Monday, December 31, 2012

Orientasi..

hari oeientasi kt Sekolah rendah umairah.. pengetua tengah bagi ucapan..serius x phmm.. pengetua kena wat dwi bhs.. berucap dlm bhs cina dulu.. pastu bhs melayu plak.. 

Terharu beb bile tgk bangsa cina pon menghormati lagu negaraku.. siap ada lagu utk sultan lagi..





Thursday, December 27, 2012

Nak citer pasal budak kecik ni.. ape perkembangan terbaru die ye.. usia die dh 11 bulan.. pandai jalan dah die... 4-5 tapak, jatuh.. cakap?.. suke ikut cakap orang n ikut gaya org..mmg tak bape jeles, tapi ada le bunyi2 die sket.. mmm rindu ngan bucuk ibu ni... 

die masuk sendiri ok.. terbalikkan n ,asuk.. terkejut I bile memula tgk..


budak lagi sorang ni.. tengah kena campak plak sekrang ni.. aritu demam.. Alhamdulillah demam dah kebah.. macam biasa, semakin manja ngan I je.. mr.m tak.. sebab die garang ngan thaqif..

budak ni plak.. tak sabar nak p sekolah.. huhuhuhu... blm pernah sekolah.. nti kalo dah selalu kna bgn pagi.. mesti liat nk p sekolah.. huhuhu..

budak ni dh nk msk sek rendah.. bebesar dah anak I.. tak sabar nk g sekolah dah. sekolah baru le katakan.. sekolah besau le katakan..


Monday, December 24, 2012

Berperang..

I tengah tggu akak ipar n ank sedara p ke kebun.. kebun jauh dr rumah, kena le I p ngantar.. kje rumah semua dh settle, msk breakfast n sidai kain.. kemas2 n sapu biar ank2 sedara yg settlekn..

Kak ipar I ckp kejap je.. oklahh I boleh tggu.. I plak, dok diam dlm keteni.. walaupun camtu.. masih lg ade nyamuk dtg menganggu.. padahal bukak tingkap kecik je.. huhuhu.. takpe berperang ngan nyamuk dr berperang ngan pacat kt dlm kebun sana..





Jalan ni kalo ikut terus je.. boleh sampai LATA KEKABU... air terjun.. tp xkn I mk p sorang2.. hilang akal pe.. harus g ngan ank2 sedara oetang nti..

kenduri kawin..

punye le mls nk update on time.. ini merupakan n3 tertangguh...

Kejadian berlaku pada sabtu lepas.. sweet je tgk suami pengantin tu.. bile peluk isteri terus pandang muke isteri die... setiap kali peluk.  berbakul pujian le I lontarkan pd mr.m.. pada firasat I pengantin lelaki tu seorang yang romantik... huhuhu.. mr.m plak, ada je jwpan.. komen2 die penuh ngan perasaan kejelesan... saje puji lelebih sebab nk soh mr.m jd romantik sket..

ok... layan gambar.. papepon tahniah pada pengantin..


kami sekeluarga n pegantin

lps isi perut, bertolak le kami ke kg mr.m.. bertolak kul 4.15.. sampai kul 7.45pm... huhuhu.. jenuh nk blik kg die ni.. kami dari rawang ye.. kalo dr rumah I mkn 4-5 jam...

Saturday, December 22, 2012

Lauk

Dalam byk2 lauk.. lauk ni yg paling ank2 I suke.. ibu due ni usaha la bngun awal pg.. memasak utk ditinggalkan pd ank2 kt rumah.. kalo bg lauk ikan lagi le, tak berminat nk mkn.. sabo jelah den...

kalo ibu tau yg I selalu bg diorg mkn lauk nih mesti uwan die komplen... xde khasiat lauk tu, beli le lauk yg sedap sket..

dh tu mcm aner.. tu je lauk yg paling diorg suke.. mmm.. nk msk sotong n udang ari2 tak lalu mek... ongkos tinggi sangat.. sekali2 blh la.. lagi pon benda2 bkn elok sgt mkn selalu kan..


tgk arr lauk faveret diorg.. utk 3 org makan..

telur dadar..

Friday, December 21, 2012

sentap mak nok!!!!....

situasi di pasar tani presint 2...

I     :  examo ada?
jual ubat :  (terus bagi fellina inchloss).. ni kak..
I     :  (terkedu kejap!!!) examo la... (dalam hati perli ke hape ni?)
jual ubat :  ala malunye...
I     :  (lempang laju2 kang....)

tak bersedia lagi nk try 'benda' ni.. walaupun org sekeliling gunaknnya... takut nti jadi perhiasan dlm almari.. dah mahal...

kabus @ jerebu

Blog semakin terabai.. sebab I semakin sibuk.. betul kata opismate.. unit ni bz.. xpe, I tak kisah janji bos ok.. n takde tekanan. kawan2 berjima di tgkt 6 semakin terabai.. byk aktvti diorg I x leh join.. nak wat mcm aner kan. SYMP. panjang beb kn intronya...

dah lama tak tengok kabus.. tapi kabus boleh di lihat di kampung2 je.. kalo kat putrajaya ni boleh dikategori kabus ke?.. ntah2 jerebu.. mmmm susah arr nak cakap..




memandu sambil ambik gambar... layanzzzz.. hari ni ada bacaan yassin.. lagi le bertambah bz...

Thursday, December 20, 2012

AG: Prosiding kes saman AES dibekukan



SHAH ALAM – Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.
Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman-saman berkaitan kesalahan AES, yang muncul kontroversi, yang dikeluarkan masih sah.
Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihaknya memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan.
“Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan,” kata kenyataan jabatan itu.
Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepas tanpa dibebaskan, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula saman berkenaan jika memerlukan tindakan pendakwaan.
Sinar Harian Online difahamkan keputusan itu dibuat semalam dan dimaklumkan kepada kesemua pendakwa raya yang mengendalikan kes berkenaan hari ini.
Beberapa mahkamah yang mengendalikan prosiding kes saman AES termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah maklumkan berkenaan dengan keputusan itu dan orang kena saman (OKS) yang hadir mahkamah pagi tadi telah diminta pulang tanpa dikenakan sebarang tindakan susulan.
Laporan media 15 Disember lalu menyebut bahawa lebih 10,000 pemandu telah menjelaskan saman AES dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.
Keputusan Jabatan Peguam Negara ini dikeluarkan susulan kenyataan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) pagi tadi mendakwa kerajaan telah menarik balik notis saman kesalahan yang dilakukan di bawah penguatkuasaan kamera AES tanpa sebarang penjelasan.
Kase meskipun menyambut baik langkah itu tetapi mendakwa seolah-olah terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah kerajaan itu disambut baik oleh pihaknya, namun kerajaan perlu membuat pengumuman secara rasmi kepada rakyat mengenai perkara itu.
“Di mahkamh hari ini pihak pendakwa tarik balik semua saman, ini mengejutkan semua pihak. Kita memang alukan tindakan itu, tapi kerajaan perlu umum secara rasmi.
“Tanpa penjelasan yang diberikan apabila surat saman diserahkan di mahkamah, ini menimbulkan keraguaan seperti ada sesuatu yang disembunyikan,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, kerajaan perlu mengumumkan penarikan balik saman serta membatalkan semua saman AES yang telah dikeluarkan.
“Saman yang telah dijelaskan selepas masuk mahkamah mesti dipulangkan semula.
“Saman yang dikeluarkan mesti dibatalkan dan membuat penarikan semula,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zamri As’aad Khuzaimi berkata, hari ini kesemua OKS bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan, antaranya Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan lima orang.
“Juham dan Kase tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes saman AES ditarik balik hari ini.
“Ini kerana peguam-peguam Juham dan Kaser dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada mahkamah apabila JPJ telah menyalahi undang-undang kerana menjalankan pendakwaan di mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara,” kata beliau.
Menurut Ahmad Zamri, bantahan awal oleh peguam-peguam Juham dan Kase telah menyebabkan ada kes yang ditangguh dan pihak JPJ telah diminta oleh mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes saman AES tersebut akan dibatalkan.
Justeru, katanya, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai.
Katanya, ia juga menunjukkan tindakan saman AES dilakukan dengan tergopoh-gopoh.
“Oleh itu, Juham dan Kase menggesa JPJ dan pihak kerajaan memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam pelaksanaan saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang.
“Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui kesahihan dan boleh dicabar di mahkamah,” kata beliau lagi.
Sinar

Tuesday, December 18, 2012

wad lagi.

sekali lg akak I msk wad.. huhuhuh.. serius risau.. cume x nk bg die terperasan I risau... doa I... moga die diberikn kesihatan yg baik. Amin..



sayang weyy.. ngan adik beradik I.. Allah je yg tau perasaan I pd diorg.. moga2 Allah x berikn dugaan yg x mampu ditanggung oleh kite semua.. Amin..

Monday, December 17, 2012

Jom kite bergumbira..

Mood hari ni... gumbira.. 1st sebab Maid I dah balik.. hoooreyyy!!!. boleh le balik keje goyang2 kaki lepas nih.. Penat beb, balik keje je kena wat kerja rumah plak.. anak2 dah le berderet2.. (lap feluhhh..) Nak kemas rumah yang berterabur sepanjang peninggalan I p keje, angkat kain, lipat kain.. bagi diorang makan, bersih kan berak diorang!! huhhh!!! yang paling tak best, baru je nak lena.. sekali suara kecik panggil I... "Ibu, Bazli/ Thaqif berak"... Fuhhh sungguh mencabar..

Lepas nih, keje I kat rumah.. bangun pukul 5 pagi, masak.. siap2 gi keje.. balik keje plak.. uruskan diri sendiri n anak2.. keje2 lain, Insha ALLAH settle.. Anak2 pon dah bersih n wangi.. sikat rambut belah tepi.. kuikuikuikui.. Mood pon Insha ALLAH boleh di control.. kalo x, nak berangin je rasanye..

2nd sebab baru je balik dari kampung.. jumpe insan2 tercinta kat sana.. cume kali ni tak sempat nak jenguk ayahanda.. bz ngan bonda je kali ni... Alhamdulillah, Mak I dah boleh berjalan ngan laju dengan bantuan tongkat 4 kaki.. tak yah nak usung kerusi roda sana-sini.. Syukur pada MU Ya ALLAH.. puas sebab dapat cium pipi die semalam.. n dapat 'pau' abang kandung I beli durian.. huhuhu... semua untuk mak.. kami2 ni tumpang 2 kaki..

Hujung minggu aritu dapat abis kan masa ngan adik beradik.. dapat cium n peluk kakak2 I.. Harap2 boleh berkumpul lagi macam ni selalu..

p/s: LNPT tak isi lagi.. huurrmmm.. Server, cepat lah dikau ok..

Friday, December 14, 2012

Pengadil tak ADIL

Sumber : My Metro

KEKANG...Norshahrul (kiri) dikawal setiap penjuru padang.

“BAGI saya keputusan pengadil itu tidak betul,” kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Lee Min Hu melayangkan kad merah kepada Mohd Fadhli Shas pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF malam tadi.
Keputusan kontroversi pengadil dari Korea Selatan itu memberi kesan kepada strategi Rajagobal yang menyaksikan Harimau Malaya terpaksa beraksi 10 pemain lebih 45 minit sebelum tewas 0-2.

Menurut Rajagobal, beliau tetap bangga dengan persembahan anak buahnya dan yakin keputusan mungkin boleh berubah sekiranya Fadhli kekal di atas padang.
“Kami bermain baik pada awal babak pertama meskipun Thailand melancarkan serangan mencari gol awal. Tapi segala-galanya berubah apabila Fadhli menerima kad merah, bukan mudah apabila kami kehilangan tonggak utama pertahanan.

“Keputusan perlawanan ini mungkin berbeza jika Fadhli tidak dibuang padang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai malam tadi, Malaysia terpaksa melupakan misi mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu apabila Thailand meledak dua gol menerusi jaringan Teerasil Dangda dan Teerathon Bunmathan pada minit ke-60 dan 65.
Gol itu hadir selepas Fadhli menerima kad kuning kedua pada minit ke-42 kerana didakwa bertelagah dengan Datsakorn Thonglao.

“Bagi saya, pengadil seharusnya lebih tahu dengan situasi itu dan beliau membuat keputusan yang salah.” Menurutnya, biarpun pasukannya beraksi dengan 10 pemain, Thailand hanya berjaya menjaringkan gol pertama atas kesilapan Amar Rohidan dan gol kedua yang menyusul selepas itu menyukarkan mereka untuk bangkit.
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula enggan mengulas insiden kad merah itu sebaliknya hanya mahu memuji barisan pemainnya yang berjaya menempah tiket ke final bertemu Singapura.

“Saya tidak mahu komen, pada perlawanan pertama di Malaysia, saya dibuang padang sedangkan tidak bercakap dengan pengadil,” katanya yang sekadar menyaksikan perlawanan malam tadi dari bangku penonton.

“Kami pasukan lebih baik dan saya yakin kami boleh menewaskan Singapura di final.”

Pagi Jumaat

Assalamualaikum..

Hari ni, opis2 mate I sibuk mengemaskan apa yang patut.. Audit 5S nak terjah ke opis kami.. huhuhu... Hari ini, bos masih lagi tak calling2 I.. biasanya dah call dah ni.. nak minta wat keje..

Nak citer sket pasal keje kat unit baru ni.. dengar2 citer unit I ni Bz.. pastu selalu g meeting kat luar.. yang meeting ni opkos le bos je.. tapi mana le tau kalo2 bos nak bawa I.. merasa le I pi merewang sekali..

Hajat dihati ni, nak le update blog 2-3 n3 dalam 1 hari.. tapi.. ada masalah phonenya.. kalo phone dah ade kat tangan.. opkos le rajin update..

Tengah hari ni nak p mana errkkk??? Tunggguuu buddy's tingkat 6 kol.. ke mana plannya.. paling dekat pon the mines kot.. hahahahaha.. Bestnya jumaat.. boleh berjalan cum berjoli..

Thursday, December 13, 2012

Bz..

Dah mule ada keje.. Hmmm bz.. Clerk cum PAP.. kena hantar surat sendiri.. tak sempat nak update pepanjang.. Nak update time malam2 nanti pon tak boleh sebab handfon tengah ada teknikal problem..

Insha Allah, nak update gak lepas siap semua keje ni..

Wednesday, December 12, 2012

Tempat kerja baru..

Bersiaran langsung dari tingkat 8.. kikikiki.. suasananya Alhamdulillah OK.. tempat keje cantik.. kawan2 friendly.. Alhamdulillah... Keje2 I je tak tau macam aner lagi.. harap ok. Yang paling penting, Tempat pam strategik.. kat belakang partition je... ade diorang ni blok ngan kabinet besi.. pastu ada tempat makan n rehat sekali..

1st day  kat sini.. harap2 boleh sesuaikan diri I ni.. kat tempat baru ni..

Gambar??? takde.. sebab ada masalah sket ngan phone.. tunggu arr lagi 1-2 minggu lagi.. nak tempek gambar bebanyak bagi uol's muntah hijaooo bile baca.. huhuhu..

Tuesday, December 11, 2012

Mr.Mama

Mr.M tengah bz menguruskan anak2 n menyidai kain yang I tinggalkan.. huhuhuhu.. Nasib lah si Suami memahami situasi I sekarang.. Rutin hari2 Mr.M sebelum p keje.. sebelum hantar anak kat rumah pengasuh.. buat sementara maid tak balik2 dari Indon.. I plak bangun awal pagi uruskan rumah.. tapi x sempat nak siapkan sepenuhnya.. Banyak kot kejenya.. tambahan plak anak2 tengah lasak.. asyik buat semak je kejenye..

Nanti balik keje, badan letih.. dalam pukul 8 lebih mata bagaikan ada gam. Malam plak comfirm tak cukup tidur, sebab kebelakangan ni Bazli suka merenggek.. macam ada yang tak kena.. berpusing2 badan die.. baru je lelap dalam setengah jam, die dah merenggek.. mata tertutup.. tapi pusing kiri n kanan.. puas tepuk n pujuk tapi tak jalan.. last sekali suakan nenen original.. baru hisap 5-6 kali, lena balik.. lagi sepuluh minit, die merenggek balik.. huhhh..

nak marah pon tak sampai hati.. Nak try bawa p jumpa seorang pakcik nih.. bile balik kampung nanti.. setakat ni, anak2 serasi ngan die.. tawar2 sket.. anak terus ok.. In shaa ALLAH..

Belum pon sampai rumah, dalam kepala dah ada keje menanti.. nak settlekan semua kain yang menggunung tu..

...

Ada baca tak My Metro.. Tajuk die..‘Saya hanya bertawakal’.. Ada lagi ye pemandu lori macam nih.. susah kot nak jumpe.. 1 orang dalam 100.. memang tabik spring le kat brader nih.. sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain..

Tu lah, diorang2 yang bawa kete macam orang meroyan nih... Kerana golongan minoriti nih, abis kena tempias kat orang lain.. Patutnya orang cam gini kena hantar p kursus memandu balik.. Baru padan muke..


Monday, December 10, 2012

My Metro : Luluh hati ibu..


Seram rasanya bile baca aktikel kat bawah nih.. Semalam, kebetulan I pi majlis kawin ex-classmate I kat negeri sembilan.. alang2 lalu kat 'tempat mandi' tu.. I ada lah ajak Mr.M singgah.. bawa anak2 mandi.. Tak jadi sebab, Tak cukup masa.. diorang mesti mandi lama nanti.. lagipun dah petang.. Sekali pagi ni terbaca plak artikel ni, memang le blacklist tempat nih... Nape ye, diorang tak dedah kan je nama tempat ni.. dah le takde petugas yang dilatih untuk berhadapan dengan situasi macam ni..

* berhati2 untuk ke Taman Tema lepas ni..


SEREMBAN: Keseronokan tujuh sekeluarga mandi-manda di sebuah taman tema di Rembau, berakhir tragedi menyayat hati apabila seorang daripada mereka ditemui lemas dipercayai tergelincir di dalam terusan yang mengelilingi kolam, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohd Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, maut dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.

Ibunya, Mushitah Zahari, 26, berkata, dia bersama suami, ibu serta adik-beradik lain pergi ke taman tema itu untuk mandi.
“Tiba-tiba, kami menyedari ‘Bobob’ (Mohd Putra) hilang sebelum dikejutkan dengan teriakan budak lemas oleh orang ramai. “Namun, saya tidak menjangkakan yang lemas itu anak sulung sehinggalah saya melihat petugas taman tema itu mengangkat seorang budak yang memakai seluar sama seperti anak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTJS, di sini, semalam. Mushitah yang bekerja di sebuah hotel di Port Dickson berkata, itu kali pertama dia dan suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, membawa anak mereka ke situ dan tidak menyangka percutian itu berakhir dengan tragedi.

“Hancur luluh hati sebaik melihat itu adalah anak lelaki saya dan bergegas meminta bantuan daripada pihak pengurusan taman tema itu. “Ketika itu anak saya masih bernyawa berikutan ada air terkeluar daripada mulutnya dan kedengaran nafasnya, saya terus meminta penyelamat yang berada di situ untuk membuat pernafasan mulut ke mulut, tetapi tiada siapa pun tahu melakukannya,” katanya. Menurutnya, dia percaya, anaknya berkemungkinan tergelincir ke dalam terusan kolam itu dan jarak antara tempat kejadian dengannya hanya 50 meter. “Sebaik sedar tiada bantuan dapat diberikan, saya dan suami kemudian membawa anak ke sebuah klinik, tetapi mereka tidak berani untuk merawatnya sebelum suami bergegas memecut kereta menghala ke HTJS,” katanya. Mushitah berkata, bagaimanapun, dalam perjalanan ke HTJS, anaknya sudah tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia kira-kira 3.30 petang.

“Saya kesal dengan pihak pengurusan taman tema itu, sepatutnya mereka menyediakan penyelamat yang tahu asas menyelamatkan orang lemas. “Malah, sekiranya rawatan awal diberikan, berkemungkinan anak saya masih dapat diselamatkan, bagaimanapun saya reda dengan kehilangannya dan menganggap ajalnya sudah tiba,” katanya. Jenazah Mohd Putra dijangka akan dikebumikan di kampung halaman Mushitah di Kedah, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian kes itu.


Monday

Lalok2 nak p keje??  tak jugak.. sebab teruja ngan penempatan baru.. Macam aner lah agaknya ngan situasi kerja baru nanti ye.. tinggalkan kerja2 admin buat sementara waktu.. dengar2nya Unit tu hanya untuk 6 bulan.. ada yang cakap 2 tahun.. mungkin jugak lebih.. macam biasa, ada macam2 version.. Version terbaru, Unit tu banyak keje.. tak kisah le ape pon.. janji tak STRESS.. bos tak bagi tekanan pada I..

Hari ni tengah sibuk untuk uruskan perpindahan ke tingkat 8... fuhhh... Harap2 le I ni boleh sesuaikan diri ngan Unit baru ni.. Amin..

Friday, December 7, 2012

Penempatan Baru

I bertukar Unit.. Nama Unit I tak pasti sebabnya unit ni baru ditubuhkan.. 
Dan kena berpindah tingkat jugak.. sekarang dok tingkat 6 kena berpindah ke tingkat 8.. 
bos I dok kat tingkat 8 setengah.. huhuhu.. dah le tmpat bos I tu sunyi ya hamat.. 
minta2 le ALLAH pemudahkan segala urusan.. kat tingkat tu ada 3 je bilik KPSU.. 
dah le diorang selalu p meeting.. opkos le sunyi sepi kan.. 
Kalo le bos I soh ambikkan dokumen tertinggal kat bilik nanti macam maner??? 
risau gaks..

Huhuhuhu.. diorang2 ni kata bos I tu ok.. baik.. fuhh berdebar gak.. 
sebab tak tau lagi keadaan sebenarnya nanti.. 

karenah bazli

Bazli dah mula tunjukkan kehebatan die.. jenuh le I lari sebab nk selamatkan die dari jatuh.. tapi pelik.. x kurus2.. maca,m tu jugak..




Agaknya otak die memikirkan, aktiviti yang perlu di buat lepas ni.

aktiviti waktu rehat..

Ke mana rehat tengahari ni?.. ada 2-3 cadangan dari buddies.... sogo, the mines n nilai.l dapat member sekepala.. dalam otak ni asyik pk nak berjalan sesaje.. tengah2 kering ni x sesuai le nak p sogo.. lgpon kna naik lrt.. bile plak nk sampai opis..

Dalam bnyak2 idea.. nilai adalah yng pling sesuai n bernas.. naik kereta kan.. kan senang.. x pyh le nak bersesak2 dlm lrt..

Jom pi serang nilai 3..


Tengah2 bulan g shopping,. Hilang akal ke?.. xpe, yang penting window shopping,,,

Syoikknya tidur..

Sayang je nak tinggalkan diorang ber2 ni... Masa untuk p kje.. antara rela n terpaksa.. demi mencari sesuap nasi.. 



Jumpe nanti petang.. doakan ibu selamat pergi n balik..

Thursday, December 6, 2012

Besday my mum's..

Hari ni besday mak I.. 6 Disember 1948.. mmmm... sayangnya mak xde ngan I untuk dicelebrate.. Mak I kat kampung... Jap lagi nak call die.. nak wish.. dah tengahari baru wat n3 yerkkk... iyelahhh..dari pagi tadi dah ingat.. tapi takde masa nak wat n3..

Tarikh ni jugak la I di tempatkan di bahagian lama I.. Bhg. Pelaburan, MKD dan Penswastaan... Tinggal kenangan dah..

Semoga Mak I mendapat limpahan rahmat dari MAHA ESA.. AMIN

Hasil hari ni..


Dah terlambat pam hari ni.. skip pukul 8 lebih nyer sesi.. sebabnya ada jamuan kat opis... harus le isi perut dulu.. lapar kot.. dari pagi tak makan lagi.. pukul 10 lebih baru berpeluang pam susu..

Hasil semakin menyusut ok.. dulo2 sekali pam dapat le 7-8oz.. sekarang, 4oz je.. hari ni terlewat pam pon baru dapat 5oz lebih.. sekit ke bnyak ke.. Alhamdulillah ALLAH masih memberikan rezeki untuk Bazli.. rezeki susu ibu.. syukur padamu ya Allah..

Pasni kna cari formula untuk tambahkan lagi susu.. nak try minum higoat.. tengok member2 minum.. Alhamdulillah susu semakin bertambah.. pengasuh pon ada ckap yang bazli kurang menyusu kebelakangan ni.. sebab die kuat mkan kot.. pantang le I ni suakan tangan... bukan main luas die bukak mulut.. tangan kosong pon die ngangga.. huhuhuhu..

Wednesday, December 5, 2012

Jangan campurkan susu dengan teh







Selain air putih (air kosong), teh adalah minuman yang paling banyak diminum di seluruh dunia. Kandungan antioksidan, vitamin, dan komponen lain yang ada di dalam teh membuat teh dipercayai sebagai minuman untuk meningkatkan ketahanan tubuh dan mencegah kanser.

Beberapa kajian juga menunjukkan teh mampu mencegah gigi berlubang, mengawal kadar gula darah, dan menyihatkan jantung.

Di banyak tempat, teh seringkali dihidangkan bersama dengan susu (contoh: Teh Tarik). Meskipun hasilnya lebih sedap, tetapi kajian menyebutkan menambahkan susu ke dalam teh mengakibatkan terhapusnya kandungan berkhasiat yang ada di dalam teh.

Dalam kajian yang dipublikasikan di The European Heart Journal, para penyelidik telah menguji 16 orang dewasa sihat yang diminta minum secawan teh hitam, teh hitam dicampur dengan sedikit susu tanpa lemak, serta air yang dimasak. Kemudian fungsi vaskular para responden diukur.

Jika dibandingkan dengan air, teh hitam secara signifikan meningkatkan fungsi arteri. Tetapi penambahan sedikit susu bahkan menyebabkan khasiat teh itu tidak terlihat.

Para penyelidik kemudian mengulanginya pada tikus dan mendapati hasil yang sama. Menurut para pakar, protein dalam susu akan mengikat dan menghapuskan antioksidan dalam teh. Perbandingan susu itu sendiri bahkan berlawanan dengan manfaat yang ada pada teh bagi fungsi vaskular.

Kerugian tersebut bukan hanya disebabkan oleh susu lembu sahaja, tapi juga oleh susu kacang soya. Protein dalam susu kacang soya juga menghapuskan antioksidan teh. Kerana itu jika ingin mendapatkan manfaat kesihatan dari teh, sebaiknya teh dan susu tidak dicampurkan dan diminum secara berasingan.

Sumber: kompas.com

Monday, December 3, 2012

Rindu ayah..

Tak tau nape I ni terlalu rindu ngan ayah.. dah 2-3 hari dok ingat die.. kat blog ni mmg I jarang citer pasal ayah.. pasalnya.. mak n ayah I dah tak bersama.. so, I lebih tumpukan pada mak.. mak seorang diri.. ayah plak ada org jgakan.. lagipun mak ni tak bape sihat.. ayah plak I tengok on off sakitnya.. tapi selalunya die sihat.. 



Lama kelamaan, I semakin lupe pada die.. mmg I ngaku yg I ni bukan anak yang baik.. last jumpe pon raya puasa aritu.. dh bape bulan x contact.? Kol pon tidak.. nape???.. sebabnya, I masih x blh terima ayah kawin lain.. boleh terima ayah lebihkan anak2 tiri die.. tak boleh terima 'perempuan' sebagai mak.. ayah plak asyik paksa I salam bagai... tak boleh terima, segala kesenangan ayah die dapat.. die datang masa lagi sebulan ayah I nak pencen.. taukan maksud tersirat sebalik perkahwinan itu??.. Ayah dapat duit pampasan keje, kwsp, gcr.. anggaran I ada le dlm 50-60 ribu.. abis dikjekan itu 'perempuan'..

Malas nk pikirkan semua itu.. rindu pon dah tahap max... I kol ayah dalam pukul 5pg tadi.. die bru lepas solat.. die kata dari pukul 2 pg tadi.. Alhamdulillah.. datang keinsafan pada I.. I enak dibuai mimpi.. ayah plak, sujud pada yang ESA.. harus ke I ketepikan orang macam ni... tak kisah le orang lain nak kata ape.. yang penting I nak jumpe die.. nak peluk n cium sebelum terlambat.. ajal maut kite tak tau.. kalo bukan ayah yang tinggalkan I, mungkin I yang akan tinggalkan die dulu.. 


Saturday, December 1, 2012

MAHA Lagi..

Pepagi lagiI dah pi MAHA.. nak elakkan jem.. lagipon nak p beli durian je.. I gi seorang diri.. kalo Mr.M ikut, harus gerabak panjang ni ikut.. malas nak bawa diorang sebab hari ni conform ramai orang.. susah nak bergerak nanti..

Buah2an yg berjaya I rembat.. durian musang king 2 biji.. D24 6biji.. manggis, rambutan, dan appolo melon.. total I belanjakan... rm61.. berbaloi.. durian tu isi tebal, kuning n sedap.. anak2 pon puas makan.. baru makan 2 bekas, dah angkat tangan.. x blh makan.. huhuhu..

Masa nak balik tadi, memang macam nak putus jari2 ni,. Berat kot I menggusung buah2 tu.. nasib la, parking kete x jauh.. punya le jenuh nak cari parking.. tu dtg pukul 10.. kalo dtg tegahari??.. menapak la jawabnya.. parking le tepi2 jalan..

Menu tengahari ni semuanya berasaskan buah2an je.. tak sempat nak masak lagi.. sampai dari MAHA tadi dah pukul 12.. balik2 je terus diorg lenjan buah2 itu.. kenyang kot.. tak minta nasik lagi tu.. kalo diorang nak makan nanti, goreng je ikan.. Mr.M dh gi keje tadi.. selamat lah.. tak payah masak.. huhuhu..





Antara gambar2 sempat ambik.. masa kt sana tadi nk ambik gamvar2 yg di snap.. tapi terlupe sudah sebab anak2 dh kenduri kan.. berterabur dah.. mood nak bergambar terkubur..

In sha Allah, esok nk p lagi di awal pagi.. nak tawaf pameran rumah2 dalam malaysia.. siap ada jual produk2 dr negeri tu.. g seorang diri lagi.. best sket nak berjalan
Google