Monday, December 31, 2012

Orientasi..

hari oeientasi kt Sekolah rendah umairah.. pengetua tengah bagi ucapan..serius x phmm.. pengetua kena wat dwi bhs.. berucap dlm bhs cina dulu.. pastu bhs melayu plak.. 

Terharu beb bile tgk bangsa cina pon menghormati lagu negaraku.. siap ada lagu utk sultan lagi..





Thursday, December 27, 2012

Nak citer pasal budak kecik ni.. ape perkembangan terbaru die ye.. usia die dh 11 bulan.. pandai jalan dah die... 4-5 tapak, jatuh.. cakap?.. suke ikut cakap orang n ikut gaya org..mmg tak bape jeles, tapi ada le bunyi2 die sket.. mmm rindu ngan bucuk ibu ni... 

die masuk sendiri ok.. terbalikkan n ,asuk.. terkejut I bile memula tgk..


budak lagi sorang ni.. tengah kena campak plak sekrang ni.. aritu demam.. Alhamdulillah demam dah kebah.. macam biasa, semakin manja ngan I je.. mr.m tak.. sebab die garang ngan thaqif..

budak ni plak.. tak sabar nak p sekolah.. huhuhuhu... blm pernah sekolah.. nti kalo dah selalu kna bgn pagi.. mesti liat nk p sekolah.. huhuhu..

budak ni dh nk msk sek rendah.. bebesar dah anak I.. tak sabar nk g sekolah dah. sekolah baru le katakan.. sekolah besau le katakan..


Monday, December 24, 2012

Berperang..

I tengah tggu akak ipar n ank sedara p ke kebun.. kebun jauh dr rumah, kena le I p ngantar.. kje rumah semua dh settle, msk breakfast n sidai kain.. kemas2 n sapu biar ank2 sedara yg settlekn..

Kak ipar I ckp kejap je.. oklahh I boleh tggu.. I plak, dok diam dlm keteni.. walaupun camtu.. masih lg ade nyamuk dtg menganggu.. padahal bukak tingkap kecik je.. huhuhu.. takpe berperang ngan nyamuk dr berperang ngan pacat kt dlm kebun sana..





Jalan ni kalo ikut terus je.. boleh sampai LATA KEKABU... air terjun.. tp xkn I mk p sorang2.. hilang akal pe.. harus g ngan ank2 sedara oetang nti..

kenduri kawin..

punye le mls nk update on time.. ini merupakan n3 tertangguh...

Kejadian berlaku pada sabtu lepas.. sweet je tgk suami pengantin tu.. bile peluk isteri terus pandang muke isteri die... setiap kali peluk.  berbakul pujian le I lontarkan pd mr.m.. pada firasat I pengantin lelaki tu seorang yang romantik... huhuhu.. mr.m plak, ada je jwpan.. komen2 die penuh ngan perasaan kejelesan... saje puji lelebih sebab nk soh mr.m jd romantik sket..

ok... layan gambar.. papepon tahniah pada pengantin..


kami sekeluarga n pegantin

lps isi perut, bertolak le kami ke kg mr.m.. bertolak kul 4.15.. sampai kul 7.45pm... huhuhu.. jenuh nk blik kg die ni.. kami dari rawang ye.. kalo dr rumah I mkn 4-5 jam...

Saturday, December 22, 2012

Lauk

Dalam byk2 lauk.. lauk ni yg paling ank2 I suke.. ibu due ni usaha la bngun awal pg.. memasak utk ditinggalkan pd ank2 kt rumah.. kalo bg lauk ikan lagi le, tak berminat nk mkn.. sabo jelah den...

kalo ibu tau yg I selalu bg diorg mkn lauk nih mesti uwan die komplen... xde khasiat lauk tu, beli le lauk yg sedap sket..

dh tu mcm aner.. tu je lauk yg paling diorg suke.. mmm.. nk msk sotong n udang ari2 tak lalu mek... ongkos tinggi sangat.. sekali2 blh la.. lagi pon benda2 bkn elok sgt mkn selalu kan..


tgk arr lauk faveret diorg.. utk 3 org makan..

telur dadar..

Friday, December 21, 2012

sentap mak nok!!!!....

situasi di pasar tani presint 2...

I     :  examo ada?
jual ubat :  (terus bagi fellina inchloss).. ni kak..
I     :  (terkedu kejap!!!) examo la... (dalam hati perli ke hape ni?)
jual ubat :  ala malunye...
I     :  (lempang laju2 kang....)

tak bersedia lagi nk try 'benda' ni.. walaupun org sekeliling gunaknnya... takut nti jadi perhiasan dlm almari.. dah mahal...

kabus @ jerebu

Blog semakin terabai.. sebab I semakin sibuk.. betul kata opismate.. unit ni bz.. xpe, I tak kisah janji bos ok.. n takde tekanan. kawan2 berjima di tgkt 6 semakin terabai.. byk aktvti diorg I x leh join.. nak wat mcm aner kan. SYMP. panjang beb kn intronya...

dah lama tak tengok kabus.. tapi kabus boleh di lihat di kampung2 je.. kalo kat putrajaya ni boleh dikategori kabus ke?.. ntah2 jerebu.. mmmm susah arr nak cakap..




memandu sambil ambik gambar... layanzzzz.. hari ni ada bacaan yassin.. lagi le bertambah bz...

Thursday, December 20, 2012

AG: Prosiding kes saman AES dibekukan



SHAH ALAM – Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.
Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.
Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman-saman berkaitan kesalahan AES, yang muncul kontroversi, yang dikeluarkan masih sah.
Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihaknya memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan.
“Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan,” kata kenyataan jabatan itu.
Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepas tanpa dibebaskan, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula saman berkenaan jika memerlukan tindakan pendakwaan.
Sinar Harian Online difahamkan keputusan itu dibuat semalam dan dimaklumkan kepada kesemua pendakwa raya yang mengendalikan kes berkenaan hari ini.
Beberapa mahkamah yang mengendalikan prosiding kes saman AES termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah maklumkan berkenaan dengan keputusan itu dan orang kena saman (OKS) yang hadir mahkamah pagi tadi telah diminta pulang tanpa dikenakan sebarang tindakan susulan.
Laporan media 15 Disember lalu menyebut bahawa lebih 10,000 pemandu telah menjelaskan saman AES dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.
Keputusan Jabatan Peguam Negara ini dikeluarkan susulan kenyataan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) pagi tadi mendakwa kerajaan telah menarik balik notis saman kesalahan yang dilakukan di bawah penguatkuasaan kamera AES tanpa sebarang penjelasan.
Kase meskipun menyambut baik langkah itu tetapi mendakwa seolah-olah terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah kerajaan itu disambut baik oleh pihaknya, namun kerajaan perlu membuat pengumuman secara rasmi kepada rakyat mengenai perkara itu.
“Di mahkamh hari ini pihak pendakwa tarik balik semua saman, ini mengejutkan semua pihak. Kita memang alukan tindakan itu, tapi kerajaan perlu umum secara rasmi.
“Tanpa penjelasan yang diberikan apabila surat saman diserahkan di mahkamah, ini menimbulkan keraguaan seperti ada sesuatu yang disembunyikan,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, kerajaan perlu mengumumkan penarikan balik saman serta membatalkan semua saman AES yang telah dikeluarkan.
“Saman yang telah dijelaskan selepas masuk mahkamah mesti dipulangkan semula.
“Saman yang dikeluarkan mesti dibatalkan dan membuat penarikan semula,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zamri As’aad Khuzaimi berkata, hari ini kesemua OKS bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan, antaranya Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan lima orang.
“Juham dan Kase tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes saman AES ditarik balik hari ini.
“Ini kerana peguam-peguam Juham dan Kaser dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada mahkamah apabila JPJ telah menyalahi undang-undang kerana menjalankan pendakwaan di mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara,” kata beliau.
Menurut Ahmad Zamri, bantahan awal oleh peguam-peguam Juham dan Kase telah menyebabkan ada kes yang ditangguh dan pihak JPJ telah diminta oleh mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes saman AES tersebut akan dibatalkan.
Justeru, katanya, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai.
Katanya, ia juga menunjukkan tindakan saman AES dilakukan dengan tergopoh-gopoh.
“Oleh itu, Juham dan Kase menggesa JPJ dan pihak kerajaan memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam pelaksanaan saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang.
“Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui kesahihan dan boleh dicabar di mahkamah,” kata beliau lagi.
Sinar

Tuesday, December 18, 2012

wad lagi.

sekali lg akak I msk wad.. huhuhuh.. serius risau.. cume x nk bg die terperasan I risau... doa I... moga die diberikn kesihatan yg baik. Amin..



sayang weyy.. ngan adik beradik I.. Allah je yg tau perasaan I pd diorg.. moga2 Allah x berikn dugaan yg x mampu ditanggung oleh kite semua.. Amin..

Monday, December 17, 2012

Jom kite bergumbira..

Mood hari ni... gumbira.. 1st sebab Maid I dah balik.. hoooreyyy!!!. boleh le balik keje goyang2 kaki lepas nih.. Penat beb, balik keje je kena wat kerja rumah plak.. anak2 dah le berderet2.. (lap feluhhh..) Nak kemas rumah yang berterabur sepanjang peninggalan I p keje, angkat kain, lipat kain.. bagi diorang makan, bersih kan berak diorang!! huhhh!!! yang paling tak best, baru je nak lena.. sekali suara kecik panggil I... "Ibu, Bazli/ Thaqif berak"... Fuhhh sungguh mencabar..

Lepas nih, keje I kat rumah.. bangun pukul 5 pagi, masak.. siap2 gi keje.. balik keje plak.. uruskan diri sendiri n anak2.. keje2 lain, Insha ALLAH settle.. Anak2 pon dah bersih n wangi.. sikat rambut belah tepi.. kuikuikuikui.. Mood pon Insha ALLAH boleh di control.. kalo x, nak berangin je rasanye..

2nd sebab baru je balik dari kampung.. jumpe insan2 tercinta kat sana.. cume kali ni tak sempat nak jenguk ayahanda.. bz ngan bonda je kali ni... Alhamdulillah, Mak I dah boleh berjalan ngan laju dengan bantuan tongkat 4 kaki.. tak yah nak usung kerusi roda sana-sini.. Syukur pada MU Ya ALLAH.. puas sebab dapat cium pipi die semalam.. n dapat 'pau' abang kandung I beli durian.. huhuhu... semua untuk mak.. kami2 ni tumpang 2 kaki..

Hujung minggu aritu dapat abis kan masa ngan adik beradik.. dapat cium n peluk kakak2 I.. Harap2 boleh berkumpul lagi macam ni selalu..

p/s: LNPT tak isi lagi.. huurrmmm.. Server, cepat lah dikau ok..

Friday, December 14, 2012

Pengadil tak ADIL

Sumber : My Metro

KEKANG...Norshahrul (kiri) dikawal setiap penjuru padang.

“BAGI saya keputusan pengadil itu tidak betul,” kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Lee Min Hu melayangkan kad merah kepada Mohd Fadhli Shas pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF malam tadi.
Keputusan kontroversi pengadil dari Korea Selatan itu memberi kesan kepada strategi Rajagobal yang menyaksikan Harimau Malaya terpaksa beraksi 10 pemain lebih 45 minit sebelum tewas 0-2.

Menurut Rajagobal, beliau tetap bangga dengan persembahan anak buahnya dan yakin keputusan mungkin boleh berubah sekiranya Fadhli kekal di atas padang.
“Kami bermain baik pada awal babak pertama meskipun Thailand melancarkan serangan mencari gol awal. Tapi segala-galanya berubah apabila Fadhli menerima kad merah, bukan mudah apabila kami kehilangan tonggak utama pertahanan.

“Keputusan perlawanan ini mungkin berbeza jika Fadhli tidak dibuang padang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai malam tadi, Malaysia terpaksa melupakan misi mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu apabila Thailand meledak dua gol menerusi jaringan Teerasil Dangda dan Teerathon Bunmathan pada minit ke-60 dan 65.
Gol itu hadir selepas Fadhli menerima kad kuning kedua pada minit ke-42 kerana didakwa bertelagah dengan Datsakorn Thonglao.

“Bagi saya, pengadil seharusnya lebih tahu dengan situasi itu dan beliau membuat keputusan yang salah.” Menurutnya, biarpun pasukannya beraksi dengan 10 pemain, Thailand hanya berjaya menjaringkan gol pertama atas kesilapan Amar Rohidan dan gol kedua yang menyusul selepas itu menyukarkan mereka untuk bangkit.
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula enggan mengulas insiden kad merah itu sebaliknya hanya mahu memuji barisan pemainnya yang berjaya menempah tiket ke final bertemu Singapura.

“Saya tidak mahu komen, pada perlawanan pertama di Malaysia, saya dibuang padang sedangkan tidak bercakap dengan pengadil,” katanya yang sekadar menyaksikan perlawanan malam tadi dari bangku penonton.

“Kami pasukan lebih baik dan saya yakin kami boleh menewaskan Singapura di final.”

Pagi Jumaat

Assalamualaikum..

Hari ni, opis2 mate I sibuk mengemaskan apa yang patut.. Audit 5S nak terjah ke opis kami.. huhuhu... Hari ini, bos masih lagi tak calling2 I.. biasanya dah call dah ni.. nak minta wat keje..

Nak citer sket pasal keje kat unit baru ni.. dengar2 citer unit I ni Bz.. pastu selalu g meeting kat luar.. yang meeting ni opkos le bos je.. tapi mana le tau kalo2 bos nak bawa I.. merasa le I pi merewang sekali..

Hajat dihati ni, nak le update blog 2-3 n3 dalam 1 hari.. tapi.. ada masalah phonenya.. kalo phone dah ade kat tangan.. opkos le rajin update..

Tengah hari ni nak p mana errkkk??? Tunggguuu buddy's tingkat 6 kol.. ke mana plannya.. paling dekat pon the mines kot.. hahahahaha.. Bestnya jumaat.. boleh berjalan cum berjoli..

Thursday, December 13, 2012

Bz..

Dah mule ada keje.. Hmmm bz.. Clerk cum PAP.. kena hantar surat sendiri.. tak sempat nak update pepanjang.. Nak update time malam2 nanti pon tak boleh sebab handfon tengah ada teknikal problem..

Insha Allah, nak update gak lepas siap semua keje ni..

Wednesday, December 12, 2012

Tempat kerja baru..

Bersiaran langsung dari tingkat 8.. kikikiki.. suasananya Alhamdulillah OK.. tempat keje cantik.. kawan2 friendly.. Alhamdulillah... Keje2 I je tak tau macam aner lagi.. harap ok. Yang paling penting, Tempat pam strategik.. kat belakang partition je... ade diorang ni blok ngan kabinet besi.. pastu ada tempat makan n rehat sekali..

1st day  kat sini.. harap2 boleh sesuaikan diri I ni.. kat tempat baru ni..

Gambar??? takde.. sebab ada masalah sket ngan phone.. tunggu arr lagi 1-2 minggu lagi.. nak tempek gambar bebanyak bagi uol's muntah hijaooo bile baca.. huhuhu..

Tuesday, December 11, 2012

Mr.Mama

Mr.M tengah bz menguruskan anak2 n menyidai kain yang I tinggalkan.. huhuhuhu.. Nasib lah si Suami memahami situasi I sekarang.. Rutin hari2 Mr.M sebelum p keje.. sebelum hantar anak kat rumah pengasuh.. buat sementara maid tak balik2 dari Indon.. I plak bangun awal pagi uruskan rumah.. tapi x sempat nak siapkan sepenuhnya.. Banyak kot kejenya.. tambahan plak anak2 tengah lasak.. asyik buat semak je kejenye..

Nanti balik keje, badan letih.. dalam pukul 8 lebih mata bagaikan ada gam. Malam plak comfirm tak cukup tidur, sebab kebelakangan ni Bazli suka merenggek.. macam ada yang tak kena.. berpusing2 badan die.. baru je lelap dalam setengah jam, die dah merenggek.. mata tertutup.. tapi pusing kiri n kanan.. puas tepuk n pujuk tapi tak jalan.. last sekali suakan nenen original.. baru hisap 5-6 kali, lena balik.. lagi sepuluh minit, die merenggek balik.. huhhh..

nak marah pon tak sampai hati.. Nak try bawa p jumpa seorang pakcik nih.. bile balik kampung nanti.. setakat ni, anak2 serasi ngan die.. tawar2 sket.. anak terus ok.. In shaa ALLAH..

Belum pon sampai rumah, dalam kepala dah ada keje menanti.. nak settlekan semua kain yang menggunung tu..

...

Ada baca tak My Metro.. Tajuk die..‘Saya hanya bertawakal’.. Ada lagi ye pemandu lori macam nih.. susah kot nak jumpe.. 1 orang dalam 100.. memang tabik spring le kat brader nih.. sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain..

Tu lah, diorang2 yang bawa kete macam orang meroyan nih... Kerana golongan minoriti nih, abis kena tempias kat orang lain.. Patutnya orang cam gini kena hantar p kursus memandu balik.. Baru padan muke..


Monday, December 10, 2012

My Metro : Luluh hati ibu..


Seram rasanya bile baca aktikel kat bawah nih.. Semalam, kebetulan I pi majlis kawin ex-classmate I kat negeri sembilan.. alang2 lalu kat 'tempat mandi' tu.. I ada lah ajak Mr.M singgah.. bawa anak2 mandi.. Tak jadi sebab, Tak cukup masa.. diorang mesti mandi lama nanti.. lagipun dah petang.. Sekali pagi ni terbaca plak artikel ni, memang le blacklist tempat nih... Nape ye, diorang tak dedah kan je nama tempat ni.. dah le takde petugas yang dilatih untuk berhadapan dengan situasi macam ni..

* berhati2 untuk ke Taman Tema lepas ni..


SEREMBAN: Keseronokan tujuh sekeluarga mandi-manda di sebuah taman tema di Rembau, berakhir tragedi menyayat hati apabila seorang daripada mereka ditemui lemas dipercayai tergelincir di dalam terusan yang mengelilingi kolam, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohd Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, maut dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.

Ibunya, Mushitah Zahari, 26, berkata, dia bersama suami, ibu serta adik-beradik lain pergi ke taman tema itu untuk mandi.
“Tiba-tiba, kami menyedari ‘Bobob’ (Mohd Putra) hilang sebelum dikejutkan dengan teriakan budak lemas oleh orang ramai. “Namun, saya tidak menjangkakan yang lemas itu anak sulung sehinggalah saya melihat petugas taman tema itu mengangkat seorang budak yang memakai seluar sama seperti anak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTJS, di sini, semalam. Mushitah yang bekerja di sebuah hotel di Port Dickson berkata, itu kali pertama dia dan suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, membawa anak mereka ke situ dan tidak menyangka percutian itu berakhir dengan tragedi.

“Hancur luluh hati sebaik melihat itu adalah anak lelaki saya dan bergegas meminta bantuan daripada pihak pengurusan taman tema itu. “Ketika itu anak saya masih bernyawa berikutan ada air terkeluar daripada mulutnya dan kedengaran nafasnya, saya terus meminta penyelamat yang berada di situ untuk membuat pernafasan mulut ke mulut, tetapi tiada siapa pun tahu melakukannya,” katanya. Menurutnya, dia percaya, anaknya berkemungkinan tergelincir ke dalam terusan kolam itu dan jarak antara tempat kejadian dengannya hanya 50 meter. “Sebaik sedar tiada bantuan dapat diberikan, saya dan suami kemudian membawa anak ke sebuah klinik, tetapi mereka tidak berani untuk merawatnya sebelum suami bergegas memecut kereta menghala ke HTJS,” katanya. Mushitah berkata, bagaimanapun, dalam perjalanan ke HTJS, anaknya sudah tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia kira-kira 3.30 petang.

“Saya kesal dengan pihak pengurusan taman tema itu, sepatutnya mereka menyediakan penyelamat yang tahu asas menyelamatkan orang lemas. “Malah, sekiranya rawatan awal diberikan, berkemungkinan anak saya masih dapat diselamatkan, bagaimanapun saya reda dengan kehilangannya dan menganggap ajalnya sudah tiba,” katanya. Jenazah Mohd Putra dijangka akan dikebumikan di kampung halaman Mushitah di Kedah, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian kes itu.


Monday

Lalok2 nak p keje??  tak jugak.. sebab teruja ngan penempatan baru.. Macam aner lah agaknya ngan situasi kerja baru nanti ye.. tinggalkan kerja2 admin buat sementara waktu.. dengar2nya Unit tu hanya untuk 6 bulan.. ada yang cakap 2 tahun.. mungkin jugak lebih.. macam biasa, ada macam2 version.. Version terbaru, Unit tu banyak keje.. tak kisah le ape pon.. janji tak STRESS.. bos tak bagi tekanan pada I..

Hari ni tengah sibuk untuk uruskan perpindahan ke tingkat 8... fuhhh... Harap2 le I ni boleh sesuaikan diri ngan Unit baru ni.. Amin..

Friday, December 7, 2012

Penempatan Baru

I bertukar Unit.. Nama Unit I tak pasti sebabnya unit ni baru ditubuhkan.. 
Dan kena berpindah tingkat jugak.. sekarang dok tingkat 6 kena berpindah ke tingkat 8.. 
bos I dok kat tingkat 8 setengah.. huhuhu.. dah le tmpat bos I tu sunyi ya hamat.. 
minta2 le ALLAH pemudahkan segala urusan.. kat tingkat tu ada 3 je bilik KPSU.. 
dah le diorang selalu p meeting.. opkos le sunyi sepi kan.. 
Kalo le bos I soh ambikkan dokumen tertinggal kat bilik nanti macam maner??? 
risau gaks..

Huhuhuhu.. diorang2 ni kata bos I tu ok.. baik.. fuhh berdebar gak.. 
sebab tak tau lagi keadaan sebenarnya nanti.. 

karenah bazli

Bazli dah mula tunjukkan kehebatan die.. jenuh le I lari sebab nk selamatkan die dari jatuh.. tapi pelik.. x kurus2.. maca,m tu jugak..




Agaknya otak die memikirkan, aktiviti yang perlu di buat lepas ni.

aktiviti waktu rehat..

Ke mana rehat tengahari ni?.. ada 2-3 cadangan dari buddies.... sogo, the mines n nilai.l dapat member sekepala.. dalam otak ni asyik pk nak berjalan sesaje.. tengah2 kering ni x sesuai le nak p sogo.. lgpon kna naik lrt.. bile plak nk sampai opis..

Dalam bnyak2 idea.. nilai adalah yng pling sesuai n bernas.. naik kereta kan.. kan senang.. x pyh le nak bersesak2 dlm lrt..

Jom pi serang nilai 3..


Tengah2 bulan g shopping,. Hilang akal ke?.. xpe, yang penting window shopping,,,

Syoikknya tidur..

Sayang je nak tinggalkan diorang ber2 ni... Masa untuk p kje.. antara rela n terpaksa.. demi mencari sesuap nasi.. 



Jumpe nanti petang.. doakan ibu selamat pergi n balik..

Thursday, December 6, 2012

Besday my mum's..

Hari ni besday mak I.. 6 Disember 1948.. mmmm... sayangnya mak xde ngan I untuk dicelebrate.. Mak I kat kampung... Jap lagi nak call die.. nak wish.. dah tengahari baru wat n3 yerkkk... iyelahhh..dari pagi tadi dah ingat.. tapi takde masa nak wat n3..

Tarikh ni jugak la I di tempatkan di bahagian lama I.. Bhg. Pelaburan, MKD dan Penswastaan... Tinggal kenangan dah..

Semoga Mak I mendapat limpahan rahmat dari MAHA ESA.. AMIN

Hasil hari ni..


Dah terlambat pam hari ni.. skip pukul 8 lebih nyer sesi.. sebabnya ada jamuan kat opis... harus le isi perut dulu.. lapar kot.. dari pagi tak makan lagi.. pukul 10 lebih baru berpeluang pam susu..

Hasil semakin menyusut ok.. dulo2 sekali pam dapat le 7-8oz.. sekarang, 4oz je.. hari ni terlewat pam pon baru dapat 5oz lebih.. sekit ke bnyak ke.. Alhamdulillah ALLAH masih memberikan rezeki untuk Bazli.. rezeki susu ibu.. syukur padamu ya Allah..

Pasni kna cari formula untuk tambahkan lagi susu.. nak try minum higoat.. tengok member2 minum.. Alhamdulillah susu semakin bertambah.. pengasuh pon ada ckap yang bazli kurang menyusu kebelakangan ni.. sebab die kuat mkan kot.. pantang le I ni suakan tangan... bukan main luas die bukak mulut.. tangan kosong pon die ngangga.. huhuhuhu..

Wednesday, December 5, 2012

Jangan campurkan susu dengan teh







Selain air putih (air kosong), teh adalah minuman yang paling banyak diminum di seluruh dunia. Kandungan antioksidan, vitamin, dan komponen lain yang ada di dalam teh membuat teh dipercayai sebagai minuman untuk meningkatkan ketahanan tubuh dan mencegah kanser.

Beberapa kajian juga menunjukkan teh mampu mencegah gigi berlubang, mengawal kadar gula darah, dan menyihatkan jantung.

Di banyak tempat, teh seringkali dihidangkan bersama dengan susu (contoh: Teh Tarik). Meskipun hasilnya lebih sedap, tetapi kajian menyebutkan menambahkan susu ke dalam teh mengakibatkan terhapusnya kandungan berkhasiat yang ada di dalam teh.

Dalam kajian yang dipublikasikan di The European Heart Journal, para penyelidik telah menguji 16 orang dewasa sihat yang diminta minum secawan teh hitam, teh hitam dicampur dengan sedikit susu tanpa lemak, serta air yang dimasak. Kemudian fungsi vaskular para responden diukur.

Jika dibandingkan dengan air, teh hitam secara signifikan meningkatkan fungsi arteri. Tetapi penambahan sedikit susu bahkan menyebabkan khasiat teh itu tidak terlihat.

Para penyelidik kemudian mengulanginya pada tikus dan mendapati hasil yang sama. Menurut para pakar, protein dalam susu akan mengikat dan menghapuskan antioksidan dalam teh. Perbandingan susu itu sendiri bahkan berlawanan dengan manfaat yang ada pada teh bagi fungsi vaskular.

Kerugian tersebut bukan hanya disebabkan oleh susu lembu sahaja, tapi juga oleh susu kacang soya. Protein dalam susu kacang soya juga menghapuskan antioksidan teh. Kerana itu jika ingin mendapatkan manfaat kesihatan dari teh, sebaiknya teh dan susu tidak dicampurkan dan diminum secara berasingan.

Sumber: kompas.com

Monday, December 3, 2012

Rindu ayah..

Tak tau nape I ni terlalu rindu ngan ayah.. dah 2-3 hari dok ingat die.. kat blog ni mmg I jarang citer pasal ayah.. pasalnya.. mak n ayah I dah tak bersama.. so, I lebih tumpukan pada mak.. mak seorang diri.. ayah plak ada org jgakan.. lagipun mak ni tak bape sihat.. ayah plak I tengok on off sakitnya.. tapi selalunya die sihat.. 



Lama kelamaan, I semakin lupe pada die.. mmg I ngaku yg I ni bukan anak yang baik.. last jumpe pon raya puasa aritu.. dh bape bulan x contact.? Kol pon tidak.. nape???.. sebabnya, I masih x blh terima ayah kawin lain.. boleh terima ayah lebihkan anak2 tiri die.. tak boleh terima 'perempuan' sebagai mak.. ayah plak asyik paksa I salam bagai... tak boleh terima, segala kesenangan ayah die dapat.. die datang masa lagi sebulan ayah I nak pencen.. taukan maksud tersirat sebalik perkahwinan itu??.. Ayah dapat duit pampasan keje, kwsp, gcr.. anggaran I ada le dlm 50-60 ribu.. abis dikjekan itu 'perempuan'..

Malas nk pikirkan semua itu.. rindu pon dah tahap max... I kol ayah dalam pukul 5pg tadi.. die bru lepas solat.. die kata dari pukul 2 pg tadi.. Alhamdulillah.. datang keinsafan pada I.. I enak dibuai mimpi.. ayah plak, sujud pada yang ESA.. harus ke I ketepikan orang macam ni... tak kisah le orang lain nak kata ape.. yang penting I nak jumpe die.. nak peluk n cium sebelum terlambat.. ajal maut kite tak tau.. kalo bukan ayah yang tinggalkan I, mungkin I yang akan tinggalkan die dulu.. 


Saturday, December 1, 2012

MAHA Lagi..

Pepagi lagiI dah pi MAHA.. nak elakkan jem.. lagipon nak p beli durian je.. I gi seorang diri.. kalo Mr.M ikut, harus gerabak panjang ni ikut.. malas nak bawa diorang sebab hari ni conform ramai orang.. susah nak bergerak nanti..

Buah2an yg berjaya I rembat.. durian musang king 2 biji.. D24 6biji.. manggis, rambutan, dan appolo melon.. total I belanjakan... rm61.. berbaloi.. durian tu isi tebal, kuning n sedap.. anak2 pon puas makan.. baru makan 2 bekas, dah angkat tangan.. x blh makan.. huhuhu..

Masa nak balik tadi, memang macam nak putus jari2 ni,. Berat kot I menggusung buah2 tu.. nasib la, parking kete x jauh.. punya le jenuh nak cari parking.. tu dtg pukul 10.. kalo dtg tegahari??.. menapak la jawabnya.. parking le tepi2 jalan..

Menu tengahari ni semuanya berasaskan buah2an je.. tak sempat nak masak lagi.. sampai dari MAHA tadi dah pukul 12.. balik2 je terus diorg lenjan buah2 itu.. kenyang kot.. tak minta nasik lagi tu.. kalo diorang nak makan nanti, goreng je ikan.. Mr.M dh gi keje tadi.. selamat lah.. tak payah masak.. huhuhu..





Antara gambar2 sempat ambik.. masa kt sana tadi nk ambik gamvar2 yg di snap.. tapi terlupe sudah sebab anak2 dh kenduri kan.. berterabur dah.. mood nak bergambar terkubur..

In sha Allah, esok nk p lagi di awal pagi.. nak tawaf pameran rumah2 dalam malaysia.. siap ada jual produk2 dr negeri tu.. g seorang diri lagi.. best sket nak berjalan

Friday, November 30, 2012

MAHA 2012

Gi MAHA ikut lawatan opis I anjurkan.. memang terbaik dapat layanan dari org kementerian pertanian.. kami ni, g satu ke satu tempat naik tren.. VIP lagi.. setiap tempat berhenti betul depan pintu pameran.. gambar tak ambik pon sebab segan.. I kan baru kat opis ni.. malas nak tunjuk 'over' lg.. tunggu arr 2-3 bulan lagi.. lagi pon ada orang yang suka buat ulasan kat opis nanti.. dengan adanya die, so kite pon so-so je..

Abis jugak le dalam 50 henggit berbelanja.. baru nak belanja secara berhemah.. tapi x leh tahan nafsu la.. tengok tu nak.. jalan lagi.. rasa itu nak.. rasa ni nak.. hahahaha.. tapi harga die boleh tahan la murah2 gaks...

Durian musang king sekilo rm10.. durian D24 sekilo rm5.. durian kampung 2 biji rm10.. tapi durian kampung tu, besau2.. jenis macam durian jantung tu... boleh tak bayangkan besarnya mcm aner?... tapi I tak beli pon durian.. malas nak bwa..

Apa ye yang I borong?... jagung 25 tongkol rm10.. free 2 tongkol.. tapi jagung die comel2 le.. kecik2.. yang besar2 tu, 8 tongkol rm10.. kecik sket 10 tongkol rm 10... tapi tu semua ada free 2 tongkol.. beli 10 dapat 12.. beli 8 dapat 10..

Lagi, I beli buah belimbing besi.. sekilo rm3.. produk orang kampung I beli nooraini's cookies n mocha hazelnut.. pastu sos, jenama ape tah.. tapi rasa boleh tahan.. sedap.. nak beli keropok balik nanti.. nak goreng.. cicah sos bli tadi..

Kali ni rasa best plak p sna.. kalo mr.m nak.. nak ajak die p sekali lagi..

Nak tepek gambar masa I p ngan cousin mr.m la... tapi yang ada kat sini gambar rusa n anak2 I je... gambar diorg dalam kamera.. harus le x boleh tepek kat sini..




Banyak lagi gambar diorg tapi.. ni je yang mampu I upload.. yang lain dalam kamera... malas nk transfer..

Masa kat pameran binatang.. banyak gak binatang die.. lembu kacukan, kambing, rabbit, hamster, ayam.. dah macam zoo pon ada gak.. tapi ok lah.. boleh le gi nanti..
Sebelum ahad ni..

tergendala.. MAHA punye pasal..

Opis I wat lawatan ke MAHA... blog ni terabai wat 2-3jam... in sha Allah kembali update selepas balik nti.. mungkin ada citer menarik.. tungguu..

Thursday, November 29, 2012

seronok..

Asal cakap gunting rambut je diorg jd seronok.. mak pak die je x bape nak seronok.. kena kuarkan duit.. huhuhu.. paten macam aner nk digunting.. semua ni bergantung pd Mr.M.. tak pernah beb ikut selera I.. I nak bawa p gunting pon masa kat kampung aritu pon takut2.. sebab maleh nak dengar bebelan Mr.M.. ikut suke mu la nk gunting mcm aner.. I ikut je.. 




Tak lama lagi sekolah nak bukak.. kena bwa diorg p gunting lagi.. kan best kalo pandai gunting.. jimat duit... huhuhu..

Aktiviti rutin..

Setiap 2-3 jam sekali mesti kna p surau.. kalo x, abis melimpah susu I.. sambil2 tu bukak fb.. godek punye godek, terjumpe le fb husband Arwah Norhashimah wahid... kami sama pam susu di MKD dulu.. rasa sedih plak bile ingatkn.. mmg kami x rapat.. tp ada kenangan bersama die.. opismate d opis lama.. die seorg yg soft spoken, baik n friendly walaupun kami ada jurang.. tp die layan I mcm kawan.. die pegawai, I ni org bawahan je.. bile tgk anak die, sebaya ngan ank I damia.. kami selalu berkongsi cerita pasal Anak masing2.. sambil2 mengepam.. terus jd rindu kt die.. air mata mengalir.. ank die mirip rupa die.. subhanAllah, KAU limpahkan rahmat yang berpanjangan kpd Arwah ya Allah.. AMIN..



2 hari lepas, ada sembang dengan Mr.m pasal kematian.. sekali termasuk plak citer pasal arwah.. masa I p melawat jenazah arwah, orang yang datang, masya Allah ramai.. penuh masjid.. solat jenazah pon ramai.. Mr.m cakap, 'orang pemurah memang macam tu, masa meninggal orng ramai datang'.... tersentap I.. dapat ke I macam arwah nanti? Orang ramai datang ziarah semasa kematian I.. ramai yang sedekahkan alfatihah sekurang2nya.. tapi ramai je yang I tengok bacakn yassin untuk arwah... bertuahnya die..


Stop x nk dah citer pasal arwah.. biar die tenang disana.. Alfatihah...

Idaman..

Tengah mengidamkan nk bli sesuatu.. Tengah gigih mengumpul.. Pfff... tahan nafsu.. Kan best kalo duit tu dtg  dengan sendirinya... bangun2 dari tidur je, terus ada duit kat sebelah.. kena bela toyol ni.. hukhukhuk..


Harap2 la cecepat cukupnya duit yang disimpan.. nak harap kan gaji ni bape la sangat boleh simpan.. huhuhuhu..

Wednesday, November 28, 2012

Penat hilang, bile....

Balik dari keje, tengok anak2 I dh bersih n wangi.... terbang semua kepenatan.. kat rumah pon diorg tak kelaparan mencari makanan... bukan I tak bagi diorg mkan.. bagi tapi lambat sket.. selepas solat maghrib ke, baru memasak kat dapur.. masa tu pon biasanya, mata dah melekat nak tutup.. bayangkan dari pukul 5 pg sampai le mlam... blm sempat nk baring2 atau lurus2 kn badan...


Semua ni dah wangi.. tapi kembali masam.. sebab x reti dok diam.. ada je keje diorang nak wat.. 

Alhamdulillah, I dapat pengasuh anak yang ok... setakat ni, anak2 I jaga ngan baik.. takdelah kat tempat keje asyik risau memikirkan anak2...

Ni pengasuh dh ngadu.. bazli x nk minum susu sgt... harus le kena cari botol susu baru.. mana le tau.. die kembali bersemangat nk nyusu.. lepas kje ni kena p shopping botol susu yg gojes.. huhuhu..

Rindu

Rindu ngan budak 2 kecik ni.. macam nk terbng balik je sekrang..


Ape la diorg tengah buat ye sekrang?... tunggu ibu balik ye..

Tuesday, November 27, 2012

makan pagi

Orang dh makn tghari.. I plak sibuk nk citer pasal breakfast td.. I nak tunjuk kat semua orang,mkos makan pagi td sangat le menjimatkan duit.. huhuhuhu.. boleh simpan duit lebih ni.. in sha Allah..

Pasta + sambal sotong..


Uols.. rasa I kena bayar bape?????...


*


*



*





*







*







*

RM1.60...
Boleh?? 
Memang berbaloi..

Monday, November 26, 2012

penat wokey jd surirumah nih...

N3 sebelum tidur.. sape kata surirumah tak penat.. letih tau.. bayangkan, celik2 mata je diawal pagi.. terus ada je terlintas kat kepala nak wat ape.. keje yang perlu dibereskn.. tu keje rumah je.. kalo bangun plak si anak2, kena uruskan dia plak... huhuhuhu...

Termasuk la mandi, bagi mkan.. masak lagi.. kemas rumah... keje rumah memang tak pernh abis ok.. kalo anak2 yang tak pham bahasa lagi la... sentiasa memunggah barang, baju yang dilipat, plus mainan..

I ni selalu je berangin bile terpijak Maianan diorang.. asalkan terpijak je, laju je baling dalam tong sampah..nhuhuhuh..

Cube tengok kat bawah ni..

Ini baju untuk sekali basuhan (baju 1 1/2) hari.. banyak ok.. dah tu baju diorg ni kecik2 je.. jenuh nak melipatnya..

Bagi ibu2 yang bekerja lagi la.. penat ngan kje opis lagi.. balik rumah, kena wat keje rumah plak.. huhuhu.. kalo dapat hubby yang prihatin, ok la kan.. sekurang2nya tolong sidai kain n angkat kain pon dah ok.. dah ringan 1 keje..

Panjang plak bebelan I.. kalo2 ada lelaki terbaca n3 nih.. ringan2kan lah tangan tu.. tolong isteri kat rumah.. kalo x blh tolong selalu xpe, tolong le 2-3 ke seminggu.. weekend ke.. mesti sejuk hati isteri.. mesti dapat 'upah' yang marvelous nanti. Huhuhuhu..


Menu hujung minggu

Anak2 I bangun lewat.. termasuk le abahnya.. I plak, pukul 6 lebih dh bangun.. jalankan kewajipan.. kejut mr.m.. terus p sidai kain.. banyak plak tu.. siap sidai, terus on fb.. dah bangun awal.. tapi malas nk masak.. x tau la nape semenjak keblkgan ni semakin malas nak masuk dapur.. leka le I ni layan fb plus tv9.. tak lama lepas tu, seorang2 anak2 bangun.. harus le I masuk dapur siapkan mknan..

Memandangkan matahri dah tinggi.. harus le I terus masak nasi n lauk.. jom layan gambar tengok menu I semalam..


Udang sambal


Sayur kobis..

Takde maknanya nak masak bebanyak.. sebab ingatkan mr.m nak bawa kami berjalan2.. tapi.. dok le umah sampai petang.. die plak awal lagi dah p keje.. huhhhh... soba jelh.. x kje xde duit plak.. biauu le die.. I pon tengh berjimat cermat nak simpan duit.. nak beli barang idaman.. harap2 Tercapai citer2.. amin..

Sunday, November 25, 2012


MELAKA: penduduk Balai Panjang, Melaka Tengah disini, gempar seketika setelah melihat satu tompokan awan berwarna-warni pagi semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 11.30 pagi apabila seorang penduduk menyaksikan fenomena itu memaklumkan kepada penduduk yang lain.

Menurut seorang penduduk, mahat Baba,55, dia menyedari kejadian itu apabila dimaklumkan jiran selepas pulang dari pasar.

*** sumber berita dari harian metro..

Saturday, November 24, 2012

idea mr.m..

Mr. M.. nk sgt tgk ank2 die pkai inai ni... I je x blh nk pakai sbb xde org nk pegang bazli nanti.. huhuhuhu.. last pakai msa kawin dulu 7 tahun lps.. x tau le bile berpeluang pkai inai ni lg.. 

Umairah



Damia


Bestkan... punye susah jaga, nak tunggu benda ni kering.. sbb x nk bg comot..tambah plak damia.. biasanye die usik sana n sini.. panjat sana n sini.. sekali kena duduk diam2.. bile tgk muke die. Sedih je tengok..

Time cuti sekolah boleh le.. bersuka ria.. nak bawa p bercuti pon x jd.. so, kena ganti ngan aktiviti lain..

Friday, November 23, 2012

Dajjal is near


Many, many people have most likely heard of drones over the past several years. Even CB20/9/12 - S and BBC watchers should be familiar with the term. The latest technology presented to the profane (ie non Illuminati) is the mosquito drone shown below. At least partially funded no doubt by American and British taxpayers.
As terrifying as this seems the next question should be what’s on the drawing board? How about gnat or even dust particle drones? Backed by unlimited Rothschild financing and the best minds money can buy coupled with a meek, complacent, and narcissistic society the possibilities seem limitless.

Sumber dari organisasi PPIM .

Tuesday, November 20, 2012

Menghitung..

Ada beberapa hari je lagi bos I balik bertugas dari cuti bersalin.. Selama 1 bulan lebih ni la I dok menggangur.. Datang keje, tapi melanggut depan PC.. Keje I sekarang cume Key in Waran Perjawatan.. bosan tahap cipan ok.. Dalam sehari, keje I boleh siap dalam 30 minit.. pastu xde keje.. memula best, tapi lelama jadi bosan.. 

Tapi sejak le I ada kawan rapat kat opis ni.. Alhamdulillah, hilang le kebosanan I.. Ada je agenda time lunch hour.. g sana g sini.. sehari tak pernah miss kuar opis.. ada je benda nak buat.. hari jumaat lagi la tak lekat opis.. masuk je waktu rehat, zasssss p kl la, the mines, presint 15, kajang.. huhuhuhu.. 

Pasal bos plak, macam2 versi I dengar dari mulut org.. ada kata sporting, ader kata straight.. ade kata macam ni n macam tu.. ape2 pon kite tunggu n lihat le perangai sebenar boss I nanti.. apa2 pon I redha jelah buruk baik perangai die.. malas nak pening2.. Hatrap2 Allah permudahkan segala urusan I.. amin.. 

Monday, November 19, 2012

Monday blues..

Baru naik keje setelah lama bercuti.. 6 hari wey, berjoli kat rumah.. Masa cuti hari tu ada le akak I bagitau pada I.. Isnin ni (hari ni) keputusan UPSR keluar.. berdebar le jugak, walaupun hanya anak sedara yang ambik UPSR.. harap2 'die' dapat keputusan yang cemerlang.. AMIN..

Sepanjang cuti hari tu, puas la I berjalan sana sini.. plus, lega sebab dapat tolong hantar mak I gi mana yang die mahu.. pi Masjid Kampung Hulu.. silapnya, I tak bergambar wokeyyy.. sibuk uruskan mak I n layan orang bujang I.. Thaqif n Bazli..

Alhamdulillah cuti tu dimanafaatkan ngan sebaik-baiknya.. Kalo boleh nak cuti lama2 lagi.. tapi yang tak bestnya, Mr.M tak ikut balik.. so, tak boleh le lama2 kat sana.. Selasa balik sana.. jumaat malam balik sini balik.. tak boleh le nak tinggalkan die lelama.. cian die.. semua kena urus sendiri.. so, kena le balik awal..

InshaAllah lagi 2 minggu nak balik sana lagi.. bestnya duduk kat kampung..

Monday, November 12, 2012

Tidur sudah

Lega bila 2 org bujang I dh tidur.. lepas ni boleh le I menyusul tanpa gangguan.. simpan tenaga nk balik kampung esok..


mata semakin erat.. mr.m blm balik lagi.. nasib la ada anak sedara menemani.. tak le sunyi sangat.. cian plak tg die..seharian dok jga sepupu2 die.. harus kena bagi ganjaran.. bwa pusing 1 melaka esok.. inshaAllah kalo diiznkan olehNya.. aamin..

Clean n Clear..

Dah start cuti sekolah.. jalan punye le clear.. best je tekan minyak.. syurga... Pukul 7.05pg tadi bertolak p opis.. Pukul 7.20pg dah sampai.. best je.. kan best kalo ari2 macam nih..

Kete tak banyak.. Traffic Light pon cepat je hijau.. Encik Polis pon nampaknya boleh le regangkan otot die sket.. Tak perlu le nak kerja beriya2 macam hari biasa.. Dulu, kalo jalan jem ke.. sebab polis traffik tahan terlalu lama, I selalu le marah2 Maki encik polis ni.. (macam le die dengar..).. Alhamdulillah sekarang, mungkin sebab faktor usia yang meningkat.. huhuhuhu.. Tak sampai nak hati wat macam tu lagi.. Asalkan nak bukak mulut je, teringat le.. Die keje untuk cari rezeki halal untuk family die.. anak2 die yang masih kecik.. mungkin isteri die housewife.. hahahaha.. darah dah sejuk..

Tak pe encik polis.. simpan tenaga untuk berperang Januari nanti.. seminggu pertama sekolah bermula, comfirm la jem teruk.. semua orang berlumba2 nak antar anak sekolah.. lagipon, masing2 masih tak dapat nak sesuaikan diri kat masa.. timing tak bape nak btul lagi..

Januari depan, Umairah dah bersekolah kat Sekolah rendah.. kena kuar awal le nampaknya.. sebab kat Seri kembangan Jalan die Jem gile.. tension je kalo jem2 ni.. Nak je, beli helikopter sebijik...

Friday, November 9, 2012

Diluar logik akal..

Semalam, I tak berkesempatan nak update blog nih.. ada sesuatu terjadi pada I.. Kalo I citer ni, terpulang la kepada uol's nak percaya atau sebaliknya..

Dalam pukul 11 lebih semalam.. tetiba rasa nafas I jadi pendek.. macam lemas... Badan rasa seram sejuk.. semua yang bertembung dengan I.. I tanya diorang.. sejuk ke tak.. sejuk ke tak.. semua relax je.. xde pon pakai sweater macam I.. I malu nak cakap ngan kawan2.. sampai satu masa.. nafas makin pendek.. badan pon rasa lain macam.. semakin sejuk.. Terus terang I cakap, I rasa ajal I semakin dekat semalam..

Terus I cakap ngan kawan rapat I... Ajak die antar I pi hospital.. cakap ngan CC.. zasss p hospital.. masa dalam kereta.. keadaan semakin teruk.. Dalam pada tu, I boleh lupe plak nak baca Al Kursi @ ayat2 Alquran.. Tangan semakin sejuk, macam duduk dalam ais...


Sampai hospital, terus pi kat Jabatan Kecemasan.. Terus diorang soh masuk kat 'Triage'.. Cek darah, paru-paru n wat ECG.. Alhamdulillah semua normal.. sebelum tu, I diminta tunggu sekejap.. sebab ada patient lain tengah diperiksa oleh nurse.. I duduk kat atas katil.. masa tu, I tengok.. Kaki semakin biru@lebam.. ke2-2 sama.. I terus bersila atas katil tu, sebab nak tengok tapak kaki plak.. Sahhhh!! semakin membiru.. I panggil 'MA' tengok keadaan I.. Die pon tak tau nak cakap ape... kena refer doktor dulu..

Masa tu jugak, I mgs kat Mr.M.. pesan macam.. kira macam tinggalkan wasiat kat die.. bagi no password bank.. kalo jadi pape kat I.. die boleh uruskan anak2 ngan duit yang I tinggalkan.. Bagitau, insuran yang I ambik, share n simpanan.. lagi satu, pesan segala hutang I yang perlu dilunaskan..huhuhu.. Masa tu, I dah pikirkan mati je.. bile tengok semakin merebak, biru kaki I.. Pastu I call die, tanye die datang ke tak.. masa I call tu, suara die dah lain macam.. mungkin die sebak bile baca mgs I tadi..

Sementara nak tunggu masuk jumpe doktor.. Keadaan I masa tu semakin ok.. takde lagi rasa seram sejuk.. nafas pon boleh kategori normal.. Bile masuk bilik separa kritikal.. Doktor sahkan I normal.. takde sebarang penyakit.. Pelik kan?? tadi beriya susah nafasnya.. macam ada benda tersekat kat kerongkong.. sekalik xde ape2.. kaki biru.. huhuhu.. Macam biasa le, macam2 yang ditanya oleh doktor, nurse n Medical Assistant.. Antara soalan2nya.. Ada rasa kebas pada tangan ke tak.. sakit dada, batuk2, pening2, muntah.. semua tu takde.. takde sebarang penyakit jugak..


Result nya kesihatan I ok.. takde sebarang masalah!!.. tapi ape yang I alami baru tadi??? sakit ape??? pelik memikirkan..

Dan doktor syak I ni tengah stress!!.. tolong la.. tak stress langsung ye.. ok je keje kat sini.. takde sebarang tekanan.. buat setakat ni.. dalam pukul 1pm cam tu, doktor soh I balik.. die bagi ubat kumur n cairkan kahak.. huhuhuhu.

Lepas cek semua, n dapat result I normal.. I lega.. tarik nafas panjang.. Jantung I berfungsi dengan baik.. peparu pon sama.. Dan masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup dalam dunia ni... Syukur, Alhamdulillah.. masih lagi boleh peluk n cium anak2 ngan Mr.M.. huhuhu.. Alhamdulillah sekali lagi..

Member I soh berubat secara tradisional.. lepas tu I cube la google, nak try tradisional plak.. antara yang I jumpe..

DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI 
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon & Fax: 03-89250443
Email: alsyifa@streamyx.com

http://www.darussyifa.org/ 

DARUSSALAM
Lot 4463, Lorong Penghulu,Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Hubungi Kami Di Waktu Pejabat :No Pejabat : 03-61881789
Faks : 03-61881796

Waktu Pejabat : 10:00 AM - 04:00 PM 
http://darussalam.net.my/ 


Pusat Rawatan Islam Manarah 
TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI
http://primanara.blogspot.com/ 


AKRINE
Ustaz Abdul Majid Hasan
Kuang, Rawang / Selangor, Malaysia
Temujanji sms : 017-3646461
Email : akrine@yahoo.com
http://akrine.blogspot.com


TIAF
GPS koordinat: 102°19'24.0"Y:2°9'46.5" 
Ustaz Wan Asrul 

18-1 Jalan Seri Emas 5,
Taman Seri Telok Emas, Telok Mas 75460 Melaka
( Tingkat 1 bersebelahan denganPejabat Pos Telok Mas, Melaka)
019 - 6727627 / 019 - 6727626
http://terapi-alfatah.blogspot.com email : hakimyh@yahoo.com

Pusat Rawatan Terapi AlQuran Darul Hikmah
Ustaz Malek 
No 16 Tingkat Atas, 
Bangunan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Kedah,
05200 Jalan Tun Razak, 
Alor Setar Kedah.
019-471 5232 / 012 - 500 2182 
http://www.ustazmalek.com/

Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah:
Ustaz Hayat 
No-16, Tingkat Dua, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang. (Di atas SSM Temerloh, Berdekatan Public Bank, Tapak Pasar Lama)
Tel : 0179065131
http://www.rawatanislam2u.com/

Sinar Zamdurrani
Ustaz Sharhan
No. 27-2-1, Jalan 20B/146
Desa Tasik Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur
No. H/P : Helmy Nizam (017-6955909/017-6499818) / Us.Ghani 019-5483099
E-mail : zamdurrani@yahoo.com | zamdurrani@dumei.com
http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/  

Darul Ruqqiyah 
Ustaz Suhaimi

No 62A-2, Jalan SM 3A, Sunway Batu Caves, 68100 Selangor
019-2691525 / 019-2059351 / 019-3081525 
mohdsuhaimitobibi@gmail.com
http://darulruqiyyah.blogspot.com/

Ridam - DARUL MANZIL
No. 16, PT 5982, Taman Intan, Geliga Besar,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 019-9891078 / 012-6763447
GPS Koordinat: 4.193404,103.434606 
http://darulmanzil.blogspot.com/

Ikhtibar I ambik selepas kejadian ni, settle kan mana yang patut cecepat.. tak nak ada sangkutan lagi lepas I mati.. huhuhu.. persediaan tu..
Google