Kalo uol's, nak wat macam aner??? nak lempang cian.. sebab comel sangat.. Memula tue memang hangin, sebab abis bedak setengah botol.. tapi, bile tengok lama2 muka diorang.. jadi lawak plak.. huhuhuuhu..
Wednesday, December 28, 2011
Huuhhhh.. nak kena geget diorang nih..
Kalo uol's, nak wat macam aner??? nak lempang cian.. sebab comel sangat.. Memula tue memang hangin, sebab abis bedak setengah botol.. tapi, bile tengok lama2 muka diorang.. jadi lawak plak.. huhuhuuhu..
Bebelan dipagi hari
Semalam Mr. M tegur.. "Ibu, perut Ibu dah labuh sampai ke lutut.."... lutut?? sabar jelah laki I nih.. Ayat memang tak tahan.. Baby I dah kerap mengeras uol's.. bile dah duduk, pastu bangun... wowwww.. sakitnya, macam nak beranak dah.. sakit gini dah pernah I rasa masa Pregnantkan Umairah dulu.. tapi, sakitnya sekejap je.. Iyeelahkan, lain anak lain plak caranya.. huhuhu..
Harapan I, moga2 proses bersalin kali ni akan dipermudahkan.. Dapat bersalin normal.. AMIN..
Thursday, December 22, 2011
BNM perkenal not, syiling baru
KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.
Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.
Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.
Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.
Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.
Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.
Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.
Wednesday, December 21, 2011
Tahukah anda otak wanita akan mengecil semasa hamil?
Kajian menunjukkan bahawa, otak perempuan mengecut sebanyak empat peratus semasa tempoh kehamilan. Itulah yang menjadi alasan mengapa ia mengatakan, tiada otak yang unisex.
Salah satu perbezaan adalah otak perempuan mengecut selama hamil. Akibat perubahan tersebut perempuan hamil daya ingatan cenderung menurun dan daya fikirnya.
Bukan sekadar itu sahaja, perempuan juga lebih banyak tidur semasa hamil. Ini terjadi kerana hormon progesteron yang membuatkan mereka lebih mengantuk serta meningkat sehingga 30 kali ganda semasa lapan minggu pertama proses kehamilan.
Namun tidak perlu bimbang kerana semua perubahan keadaan itu hanya berlaku sementara sahaja. “Keadaan akan kembali normal enam bulan selepas kelahiran,” kata Brizendine yang juga pakar psikiatri saraf dari Universiti California San Francisco Amerika Syarikat
Tuesday, December 20, 2011
Alahai Badan..
Nak update blog pon tak de mood.. lostttt... takde idea.. dalam otak cuma membayangkan bilik air yang indah je.. ada tanda2 untuk membuangkan kembali apa yang I makan sebentar tadi.. huhuhuhu...
Friday, December 16, 2011
Rentetan N3 semalam
Tapi tak sangka plak, dalam sekejapan die balas Mgs dari I tu.. Alhamdulillah segala urusan yang perlu dibuat dah selesai pukul 11.++ pg semalam.. Die bagi tau jugak, 'arwah' meninggal sebab jantung berlubang... huishhh.. berat dengarnya.. Itu yg nafas 'arwah' tersekat2..
Segala pesanan dari kawan2 difb, I dah sampaikan.. Masa tengah menunggu waktu solat Isya'.. Die mgs I lg.. katanya, die tak mood nak bukak fb.. I nasihat kt die.. I soh die berehat je.. buat masa terdekat nih jgn bukak Fb lagi.. Takut nanti die akan jadi bertambah sedey plak nanti n beri kesan pada kesihatan die.. jangan pk benda2 lain.. yang penting sekarang die kena tenangkan fikiran die n banyakkan berehat.. ketepikan semua benda2 yang tak penting, kesihatan die perlu diutamakan..
Tu je yang mampu I buat untuk die sekarang.. Bagi kata2 semangat n nasihat..
InshaAllah, hujung bulan ni.. I balik kg, nak pi ziarah die.. agak terkilan sebab tak boleh nak ziarah die semalam.. tapi apakan daya.. dek kerana kekang masa n duit... kuikuikui.. tengah2 bulan ini poket pon dah bocor.. so, kenalah tunggu hujung bulan nanti..
Thursday, December 15, 2011
Innalillahiwainnailaihirojiun
"zila, anak aku dah xde.."
Kebetulan, I tak tidur lagi sebab melayan Mr.M surfing internet..
Bile dapat je mgs tu, terus I call die.. tanya die, masa tu hati I dah tak sedap dah.. baru je berangan2 nak pi tgk baby lepas krismas ni.. Masa tanye tue, lama die diam.. pas dah dapat kekuatan baru die cakap.. Pasal baby die.. Sebak I... I pon nanggis sama.. Tak nak tanya die banyak2 takut boleh menambahkan lagi kesedihan die... dah le masih berpantang.. Baby tue lahir 12.12.2011 pukul 4.++ petang.. Baru sangat die mengecapi nikmat menimbang cahaya mata.. Dah le tu 1st baby plak tue.. Apa yang I boleh cakap, soh die bersabar dengan dugaan dariNYA..
Pagi tadi, masa On the way pi opis.. I call kawan kami lagi seorang.. kawan rapat di sekolah yang sama.. Die terkejut, sebab die baru lepas komen gambar baby ni kat Fb..
Sampai je opis terus bukak fb.. sebab I tak dapat lagi tengok baby nih.. Bile tengok gambar baby nih, airmata berlinangan.. Tak dapat I bayangkan kalo terjadi pada I.. huhuhu.. sedey!!!..
Yang peliknya, bile I dah komen pasal 'keadaan' baby ni.. masih lagi diorang2 nii komen ucapkan tahniah.. Pengajaran kepada I.. baca dulu komen2 sebelum2, sebelum mengomen.. Cian pada die, bile baca.. I baca pon sebak, nikan pulak ibu baby tu..
Ada la I hantar mgs pada kawan I tu.. tujuan I, untuk mengurangkan sket tekanan pada die. I simpati pada ujian yang dihadapinya, tapi tak mampu nak tolong.. so, apa yang I boleh buat hanyalah memberikan kata2 semangat untuk die supaya redha n tabah..
Baby yang comel... Kalo empunya diri membaca n3 nih.. Sebenarnya kau bertuah, sebab masa kau mati nanti ada insan yang menunggumu disana..
Teringat Lagu Adibah Nur - Terlalu Istimewa
Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandangHati jadi salju
(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…Oh…
(Ulang korus)
Wednesday, December 14, 2011
Epidural
Aku : "Abg, ibu rasa nak ambik epidural le bile nak bersalin nanti.."
Mr.M : "Nak wat ape??"
Aku : "Laaaa.. tahan sakit le.."
Mr.M : "Tak payah la.. nanti ada kesan jangka panjang, sakit pinggang..."
Sob..sob..sob.. sob.. sedey.. baru nak elakkan rasa sakit.. kalo camtu, tak guna le pi bersalin kat hospital private.. baik pi hospital gov.. murah!!.. (memang booking kat hospital Putrajaya je pong!!)
Pagi tadi plak, sampai2 je opis.. cek2 le buku merah.. Sekali check up hari ni uol's.. I ingatkan esok.. huhuhu..
Sedey bile tengok buku I nih.. dah le dapat pangkat hijau.. pastu ade plak corak2 merah lagi.. see.. see.. see... see...
Doakan keselamatan I ye.. Tq...
Monday, December 12, 2011
Alhamdulillah, Tahniah Arfa n Lieza
Bile call n mgs2 diorang.. bile dapat je tahu mereka2 selamat.. perasaan lega terus menusuk dalam diri I.. Macam I plak yang melahirkan.. huhuhu.. Mungkin sebab I dah pernah merasai pengalaman tersebut.. dan sekarang pon tengah tunggu sebulan lagi untuk melalui kembali saat2 itu.. memang mendebarkan..
Buat masa ni, I tak boleh le nak bagi details pasal baby2 nih.. Kalo takde halangan, mungkin esok I tempekkan gambar orang2 baru itu..
Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Kat sini I try le masukkan borang tersebut.. mana nak tau kot2 uol's blh print.. Sebab azab ye nak menunggu die download dari website..
Friday, December 9, 2011
Alhamdulillah, Sihat Kembali
Lega sket, bile tengok Mr.M gigih menyidai kain.. dah tu, bile nak pi klinik.. gigih plak angkat kain n sidai kat dalam rumah.. senyum lebar I, walaupun dalam keadaan tak sihat.. Sejak perut I ni makin membesar, memang tu adalah tugas wajib bagi Mr.M.. nasib le die semakin memahami, berbanding masa I mengandungkan anak 1st n 2nd.. semua benda I buat sendiri.. Sekarang ni, bile balik je.. Tengok rumah bersih je.. siap sapu bagai n kemas lagi.. Tugas rutin I semakin kurang.. Memasak n menguruskan anak sket2.. Balik je keje, duduk menyandar.. hahahaha.. masak hanya sekali sehari.. pandai2 le korang berjimat cermat sampai ke malam.. Kalo sesak2 pon, goreng telur je..
Hari ni jugak kawan rapat I kena induce.. semoga segala urusannya dipermudahkan n semoga dikurangkan rasa sakit.. AMIN... chaiyok.. chaiyok My Beloved Friend, Arfa Henry..
Wednesday, December 7, 2011
Dugaan dariNya
Dugaan bertimpa2.. I harap mereka tabah menghadapi dugaan ni.. Walaupun I n Linda tu tak bape rapat, Tapi kami selalu gak le kunjung menggunjung satu sama lain.. dahhh tu.. si suami masing2 kawan rapat.. makanya terheret le I sekali kan.. Lagipun mereka bertiga ni satu kampung.. I ni je orang luar.. Tapi Linda nih, seorang yang baik.. Kalo jumpe tue die yang ramah bertanya itu n ini pada I.. Kadang2 I plak yang segan..
Linda ni dijangkakan kena operation sebab pendarahan ni la.. I cakap ngan Mr.M, nanti kalo die dah operate.. I nak pi tengok.. Huhuhuhu.. Sakit bersalin pon tak sihat lagi, tambah plak dengan sakit perut ni n nak kena operate plak...
***********************
Masih lagi citer pasal2 bersalin ni.. Kawan rapat I, kena admit Hospital Melaka esok.. 8hb.. Sebabnya masa pregnant, die kena tekanan darah tinggi.. dan dijangkakan akan di 'induce' Jumaat nih.. Memang kesian kat die, dah le pregnant anak pertama.. macam tu plak keadaannya.. Ada gak die tanya I... "Kena induce tue sakit tak??".. huhhh gile ke nak jawab, sakit?? tak pasal kena admitted awal plak nanti.. soalan yang I abaikan, sebab takut tekanan darah die naik..
Semua ada bahagian tersendiri.. dugaan tersendiri.. Semoga semua2 yang I citerkan kat atas nih, akan dilindungi olehNya.. dan dipermudahkan urusan mereka.. AMIN..
Tuesday, December 6, 2011
Nyummmeee.. nyumeee...
Sejak 2 menjak nih suke bebenau plak I ni try buat kuih.. Skrg nih tgh feeling2 nak try wat kek plak.. Serius I cakap, sebelum nih tak pernah le I ni nk try wat kuih ke hape ke.. ko makan jelah kuih yang beli kat kedai tue.. Buka tak pernah nak try buat kuih ke hape ke.. tapi Mr.M suke benau mematahkan semangat I.. bile nak buat je, die cakap.. "Tak payah le buat Ibu, beli jelah...".. see2.. bukan I yang malas ok..
6 Disember
Buat mak, terima kasih kerana membesarkan I n mencurah kasih sayang sepenuh jiwa ragamu.. Dengan sisa2 hidup die sekarang, Kami cube buat yang terbaik untuk mak... Walaupun kami tak mampu memberikan mak dengan kemewahan, kami cube memberikan apa yang termampu dan terbaik untuknya..
Semoga dengan pertambahan umur mak sekarang, Allah akan lebih merahmati mak dan semoga mak terus menjadi insan beriman dan beramal solehah.. AMIN..
Saturday, December 3, 2011
20112011
Friday, December 2, 2011
Sambutan Maal Hijrah
ok, citer pasal Maal Hijrah Plak.. Dapat Memo dari Pentadbiran Am.. Mengenai sambutan ini, I terus je call Officer kat Bahagian I ni.. tanya2 le kot sesape yang nak pi kan.. malangnya semua jawapan yang I dapat.. "TIDAK".. maka dengan suka relanya I nak pi la.. lagipun I tak pernah pi pon sambutan seangkatan dengan ini.. Sebelum ni, asal nak pi je.. ingat baby kat umah.. I kan kalo boleh nak susukan baby sampai titisan terakhir gitu.. hahahaha.. Untuk menggelakkan kejadian yang sama berlaku, I pi la time mengandung nih.. Comfirm le kan takde yang nak bergayut kat I nih.. Anak2 takpe Mr.M boleh jaga.. lagipun sekejap je.. Ala, kuar umah kul 6.40pg.. balik kul 11.30 pg..
Vangga, dapat baju free, tudung free, *dapat masuk TV*.. *_____* .. huhuhuhu.. Masa pi sana tu dok usha baju2 dari kementerian @ agensi yang lain... masih lagi ditahap vangga sebab perasan, baju Kementerian I yang paling cantik..
Sehari sebelum sambutan ni, punye le tak lena tidur.. tak sabar nak tengok, cam aner le suasana kat sana nanti.. Pagi2 bangun pagi memasak le I seperti biasa.. masa masak tu, halamak aiii sunyinya.. maklum le kan hari ahad.. Kebanyakkan bangun lewat.. I je yang bangun kul 5pg.. dah macam orang nak pi berniaga nasi lemak je I.. Bunyi dari Dapur I je, dok tang ketung.. menumbuk le bagai.. Masa kuar tue sama, jalan punye le lenggang... best2, kalo macam niih le hari2 kan best..
Kami bertolak dari MOF kul 7 pagi.. sampai kat sana pon jalan masih lagi lenggang.. memang awal gile le kami sampai.. Tempat duduk pon banyak kosong.. Iyelah, majlis start kul 9 lebih.. tapi diorang datang awal sangat.. huhuhu..
Sampai2 je kat Dewan Plenari tu, terus cari tempat duduk.. Tempat kami betul2 kat depan pentas.. huhuhu.. best le.. tapi yang tak bestnya VVIP n Agung dok tengah2 nun.. bile nak tengok diorang kena tengok kat TV besar.. So, penggunaan pentas itu adalah kurang.. Guna masa Hijjaz nyanyi je, masa penutup majlis..
Bergambar sebaik sampai di PICC
Pemandangan dari PICC..
Cantik
Kontijen MOF
See.. banyak lagikan yang kosong..
Kawan dari PKP..
Thursday, December 1, 2011
Check Up at 30 weeks
Turn I punye le lmbt.. sampai klinik pukul 2.06ptg... sekali abis check up semua lagi 3 minit kul 5... haiyaaaa.. kematu bontot I.. jam dah kul 4 lebih, baru le terhegeh2 panggil number I.. Agak terkejut sebab nombor tue naik terus kat bilik doktor.. nih mesti sebab tekanan darah I tinggi tadi.. sekali doktor cek.. terus die cakap... "Aaaaa ok... takde masalah..".. fuhhh lega... terus tanye tekanan darah I.. 130/80... senyum punye le lebar.. terus suara berubah.. jadi excited!!...
Sebelum doktor panggil nombor I.. Mr.M datang ambik kete I bawa pi workshop.. Kete tue ada problem.. bile jalan slow2 die asyik semput2.. huhuhuhu.. tension je.. takkan nak bawa laju memanjang.. setelah dicek, enjin kete tue kena perbaik.. kosnya plak, makan beratus jugak la.. Tp Mr.M soh aku pkai je kete tu dulu.. lagipon pkai lagi 2 bulan je pon.. pastu, cuti berpantang pon 3 bulan.. huhuhu.. mana nak tau kot2 ade rezeki terpijak ke... ada ke??
Surat booking hospital dah 2 minggu dapat.. tapi tak berpeluang nak pi hospital lagi.. malasnya nak pi sana.. hahahaha.. kalo ditakdirkan ter'bersalin' dalam masa terdekat nih.. abis le I...