Binaan dapur biasanya dalam pelbagai bentuk, warna, keperluan dan fungsi yang tersendiri.Ada dapur yang ringkas, luas, berwarna warni dan karakter ruang berbeza mengikut cita rasa pemiliknya.Bagi memiliki dapur praktikal dan pada masa sama menepati cita rasa, panduan berikut dikongsikan.
1) Saiz dapur
BESAR tidak semestinya sempurna dan berikan tumpuan pada aspek praktikal serta kemudahan memasak.Dapur yang besar boleh memberi ruang yang amat selesa, namun masalah mungkin timbul kerana bahan makanan mungkin berada jauh di tempat memasak.Dapur yang terlalu luas juga memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan persekitaran suasana kotor dan berselerak.
2) Kabinet
TERDAPAT banyak bentuk kabinet yang diperbuat dari pelbagai jenis bahan atau material termasuk kayu nyatoh, cengal dan jati. Harga setiap kabinet itu pula bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.Ada kabinet yang dibina secara terbuka (tanpa pintu) dan ada banyak yang direka secara tertutup.Mekanisme tutup dan buka kabinet juga ditawarkan pelbagai teknologi, sama ada dari dalam atau luar negeri.Jika bajet anda tergolong dalam kategori sederhana (RM5,000 ke atas) atau tinggi (RM10,000 ke atas), luangkan sedikit masa untuk melawat beberapa pereka dapur bagi melihat harga dan bentuk kabinet yang boleh ditawarkan syarikat pereka.Sesetengah pereka menawarkan khidmat melakar bentuk kabinet dalam perisian tertentu secara tiga dimensi untuk dilihat dan dinilai pemilik.Bergantung kepada saiz dapur, saiz keseluruhan kabinet boleh berubah ubah.Jika anda mempunyai barang dapur yang banyak atau merancang untuk membeli banyak perkakasan untuk dapur, binaan kabinet luas diperlukan.
3) Dapur kering dan dapur basah
KEBANYAKAN pemilik kediaman kian menggemari konsep dapur kering dan basah. Dapur kering selalunya adalah kawasan yang membabitkan aktiviti masakan ringkas seperti menggoreng telur atau sosej.Sementara dapur basah pula dikhususkan untuk aktiviti memasak yang memerlukan pencucian yang berat.Bagaimanapun, memiliki dapur basah dan kering sekali gus bukan satu kemestian.
4) Unit pulau
UNIT pulau membolehkan orang lain melihat aksi anda memasak dan menjadikan suasana lebih menyeronokkan. Bagaimanapun, unit pulau biasanya ditawarkan dalam harga sedikit mahal dan memerlukan anda mengeluarkan belanja lebih.
No comments:
Post a Comment