Isk, kejap je kan.. Rasenya ari tu baru sambut Raya Puasa, ni plak nak sambut Raya Haji. mesti ramai yang balik kampung kan? tambahan plak sekarang ni kan cuti sekolah.. Oleh yang demikian, esok aku cuti sebab Mr. M sibuk ajak balik kampung die. Padahal plan dari awal x nak cuti, balik lepas keje.. tapi Mr. M beriya-iya ajak balik pagi, Kerana suami ku tercinta.. terpaksa ku turutkan..
Mr. M ajak aku balik awal pagi esok untuk elakkan kesesakkan lalulintas.. Aku plak sebagai Isteri Mithali, sibuk memasak.. nak bawa balik umah mentua. Hari ini plak aku M.C sebab pening2.. Isk punya le seksa.. 2-3 minggu kebelakangan ni, aku mabuk lepas siap masak.. agaknya x tak tahan bau masakan kot.. bila naik je bau.. siap le berlari ke bilik air.. pastu siap! comfirm pening!!.
Aku baru siap masak, mula2 aku nak masak dalam pukul 6 tadi. Tapi aku masih lagi x bertenaga, ni semua sebab mabuk tadi le.. Terpaksa aku cas beteri dulu.. sudahnya lepas maghrib tadi baru aku mula masak.. Aku rase masa aku masak tadi.. aku wat keje macam lipas kudung.. sebabnya takut Mr. M balik, pastu nak makan.. cian plak aku, w/pon die x bising tapi aku x sampai hati.
Menu aku kali ni, Rendang Kerang ngan Pulut kuning.. Saja masak kat sini, aku boleh bagi mak aku sket. Kalo masak kat kg.. mesti ade je barang yang tak cukup. Ni yang melemahkan aku, time2 masak barang xde.. Dalam pukul 10 tadi Mr. M call tanya dah siap masak belum.. Hehehehe.. nasib baik siap!! bile aku kata dah siap, terus die x sabar nak balik.. nak makan rendang.. hihihihi..
InsyaAllah lepas subuh nanti aku sekeluarga bertolak balik ke Lenggong, Perak. Mesti Mr. M berkobar-kobar nak balik.. Aku plak terkulat-kulat, sebab adik beradik aku berkumpul kat umah kak chik aku. Isk... x bestnya!! Siap le tahun depan turn aku.. aku akan bermanafaatkan sebaiknya!!!
Oklah, dah malas nak taip panjang2. Kepada semua kawan2 yang mengenali aku atau yang menjadi pembaca setia kat blog aku nih.. Aku ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban, dan semoga korang berada di dalam keadaan gumbira especially ketika bersama keluarga.. Dan kepada yang memandu pulang ke kampung, Berhati-hati di jalan raya.. Kita jumpa lagi lepas raya. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment