Monday, March 28, 2011

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

SUMBER : PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.



Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.



Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).



FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia

(1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone


(2).(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.



Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman.


Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid
(3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin
(4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit
.Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-MaranjiSalam Ukhuwah..~

Saturday, March 26, 2011

Penawar G6PD

Setiap penyakit ada penawarnya.. n penawar untuk G6PD..

Opkoz le HPA... dah jadi ahli, tapi tak tau ada ubat benda alah ni..
Jom kite bace n3 selanjutnya..





1) Evergreen Centella - amalkan 2 kali sehari / 2 sudu teh sekali minum. -Pagi dan Malam semasa hendak tidur.






2) Spirumadu - Gabungan Spirulina dan Madu, Subhanallah amat berkesan untuk menguatkan kembali tisu2 dan sel2 yang pecah atau rosak. Madu adalah sinergi yang mempercepatkan lagi proses pembaikpulihan 13 x ganda di samping seperti yang Rasulullah S.A.W. syorkan kepada umat Baginda - madu adalah penawar segala penyakit. (Sama juga pagi dan malam)






3) Untuk menambah darah amalkan Health-B (HB) :

pagi dan malam. Jika kanak-kanak, bukakan kapsul (2 kapsul sekali pengambilan) campur di dalam minuman (air masak / air minuman) Paling afdhal untuk kanak-kanak goncangkan 300x HB dan air yang telah dicampurkan, setelah itu diberi minum. (Petua terbaik dari Tn Haji Ismail)


Dan IMT drink .

IMT adalah minuman seperti air cap badak, menyejuk badan dan kelebihan IMT adalah untuk meningkatkan imuniti dan mencegah kanser.Belikan juga minyak but-but dan sapukan pada dada dan anggota badannya. But-but bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memanaskan anggota badan yang kesejukan. yang uniknya Minyak But-but ini adalah ia turut boleh diminum. Jangan terkejut kerana ia diperbuat daripada tumbuhan dan bukan dari haiwan atau dari dalam bumi.

Thaqif mewarisi.. (What is G6PD?)





Teingat masa kecik2 dulu.. mak aku x kasi aku makan buah limau banyak2.. sebabnya aku ade G6PD... pelik kan name tue.. mungkin ramai yang tak tau pasal benda nih... jap lagi aku attach kan sekali pasal benda nih...





Sampai sekarang aku masih lagi berpantang.. tak makan Kacang Parang & elakkan bau ubat gegat.. Seingat aku, masa aku sekolah menengah dulu.. makcik aku, seorang doktor.. sekarang die Pengarah kat Hospital Tampin. n.9... Die kate G6PD nih boleh jadi normal bile kite meningkat dewasa.. dulu aku ade le wat ujian darah.. nak tau normal ke tak.. masa tue aku bru tingkatan 3.. lepas ambik darah tue.. aku terus diam, tak gi tengok result die mcm aner.. aku ingatkan lepas tau result tu, diorang antar surat (result).. punye le sengal!!.. sekarang nih baru teringat pasal nih..


mmm.. cian lah anak aku, kalo die mewarisi.. actually, benda nih tak berbahaya.. tapi kami yang ada masalah nih, alahan pada ubat demam malaria, kalo tak salah aku le..





InsyaAllah, nx appointment ngan doktor seri kembangan.. aku nk wat ujian darah sekali le.. nak tengok dah normal ke blm..






Update : Lepas wat n3 nih.. terus google penawar untuk benda nih.. fuhh lega.. relax arr.. tak bahaya mana pon.. sekarang pon banyak ubat.. huhuhu... (ayat nak sedapkan ati..)





G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.






Bagaimanakah G6PD diwarisi?

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma.


Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.



Komplikasi


Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).



Diagnosis


Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.



Rawatan


Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.



Ubat anti-malaria


Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.



Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.



Sejak dari dahulu lagi para askar yang akan memasuki hutan pada tempoh yang lebih dari sebulan akan diperlukan untuk membuat suntikan anti malaria terlebih dahulu sebelum mereka masuk ke hutan, namun ujian G6PD tetap perlu dijalankan sebelum suntikan pertama ubat anti malaria diberi kepada mereka.

kenapa kurang sel darah merah?



KEKURANGAN sel darah merah atau anemia adalah keadaan darah merah mempunyai kiraan sel darah merah yang rendah.Ia juga berlaku jika kandungan hemoglobin sel darah merah tidak mencukupi.Hemoglobin ini adalah protin kaya zat besi yang memberikan wana merah kepada darah.Ia juga membantu sel darah merah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke keseluruhan tubuh.


Oleh itu, seseorang yang mengalami anemia selalunya menunjukkan beberapa simptom dan tanda seperti kelesuan, pucat, sejuk tangan dan kaki dan sesak nafas.Anemia yang teruk dan berpanjangan boleh merosakkan jantung, otak dan organ tubuh yang lain.



Secara umumnya, anemia boleh dikategorikan mengikut tiga mekanisme utama iaitu kehilangan darah, penurunan penghasilan sel darah merah dan peningkatan kadar pemusnahan sel darah merah. Antara puncanya adalah pendarahan akibatkemalangan,kekurangan vitamin dan mineral, kanser, penyakit buah pingang, penyakit keturunan dan ubat-ubatan.


Matlamat anemia dirawat adalah untuk meningkatkan jumlah oksigen yang boleh dibawa oleh darah.Caranya adalah dengan meningkatkan jumlah sel darah merah atau hemoglobin.Selain itu, punca atau keadaan yang menyebabkan anemia tersebut perlu juga dirawat.Tindakan ini dapat menghalang berlakunya anemia dari berulang.


Kebanyakan jenis anemia adalah ringan, pendek tempohnya dan mudah dirawati.Beberapa jenis dalam kumpulan ini boleh dicegah dengan pemakanan yang sihat.Paras vitamin atau zat besi di dalam tubuh yang rendah biasanya boleh menyebabkan beberapa jenis anemia.


Paras rendah ini selalunya berkaitan dengan amalan permakaan yang kurang elok atau keadaan penyerapan pada usus yang menurun.Untuk meningkatkan paras vitamin atau zat besi iniselalunya ahli farmasi atau pengamal perubatan akan menasihatkan anda untuk mengubah corak permakanan dan mengambil suplemen zat besi dan vitamin seperti vitamin B12 dan asid folik.Ada kalanya, vitamin C juga diberikan supaya penyerapan zat besi dapat dipertingkatkan.


Badan kita memerlukan zat besi ini untuk membina hemoglobin. Zat besi ini biasanya diberikan sebagai suplemen mineral.Ia dicampurkan dengan multivitamin dan mineral lain untuk membantu tubuh menyerap zat besi tersebut.Vitamin B12 dan asid folik pula membekalkan komponen utama dalam pembentukan sel darah merah dan menghalang permusnahan sel darah tersebut.

Terdapat juga jenis anemia yang teruk, panjang tempohnya dan boleh menjadi bahaya kepada nyawa jika tidak dikenal pasti dan dirawat.Dalam keadaan ini, pemindahan darah mungkin diperlukan. Anemia yang melibatkan keturunan pula tidak boleh dicegah tetapi terdapat rawatan yang dapat membantu keadaan ini.

Contoh anemia jenis ini adalah anemia sel sabit. Jika punca anemia adalah disebabkan oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat sesetengah penyakit,ubat tersebut mingkin diberhentikan dan digantikan dengan yang lain.Ubat-ubat ini mungkin terdiri daripada beberapa jenis antibiotik, ubat kanser dan segolongan kecil ubat darah tinggi.Sebagai kesimpulan, biasanya, anemia boleh dirawat dan dikawal.

Jika anda mempunyai simptom atau tandanya,dapatkan nasihat, diagnosis dan dapatkan rawatan dengan segera. Dengan rawatan yang betul, kebanyakan jenis anemia adalah ringan dan pendek tempohnya.

Friday, March 25, 2011

MEE SEGERA

Sumber : PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA


136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah.


Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.



Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.



Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


2) 10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera



Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.


Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.


Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.


Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):

Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak;

mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran,

kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser
Google