Friday, April 16, 2010

AQEL MIKHAIL - Putera kepada Nik Normazani

Eiii.. Comeii kan.. Anak kepada rakan satu batch masa lapor diri kat Kementerian Kewangan dulu.. Sekarang Nik ade kat Bhg Undang2.. Aku plak disini.. hehehehe...

Muka baby ni ikut muka nik.. Comei... Cuma aku tak berpeluang nak melawat die.. seperti sedia maklum aku pon dalam pantang.. Gambar nih husband die MMS.. Nama Baby nih.. AQEL MIKHAIL.. sedap nama tue..

Sekali lagi Tahniah nik ngan Husband.. Semoga berbahagia dengan kehadiran si Kecik nih.. AMIN..

Sedapnya tido

Thursday, April 15, 2010

Tahniah Nik

Aku dapat sms dari Nik (niknuar.blogspot.com) pagi semalam, die selamat melahirkan Baby Boy, secara normal.. Berat 3.36kg pada pukul 10.10pm 13.4.2010..

Tahniah kepada nik dengan husband, semoga dengan kehadiran baby dapat menyerikan rumahtangga korang.. AMIN..

Wednesday, April 14, 2010

Kembali berbelog

Semalam aku selamat sampai dari kampung.. Semalam genap usia anak aku 30 hari.. Aku balik sini pon selepas aku bawa anak aku dapatkan injection Hepatitis B Dos ke2.. Senang gi Klinik Desa kat sana, orang yang menunggu pon tak bape ramai.. Tak macam kat sini..

Masa kat klinik, ade seorang ibu (Usia Baby sama dengan Thaqif) masih yang berpantang hari ke 30.. Tapi yang bestnya die siap pakai seluar ngan tak pakai stokin lagi.. Boleh sound aku.."Eiii, sama le kite, Tapi siap pakai kain batik dengan berstokin lagi.." Apa yang boleh aku cakap.. aku senyum jelah.. dalam hati aku.. "Kekampungan sangat ke aku nih??"

Dalam kereta, aku adukan pada Mr.M.. Die sedapkan hati aku.. "Cara die pantang tak sama ngan zila kot..." Aku senyum je.. Terpulang le korang nak berpantang selama mana pon, tak payah le nak sound2 orang.. Kali ini aku cube berpantang selama 100hari.. InsyaALLAH..

Ok le, cukup setakat nih.. Buat member2 yang belum berkesempatan nak tengok anak aku.. Aku dah pon ade kat umah aku di Seri Kembangan.. ok le.. chawww...

Friday, April 2, 2010

Bisul


1. Tampalkan hirisan bawang putih pada tempat yang terkena bisul. Lakukan sehingga bisul itu kecut.
2. Tumbuk beberapa helai daun keledek sehingga lumat. Tepekkan pada bisul sambil berselawat.
3. Kunyah daun sirih, kemudian tepekkan pada bisul berkenaan.
4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Tumbuk hingga hancur. letakkan pada bisul hingga kering.
5. Asah kulit delima yang basah. campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
6. Tumbuk bawang putih hingga hancur. sapukan di bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
7. Lumatkan daun setawar. perah bahan tersebut dan campur dengan madu. minum dan sisa perahan ditempelkan pada tempat yang sakit.

Thursday, April 1, 2010

Bersiaran langsung ari kampung

Salam semua..

Lama blog aku ni tak berapdet!! sebabnya kat kampung aku ni mane ada streamyx ke.. beruk band ke.. Kalo kat umah aku ni ade streamyx.. boleh le aku berbelog sakan.. Dah seminggu lebih ko.. naik berbulu otak aku ni sebab tak dapat nak apdet blog!!!

Pada mulanya aku bajet nak balik 1minggu je.. Tapi bile sampai je sini, akak aku telah mengikat aku dari balik KL.. Macam2 alasan aku bagi.. TAPI!!!! jawapannya, tetap TAK BOLEH!!!

Walau apa pon.. Tak terbalas rasa jasa kak long aku.. Pengorbanan die, menjaga aku masa pantang.. Bukan senang nak jaga orang dalam pantang nih.. Dari pagi sampai ke petang.. asyik menguruskan aku.. Makanan dihantar sampai ke bilik.. Abg Long aku pon same.. Abg ipar tapi macam abg kandung aku sendiri.. Pantang bersalin normal tak sama dengan bersalin operate.. Operate nih tak bleh banyak bergerak..

Hehehehe.. akhirnya berjaya jugak aku bukak internet.. hasil dari panggilan ke celcom.. Dengan gunakan handfon as a modem..

Ok le korang.. aku nak bagi peluang kat anak sedara nih dulu.. Die nak bukak UPU.. Insya Allah.. Esok jika ade kelapangan aku apdet lagi..
Google