Dah tak sabar nk abiskan belajar nih.. dah tak tahan dah.. poket asyik bocor je.. duit laju je macam air.. Huhuhuhu.. perit btol le..
puas dah aku urut dada sbyk lapanpoloh kali nih.. gile tension pon ade.. InsyaAllah, kalo ade rezeki, kalo sambung lepas nih kena ambik cuti belajar bergaji plak..
huhhh.. xde mood nak taip panjang2.. fikiran tengah ligat,... "macam aner nak cari duit nih...??"
Thursday, February 24, 2011
Sunday, February 13, 2011
Yakjuj dan Makjuj
kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah banyak.
Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.
Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik berbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda dan memajukan pemikiran.
Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas muka bumi?
Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis, ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilanganmanusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua).
Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu
(1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki
(2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta
(3) Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut.
Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya mukayang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).
Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumberhadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramaiberbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayatAbdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allahtelah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialahYakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”.
Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialahsekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagimereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawasebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi.
Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti.
Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semulake permukaan bumi kerana masanya belum sampai.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allahtelah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).
Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka bolehdengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan, hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.
Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Every day, Gog and Magog try to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlightthrough it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow,’ and when they come back, the barrier becomes stronger than it was before. This will continue until their time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig untilthey begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will say, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In this case, he will make an exception by saying Insha’Allah, thus relating the matter to the Will of Allah. They will return on the following day, and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging and come out against the people. They will drink all the water, and find the hole exactly as they left it, and the people will entrench themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrowsinto the sky, and they will fall back to earth with something like blood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people of earth, and overcome the people of Heaven.’ Then Allah will send a kind of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth will become fat.’â€� (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.
“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyakhadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbezapendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar danMonggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.
“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan mereka.
“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.
“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit matahari” iaitu timur dunia.
“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka, dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.
“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah. Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him indicated the size of the hole with his finger and thumb)” (Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come from every lofty place.” (Muslim)
Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauzi ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang telah saya catat sebelum ini.
Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal darianak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.
Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67 degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalambahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kini tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke 17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuahtasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi) bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).
Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa “Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman silam. Ada empat yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.
Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuk tujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) maka amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat Tembok Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian timur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang yang dipisahkan oleh laut yang luas.
Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologicanggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.
Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun. Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10 bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu mereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog) iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat terbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia, ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silam sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramai ini.
Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka mungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan mungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, merekatidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akanmati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke gunung-ganang menjauhi kaum ini.
Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dari angkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaum Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya sendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasa lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjuj belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini. Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak dapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap mereka sudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsung dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakahsebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?
Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh Barat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitab terakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayat mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya (terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya punya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi, mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialah bahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.
Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkan keinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkan ilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya.InsyaAllah.

Friday, February 4, 2011
:D...
Best je tengok orang di sekeliling tidur.. Mr. M siap berdengkur lagi.. aku je tak tido2 lg.. x tau nape.. asal nak lelap je mate nih, tetiba dada berdebar kencang.. banyak kali jugak le aku try utk tidur.. sampai naik takut jadinya.. Dah kul 5 pg.. tapi still tak leh tidur.. tension tul camni...
Puas dah bukak FB.. blog.. youtube.. tak tau nak bukak ape dah.. sume member aku dah terjah wall diorg.. tak ngantuk gaks.. nak update blog pon takde idea plus xde mood sbb tak leh tido.. esk comfirm x leh tido sampai tgh hari.. sbb anak2 mesti kacau punye..
Ok le, nak try gak lelapkn mate nih..
adiossss...

Wednesday, February 2, 2011
Keracunan Makanan & cara mengubatinya
Apakah Keracunan Makanan?
� Keadaan di mana seseorang itu mengalami
� Loya dan muntah
� Memulas dan sakit perut
� Cirit-birit
� Kadangkala demam dan kesejukan
Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
� Ketahanan seseorang
� Jenis racun
� Jumlah racun yang termakan
� Umur seseorang
Apakah Punca Keracunan Makanan?Punca utama ialah makan makanan yang
� Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (shell-fish) dan sebagainya.
� Tercemar oleh kuman yang merbahaya
� Tercemar oleh bahan-bahan kimia
� Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainyaBagaimana
Cara Jangkitan
� Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
� Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
� Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
� Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
� Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli
Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
� Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
� Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
� Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
� Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan
Cara mengatasinya :
Rebus hingga mendidih secekak kangkung. Setelah agak kering sedikit, angkat dan sejukkan. apabila telah suam, bolehlah diminum airnya..

Atasi masalah kencing malam
NAMA teknikalnya disebut sebagai enuresis (en-yoo-ree-sus) iaitu sebutan dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa orang biasa, ia lebih dikenali sebagai kencing malam. Mungkin ramai yang mengangguk tanda tahu bila menyentuh tentang perkataan 'kencing malam'.
Masalah yang disifatkan sebagai satu tempoh transisi untuk golongan ibu bapa itu sesungguhnya tidak mudah untuk dilalui.Bagi si anak, kencing malam bukan satu perkara menyeronokkan atau melucukan.
Tanpa bantuan orang dewasa, senario itu kemungkinan menjadi satu mimpi ngeri sepanjang tumbesaran anak.Justeru, ibu bapa perlu sedar terdapat pelbagai faktor penyebab kencing malam. Ketidakmatangan otot pundi kencing, perubahan gaya hidup dan ketidakstabilan emosi merupakan dalang di sebalik permasalahan itu.
Kira-kira 15 daripada 100 kanak-kanak di dalam satu-satu populasi mengalami masalah kencing malam. Otot pundi yang belum matang tidak cukup kuat untuk menahan kencing sepanjang malam. Ini menyebabkan pembuangan air kencing secara tidak disedari berlaku.
Namun, situasi itu tidak akan berlarutan. Seiring dengan peningkatan usia, masalah kencing malam dapat diatasi secara semula jadi berikutan proses kematangan pundi.Dalam tempoh tumbesaran anak, perubahan gaya hidup banyak mempengaruhi tahap kesihatan fizikal dan minda mereka.
Cara2 mengubatinya:
1. Cari sarang semut yang melintangi jalan. Ambil sedikit tanah atau pasir dari sarang tersebut dan titiskan sedikit air. Setelah itu, sapukan sedikti campuran tersebut di perut dan belakang anak anda. Bacalah Selawat 3 kali sambil menarik nafas. InsyaALLAH.
2. Rebus 2 genggam daun inai hingga pekat airnya. Minum selama 3 hari berturut2.
3. Ambil 1 sudu kecil madu lebah dan perah sedikit air lemon. Berikan pada anak sebelum tidur dan pada waktu pagi.
4. Asahkan putik kelapa di belakang pasu. Ambil airnya dan sapukan ke ari2 anak.
5. Campurkan tembakau sebesar ibu jari dengan sedikir kapur sirih. Kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. buatlah selama 1 minggu
Selamat mencuba..
Tuesday, February 1, 2011
Dengkur sewaktur tidur
Punca-punca Berdengkur
Antara punca boleh ubah yang dikenal pasti menjadi sebab berdengkur ialah obesiti atau masalah kegemukan, saluran tekak yang sempit akibat kelenjar tonsil dan adenoid (sengau) yang besar, rongga hidung yang tersumbat disebabkan masalah alahan atau tulang hidung yang bengkok dan sebagainya. Sesetengah mangsa gejala ini akan mengalami kesakitan seperti sakit dan lemas kerana terpaksa bertarung untuk bernafas dalam ruang yang sempit.
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Tanda-tanda Berdengkur
Selain gejala berdengkur yang mungkin diberitahu oleh orang yang melihat mereka tidur, pesakit yang menghadapi masalah ini juga mungkin mengalami tanda lain yang merupakan manisfestasi kualiti tidur malam yang tidak mencapai kepuasan. Antaranya termasuklah sukar bangun pagi dan rasa mengantuk pada siang hari yang turut akan menjejaskan productiviti kerja seharian. Pesakit akan mudah berasa marah dan tekanan darah yang tinggi atau hipertensi yang sering kali dikaitkan dengan keadaan ini. Mereka yang mengalami dengkur yang kronik boleh mendapat masalah penyakit jantung atau kompilasi kepada sistem pernafasan (sleep apnea iaitu berhenti bernafas kira-kira 10 saat sewaktu tidur).
Mengantuk yang melampau pada waktu puncak siang hari amat berbahaya kepada mereka yang bekerja yang memerlukan tumpuan seratus peratus seperti pengendali jentera dan mesin di kilang, pemandu kenderaan awam dan sebagainya. Bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah, gelaja ini akan membawa terganggunya konsentrasi pembelajaran dalam kelas.
Cara mengatasinya :
Tumbuk lumat 7 biji buah badam. Campurkan dengan air suam dan kacau hingga sebati. Minum setiap hari sebelum tidur..
Selamat mencuba..
Banjir
Salam,
nasib baik le kan, ikut cakap somi.. kalo x, ngan anak2 aku berenang dalam banjir.. elok je, ptg isnin.. banjir umah die.. air masuk umah takat peha... n 2 almari pinggan mangkuk x dpt diselamatkan.. sbb barang terlalu byk n air naik ngan cepat.. Cian die..
Banjir nih kali ke2 kena pada rumah akak aku.. yg pertama dulu.. tahun 2006, tapi tak le seteruk tahun nih... pinggan mangkuk yang terendam, kena le dipilih.. mana yang plastik2 ni, kena buang je..
Petang tadi aku kol die, tanye keadaan die mcm aner... Alhamdulillah, air dah semakin surut.. tgh hari tadi diorang dah mula basuh rumah.. mcm2 sabun di belinya... ngan dettol.. sabun basuh lagi.. sabun lantai lagi.. belanja jugak tue.. cian die.. nak salurkan modal.. aku pon tak bermodal sekarang nih.. sungguh menyedihkan..
harap2 kerajaan negeri dapat salurkan bantuan lebih untuk tahun nih.. boleh gak tanggung kerugian mangsa2 banjir nih.. sbb ade dengar citer, kg pengkalan, kat alor gajah.. siap kereta 'exora' tenggelam sebijik.. rumah plak.. nampak bumbung je... cian2.. mungkin ade hikmah yang terjadi sebalik bencana ni.. kepada mangsa2 banjir.. sabar bebanyak dengan dugaan yang Allah berikan ye..
cian akak aku.. 3 hari berturut ujan tanpa henti.. akibatnya, umahnya dilanda banjir.. huhuhuhu.. jenuh le mengangkat barang.. Hari sabtu lepas, aku balik kampung n plan nak balik sini ari isnin.. tp mr. m ajak balik ahad malam.. okey le, 'saya yang menurut perintah'... huhuhuhu..
nasib baik le kan, ikut cakap somi.. kalo x, ngan anak2 aku berenang dalam banjir.. elok je, ptg isnin.. banjir umah die.. air masuk umah takat peha... n 2 almari pinggan mangkuk x dpt diselamatkan.. sbb barang terlalu byk n air naik ngan cepat.. Cian die..
Banjir nih kali ke2 kena pada rumah akak aku.. yg pertama dulu.. tahun 2006, tapi tak le seteruk tahun nih... pinggan mangkuk yang terendam, kena le dipilih.. mana yang plastik2 ni, kena buang je..
Petang tadi aku kol die, tanye keadaan die mcm aner... Alhamdulillah, air dah semakin surut.. tgh hari tadi diorang dah mula basuh rumah.. mcm2 sabun di belinya... ngan dettol.. sabun basuh lagi.. sabun lantai lagi.. belanja jugak tue.. cian die.. nak salurkan modal.. aku pon tak bermodal sekarang nih.. sungguh menyedihkan..
harap2 kerajaan negeri dapat salurkan bantuan lebih untuk tahun nih.. boleh gak tanggung kerugian mangsa2 banjir nih.. sbb ade dengar citer, kg pengkalan, kat alor gajah.. siap kereta 'exora' tenggelam sebijik.. rumah plak.. nampak bumbung je... cian2.. mungkin ade hikmah yang terjadi sebalik bencana ni.. kepada mangsa2 banjir.. sabar bebanyak dengan dugaan yang Allah berikan ye..
- ni masa memula banjir-
sibuk mengalihkan barang..
Subscribe to:
Posts (Atom)