Pagi ni aku terima berita sedih.. Officer kat opis aku meninggal dunia.. Teringat ketika di surau, sama-sama 'pam' susu.. Kami berbual sambil 'pam'.. Sedey nyerr... Paling tak tahan, bile dah pam je.. dialog yang jadi kebiasaaan...
Aku : Puan dapat berapa 'aun'??
Pn. Shima : 4 auns.. zila???
Sedeynya... Semoga roh mu dicucuri rahmat disana.. AMIN..
Sama-sama le kite sedekahkan Alfatihah untuk beliau...
Aku : Puan dapat berapa 'aun'??
Pn. Shima : 4 auns.. zila???
Sedeynya... Semoga roh mu dicucuri rahmat disana.. AMIN..
Sama-sama le kite sedekahkan Alfatihah untuk beliau...
Pelatih PTD alami jangkitan paru-paru serius
KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.
Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.
Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.
bang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.
“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.
Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya. “Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.
“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.
Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).
“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.
“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR.
Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.
Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar
12 comments:
kesian
blom sempat tutup aurat dh mati.
jadik peringatan bagi kiter yg hidup. ajal x tunggu kiter. so beramal ler dr sekarang. tatau bila kiter matikan.
takziah pada keluarga mangsa. pihak yang berkenaan should reconsider balik modul2 yg terdapat dalam pelantikan PTD supaya kejadian sama tidak berulang. Haruskah latihan 'ala komando' diberikan kepada pegawai yg nak duduk di pejabat dan tak memerlukan kekuatan fizikal sngat dlm kerja2 seharian??? dan haruskah dipaksa utk melakukan sesuatu walopon keadaan dah teruk?? takkan nak tunggu sampai ramai PTD cacat ataupun mati baru nak hentikan modul yg x patut. sila la timbang-timbangkan..
salam,
omputih pun bagi latihan komando tp kalo sakit xdela terabai,..bukan nak jadi askar pun..
bersangka baik la sesama kita, jgn ske anggap org tuh manja mengada kalau dia da ngadu...
banduan pun dibawa rawatan..
saman jer..br org mesia tahu, nak wat ape2 ikut undang2..jgn main ikut perasaan..same la doktor kat spital tuh..
Arwah shima, satu batch ngan aku tgh DPA skrg ni...pemergian arwah mmg tak disangka2...arwah ni suke senyum, sgt baik orgnye...masa kami semua pegi pegebumian die td, menitis air mata...kesian tgk anak arwah...kecik lagi n tak faham pape...sedih giler tgk family die especially kakak die menangis...aku harap lepas ni dieorg revise la balik modul ni...kami first batch yg kene gi modul jatidiri ni...seksa yg banyak daripada gembira...at least modul luar yg lain tu mmg ada kenangan2 indah...tolongla ambik pengajaran drpd apa yg dh terjadi..
saya harap sesiapa yang pernah pergi latihan ni boleh ceritakan latihan2 yang pernah dibuat. Betulke sampai kena minum jus stoking? kalau betul mmg tak bertamadun dan tak ada perikemanusiaan langsung.
Arwah memang seorang yang lemah lembut, baik.. sopan santun.. kalo nak orang wat keje die pon, tak tinggal le perkataan tolong die.. Last sekali mesti cakap 'thanksss..'
Masa pergi melawat Arwah, ketika dikapankan.. anak die asyik usap & cium dahi Mummy die.. Last sekali ipar arwah bawa anak die kuar, anak die meraung2 nak tengok arwah.. Masa nih, air mata aku laju je..
Memang le tak patut aku modul macam tue.. Sbb lepas kursus, PTD bukan nak masuk hutan pon.. Diorang dok kat opis je.. Lagipon, bagi le 'excuse', kalo pelatih tak sihat.. Dengar citer,keluarga pon tak diberitau tentang kesihatan die.. Dah kritikal baru nak bagitau..
Sebelum arwah ke kursus, pernah terdengar tentang hasrat arwah nak pakai tudung lepas balik kursus.. Tapi apakan daya ALLAH lebih menyayangi die.. Apa yang kite boleh wat, cuma sedekahkan Alfatihah untuk Arwah.. Semoga segala urusan arwah dipermudahkan 'disana'... AMIN
ALLAH nak ambil nyawa sesiapa sahaja tidak kira waktu dan umur. Bila Bila sahaja. ...
Kita didunia wajib tunaikan perintah tuhan dan melaksanakanya dengan penuh keikhlasan di hati.
Allah menentukan segalanya dan adalah ketentuan DIA. Semuanya sudah pun tertulis.
Kita yang masih hidup ini bila la agaknya sampai ajal kita. Cukup ke amalan kita?
Life is short dan ALLAH sahaja yang maha mengetahui segala caturannya.
Yang kita mampu: Perbaiki diri dan perbaiki la modul modul dan sistem pemeriksaan peserta ketika menjalani kursus. Kekadang, luaran sahaja semuanya nampak sempurna - tapi dalaman para peserta je yang tahu seksanya. Moga moga semuanya selamat menjalani kursus.
Alfatehah.
salah sorg peserta DPA 2010 abg aku, dia cakap diorg kena berendam dalam paya berjam2, rendam dalam sungai pukul 2-3 pagi selama sejam lebih, kayah x berhenti2 3 jam, angkat kayak, berjalan berkm-km. tido sejam je sehari.
aku pun satu batch ngan arwah masa dpa ni tapi aku dah tarik diri lepas 3 hari sebab tak boleh terima cara pendekatan mereka..biarlah tak jadi ptd sampai bila-bila pun..arwah ni funny walaupun agak pendiam..dia kuat senyum...aku ingat dia masa unggul dulu dia baru lepas bersalin dalam panyang lagi datang unggul...aku tanya dia apsal datang juga? dia kata ni yang kerja baik dari keja bank..siap pakai stokin lagi...pastu semua aktiviti sukan dia tak buat...jeles je aku kat dia...pada masa itulah...masa pegi funeral dia hujan lebat seperti menangisi pemergian dia..keluarga arwah cerita sebelum dpa arwah keluarkan duit untuk hantar maknya pegi haji dan janji lepas dpa nak pi umrah pulak..sedihnya...Alfatihah
Takziah utk keluarga Sheema..
..and to gurl_maniez, amboi sedapnye mulut kamu berkata pasal Aurat.. apa amalan kamu sudah cukup kah nak menilai org lain sampai begini? Muhsin sangat kah kamu? Mulia sgt kah kamu?
salam...sedihnya mendengar kisah2 begini. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..insyaAllah... Al-Fatihah..
Norhashimah fell sick and died not because she is weak or unfit or not qualified for the post. If Norhashimah is really not fit for the post, she would have failed the Police and Army modules as well as other DPA modules conducted earlier, but she did it all well. And, she died NOT because of the training per se either. What it all takes is some NEGLIGENT instructors who think they are qualified to judge their trainees' health, denying Norhashimah the access to hospital treatment and waited until she fell unconscious to do so. And even more inconsiderately, those officers simply didn't even see the need to inform Norhashimah's next-of-kin promptly.
Neither Norhashimah's alleged lack of fitness (which is clearly not the case) nor the training regime caused her death. It's the utter NEGLIGENCE of the instructors and officers that led to her death! Still, some of us see it fit to sweep this unfortunate case under the carpet, simply because Norhashimah doesn't belong to their families?
Al Fatihah for Norhashimah...
Post a Comment