Semalam aku selamat sampai dari kampung.. Semalam genap usia anak aku 30 hari.. Aku balik sini pon selepas aku bawa anak aku dapatkan injection Hepatitis B Dos ke2.. Senang gi Klinik Desa kat sana, orang yang menunggu pon tak bape ramai.. Tak macam kat sini..
Masa kat klinik, ade seorang ibu (Usia Baby sama dengan Thaqif) masih yang berpantang hari ke 30.. Tapi yang bestnya die siap pakai seluar ngan tak pakai stokin lagi.. Boleh sound aku.."Eiii, sama le kite, Tapi siap pakai kain batik dengan berstokin lagi.." Apa yang boleh aku cakap.. aku senyum jelah.. dalam hati aku.. "Kekampungan sangat ke aku nih??"
Dalam kereta, aku adukan pada Mr.M.. Die sedapkan hati aku.. "Cara die pantang tak sama ngan zila kot..." Aku senyum je.. Terpulang le korang nak berpantang selama mana pon, tak payah le nak sound2 orang.. Kali ini aku cube berpantang selama 100hari.. InsyaALLAH..
Ok le, cukup setakat nih.. Buat member2 yang belum berkesempatan nak tengok anak aku.. Aku dah pon ade kat umah aku di Seri Kembangan.. ok le.. chawww...
No comments:
Post a Comment