Monday, May 31, 2010

Kembali ke Rahmatullah - Norhashimah Wahid

Norhashimah Wahid
Pagi ni aku terima berita sedih.. Officer kat opis aku meninggal dunia.. Teringat ketika di surau, sama-sama 'pam' susu.. Kami berbual sambil 'pam'.. Sedey nyerr... Paling tak tahan, bile dah pam je.. dialog yang jadi kebiasaaan...

Aku : Puan dapat berapa 'aun'??
Pn. Shima : 4 auns.. zila???

Sedeynya... Semoga roh mu dicucuri rahmat disana.. AMIN..
Sama-sama le kite sedekahkan Alfatihah untuk beliau...

Pelatih PTD alami jangkitan paru-paru serius

KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.

Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.

Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

bang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.

“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.

Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya. “Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.

“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.

Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).

“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.

“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR.

Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar

Friday, May 28, 2010

Khasiat dan Kebaikan susu ibu

Hari ini aku google lagi, mengenai susu ibu nie lagi.. Sebelum ini aku tau yang asas2 saje tentang susu ibu nih.. Sesuai dengan azam aku kali, kalo boleh nak menyusukan anak aku sampai berumur 2 tahun..

Anak pertama sempat menyusu 1 tahun lebih je, yang kedua plak sempat menyusu kira2 6 bulan saja.. kesian die, masa ni aku tak boleh nak ape.. Aku kena gi kursus masa ni, kursus tue kira2 3 minggu..

N3 nih juga bertujuan untuk merangsang fikiran positif aku untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk menampung keperluan anak aku.. huhuhuhu.. tingginya impian.. Harap2 azam aku akan tercapai...

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.


Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.


Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.


Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.


Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.


Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.


Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.


Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.


Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.


Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.


Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks.

JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

Thursday, May 27, 2010

Kesan Epidural

Aduuuhhhh.. sakit pinggang.. Dah macam nenek plak aku nih.. Inikah kesan Epidural yang digembar gemburkan?? hehehehe... baru sekarang aku terasa.. Sakit gile nih.. Kena cari tukang urut nih..

Tengah2 dok godek2 fb.. ternampak le ade 'request' nak jadi kawan aku.. bile bukak.. tengok kawan2 lame msa kat sekolah teknik dulu.. huhuhu kenangan2.. Kebanyakkannya kerja 'bebest' gak.. cuma aku masih disini.. dan baru nak mula menapak balik.. setelah sekian lama Mr.M 'simpan' aku kat umah.. sila salahkan Mr. M ahaksss....

Mungkin bahagian aku nih, mulakan menambahkan umat duloo.. pastu baru terhegeh2 nak meningkatkan kerjaya plak.. hehehehehe.. Moga2 Allah aku mempermudahkan urusan ku.. AMIN..

*Kenangan di SMTDSMZ 2000*
Bersama guru kelas, Cikgu Norizan

Sambil2 aku taip N3 ni, aku google gak.. Kesan Epidural ni.. Ini yang aku dapat..

Kesan pembiusan epidural kepada ibu


Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).

Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang

Jika epidural dilakukan dengan mudah dan tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum.


‘‘Apa yang sering diperkatakan adalah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya.


‘‘Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.


‘‘Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural,’’ terang Dr. Farahah sambil menambah, walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

** Oppsss... Maknanya, aku ni salah le ni.. lalalalalala..

Wednesday, May 26, 2010

Kuruskan Badan Dengan Menyusukan Baby???

Sebenarnya ada cara paling mudah dan paling murah yang boleh dilakukan. 'Menyusukan baby' merupakan cara terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bahkan akan lebih mudah buat ibu yang menyusukan untuk mengurangkan lemak di badan terutama di area 3P (paha, pinggul dan punggung),

Perlu diketahui bahawa seberapa teruk pon permakanan si ibu, tubuh kita akan tetap memproses ASI (Air Susu Ibu) dengan kualiti yang baik untuk bayi.

Berikut merupakan makanan yang dianjurkan:

* Makanan penambah tenaga boleh didapat dari nasi, sereal, roti gandum, pasta dan kentang

* Segala jenis sayuran dan buah-buahan.

* Protein. Didapat dari daging, ayam, telur dan ikan. Lebih baik lagi jika memperbanyak ikan yang mengandung omega-3.

* Jangan lupa perbanyakkan pengambilan cairan, terutama air mineral. Jus segar dan sup merupakan pilihan yang baik. Selalu sediakan botol minuman di sebelah kita ketika sedang menyusui. Teh,kopi, soda dan coklat mengandungi kafein dalam jumlah yang berbeza-beza. walaupun tidak dilarang, pengambilan perlu dibataskan. Bayi seperti juga orang dewasa akan merasakan benda yang sama bila terlalu banyak kafein. Merasa gugup berlebihan, mudah marah dan sukar tidur.

** Aku tak kurus pon.. Macam aner nih.. member aku elok je kurus badan die.. 3 dah anak aku.. menyusu ke tak menyusu ke.. same je.. buat pengetahuan korang, aku memang tak makan malam.. tak kurus gak.. Aku rase sume nih bergantung pada hormon badan memasing le.. aku pon kurangkan pengambilan nasi, tapi lebihkan sayur.. hampagas betul... agak tension gak, bile ade org cakap.. "aii ko ni menyusukan tak menyusukan sama je.."..

Kalo ade pakar ke atau sesiapa yang arif, sila bagi komen @ cadangan ye.. plz ye..
Google