Wednesday, March 20, 2013

anak bongsu vs anak manja..

Lama tak update blog.. hari ini tergerak plak nak sharing perasaan I sekarang.. Yeeessss.. I anak bongsu.. tapi selalunya anak bongsu ni, orang2 beranggapan anak manja.. Mungkin separuh je la kot.. Dalam situasi kehidupan I.. I bukan lah seorang yang manja ok.. Lebih berdikari sendiri dalam apa jua hal.. even, hak2 keistimewaan pon xde.. sama je I rasa mak I layan ngan akak2 n abang2 I..

Alhamdulillah, I bangga apa yang I ada sekarang walaupun x bape nak ada.. hehehehe.. Apa yang I nak, I kena berusaha dengan tulang 4 kerat ni.. orang bekerja 5 hari seminggu.. tapi serius, I ni bekerja 7 hari seminggu.. demi mengapai impian.. cehhhwahhh.. itu adalah realitynya.. Tapi kalo 'barang' yang diidamkan dapat dengan hasil titik peluh sendiri.. lebih merasa kepuasannya.. lebih menghargainya..

Tolong ye, takde istimewanya.. sama je mak layan I.. tak payah lah dok tunding menunding.. 'mak layan die ni lebih.. aku kurang'.. sama je semua.. pokok pangkal hati sendiri.. ikhlas ngan orang tua.. Utamakan Mak n ayah..

Moga2 Allah tetapkan hati I macam ni sampai bile2.. Janganlah KAU ubah pendirian ku sampai akhir hayat ku.. Dan ALLAH berikan hidayah kepada hamba MU..  AMIN..

Friday, March 8, 2013

FAKTA: KENAPA IKLAN JAM TANGAN SELALU PUKUL 10.10?





Adakah korang selalu pergi ke kedai jam atau selalu melihat iklan jam di shopping complex dan facebook,,?

Cuba korang tengok balik,Kenapa semua poster jam dan jam yang dijual yang korang tengok tu tunjuk pada pukul 10:10

Sebab masa ambil gambar jam  untuk poster tu tepat pada masa pukul 10:10? 

bukan... antara sebab musababnya adalah

1. Pertama sekali jika difikir secara logic kebiasaannya semua jam mempunyai logo atau jenama berada di atas atau di bawah posisi 12 atau 6, jadi bagi mengelakkan logo tersebut terlindung dengan jarum jam, pukul 10.10 adalah setting terbaik untuk mengelakkan logo syarikat itu dilindung oleh jarum jam. 


2. Angka tersebut sebenarnya merujuk kepada simbol smiley. Jadi dengan meletakkan jarum jam pada pukul 10.10, simbol smiley akan terbentuk. Ia juga salah satu alasan untuk marketing.

 3. Selain itu, angka-angka tersebut juga tidak menutup fungsi tarikh atau kelendar pada jam tersebut. 


4. Lagi satu adalah fakta ialah pada pukul 10:10 adalah merupakan tanda penghargaan terhadap Abraham Lincoln yang mati di tembak pada jam/waktu tersebut. 



Tetapi yang buat aku lagi teruja mengenai sebab jarum jam di setiap iklan jam tangan sentiasa pukul 10.10 adalah 


berdasarkan : Surah 10 (Yunus) ayat 6-10 -

10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah menciptakan di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa. -

10:7. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat berpuas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami, 

-10:8. Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka mengusahakan. 

-10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Pemelihara mereka akan memberi petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan. 

-10:10. Seruan mereka di dalamnya, “Engkau disanjung, ya Allah”, dan salam hormat mereka, “Salam”, dan akhir seruan mereka, “Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.” 

Thursday, March 7, 2013

Pergi putera yang comel menghadap Penciptanya...

Salam.. semalam, tgh kalut2 wat prepere meeting penting unit I.. dapat berita menyedihkan.. ank kawan satu opis meninggal.. sebagai seorang ibu, I dapat rasakan kesedihan dan dugaan yg ditanggung olehnya..

comelnya bidadari syurga ni.. 


Semoga Allah memberikan kesabaran yang tinggi kepada kawan I ni dalam menghadapi dugaan dariNya.. Amin..

Monday, March 4, 2013

Berniaga..

Cian ngan blog nih.. lama dah terbiar sepi tanpa berpenghuni.. sori uol's.. agak kebizian sket.. sebenarnya kalo nak apdet ade je masanya, tapi.. mls sebab PC ni hamatlah lembab.. nak upload gambar lagi lembab.. takpe2.. lepas nih mungkin boleh apdet selalu sket.. sebab dah tambah qouta data kat handfon... cume bergantung pada masa je sekarang ni.. kalo kat rumah tu memang le tak sempat.. sentiasa bersilat ngan anak2 yang baru nak membesar.. kalo diorg ok, ada keje kat dapur plak.. huhuhuhu.. fenuh ko, masa I.. Super PACK..

Weekend p tolong Mr.M berniaga plak... Last weekend pon dapat jemputan dari Ex Bhg.. I join jugak.. tapi, lepas berniaga baru gerak ke sana.. sampai sana dalam pukul 4pm.. esok nya plak (semalam) pukul 6.20 dah check out... sebab nak berniagalah punye pasal laa.. kena cari duit lebih sket.. untuk family n anak2.. Penat memang arr tak nak cakap.. aktiviti rutin.. Lunch weekend, memang arr tak masak.. makan kat kedai sokmo.. Penat seeeyyy.. ok tu aje nak share kali ni..

In shaa ALLAH.. I try my best.. selalu apdet blog.. 
Google