Wednesday, January 5, 2011

I-City Shah Alam..

Salam..


setelah sekian lama tmpt nih wujud.. baru 1.1.11 ari tu aku n family sampai di sana.. tu pon sebab gi majlis kawin kat shah alam.. macam n3 lepas.. Lepas je makan2.. laju2 gi ke sana.. Bukan sambut tahun baru ye.. kalo sambut tahun baru, matik Mr. M tak nak gi..


Bukan ke haram sambut tahun baru masihi yang bukan tahun islam??


Wa'Allah hu alam.. Nanti aku citer lagi nx n3 pasal tahun baru nih..


Jenuh le excited anak dara aku 2 org tuh.. aku je tak lepas turun n tak merasai @ menikmati cahaya lampu neon.. sebab Thaqif tido.. tak sampai hati nak gerak die.. Cian aku, aku yang beriya2 nak bwa anak2 ke sana.. last2 aku yang tak lepas nak bergambar sakan kat sana.. huhhhh...



Masa sampai kat sini.. punye le anak2 ku hepi.. dapat tgk lampu2 yang cantik nih.. Alhamdulillah, tercapai gak hajat nak bawa anak2 ke sana.. Syukur ya ALLAH..


Disebabkan masalah teknikal.. ni jelah yang dapat aku jaja wat setakat nih..

Tension!! gambar tak leh upload..


- replika zirafah -


- yang ni tak tau bentuk ape -

- Pokok -

- Rusa -

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

Salam, baru lepas singgah ke blog kawan saya.. hafizah.. terbaca tentang n3 ni.. "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru".. SANGAT menarik.. dianjurkan oleh Ahsfantasy24.com khas untuk blogger baru ataupun yang mempunyai pengikut kurang 300 orang..
Niat murni ahsfantasy24 ni.. Bertujuan nak tolong blogger baru ni, macam haku nih.. untuk menaikkan traffic dan menambahkan lagi follower.. Sangat2 berterima kasih kerana prihatin dengan blogger2 cam ni.. Aku ngan berbesar hatinya nak join program nih..
Syarat2 nak join program ni ;

1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;

2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;

3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;
4. Tidak wajib untuk menjadi follower ahsfantasy24, namun ahsfantasy24 berbesar hati jika ada yang sudi;

5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.
Saya Nak TAG;
1. Nik
Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada ahsfantasy24.. Harap2 dengan adenya program ni, dapat membantu blogger2 baru utk menambahkan follower n naikkan traffic..

Tuesday, January 4, 2011

1.1.11

Cantik tarikh nih, dan pada hari ini Clazmate kat sek rendah n member kamcing masa kat sek teknik.. Berkahwin n dinikahkan pada hari yang same.. pukul 11pg.. Pandai die pilih.. tak terpikir plak nak kahwin pada tarikh secantik nih.


- Dalam perjalanan ke Shah Alam -



Kamcing sebab kami satu kg.. selalu kuar sama2.. ponteng sekolah same2.. huhuhuhu.. yang best lagi.. gi Tampin nak moto.. dengan takde helmet nya, siap kena warning ngan polis lg.. tp polis tuh lepaskan kami sebab yang sama.. "sekampung"

Die wat majlis kat Grand Blue wave hotel shah alam.. Huhhh.. sungguh excited!! Anyway, tahniah le weenie.. semoga kekal sehingga akhir hayat..


- Pasangan sejoli -
Zainal n Weenie

- Ni pulak, tggu masa nak makan.. perut punye le lapaq -

- Selamat lagi sorang -

- Weenie Abd Kadir -


Dalam pada tak disangka2.. kat majlis ni, aku jumpe 2 org member satu sekolah gak.. n satu kelas kat sekolah agama.. Alhamdulillah, kami dipertemukan.. sempat bersembang.. bertanya kaba.. masing2 dah kawin n ade anak..

- Nurhazeeka n aku -


- Bergambar bersama pengantin -



Yang tak bestnya, tak dapat jumpe lg sorang kawan aku.. liza.. kami ni dulu 3 sekwn.. pantang kua.. musti ngan diorg nih.. Tak tau nape die tak dtg.. agak frust jugak le.. lama tak jumpe die.. mungkin die tak dapat cuti.. atau mungkin ade hal lain..


- Lieza-


Saturday, January 1, 2011

Pasta Organik Laziz

Nx n3, sila scroll ke bawah wokey...


Lama tak ber'apdet' blog aku nih.. Baru je apdet, terus aku nak kenalkan satu produk baru Keluaran BUMIPUTERA.. Tambahan pada masa sekarang banyak makanan yang diragui status halalnya..

Banyak kes-kes penipuan penggunaan logo halal dan betapa bahan makanan haram dijual sebagai ‘halal’ di pasaran di negara ini, dari semasa ke semasa membuktikan masalah ini bukan isu baru.
Firman Allah yang bermaksud: “Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al-Nahl, ayat 114-115)
Ini die PASTA Keluaran Bumiputera @ Orang Islam.. Produk ni baru je kuar.. Tak femes pon lagi.. Tapi kalo anda2 sume tak sokong kite sebagai sedara sesama islam.. sape lagi??
Aku dah try produk nih.. Marvelous!!! Makan sekali nak makan lagi!!!... So, korang kena try jugak..

Ramai kalangan kita yang suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing. Ada hanya melihat kelazatan dan khasiat yang akan diperoleh tanpa meneliti sejauh mana ia sesuai untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan dan kehalalannya menurut syariat agama.




Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan aspek kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kepada peminat pasta diluar sana.. Berminat nak beli produk nih...
Kalo kat area Alor gajah n Melaka boleh hubungi no. ni..
017-2944283 - En. Azlan
Kalo pembeli area KL (pesanan 3kg keatas),
Putrajaya, dan kawasan sewaktu dengannya..
012-2973964 (sms only) - Zila

Friday, December 31, 2010

4 Jenis Rekaan Dapur

Binaan dapur biasanya dalam pelbagai bentuk, warna, keperluan dan fungsi yang tersendiri.Ada dapur yang ringkas, luas, berwarna warni dan karakter ruang berbeza mengikut cita rasa pemiliknya.Bagi memiliki dapur praktikal dan pada masa sama menepati cita rasa, panduan berikut dikongsikan.
1) Saiz dapur
BESAR tidak semestinya sempurna dan berikan tumpuan pada aspek praktikal serta kemudahan memasak.Dapur yang besar boleh memberi ruang yang amat selesa, namun masalah mungkin timbul kerana bahan makanan mungkin berada jauh di tempat memasak.Dapur yang terlalu luas juga memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan persekitaran suasana kotor dan berselerak.
2) Kabinet
TERDAPAT banyak bentuk kabinet yang diperbuat dari pelbagai jenis bahan atau material termasuk kayu nyatoh, cengal dan jati. Harga setiap kabinet itu pula bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.Ada kabinet yang dibina secara terbuka (tanpa pintu) dan ada banyak yang direka secara tertutup.Mekanisme tutup dan buka kabinet juga ditawarkan pelbagai teknologi, sama ada dari dalam atau luar negeri.Jika bajet anda tergolong dalam kategori sederhana (RM5,000 ke atas) atau tinggi (RM10,000 ke atas), luangkan sedikit masa untuk melawat beberapa pereka dapur bagi melihat harga dan bentuk kabinet yang boleh ditawarkan syarikat pereka.Sesetengah pereka menawarkan khidmat melakar bentuk kabinet dalam perisian tertentu secara tiga dimensi untuk dilihat dan dinilai pemilik.Bergantung kepada saiz dapur, saiz keseluruhan kabinet boleh berubah ubah.Jika anda mempunyai barang dapur yang banyak atau merancang untuk membeli banyak perkakasan untuk dapur, binaan kabinet luas diperlukan.
3) Dapur kering dan dapur basah
KEBANYAKAN pemilik kediaman kian menggemari konsep dapur kering dan basah. Dapur kering selalunya adalah kawasan yang membabitkan aktiviti masakan ringkas seperti menggoreng telur atau sosej.Sementara dapur basah pula dikhususkan untuk aktiviti memasak yang memerlukan pencucian yang berat.Bagaimanapun, memiliki dapur basah dan kering sekali gus bukan satu kemestian.
4) Unit pulau
UNIT pulau membolehkan orang lain melihat aksi anda memasak dan menjadikan suasana lebih menyeronokkan. Bagaimanapun, unit pulau biasanya ditawarkan dalam harga sedikit mahal dan memerlukan anda mengeluarkan belanja lebih.
Google