Hari adalah ulang tahun kelahiran mak I.. Dan hari ni jugak genap 4 tahun i ditempatkan kat department sekarang.. Bersyukur kerana masih mempunyai mak .. seorang mak yang mengambil berat pasal anak2, walaupun anak2 die dah besar panjang.. Dan die berusaha menghulurkan pertolongan kalo dikalangan adik beradik kami menghadapi kesusahan..
Buat mak, terima kasih kerana membesarkan I n mencurah kasih sayang sepenuh jiwa ragamu.. Dengan sisa2 hidup die sekarang, Kami cube buat yang terbaik untuk mak... Walaupun kami tak mampu memberikan mak dengan kemewahan, kami cube memberikan apa yang termampu dan terbaik untuknya..
Semoga dengan pertambahan umur mak sekarang, Allah akan lebih merahmati mak dan semoga mak terus menjadi insan beriman dan beramal solehah.. AMIN..
No comments:
Post a Comment