Tuesday, August 17, 2010

Petua orng dulu-dulu-Bengkak Susu

Bengkak Susu

Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara.

Bagi melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihati melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Rujuk halaman sebelah bagi resipi rumusan halba.

Bagi melancar dan memperbanyak air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas. Rujuk halaman sebelah bagi resipi tersebut.


Bengkak Payudara yang Sakit Berdenyut dan Bisa

Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.
Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza di antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara. Rujuk halaman sebelah untuk resipi berkaitan.


Rawatan Bengkak Susu

Rawatan Tuaman

Bahan:
1 genggam halba
1 genggam jintan hitam
1 genggam ketumbar biji
12 sm halia – tumbuk pecah atau cincang kasar
1 cekak daun sirih

Cara menyediakan:
1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus sehingga kembang. Cepu ini digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.
2. Tuam di bahagian ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.
3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.

Amalan minuman
Rendam satu genggam halba di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan tambahkan madu lebah asli.
Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan ditambahkan madu. Minum satu hingga dua cawan

No comments:

Google