya mak I macam ni sampai bile2.. bile nak jalan kena merangkak, iye macam arwah 'wan' I dulu.. nak gi jenjalan kena naik 'wheel chair'... huhuhuhu, macam tak leh nak terima kenyataan je.. Cek darah tinggi, OK.. Kencing manis pon OK.. Tapi ade lagi satu check up.. cek buah pinggang, ari sabtu baru kuar result.. harap2 takde ape.. Sebabnya kena cek, sebab mak I makan ubat tahan sakit terlalu lama.. Takut effect kat buah pinggang..

Besday I pon tak disambuut lagi ye.. Mr.M soh order pizza.. tapi dah memalam I ni letih le plus tak larat.. dok tanggguh2... esok plak besday Damia.. 06.08.08.. harus I kena gi pasar tani tengah hari ni.. nak cari hadiah.. Mr.M pesan soh beli benda kecik2 je, selain baju.. sebab tak lama lagi nak shopping baju lagi.. Tengok le malam nih, I ingat nak order Pasta kat PHD.. tue pon kalo rajin n masih ade ruang untuk isi dalam perut nih..

Anyway.. kepada sesiapa yang ade wat ucapan hepi besday pada I.. Thank You bebanyak ye..

Tuesday, August 2, 2011

Cerita Hari Pertama Puasa..

Seperti kebiasaan, time bulan pose.. opkozz le I ni berbisnes kan.. Aktiviti setiap tahun.. huhuhu.. Masa nih le, kalo2 I n Mr.M nak cari duit lebih untuk anak2 n untuk hutang piutang keliling pinggang... Tak tahan wey.. keliling pinggang.. itu anggaran je.. takde sampai gitu sekali.. nak mati kena ceramah free ngan Mr.M...


Alhamdulillah, semalam I dapat menghabiskan pose ngan jayanya..Walaupun badan n kaki I gigil2 semalam.. banyak keje wey.. Banyak customer yang terjah ke gerai I.. Alhamdulillah, rezeki datang tak berhenti.. Memula I ni jaga depan.. layan customer.. Last2 tak larat wey.. Pass ngan diorang soh dok depan.. I nak bersenang lenang kat belakang sambil menggoreng.. Lega... layan minyak n kuih je.. huhuhu..




Kuih yang digoreng.. round ke bape ntah..




Sebakul kuih habis digoreng.. sampai kena minyak lagi.. Sampai umah ngadu2 ngan Mr.M.. sakit sana sini..






Nak ambik gambar customer, tapi diorang menghalang..




Semalam I gigih mengejutkan Umairah soh sahur.. macam2 taktik digunakan.. pujuk2 nak beli spender princess le.. baju le.. Gelang tangan le (tiruan ye).. Alhamdulillah, die makan dengan semangat sebab ade sotong n Udang plus ibu die yang melayan.. sambil usap2 kepala die..



Tapi masa Mr.M antar die gi sekolah.. boleh le plak die pesan ngan teacher Umairah..



"Umairah pose arini, tapi kalo die nak makan.. bagi le makan.."



Boleh plak macam tue.. belum ape2 dah peasn gitu.. geram je I dengar.. pukul 12, umairah dah makan dah.. Frust I.. kalo2 die makan dalam kul 2-3ptg ke tak pelah jugak.. hari ni boleh lanjutkan sampai kul 5.. huhuhu.. teringin wey.. nak tengok anak I berpuasa n berbuka sesama..



ok le.. ckup sampai kat sini untuk hari nih.. nak wat keje wey.. keje menimbun..
Google