Saturday, June 26, 2010

Fizz Fairus warning Fasha Sandha

Pelakon lelaki drama Nur Kasih, Fizz Fairus berang sebab dia rasa dia dikaitkan dengan agenda peribadi Fasha Sanda. Lantas Fizz Fairus memberi amaran kepada Fasha Sandha supaya tidak mengaitkannya dengan sebarang cerita yang bukan-bukan yang melibatkan Tiz Zaqyah.

Kata Fizz Fairus, "Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain. Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu."

Sebelum ini, nama Fizz Fairus ada dikaitkan dalam kenyataan kontroversi Fasha Sandha baru-baru ini yang kononnya Fizz Fairus dikatakan turut diganggu oleh Tizz Zaqyah sehingga menimbulkan kemarahan kekasih Fizz Fairus iaitu Almy Nadia.

Fizz Fairus menafikan yang Tiz Zaqyah ada mengganggunya. Dia sebaliknya menganggap perkara tersebut sebagai publisiti murahan kepada filem Nur Kasih.

"Kami dah macam adik-beradik tiada istilah maksud kacau, mungkin ada dia telefon saya tapi atas hal lain dan bukan sebab untuk mengoda saya. Saya tidak faham apa motif untuk dia (Fasha Sandha) bagi kenyataan begitu. Kami tak mahu ambil tahu perkara tersebut dan menganggapnya sebagai publisiti murahan. Saya tak mahu perkara ini dibesar-besarkan dan kaitkan nama saya. Saya tidak mahu masyarakat salah anggap tentang saya dan Tizz," kata Fizz Fairus. Adakah Fizz Fairus 'cover line'?

No comments:

Google