MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA
Jin
boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai
cara
dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk
melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan
oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".
" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".
Dari
Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan
manusia
dan terus sampai ke urat nadi dan darah
manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik
mengalir dalam
kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai
manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia,
manusia kehilangan
ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran
dan lain-lain lagi.
Jin
boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau
tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin
mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.
ANTARANYA :
Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin
sebagai sahabatnya.
Melalui " saka Baka "
Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan
diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
Melakukan
kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda
berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa
menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
Kerana
adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka
bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar
rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta
suka
mendedahkan aurat.
Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan
Jin.
Apabila
telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin
tersebut akan mendiami salah satu tempat
berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas
bergerak-gerak dalam
badan manusia )
ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :
Mereka
berkumpul di mata kanan dan
kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela
atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani
bertentang mata
dengan orang lain.
Berada
di telinga kanan dan kiri,
dengan itu manusia yang telah terasuk Jin
tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka
mendengar perkara-perkara
maksiat seperti muzik yang melalaikan dan
sebagainya.
Berada
di mulut manusia, dengan
itu manusia yang telah di masuki Jin amat
suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa
seperti mengumpat,
melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
Berada di hidung manusia, menyebabkan
manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
Berada
di ari-ari ( pusat ),
menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami
sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh
doktor.
Berada di kemaluan manusia, menyebabkan
manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.
Manusia
yang selamat dari ganguaan
Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang
sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah,
anggota
dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak
Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.
Jalan
paling dekat untuk berada dalam
tauhid Allah ialah dengan kita mengambil
contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada
dalam tauhid
Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat
baginda, para ulama dan sebagainya.
Dengan
itu Insyaalah akan menyampaikan
diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid
Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati
sebagaimana
mereka, iaitu selamat daripada gangguan para
Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.
KATA ULAMA :
" Kun Ma’Allah fain lam takun
ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "
Maksudnya :
"
Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh
jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu
jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang
telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan
menyampaikan
diri kamu kepada Allah "
Diri
manusia mukmin yang menjadi
kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam
atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau
kuasa
graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu
dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah
atau
di dalam kuasa atau graviti mereka.
WANITA
MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN
Kemandulan
itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan
yang berlaku secara tabii yang boleh diorawat oleh para doktor,
sebagaimana lazimnya
dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan
jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan
zikir.
Kemandulan
Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda Tertentu, Antaranya;
Rasa
sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
Kusut
fikiran.
Sakit
dibahagian tulang-tulang belakang.
Mengigau
ketika tidur.
Bermimpi
dengan mimpi yang menakutkan.
Kemandulan
yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu
akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih
itu rosak
dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur
dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan
turun darah,
lalu keguguran. Keguguran yang berlaku
berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.
Dalam
hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :
‘
Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam
tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. - Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim.
Satu
hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan
At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah
Binti Jahah
yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah
kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda
menyuruhnya agar
menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan
yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan
kain yang
agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda
juga telah dilakukan oleh nya.
Akhirnya
baginda bersabda : ‘Bahawa darah istihadah
itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat
At-Tarmizi.
Perempuan
yang menghadapi masaalah keluar darah akibat
gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan
doa-doa
berkaitan dengan sihir disamping berusaha
mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada
Sebab-Sebab Fizikal:
Akibat
sihir
Kecenderungan
jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
Jin-jin
suka mendatangi perempuan yang suka bersolek
berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca
Al-Quran tetapi
gemar mendengar nyanyian ataupun muzik
keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan
cermin.
Mereka
tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini
menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan
mandi
dalam keadaan telanjang, padahal bilik air
adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan
salah satu
daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada
jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.
CARA MENGUSIR GANGGUAN
JIN
Cara
yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin
- Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
- Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
- Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.
Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.
Hal
dalam menangani gangguan Jin.
Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah
dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb
Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb
Langkah-langkah Bertahan/Defensif Berdo'a:
Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur
Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.
Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur
Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.
Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif
Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.
Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.
- Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
- Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia
No comments:
Post a Comment