Tuesday, July 21, 2009

Tergamak sebar gambar adegan bersama isteri

Aku tak tau betapa Bo*** nyer jantan nier.. Mungkin ade masalah Mental kot!!!


KUANTAN: Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menempelak perbuatan seorang pembekal alat ganti yang disifatkan keji kerana tergamak menyebar gambar bogel isterinya termasuk adegan seks mereka kepada orang ramai.

Majistret Iriane Isabelo juga menyatakan beliau terkejut kerana kesalahan itu dilakukan seseorang yang beragama Islam dan berkahwin serta sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap isteri sendiri.

Malah, Iriane turut menyatakan tertuduh, Abdul Aziz Basri, 57, wajar dikenakan hukuman berat terhadap kesalahan dilakukannya.

Namun, selepas membuat pertimbangan, beliau menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000, selain tambahan penjara dua bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, isteri tertuduh berusia 41 tahun dan bekerja sebagai kerani berasa maruahnya tercalar berikutan gambar bogelnya disebarkan suami termasuk adegan seks mereka di pejabat Courts Mammoth, Jalan Abdul Aziz, di sini, membuat laporan polis.

Hasil laporan dibuat pada 13 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, suaminya ditahan dua hari kemudian kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di Peramu, di sini, sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan mendapati, Abdul Aziz menyebarkan enam keping kertas A4 mengandungi salinan gambar lucah adegan seks bersama isteri di premis berkenaan, 28 Jun hingga 7 Julai lalu antara jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.


No comments:

Google