Friday, March 19, 2010

Apa daaa...

N3 yang lepas.. Muhammad Thaqif Bin Muhamad... Sebenarnya korang, aku nak bagi tafsiran nama anak aku tu.. Tapi aku lupe le plak.. Bile dah melalut pepanjang, tetiba rasa sakit belakang.. so, kena le rehat.. bile ari ni aku baca balik N3 tu.. baru je teringat nak bagitahu makna die kat korang semua.. Isk.. isk..

OK lah.. ni makna die.. simple je, tapi saje je nak memenuhkan blog aku ni.. tak le sunyi sangat..

Muhammad = Yang terpuji

Thaqif = Bijak & cepat faham

Selasa lepas, kawan2 opis aku datang tanya nama baby.. Nama tu betul dah aku bgtau, tang makna die tak betul.. So, sori ye.. ni die makna yang sebenar..

Pastu semalam Mr. M kesayangan aku nih, soh letak selain 'Muhammad'. Alasan die "abang dah ada muhamad.." Dan aku tak pon bercadang nak tukar sebab aku dah rase sesuai..

Tu je kot.. aku rase nak stop dah.. Sekali lagi aku ditegur.. "Aiii.. macam dah sihat je.."

jadi kite berhenti setakat ni dulu.. Aku nak kembali jadi orang sakit balik.. Jadi orang sakit nih best.. Dilayan macam puteri.. Ok le layanzzzzzzz....


Thaqif ku tersenyum..


Masa ni tengah tidur le plak

Yang ni.. Nak senyum pon ade..

Menggeliat..

Thursday, March 18, 2010

Sambungan N3 16/3

Ok.. selepas aku ditolak ke dewan pembedahan..

Sesampai je kat sane, Para pembantu juru bedah datang meluru pada aku.. Pakar bius plak, minta aku sign itu ini.. Sibuk tanyakan bermacam2 soalan.. Yang lain2 plak, pantas wat keje.. Macam aku nih kritikal2 sangat.. dalam masa beberapa minit semua dah siap.. Tinggal untuk dibedah je..

Pakar bius plak, sibuk melayan aku. sebab die tak nak bagi aku takut sangat kot..!! Sambil die terangkan apa yang diorang tengah buat kat perut aku.. Pastu die soh aku tidor.. Dia akan kejutkan lepas semuanya siap..

Masa dieorang tolak2 perut aku.. Aku bukak mata.. Tengok kat lampu kat atas.. Nampak apa yang diorang wat.. Tengok diorang kuarkan anak aku.. Kuar je dari perut aku nih.. Die menanggis sakan.. Tanda2 Positif.. Aku tersenyum lebar!!

Pastu pakar bedah bagitau kat aku.. Anak aku dah dikeluarkan.. Tak lame lepas tue, diorang tunjuk anak aku kat aku.. Benda pertama yang aku tengok... JANTINA die.. pastu muka die.. Dalam hati aku.. "Kenapa telur die hitam??" Isk.. bile diingatkan balik, nak gelak pon ade..

Dah settle semuanya, pakar bius kejutkan aku.. Aku buka mata, die cakap semua dah settle, pastu aku ditolak ke bilik pemulihan.. Masa tu aku dah terketar2.. Sejuk nak mampus!!!.. Bile aku bersembang dengan pembantu juru bedah tadi, kebetulan besday die ngan aku tak jauh.. selang sehari.. aku 3/8/1983 die 4/8/1983.. siap berkenalan lagikss.. Die kata aku sejuk bukan sebab air-cond diorang.. Tapi kesan dari ubat bius..

Setengah jam lepas tu, diorang panggil Jururawat Wad 2A.. soh datang ambik aku.. Mulut aku tak lepas Ucapkan 'Terima Kasih' pada diorang.. Sebab aku rase terhutang budi kat diorang sebab diorang nak berusaha menyelamatkan aku..

Sekali lagiks.. mana le tau kot2 diorang terbaca N3 nie... Terima kasih kepada semua para Doktor, Juru bedah, jururawat 2A di Hospital Putrajaya yang telah berusaha menyelamatkan aku..

Insya Allah, akan aku sambung lagi esok.. Pinggang dah sakit macam nak patah dah..

bye..

Wednesday, March 17, 2010

Muhammad Thaqif Bin Muhamad

Salam semua readers..

Aku masih lagi dok relaxs2 dalam bilik.. bersama baby baru.. Dah settle semuanya baru boleh update blog.. Sebelum aku update blog ni, Pn. Emy ade call aku.. Die kata.. "Eiii.. ko ni bukan macam dalam pantang, sempat update blog.."

Hehehehe.. boring tau!!! dok melagut je.. Kalo bersalin normal, banyak le keje.. Nak kena bertungku.. Tapi bersalin operate nih kena banyak relax.. Aku nih, mane bleh dok diam lelama.. Mati kutu!!

Masa lepas operate tu pon, die soh baring selama 6 jam.. tak bleh berjalan2.. Aku dah risau dah.. kalo nak ikutkan pukul 11 mlm baru cukup 6 jam.. tapi pukul 9 aku dah gelisah!!..

Pukul 10 lebih, aku dah soh diorang cabut tiub air kencing tue.. Lepas tu, aku tanya dah boleh bangun blm?? Diorang bagi jelah.. Lega dapat bebas.. hehehe.. Tapi aku masih berhati2.. Buat plan2.. dan sekarang pon same.. masih berhati2 dalam wat segala pergerakan.. Sebab masih lagi terasa sakit..

Apa2 pon Alhamdulillah.. Aku Dah selamat.. Syukur kepada Ilahi, sebab memberi aku peluang hidup atas muka bumi ni lagi..

Kejap lagi aku sambung N3 semalam ye.. Tungguuuu!!!


Sakit.. Tapi berbaloi2..


Hasil dari kesakitan yang aku tanggung..

Alhamdulillah.. Sihat dan sempurna

Masa awal pagi.. Kena jemur.. Sebab takut kena kuning..

Tuesday, March 16, 2010

Alhamdulillah.. Selamat dah

Salam semua.. Ketika korang baca N3 nie, aku sedang bercuti panjang gilerrrr!!! Yabeda bedu!!!. Aku tengah happy sekarang sebab aku dah pon selamat melahirkan seorang lagi zuriat.

Tepat jam 3.37pm 14hb Mac 2010, aku selamat melahirkan seorang putera. secara Caesarean Section.. Tak pernah2 kena operate, kali nih kena plak.. huhhh!!! Sakit kiuttt!!! serik nak ada baby lagi..

Pada 13hb Mac, aku gi serah diri di Hospital Putrajaya.. Atas arahan doktor ok.. Seperti yang diajdualkan, 14hb aku akan di 'induce'. Pagi 14hb, masa awal pagi.. Diorang wat 'CTG' pada heartbeat baby.. diorang dapat trace graf pada CTG tue, pada kadar yang kurang memuaskan..
Setelah 2-3 jam wat CTG, keadaan masih tak berubah.. masa tu doktor dah arahkan aku gi bilik prosedur untuk tengok bukaan jalan.. Sekali gus nak pecahkan air ketuban aku..

Doktor : Puan, sekarang puan gi ke bilik prosedur, i nak tengok air ketuban u.. Kalo air ketuban tu warna hijau.. U kena sedia, sebab U kena operate.. Kalo air ketuban tu ok.. I bagi u peluang bersalin secara normal..
Panik le masa tue.. usah le cerita.. muka aku pucat lesi, kalo toreh pon x berdarah kot.. Bukan ape, kalo boleh tak nak kena operate2 nih.. Melahirkan secara pembedahan memang menyakitkan dan menyusahkan..

Setelah bertarung dengan kesakitan selama 6jam..(bersalinkan anak2 yang sebelum2 ni tak pon cam tue) bertemankan suami disisi.. (ekekeke.. die pon serik tengok aku bertarung nyawa masa tue..) Percubaan demi percubaan untuk bersalin normal gagal!!.. Aku ditolak ke dewan bedah..

Yang nih.. InsyaAllah, esok2 aku sambung ok.. Layan gambau nih dulu..

2 Jam selepas dilahirkan

Lebatnya kening..
Hidung die kombang ke mancung??
Cutenya anak aku..
Alhamdulillah setelah bertarung nyawa.. Inilah hasilnya..
Budak kuat tidoo..
Sehari selepas dilahirkan

Tidoo lagikss..

Saturday, March 13, 2010

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).

Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.

Andai kata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.


MENGURUS TEMBUNI/ URI

Mengikut Kamus Dewan tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan orang tempatan.

Bagi mereka yang melahirkan anak di rumah sakit, pada kebiasaannya, tembuni diserahkan kepada pihak keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh masyarakat kita.

Pada kebiasaannya, tembuni tersebut terlebih dahulu dibersihkan. Selepas itu tembuni akan disimpan dalam bayung atau dibungkus dalam suatu bekas untuk ditanam. Ada sebahagian orang menggantungkannya di tiang atau pohon pokok dan didapati juga menyimpannya.

Selain itu ada juga orang membuangkannya ke dalam tong sampah atau menghanyutkannya di sungai-sungai.Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.

Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan. Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya. Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupaka anggota badan yang tidak haram dilihat.

Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam. Oleh yang demikian sewajarnya orang Islam mengetahui adab-adab Islam dan tidak mengabaikannya kerana Islam mengajarkan umatnya dari semua sudut kehidupan termasuk menjaga kebersihan diri dan anggota tubuh badan hinggalah kebersihan rumah dan halaman.

Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya:“Sesungguhnya (Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Bersihkanlah halaman (rumah) kamu”.

(Hadis riwayat Al-Tarmizi)
Google