Wednesday, December 21, 2011

Tahukah anda otak wanita akan mengecil semasa hamil?

Bukan hanya anggota tubuh seperti perut dan saiz badan yang berubah semasa hamil. Satu kajian menyebutkan bahawa saiz otak perempuan juga turut mengecil ketika mereka hamil. Betul ke?

Kajian menunjukkan bahawa, otak perempuan mengecut sebanyak empat peratus semasa tempoh kehamilan. Itulah yang menjadi alasan mengapa ia mengatakan, tiada otak yang unisex.
Salah satu perbezaan adalah otak perempuan mengecut selama hamil. Akibat perubahan tersebut perempuan hamil daya ingatan cenderung menurun dan daya fikirnya.

Bukan sekadar itu sahaja, perempuan juga lebih banyak tidur semasa hamil. Ini terjadi kerana hormon progesteron yang membuatkan mereka lebih mengantuk serta meningkat sehingga 30 kali ganda semasa lapan minggu pertama proses kehamilan.

Namun tidak perlu bimbang kerana semua perubahan keadaan itu hanya berlaku sementara sahaja. “Keadaan akan kembali normal enam bulan selepas kelahiran,” kata Brizendine yang juga pakar psikiatri saraf dari Universiti California San Francisco Amerika Syarikat

No comments:

Google