Thursday, December 22, 2011

BNM perkenal not, syiling baru


KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.
Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.

Wednesday, December 21, 2011

Tahukah anda otak wanita akan mengecil semasa hamil?

Bukan hanya anggota tubuh seperti perut dan saiz badan yang berubah semasa hamil. Satu kajian menyebutkan bahawa saiz otak perempuan juga turut mengecil ketika mereka hamil. Betul ke?

Kajian menunjukkan bahawa, otak perempuan mengecut sebanyak empat peratus semasa tempoh kehamilan. Itulah yang menjadi alasan mengapa ia mengatakan, tiada otak yang unisex.
Salah satu perbezaan adalah otak perempuan mengecut selama hamil. Akibat perubahan tersebut perempuan hamil daya ingatan cenderung menurun dan daya fikirnya.

Bukan sekadar itu sahaja, perempuan juga lebih banyak tidur semasa hamil. Ini terjadi kerana hormon progesteron yang membuatkan mereka lebih mengantuk serta meningkat sehingga 30 kali ganda semasa lapan minggu pertama proses kehamilan.

Namun tidak perlu bimbang kerana semua perubahan keadaan itu hanya berlaku sementara sahaja. “Keadaan akan kembali normal enam bulan selepas kelahiran,” kata Brizendine yang juga pakar psikiatri saraf dari Universiti California San Francisco Amerika Syarikat

Tuesday, December 20, 2011

Alahai Badan..

2 malam ye, I x dapat menikmati tidur yang lena.. Perut I kembong uol's... Siang2 hari plak, segala makanan yang masuk ke mulut.. semua terkeluar balik.. waaa... I pon kena makan 'grip water' jugak ke macam Thaqif?? huhuhuhuhu.. seksa!!!

Nak update blog pon tak de mood.. lostttt... takde idea.. dalam otak cuma membayangkan bilik air yang indah je.. ada tanda2 untuk membuangkan kembali apa yang I makan sebentar tadi.. huhuhuhu...

Friday, December 16, 2011

Rentetan N3 semalam

Semalam petang, lepas balik keje.. I try mgs My fren, Arfa Herny.. Tanya le keadaan die macam aner.. nak call, takut die masih bersedih n nti die sambung nanggis plak lagi.. Dah le die dalam pantang.. Takut le benda yang tak baik jadi kat plak nanti.. Bile I mgs, I tak aspect pon die nak balas.. pada I.. kalo tak balas pon takpe, I paham keadaan die..

Tapi tak sangka plak, dalam sekejapan die balas Mgs dari I tu.. Alhamdulillah segala urusan yang perlu dibuat dah selesai pukul 11.++ pg semalam.. Die bagi tau jugak, 'arwah' meninggal sebab jantung berlubang... huishhh.. berat dengarnya.. Itu yg nafas 'arwah' tersekat2..

Segala pesanan dari kawan2 difb, I dah sampaikan.. Masa tengah menunggu waktu solat Isya'.. Die mgs I lg.. katanya, die tak mood nak bukak fb.. I nasihat kt die.. I soh die berehat je.. buat masa terdekat nih jgn bukak Fb lagi.. Takut nanti die akan jadi bertambah sedey plak nanti n beri kesan pada kesihatan die.. jangan pk benda2 lain.. yang penting sekarang die kena tenangkan fikiran die n banyakkan berehat.. ketepikan semua benda2 yang tak penting, kesihatan die perlu diutamakan..

Tu je yang mampu I buat untuk die sekarang.. Bagi kata2 semangat n nasihat..

InshaAllah, hujung bulan ni.. I balik kg, nak pi ziarah die.. agak terkilan sebab tak boleh nak ziarah die semalam.. tapi apakan daya.. dek kerana kekang masa n duit... kuikuikui.. tengah2 bulan ini poket pon dah bocor.. so, kenalah tunggu hujung bulan nanti..

Thursday, December 15, 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun

Ingat tak N3 yang ini... Pagi tadi pukul 2.06am dapat mgs dari kawan I. Arfa Herny kawan rapat masa kat sekolah Teknik Alor Gajah...

"zila, anak aku dah xde.."

Kebetulan, I tak tidur lagi sebab melayan Mr.M surfing internet..

Bile dapat je mgs tu, terus I call die.. tanya die, masa tu hati I dah tak sedap dah.. baru je berangan2 nak pi tgk baby lepas krismas ni.. Masa tanye tue, lama die diam.. pas dah dapat kekuatan baru die cakap.. Pasal baby die.. Sebak I... I pon nanggis sama.. Tak nak tanya die banyak2 takut boleh menambahkan lagi kesedihan die... dah le masih berpantang.. Baby tue lahir 12.12.2011 pukul 4.++ petang.. Baru sangat die mengecapi nikmat menimbang cahaya mata.. Dah le tu 1st baby plak tue.. Apa yang I boleh cakap, soh die bersabar dengan dugaan dariNYA..

Pagi tadi, masa On the way pi opis.. I call kawan kami lagi seorang.. kawan rapat di sekolah yang sama.. Die terkejut, sebab die baru lepas komen gambar baby ni kat Fb..

Sampai je opis terus bukak fb.. sebab I tak dapat lagi tengok baby nih.. Bile tengok gambar baby nih, airmata berlinangan.. Tak dapat I bayangkan kalo terjadi pada I.. huhuhu.. sedey!!!..

Yang peliknya, bile I dah komen pasal 'keadaan' baby ni.. masih lagi diorang2 nii komen ucapkan tahniah.. Pengajaran kepada I.. baca dulu komen2 sebelum2, sebelum mengomen.. Cian pada die, bile baca.. I baca pon sebak, nikan pulak ibu baby tu..

Ada la I hantar mgs pada kawan I tu.. tujuan I, untuk mengurangkan sket tekanan pada die. I simpati pada ujian yang dihadapinya, tapi tak mampu nak tolong.. so, apa yang I boleh buat hanyalah memberikan kata2 semangat untuk die supaya redha n tabah..



Muhammad Aqil Rayyan


Baby yang comel... Kalo empunya diri membaca n3 nih.. Sebenarnya kau bertuah, sebab masa kau mati nanti ada insan yang menunggumu disana..


Teringat Lagu Adibah Nur - Terlalu Istimewa


Ku tak tergambar wajahmu


Sinar mata itu


Lirik senyumanmu


Pesona yang membelai


Wajahmu bercahaya


Memberi bahagia


Tiap yang memandangHati jadi salju


(Korus)


Kau terlalu istimewa


Kasih dan sayangmu terpancar


Seikhlas tiada batasan


Terus membara


Terkilan rasa jiwa


Ingin ku lihat mu dewasa


Apa daya


Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia


Duduk di sampingnya


Mendengar cerita


Sekadar rahsia


(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…


Mendengar suaramu…


Tawa mengusik jiwa…Oh…
(Ulang korus)

Google