Sunday, April 26, 2009

Norish reka cerita

Aku ni salah seorang peminat Norish Karman.. tapi bile bace cite nie... hilang terus perasaan minat kat die... x sangka die mcm nie..

bile p.k blik.. adat le artis.. kebanyakkan nyer memang macam nie..

Oleh ABIE ABDULLAH dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kelantangan pelakon, Nor’Asikin Karman atau Norish Karman, 34, yang beberapa kali membuat kenyataan terbuka mendakwa dia dan tiga anaknya ‘teraniaya’ akibat perbuatan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60, mencetuskan satu lagi kontroversi apabila bekas suaminya tampil menjawab dakwaan itu.

Menurut Hashimuddin, Norish memberi gambaran dia seorang yang zalim, malah sanggup menganiaya anak sendiri.

Katanya, perbuatan Norish mencemar imej dan peribadinya sebagai ahli perniagaan dan politik.

“Sebelum ini saya mendiamkan diri, tetapi kali ini saya tampil menjawab semua tuduhan yang dilempar kepada saya.

“Saya bukan hendak memalukan atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak, tetapi saya hendak memberitahu perkara sebenar. Saya mahu menjawab tuduhan terhadap saya kononnya saya tidak berhati perut,” katanya.


Sebelum ini Norish dilaporkan berkata, bekas suaminya merampas semula apa yang diberi kepadanya sejak mereka berpisah.

“Beliau (Hashimuddin) mahu melihat saya hidup susah dan terseksa tetapi beliau lupa, beliau turut menyeksa anak,” katanya.

Menurut Norish, dia hanya diberi RM700 untuk anak, membayar sendiri rumah sewanya dan tiada kenderaan.

“Saya hanya diberi RM700 untuk anak. Cukup ke hanya wang sejumlah itu untuk terus hidup?

“Saya tinggal di rumah sewa yang saya bayar sendiri dan tiada kenderaan. Bayangkan jika anak saya sakit, saya terpaksa usung mereka naik teksi untuk bawa ke klinik. Kalau keperluan sekolah tak cukup, kadangkala saya pinjam kereta kawan untuk bawa mereka. Saya tak kisah hidup susah, tetapi saya tak sampai hati melihat anak saya terpaksa berpanas terik dan meredah hujan bersama saya,” kata Norish dalam sebuah akhbar.

Hashimuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Menanti, Negeri Sembilan dari 1995 hingga 1999 berkata, dia bersedia untuk tampil selepas mempunyai maklumat lengkap dan tepat.

“Saya tak mahu buat fitnah. Jika dia kata saya menganiaya dia dan anak, ia tuduhan yang tidak berasas.

“Ingin saya nyatakan di sini, selepas bercerai dan dalam tempoh edah, saya yang bayar rumah sewa kami di Tropicana. Sepanjang tempoh edah (tiga bulan 10 hari), saya memberinya RM5,000 sebulan sebagai wang nafkah.

“Selepas tamat edah pada 15 Oktober 2008 saya keluar, tetapi dia masih menetap di situ selama tiga bulan dan selama itu juga saya membayar sewa untuknya sebanyak RM15,000,” katanya.

Menurut Hashimuddin, apabila Norish berpindah, atas dasar ihsan dia sekali lagi membantu dengan memberikan wang pendahuluan yang diperlukan sebanyak RM9,000.

“Kos berpindah juga saya yang tanggung sebanyak RM3,000. Dia hanya bawa badan.

“Selepas berpindah, dia minta bayar harga perabot kononnya untuk anak dan saya mengeluarkan lebih RM7,000. Pembantu rumahnya juga saya yang bayar gaji sebanyak RM700,” katanya.

Hashimuddin berkata, bagi kemudahan Norish dan anaknya, dia menyediakan kenderaan lengkap dengan pemandu.

“Kenderaan itu biasanya digunakan untuk menghantar anak ke sekolah, tetapi kadangkala Norish turut menggunakannya ke lokasi penggambaran.

“Pada masa sama, saya izinkan Norish menggunakan Nissan Murano yang dia gunakan ketika masih menjadi isteri saya, tetapi dengan syarat dia saja yang menggunakannya,” katanya.

Menurut Hashimuddin, Norish mengkhianati kepercayaan diberi apabila kenderaan itu turut ‘dikongsi’ bersama seorang lelaki.

“Saya ada bukti kenderaan itu turut digunakan Luqman (teman lelaki Norish kini). Bagaimanapun, saya tetap memberi peluang dengan menegurnya.

“Selepas beberapa kali ditegur, dia ingkar dan saya terpaksa ambil semula kenderaan itu,” katanya.

Hashimuddin berkata, memang benar dia hanya memberi RM700 untuk keperluan anaknya, namun jumlah itu hanya untuk keperluan ringan seperti membeli makanan kerana semua keperluan anaknya seperti pakaian, yuran sekolah dan peralatan sekolah sudah disediakannya.

Katanya, dia turut memperuntukkan pembelian barangan dapur berjumlah RM700 hingga RM1,000 sebulan.

“Saya beritahu Norish, kalau jumlah itu (RM700 untuk anak) tidak cukup, telefon saja kerana saya menyimpan wang tunai khusus untuk anak.

“Saya sediakan semua kemudahan secara bukan tunai kerana saya tidak percaya Norish. Dia tak amanah,” katanya.

Tanpa berselindung, Hashimuddin mengakui dia kecewa dengan perbuatan Norish yang menjatuhkan imej dan maruah peribadinya.

“Sepuluh tahun hidup bersama, perasaan sayang itu memang ada, tetapi apabila saya membaca kenyataannya di akhbar, hancur luluh hati saya.

“Gambaran dibuat seolah-olah saya menganiayanya. Ketika dia buat hubungan sulit dulu (ketika saya masih suaminya), siapa yang sebenarnya teraniaya? Jika saya berdendam, mengapa saya masih membantunya?” katanya.

Di akhir pertemuan, Hashimuddin mengulangi: “Siapa yang teraniaya sebenarnya?"

4 comments:

anuar said...

standard la artis..
nk kaver malu la tu...

Jusohbedil said...

macam politik jugak...serba mungkin...yang baik buleh jadi jahat..yang jahat buleh jadi baik..yang pasti, menjawab la seksok ngan Allah SWT...

Azfaliza Abd Latif said...

kuang kuang kuanggg...haa kan dah kantoi besar........hehe

a LoT oF LuV said...

tu le pasal.. nampak je baik..

Google