Monday, January 14, 2013

makcik kayo..

Dapat mgs dari pembonggak a.k.a penipu!!.. banyak duit ko yeh nk bg org duit mcm tu je.. ke ko yang nak curi duit I??.. mcm tak tahu plak taktik korang.. 

kalo org dh caya, memula minta no kad debit.. pastu soh activekan internet banking.. nti die soh plak masuk no handfon die.. senang nak wat keje.. puuiiii... pegi le cari keje lain.. asyik menipu je keje.. org buta pon gigih mencari duit.. ko senang2 nak tipu duit org.. 



Friday, January 11, 2013

Lebam

Tangan I lebam.. benda dh selalu jadi pd I n family.. risau gak anak2 I selalu lebam kat kaki.. nti cikgu sekolah diorg cakap I dera anak plak.. huhuhuhu.. kaki I pon selalu ada lebam2.. kekadang kecil kekadang besar.. kna gigit hantu kata orang.. kalo kecik hantu kecik,kalo besar hantu besar.. 

gambar tak leh upload.. nape ntah.. sowi.. kalo rajin nx n3 ye..

Monday, January 7, 2013

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Just sharing ape yg I dapat dari buku Ensiklopedia solat. bukan berniat untuk tunjuk alim, malah jauh sekali nak tunjuk pandai.. tapi sekadar memperingati kawan2 sekeliling I.. semoga boleh jadi kan pedoman dan di berikan hidayah oleh NYA... Amiinn..

6 SEKSAAN SEMASA HIDUP
1. Umurnya tidak berkat
2. Akan dihapuskan tanda2 orang soleh drpd mukanya.
3. Tiap2 amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. segala doanya tiada diperkenan oleh ALLAH.
5. Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa utk org2 soleh.


3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI
1. Mati dalam kehinaan
2. Mati dalam keadaan yang sgt lapar
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehinggakan jika dituangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga

3SEKSAAN DI ALAM KUBUR
1. Kuburnya disempitkan
2. Dinyalakan api, yang mana dia akan membalik2kan dirinya dalam bara api itu.
3. ALLAH mengarahkan ular yang  besar, dinamakan 'Shajkul Akrak', untuk menyeksa si mayat. Ular itu akan berkata 'Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari subuh hingga zuhur, sebab engkau sia2kan waktu zuhur; dipukul pula hingga asar, sebab engkau sia2kan waktu asar...' begitulah seterusnya setiao hari, siang n mlm, sehingga kiamat.

3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
1. ALLAH memerintah malaikat azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2. ALLAH menilik pada org yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka.
3. ALLAH akan mengira org yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman-NYA yang bermaksud, "apa yang membawa kamu ke neraka?" mereka menjawab, "kami tidak solat".


azab yang amat pedih.. semoga kita semua dimatikan dalam keadaan beriman kepadanya. . Amin..

Friday, January 4, 2013

2 kali dah sjkc serdang baru 1 banjir... banjir sbb tanggisan si anak.. 1st semalam, mr.m datang lambat masa rehat... huhuhu.. lewat 5 minit.. arini plak I lmbt pick up die dari sekolah.. hujan beb plus jalan jam.. paham2 le area2 sini.. asalkan hujan je, jam le gamaknya.. tadi plak terabur le budak2... sebab hujan, cikgu x dpt nk uruskan dengan sempurna.. separuh kat dewan, separuh kat kantin.. lg separuh kt bwh bumbung tmpt parents ambik anak2 time2 hujan..

I dah cuak dah.. dekat2 10 minit jugak cari die x jumpe2.. last2, jumpe die kat kantin.. meja hujung2, org pon dh x bape nak ada kt situ.. mata n hidung dh merah.. bile I panggil, baru muka die ceria sket... alahai.. anak2.. takkan ibu n abah tak datang ambik plak.. huhuhu... nak soh die naik van pon risau gak.. takpelah, buat masa ni, I rsa kami perlu korbankan masa n tenaga.. bagi die biasa dulu dengan persekitaran sekolah baru ni..

Wednesday, January 2, 2013

Damia ke sekolah..

lagi sorang anak I ke sekolah... sekolah tadika.. excited.. pagi tadi laju je bangun tidur n mandi.. untuk umairah plak, skjc sesi petang.. sekolah agama sesi pagi pon dah settle.. In shaa Allah, esok boleh p keje macam biasa.. ptg ni kena tunggu umairah plak kat sekolah..






now tgh tggu Damia.. sekolah die nun seberang jalan tmpt I tunggu sekarang.. minggu ni die blik kul 10. agak ramai gak yang nanggis tadi. harap2 damia kuat n tak nanggis.. tadi pon I tak terus tinggal die.. nyorok belakang tembok dulu.. dh ok baru di tanggalkan.. huhuhu..
Google