Friday, February 5, 2010





Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam
sendi.
• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu
kala lagi.
• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan
kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk
reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan
dan jari.
Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes
Cara Mengubatinya :
Kupas kulit sekeping kaktus. Bungkus dengan daun pisang dan panaskan sehingga 3 @ 4 minit dengan api sederhana. Sejukkan sekejap. Setelah sejuk, tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

Thursday, February 4, 2010

Melawaskan kencing / kencing tidak lawas


Cara Mengubatinya:

1. Amalkan minum jus menkudu 2 kali sehari. Untuk mengurangkan rasanya yang kurang enak, campurkan sedikit perasa oren atau sirap.

2. Parute sebelah kelapa dan perahkan sekali untuk mendapatkan patinya. Minum santan yang diperah tadi atau cicah dengan roti.

3. Kisarkan 2 potong nenas kurang masak dengan 2 gelas air. Kemudian tapis. Minum 2 kali sehari setiap hari sehingga penyakit itu berkurangan.

4. Minum air basuhan beras yang sudah dibersihkan sebanyak 1 gelas setelah makan tengah hari. Amalkan cara ini sehingga sembuh.

5. Basuh 1 cawan barli dan rebus sehingga kembang. Campurkan dengan sebuku garam dan sedikit gula. Amalkan minum air barli setiap hari.

Selamat mencuba..

Wednesday, February 3, 2010

Tengah Bzzzz....

Lama dah aku x apdet blog aku ni, iye.. aku bz sket sekarang ni.. Kat umah, sibuk menyiapkan barang2 baby dengan barang2 aku untuk dibawa ke hospital nanti.. Kalo tak pon, bz melayan kerenah puteri2 aku.. kalo tak pon, jalankan tugas isteri n ibu.. Kalo dah siap semua tue, aku lagi senang berehat2 dan bersenang lenang kat atas katil. Mak aku pon dah pesan, soh banyakkan rehat.. Jangan p.k macam2.. Jaga kesihatan diri sendiri.. Ini semua gara2 tekanan darah yang meningkat minggu lepas..

Aku 'dipaksa!!' oleh nurse Klinik Kesihatan Putrajaya ni, wat check up BP setiap hari selama seminggu.. Hasilnya, 'Doktor Jameaton' mengesahkan yang aku takde.. TAKDE ok!! darah tinggi.. Sebab tekanan darah naik, mungkin aku nervous kot.. hehehehehe.. Alhamdulillah.. Esok plak aku kena gi check up lagi.. kat Klinik kesihatan Seri Kembangan plak.. buat masa sekarang ni, aku jadi serik nak mengandung lagi.. Sungguhhh!!! Takut kandungan akan datang pon akan jadi macam ni lagikss...

Disebabkan benda2 ni sume, aku dah lame x memasak kat 'Cafe world' dan bercucuk tanam kat 'Farmville'.. Aku lebih senang berehat je.. Tambahan plak, akak2 kat kampung dah mula bising.. diorang kata perut aku nih dah ke bawah sangat.. Macam dah dekat nak bersalin je.. Bukan akak2 aku aje.. Tapi, sesape yang berpengalaman le.. asal jumpe aku je, diorang tegur.. "Macam menunggu masa je.." Kalo diorang kata macam tu, aku senyum jelah.. Dalam hati aku, "bagus2.. cecepat le kuar nak, ibu dah tak larat nak bawa.."

Kat opis plak, aku sering masuk lambat sebab awal2 pagi aku kena gi check up BP aku dulu.. sampai je opis.. Tergesa2 siapkan keje @ apa yang patut.. sebab kalo boleh aku tak nak tinggalkan keje terbengkalai, gara2 'terbersalin' awal.. Sekarang ni, aku tengah cube wat list bagi memudahkan orang yang menanggung keje aku nanti..

Buat kawan bloggers semua, mohon korang doakan aku selamat bersalin wokey.. Sebelum aku undurkan diri.. Aku nak minta maaf pada korang semua, kalo ade yang terguris @ terasa dengan N3 aku sebelum2 ni.. "Yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri".. Sekali lagi aku susun 10 jari mohon kemaafan dari korang semua..

Semoga kita akan berjumpa lagi di lain N3.. Bye..

p/s : nanti kan cerita terbaru tentang orang baru.. hihihihi..

Tuesday, February 2, 2010

Penawar sakit dada

Potong beberapa hiris halia dan perahkan airnya dalam gelas. Campurkan sebiji kuning telur ayam kampung dan satu sudu madu lebah. Kacau sehingga sebati. Minumlah campuran ini setiap pagi.

RENUNGAN : Perjalanan Untuk Solat Subuh

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid .
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama !
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju ,
berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masj id ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu .
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .
Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'
Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .
Google