Thursday, August 18, 2011

Bau lampin ubat rindu

Oleh Shamsul Munir
Safinishamsulmunir@hmetro.com.my

PADANG BESAR: “Hanya bau badan pada kain lampin akan menjadi pengubat rindu saya kepada anak bongsu yang pergi buat selama-lamanya,” kata Ramlah Ibrahim, 28, apabila anaknya, Mohamad Nur Iffan Mohd Yussof, tiga bulan, maut dipercayai akibat tersedak susu, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Mohamad Nur Iffan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa dengan hidung berdarah selepas disusukan ibunya di rumah keluarganya di Kampung Seri Junjung.

Ramlah yang juga suri rumah berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu berbeza dengan abang dan kakaknya yang berusia sekitar dua hingga 12 tahun, kerana dilahirkan awal iaitu ketika kandungan berusia tujuh bulan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia sempat menyusukan bayinya di dalam bilik jam 12 tengah malam sambil berbaring di sisinya.

“Bagaimanapun selepas membiarkan Iffan lena dalam keadaan berbaring, saya turut terlelap sebelum dikejutkan anak sulung pada kira-kira jam 3 pagi yang menyatakan hidung adiknya berdarah.
“Saya kemudian memeriksa keadaan anak saya sebelum mendapati susu bercampur darah turut keluar dari hidungnya dan pada masa sama, arwah sudah tidak bernyawa lagi.

“Akibat terkejut dan bimbang, saya menghubungi suami, Mohd Yusoff Mohd Amin, 48, yang mempunyai urusan luar bagi memaklumkan kejadian berkenaan sebelum dia bergegas pulang untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, sebaik suami tiba, dia terus memeriksa nadi anak bongsu mereka sebelum mendapati dia sudah tidak bernyawa lalu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk pengesahan dan membuat laporan polis.

Waaaa.. sedeynya bile baca artikel ni.. teringat anak2 kat umah.. I pon selalu susukan baby sambil berbaring.. seingat I, masa anak 1st je takut wat macam tue.. anak no2 & 3.. memang gitu le yang I wat..

Tapi kalo dalam pantang, emak I memang tak bagi.. Die soh duduk.. Masa baru bersalin dalam 1-2 minggu, emak I pon berjaga sama(time2 tengah malam) kalo baby nak susu.. Pergorbanan seorang IBU!! huhuhu.. Anak2 die dah besar macam nih pon masih lagi bagi perhatian.. Mandikan anak I.. Dalam pantang pon I tak pernah mandikan baby.. selalunya Mr.M dan mak yang buat tu semua..

Kalo pasal tersedak susu, memang selalu le jadi time dalam pantang.. tambahan masa susu memang tengah banyak gile2.. tapi kalo kite tersedar awal, cepat2 tegakkan baby n timbang2 baby.. tue yang mak I buat le kalo baby tersedak.. I macam cukup cuak kalo baby tersedak.. laju2 panggil mak atau kakak.. laju2 diorang dtg, tolong I.. takut weyyy.. macam nak gugur jantung I..

Anyway, ni jadi Pengajar pada I.. semoga I akan lebih berhati2 ngan kehadiran baby baru kelak. Tambahan, untuk kelahiran kali ni.. takde sape yang jaga I.. Mak dah uzur.. Kakak pon dah keje.. lagipon Umairah dah sekolah, susah nak balik kampung lelama.. cian kat die, kalo tinggalkan ngan abah die.. macam aner agaknya nanti.. huhuhu.. berpantang sendiri le nampaknya..

No comments:

Google