Friday, February 4, 2011

:D...

Best je tengok orang di sekeliling tidur.. Mr. M siap berdengkur lagi.. aku je tak tido2 lg.. x tau nape.. asal nak lelap je mate nih, tetiba dada berdebar kencang.. banyak kali jugak le aku try utk tidur.. sampai naik takut jadinya.. Dah kul 5 pg.. tapi still tak leh tidur.. tension tul camni...

Puas dah bukak FB.. blog.. youtube.. tak tau nak bukak ape dah.. sume member aku dah terjah wall diorg.. tak ngantuk gaks.. nak update blog pon takde idea plus xde mood sbb tak leh tido.. esk comfirm x leh tido sampai tgh hari.. sbb anak2 mesti kacau punye..

Ok le, nak try gak lelapkn mate nih..

adiossss...

Wednesday, February 2, 2011

Keracunan Makanan & cara mengubatinya

Apakah Keracunan Makanan?
� Keadaan di mana seseorang itu mengalami
� Loya dan muntah
� Memulas dan sakit perut
� Cirit-birit
� Kadangkala demam dan kesejukan

Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul

Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.

Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
� Ketahanan seseorang
� Jenis racun
� Jumlah racun yang termakan
� Umur seseorang


Apakah Punca Keracunan Makanan?Punca utama ialah makan makanan yang
� Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (shell-fish) dan sebagainya.
� Tercemar oleh kuman yang merbahaya
� Tercemar oleh bahan-bahan kimia
� Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainyaBagaimana


Cara Jangkitan
� Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
� Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
� Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
� Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
� Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli


Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk

� Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
� Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
� Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
� Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran

Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan


Cara mengatasinya :

Rebus hingga mendidih secekak kangkung. Setelah agak kering sedikit, angkat dan sejukkan. apabila telah suam, bolehlah diminum airnya..

Atasi masalah kencing malam


NAMA teknikalnya disebut sebagai enuresis (en-yoo-ree-sus) iaitu sebutan dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa orang biasa, ia lebih dikenali sebagai kencing malam. Mungkin ramai yang mengangguk tanda tahu bila menyentuh tentang perkataan 'kencing malam'.

Masalah yang disifatkan sebagai satu tempoh transisi untuk golongan ibu bapa itu sesungguhnya tidak mudah untuk dilalui.Bagi si anak, kencing malam bukan satu perkara menyeronokkan atau melucukan.

Tanpa bantuan orang dewasa, senario itu kemungkinan menjadi satu mimpi ngeri sepanjang tumbesaran anak.Justeru, ibu bapa perlu sedar terdapat pelbagai faktor penyebab kencing malam. Ketidakmatangan otot pundi kencing, perubahan gaya hidup dan ketidakstabilan emosi merupakan dalang di sebalik permasalahan itu.

Kira-kira 15 daripada 100 kanak-kanak di dalam satu-satu populasi mengalami masalah kencing malam. Otot pundi yang belum matang tidak cukup kuat untuk menahan kencing sepanjang malam. Ini menyebabkan pembuangan air kencing secara tidak disedari berlaku.

Namun, situasi itu tidak akan berlarutan. Seiring dengan peningkatan usia, masalah kencing malam dapat diatasi secara semula jadi berikutan proses kematangan pundi.Dalam tempoh tumbesaran anak, perubahan gaya hidup banyak mempengaruhi tahap kesihatan fizikal dan minda mereka.


Cara2 mengubatinya:


1. Cari sarang semut yang melintangi jalan. Ambil sedikit tanah atau pasir dari sarang tersebut dan titiskan sedikit air. Setelah itu, sapukan sedikti campuran tersebut di perut dan belakang anak anda. Bacalah Selawat 3 kali sambil menarik nafas. InsyaALLAH.

2. Rebus 2 genggam daun inai hingga pekat airnya. Minum selama 3 hari berturut2.

3. Ambil 1 sudu kecil madu lebah dan perah sedikit air lemon. Berikan pada anak sebelum tidur dan pada waktu pagi.

4. Asahkan putik kelapa di belakang pasu. Ambil airnya dan sapukan ke ari2 anak.

5. Campurkan tembakau sebesar ibu jari dengan sedikir kapur sirih. Kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. buatlah selama 1 minggu

Selamat mencuba..

Tuesday, February 1, 2011

Dengkur sewaktur tidur


Punca-punca Berdengkur

Walaupun berdengkur boleh disebabkan masalah sentral, iaitu otak, tidak kurang juga jumlahnya mereka yang menghadapi masalah ini terutamanya dalam kalangan kank-kanak berpunca daripada masalah halangan atau penyempitan saluran pernafasan.
Antara punca boleh ubah yang dikenal pasti menjadi sebab berdengkur ialah obesiti atau masalah kegemukan, saluran tekak yang sempit akibat kelenjar tonsil dan adenoid (sengau) yang besar, rongga hidung yang tersumbat disebabkan masalah alahan atau tulang hidung yang bengkok dan sebagainya. Sesetengah mangsa gejala ini akan mengalami kesakitan seperti sakit dan lemas kerana terpaksa bertarung untuk bernafas dalam ruang yang sempit.
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Tanda-tanda Berdengkur

Selain gejala berdengkur yang mungkin diberitahu oleh orang yang melihat mereka tidur, pesakit yang menghadapi masalah ini juga mungkin mengalami tanda lain yang merupakan manisfestasi kualiti tidur malam yang tidak mencapai kepuasan. Antaranya termasuklah sukar bangun pagi dan rasa mengantuk pada siang hari yang turut akan menjejaskan productiviti kerja seharian. Pesakit akan mudah berasa marah dan tekanan darah yang tinggi atau hipertensi yang sering kali dikaitkan dengan keadaan ini. Mereka yang mengalami dengkur yang kronik boleh mendapat masalah penyakit jantung atau kompilasi kepada sistem pernafasan (sleep apnea iaitu berhenti bernafas kira-kira 10 saat sewaktu tidur).

Mengantuk yang melampau pada waktu puncak siang hari amat berbahaya kepada mereka yang bekerja yang memerlukan tumpuan seratus peratus seperti pengendali jentera dan mesin di kilang, pemandu kenderaan awam dan sebagainya. Bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah, gelaja ini akan membawa terganggunya konsentrasi pembelajaran dalam kelas.
Cara mengatasinya :
Tumbuk lumat 7 biji buah badam. Campurkan dengan air suam dan kacau hingga sebati. Minum setiap hari sebelum tidur..
Selamat mencuba..

Banjir

Salam,
cian akak aku.. 3 hari berturut ujan tanpa henti.. akibatnya, umahnya dilanda banjir.. huhuhuhu.. jenuh le mengangkat barang.. Hari sabtu lepas, aku balik kampung n plan nak balik sini ari isnin.. tp mr. m ajak balik ahad malam.. okey le, 'saya yang menurut perintah'... huhuhuhu..

nasib baik le kan, ikut cakap somi.. kalo x, ngan anak2 aku berenang dalam banjir.. elok je, ptg isnin.. banjir umah die.. air masuk umah takat peha... n 2 almari pinggan mangkuk x dpt diselamatkan.. sbb barang terlalu byk n air naik ngan cepat.. Cian die..

Banjir nih kali ke2 kena pada rumah akak aku.. yg pertama dulu.. tahun 2006, tapi tak le seteruk tahun nih... pinggan mangkuk yang terendam, kena le dipilih.. mana yang plastik2 ni, kena buang je..

Petang tadi aku kol die, tanye keadaan die mcm aner... Alhamdulillah, air dah semakin surut.. tgh hari tadi diorang dah mula basuh rumah.. mcm2 sabun di belinya... ngan dettol.. sabun basuh lagi.. sabun lantai lagi.. belanja jugak tue.. cian die.. nak salurkan modal.. aku pon tak bermodal sekarang nih.. sungguh menyedihkan..

harap2 kerajaan negeri dapat salurkan bantuan lebih untuk tahun nih.. boleh gak tanggung kerugian mangsa2 banjir nih.. sbb ade dengar citer, kg pengkalan, kat alor gajah.. siap kereta 'exora' tenggelam sebijik.. rumah plak.. nampak bumbung je... cian2.. mungkin ade hikmah yang terjadi sebalik bencana ni.. kepada mangsa2 banjir.. sabar bebanyak dengan dugaan yang Allah berikan ye..


- ni masa memula banjir-
sibuk mengalihkan barang..
- sempat lagi bergambar..-


Google