Tuesday, January 31, 2012

Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Di saat-saat akhir kehamilan, anda mungking mengalami kontraksi braxton hicks yang kerap boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. KOntraksi ini tidak kuat dan akan hilang dalam masa 20-30 minit. Walaubagaimana pun jika sakit beserta tanda-tanda berikut, anda mungkin akan bersalin dalam masa terdekat atau dalam masa beberapa hari lagi..

* Rasa bertenaga dengan tiba-tiba dan nak berkemas
* Rasa lega di bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas - Ini disebabkan baby yang sudah turun atau kepala sudah engage
* Kerap kencing disebabkan tekanan kepala baby pada pundi kencing
* Sakit perut
* Cirit Birit
* Keluar lendir tercalit darah pada faraj - menunjukkan serviks sudah terbuka akibat dari tekanan kepala baby
* Berat badan menurun
* Sedikit peningkatan dalam tekanan darah

Walaubagaimanapun tidak semua wanita mengalami keadaan berikut kerana setiap badan wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang berlaku mungkin pertama kali mungkin tidak berlaku kali kedua.

Tanda-tanda dibawah akan menunjukkan anda akan bersalin pada bila-bila masa.

* Lendir faraj bercampur darah lebih pekat
* Sakit perut dalam masa 5 minit dan tidak berhenti lebih dari 2 jam
* Keluar air ketuban - berlaku pada 15% wanita sahaja

Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring untuk tahan sakit eloklah ke hospital segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka lebih 3 cm..

contraction 15 minit..


Sakit weyyy.. bahagian pinggang n perut... huhuhuhu.. Hanya Allah je yang tau.. tapi ape yang pasti setiap kesakitan itu, maka gugur la dosa2 seseorang itu.. huhuhu yang itu bagi keinsafan sket pada I.. Mak I 7x tanggung kesakitan ni.. Betapa besarnya jasa die.. dan betapa kuatnya die..


Malam tadi, masih lagi tak boleh tidur dengan lena.. terjaga sebab kesakitan yang dialami.. aarrrgghh.. selagi tak kuar sekecik nih.. selagi tu le I menanggu sakit.. Lega je bile dengar kawan I dalam proses melahirkan... semoga die n baby selamat.. AMIN..


Hari ni plak, I gagahkan diri bangun n memasak.. buat keje umah sket2.. sebab tak nak manja2 sangat, moga2 jalan kan lebih cepat terbukak.. dan sekarang, best je tengok Mr.M tidur dengan lena.. malam tadi pon die tidur lena.. sekarang tidur siap melopong lagi.. jeles I.. I plak kejap2 membongkok.. tahan sakit.. huhuhu..


Malam tadi I kol kak Long I.. ngadu kat die.. die bagi nasihat n panduan pada I.. huhuhu.. tenang sekejap.. die tak bagi I dok p.k kan yang bukan2.. yang penting kena happy2kan diri.. makan kena cukup, biar baby aktif..


Iyela, semalam masa buat CTG.. doktor tegur I sebab tak makan.. baby kurang aktif.. pesan die.. "Lain kali kalo nak datang sini, makan kenyang2.." Masa sakit2 nih mana nak ade selera makannya.. tapi hari ni I masak lauk favorite I, supaya boleh rangsang selera makan I..


Harapnya I akan deliver hari ni, sebabnya.. malam nanti boleh balas balik semua waktu tidur tertunggak.. hahahaha..


Ya ALLAH permudahkan segala urusan ku dan izinkan ku bersalin normal.. AMIN ya rabbal alamin..

Monday, January 30, 2012

contraction..

Start semalam, baby mengeras2kan badan.. aarggghhh.. sakitnya.. Semalaman I tak dapat tidur.. Mata bengkak, menanggis plus tak boleh tidur..

Dalam pukul 11 pg tadi, tanda lendir bercampur darah plak turun.. I n Mr. M tunggu le si kakak balik dari sekolah, plannya nak pi hospital le.. memandangkan tanda dah turun..

Sampai2 je hospital, terus buat CTG untuk tengok jantung baby.. Puas jugak I ni menekan benda CTG tu, sebabnya jantung baby tak leh detect.. naik kebas tangan I.. bile settle CTG, Jantung baby pon ok, memula le doktor nak 'menyeluk'.. malu wey, sebabnya doktor tu lelaki plus chinese.. masa die seluk tu, I tutup mata.. hahahaha..

TAPIII!!! serius wey, tak sakit langsung.. pandai betul doktor tu seluk.. pernah ada pengalaman, doktor perempuan 'seluk'.. tangan die halus je, kecik lak tu.. tapi masa seluk, macam nak msuk ke dalam perut je.. huhuhu..

Bile tengok contraction tak bape kuat, doktor cabut jarum kat tangan.. n di suruhnya I ni pulang dulu.. Sebabnya katil wad kat Hospital Putrajaya PENUH!!!.. tak pe la, lagi pon tak sakit sangat lagi.. buat ape nak duk hospital lelama.. Lagi best berjimba kat rumah ngan anak2 n en suami..

Dan sekarang contraction dah mula dirasai.. baby menggeras plus sakit pinggang!!.. Mak + kakak2 I kejap2 kol, tanya perkembangan I macam aner.. waaaa.. terasa diri disayangi.. Tak cukup dengan tu, kata2 semangat diberikan untuk I lalui detik2 ini..

To mak n semua2 kakak I.. Thank you n love u'll very much..

To all my reader's.. tolong doakan saya ye.. jasa kamu2 semua hanya ALLAH boleh balas...

Saturday, January 28, 2012

6 Hari lagi

Masa itu semakin hampir.. Takut + berdebar +Hepi + tak sabar.. Perasaan bercampur baur.. Kalo baby nih masih lagi tak keluar dalam masa terdekat ni, alamatnya kena induce le I... 3rd feb nih kena admit.. waaaa.. takutnya.. Kan best kalo tak di induce.. Harap2 le biar die sakit secara semulajadi..

Bile dengar kawan2 seperjuang dah selamat melahirkan.. Alangkah bahagianya.. Tambahan plak bile dengar diorang ni bersalin secara normal.. lagi laaa.... Ya ALLAH, permudahkan segala Urusan ku.. AMIN..

Thursday, January 26, 2012

Check Up at 39 weeks..

Tadi pi check Up kat hospital Putrajaya.. Appointment pukul 11 am.. pukul 9 lebih dah sampai, ambik nombor siap2.. Masa tu I orang yang ke 200 untuk didaftarkan dalam sistem.. huhuhu.. orang punye le ramai.. tak cukup kerusi.. Mr.M ajak I duduk kat playground sambil2 biarkan anak bermain..



Para Lelaki2 dan bapak2 nih buat tak reti je duduk.. Padahal badan tue sihat dan gagah belaka.. Apa le salahnya bagi kerusi @ tempat duduk tu pada yang lebih memerlukan.. macam makcik2 @ pakcik2 ke, ibu2 mengandung ke.. bon*** diorg melekat pada kerusi menggalahkan orang peknen plak.. duduk siap goyang2 kaki lagi.. huhuhu..



Lupekan pasal diorang, boleh hilang mood nak sambung apdet blog ni kang..




Ok, citer pasal baby I.. doktor scan tadi.. Alhamdulillah, baby sihat n comel.. huhuhu.. sebabnya, masa tengah sibuk2 doktor nak ukur panjang tulang kaki die.. ternampak le tapak kaki die.. alahai.. comelnya.. siap lah, baby kuar nanti.. Nak gigit je rasanya.. Setakat nih, berat baby 2.9kg.. harap2 menjelang hari kelahiran die nanti, beratnya tak banyak naik.. lagi kecik, lagi senang push..



Doktor dah deside, kalo I tak bersalin lagi dalam jangka masa terdekat ni.. 3.2 kena admit masuk wad, sebab 4.2 diorang nak induce.. huhuhu sungguh menggerunkan.. waaaa.. Kalo boleh le kan, nak le rasa sakit yang asli.. tak nak le merasa para2 doktor nih tolong bukakkan jalan.. sakit tau kalo diorang buatkan, kalo dapat pakar yang buat.. kurang sket rasa sakitnya.. kalo doktor yang kurang berpengalaman nih, macam nak rabak je tutttt tu..



Selesai check up dalam pukul 3 petang.. masuk je kete, anak2 yang keletihan bermain terus tertidur.. huhuhu.. cian diorang, ibu die yang check up.. tak pasal2 angkut diorang sekali pi hospital..



To all my reader's.. tolong doakan agar proses bersalin I dipermudahkan ye.. Tq..



Oh ye, petang tadi dapat berita dari opismate, Rakan seperjuangan I a.k.a my boss dah selamat melahirkan baby girl.. Tahniah ye pada boss.. semoga dengan kehadiran baby baru dapat menceriakan lagi keluarga boss dan semoga bertambah rezeki.. Amin..

Saturday, January 21, 2012

Kaki Kejang Ketika Hamil



Boleh dikatakan setiap malam I mengalami kekejangan.. Setiap kali kaki kejang, setiap kali tu le I menanggis.. huhuhu.. sakitnya hanya Allah je yang tahu.. Dan setiap kali tu le Mr.M akan kelam kabut bangun urut2 kaki I.. cian plak kat die.. kebelakangan ni semakin kerap plak kacau die tidur.. macam mlm tadi.. 2 kali die bangun, tolong urutkan kaki I..



Iye le kan, kalo die wat tak tau pon tak boleh gak.. sebabnya I menanggis comform le tak boleh tidur kan.. huhuhu.. Untuk malam ni, I nak stand by sapu minyak panas siap2.. tak payah le nak mengadap sakit tu lagi..



Ni hasil 'google' yang I dapat.. semoga ianya dapat membantu para ibu hamil yang lain..





**********************************************************************************




Kaki kejang biasa berlaku ketika hamil, lebih2 lagi pada trimester akhir kehamilan. Biasanya berlaku pada waktu malam dan ketika tidur..



Penyebab kaki kejang ketika hamil mengikut March of Dimes, ialah :

Tidak cukup cecair

Kecederaan

Berada di kedudukan yang terlalu lama

Tekanan darah tidak lancar atau tekanan pada urat saraf pada tulang belakang.

Tekanan pada otot di kaki kerana berat kandungan yang dibawa.




Cara menggelakkan kekejangan ini terjadi:

Elakkan kaki disilang terlalu lama

Regangkan otot betis beberapa kali ketika siang atau sebelum tidur

Pusingkan kaki di bahagian buku lali dan gerak2kan jari kaki semasa duduk atau menonton tv.

Bawa berjalan

Rehat jika Penat

Minum Air secukupnya.

Pakai stokin.

Mandi air panas sebelum tidur

Jika kejang luruskan kaki dan bengkokkan tapak kaki.

Elakkan menggeliat dan menegangkan betis ketika bangun pagi.

Air rebusan mee segera wajib dibuang!



Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.



Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh.



Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia."Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera," ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.



Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus."Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang," tegas dr Patricia.



Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.



Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. "Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain," tegasnya.




Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus Meninggal dunia



Penyanyi Izwan Pilus telah dilaporkan meninggal dunia pada Jam 6.15 petang tadi kerana jangkitan kuman di Hospital Ampang..



Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat... Al-Fatihah... AMIN..

Kesan Memakan Kepak Ayam Kepada Wanita



Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”


Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.


Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.


Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.


Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.


Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.


Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.


informasikini.com

Alangkah Bahagianya...

Mulai semalam, I dihantar dan dijemput oleh En. Suami.. huhuhu nasib le Mr.M memahami.. Perut dah sampai ke streng.. plus rasa sakit kat tempat operate bile I tekan Clutch.. Mmmm bestnya, selama I keje ni.. jarang sekali Mr. M nak hantar n ambik I kalo takde ape2 hal.. tapi sekarang, die terpaksa ok.. memandangkan keadaan si isteri yang semakin sarat..

Yang tak bestnya, sian plak tengok si kecik2 tue.. kena kejutkan diorang diawal pagi.. Kakak plak kena mandi pagi.. kalo tak pukul 7pg baru bangun siap2 nak pi sekolah.. tapi sekarang pukul 6.10 dah kena mandi.. Bile die mengeluh sejuk, I pujuk2 le die.. takpe mandi pagi elok.. lagipun sekarang kan musim panas.. hahahaha.. macam2 lagi ayat memujuk akan keluar.. hahaha.. Ibu die kena cari helah untuk memujuknya..

'Muhammad Akmal, diapit oleh flower girl n boy.. huhuhu'



Semalam plak, I call kakak kat kampung.. Die bagitahu le, yang die tengah risau sekarang.. sebabnya, keputusan..'UPKK' ke ape benda tah.. keputusan sekolah agama anak die 'Akmal Dah kuar.. Memang I tau anak die yang seorang memang bijak n cerdik.. plus menghormati orang lebih tua.. Bile bersembang dengan die pon kite jadi selesa n senang.. mmm.. keputusannya '7A , 1 Tak Hadir'..


Yang 'tak hadir' tu yang pelik tu... Macam aner le orang 'JAIM' nih wat keje??? Anak sedara I tu setiap hari pi sekolah!! tak pernah ponteng.. Die siap dapat hadiah 'Kedatangan Penuh' lagi.. felik2.. diorang nih buat main2 je benda ni.. Kan benda ni boleh melibatkan masa depan orang lain.. cuba jadi kat anak diorang, macam aner??



Sekarang ni Guru Besar sekolah die, nak pi naik jabatan.. nak settelkan hal tue.. Harap2 segala urusan dipermudahkan.. AMIN...


Sekarang I plak berangan2 nak anak jadi cerdik n bijak macam anak sedara I nih.. mmm bangganya kalo I berada di tempat mak die kan..


Ape2 pon tahniah pada 'Muhammad Akmal' Kerana berjaya dapat keputusan cemerlang.. Semoga terus success pada UPSR nanti.. Pada Mak n Ayah die, Tahniah sebab berjaya mendidik dan bagi dorongan pada die supaya terus cemerlang...


Thursday, January 19, 2012

Keje Lagi

Hari ni, Mr.M hantar I pi keje.. sukeeee... sebabnya, I dah tak boleh bawa kereta ok.. satu sebab perut dah kena streng.. lagi 1 I dah x boleh tekan clucth, nanti perut I sakit.. terasa nyilu kat bahagian bawah perut.. Mr.M tu cian kat I, tapi die jenis yang susah nak tunjuk..




Tapi tadi I cakap jugak ngan Mr.M.. sekiranya I selalu sakit2 n tak larat.. I nak ambik cuti awal.. dalam seminggu ke.. Opismate pon cadangkan mcm tu gak.. Tapi, tak tau lagi macam aner.. Tengok pada keadaan I.. cuti dah le ciput, nak kena ambik cuti le pulak.. Ade ke sesapa nak menyumbangkan cuti pada I??? iyelah kan cuti banyak, n dah tak tau nak buat ape, baik menyumbang kepada yang memerlukan..



Kan best kalo dapat bercuti kat tempat macam nih, dalam keadaan tengah sarat2 ni..

Wednesday, January 18, 2012

38 Weeks..

Tunggu mas je I ni.. 38 minggu sudah... Anak I, Umairah sibuk tanye.. baby dalam perut I ni die duduk macam aner.. Ibu die nih google le gambar, supaya die boleh imagine macam aner adik duduk kat dalam..













Comel je.. tak sabar nk tunggu si kecik nih kuar..



Doakan keselamatan I ye..



Mc..

I mc hari ni.. sebabnya?? Serius weyyy.. perut I sakit.. plus tmpt operate dulu pon sakit.. baby dah semakin berat... otot2 tang2 kat situ pon sakit... baby pon semakin kerap mengerass.. huhuhuhu.. setiap kali bangun dari duduk, boleh kuar air mata sehhh.. dapat2 plak kebelakangan nih I kena batukk.. waaa lg la..

Tapi I tak pi lg klinik.. sebabnya, cam dah dekat sangat masa bersalin.. takut pi klinik, tapi malam nih kena admit plak.. tengok petang2 sket I pi..

Tuesday, January 17, 2012

Tidur Dalam Oven

Panas gilakkk ye sekarang nih.. bawa ke pagi pon masih lagi panas membahang.. tambah2 I ni berbadan dua.. lagi laaa... siap berfeluh2 masa tidur.. Air cond plak lama dah tak services, maka kurang le rasa sejuknya.. Si Kecik I, Thaqif.. Pukul 2 dah bangun, baju die lencun dengan feluh.. cian die.. yang tak best, die asyik kejutkan I..

"ibu, nak susu.."

"Ibu, nak lori..."

Alahai la anak.. bukannya die nk kejut abah die, Ibu die jugak jadi mangsa.. Kipas dah macam tak berfungsi je rasanya.. tambahan plak rumah I, tepi sekali.. time siang2, matahari dok tembak bilik I dulu.. Masuk bilik anak2 pon, kipas punye le laju.. tapi masih lagi terasa bahangnya..

Pukul 4 lebih kot, I bangun mandi.. basahkan sket2 badan, pastu try sambung tidur balik.. Tapi, tak berhasil pon.. tetap tak boleh tidur.. sudahnya, I bangun memasak je..

Masa tengah bersiap2 nak pi opis tadi.. I pesan dengan Mr.M siap2.. soh die cari orang services Air-cond, kalo tak setiap malam le I tak leh tidur..

Tuesday, January 10, 2012

Duit.. oooo duit..

Anak, semakin membesar semakin besar plak belanjanya.. Sejak mula sesi persekolahan 2012 ni, anak ku Damia sibuk minta nak pi sekolah.. huhuhu.. Dah le yuran si kakak terbang duit 8++.00.. Si Adik plak nk pi sekolah.. Mr M, plak sibuk tanye I.. nak antar ke tak.. antar ke tak.. tak hantar cian plak pada dia.. lagipon untuk msa depan die jugak.. Tambahan plak, ahad lepas Mr M belikan diorang beg sekolah.. mulanya, I nak belikan kakak punye aje.. tapi mr M soh belikan untuk si adik sekali..

Sampai je umah, si adik pon sibuk sama cari pensil box.. huhuhuhu.. cian plak I tengok.. Malam tadi plak die ngadu ngan I..

"Abah tak kejutkan Damia.. damia nak gi sekolah.."

Sodih den... I rasa macam kena hantar je die pi sekolah, tak sempat le nak tunggu I bersalin kalo mcm ni.. tapi I soh Mr M hold dulu.. tunggu lepas Chinese New year nanti.. Kalo Damia dah ke sekolah, makanya belanja pon makin meningkat le gamaknya... Takpe.. Mr M sanggup kalo untuk anak2 die.. huhuhu.. yuran sekolah je untuk sebulan dalam 600... Tak termasuk duit pengasuh lagi.. huhuhuhu.. makin membotak le nampaknya..

Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama ke Sekolah

Umairah dah mula ke sekolah hari ini.. Malam tadi, pukul 8 mlm I dah masuk ke bilik tidur.. Paksa diorang tidur awal.. kalo ikutkan diorang, pukul 12 pon tak nak tidur lagi.. biasa la, umairah akan hantar adiknya Damia untuk minta permission dari I..

"Ibu, Damia nak main sekejap boleh tak??".

Cerdik akal die.. die takut kena marah, so die hantar le adik die.. Tapi malam tadi no more excusess.. bile nampak je badan diorang goyang2, I jerkah.. hahahha.. susahnya nak tidurkan diorang ni..

Ramai kawan opis yang bercuti hari ni.. Anak I masuk sekolah yang sama, so tak payah le nak cuti.. lagipun Mr.M boleh uruskan.. Maybe tahun depan I kena ambik cuti sebabnya 1st day n 1st year kat SKJC.. kena gak tengok die mana aner.. nak sesuaikan diri ngan suasana persekolahan.. tambahan kat sekolah tue, takde kantin melayu ok.. opkos le kena menapau setiap hari.. tak begitu berat bagi I, sebabnya memang hari2 I bangun awal masak untuk anak2 kat rumah tu..

Pagi tadi pun, bukan main awal lagi Thaqif n Damia bangun.. Thaqif bangun bile dengar alarm I berbunyi.. Kebetulan lagu Maher Zain... terus cakap kat I... 'Allah..Allah..' Pantang dengar lagu maher zain, semuanya lagu InshaAllah.. Hari2 kerja ni, badan memang memenatkan. Tambahan plak tengah membawa perut yang sarat ni..

Pagi plak bangun seawal yang boleh, paling awal I bangun pukul 4.++.. kalo time malas, 5.15 @ 5.20 baru terhegeh2 nak bangun.. masa tue le nak masak, kemas baju anak, cek stationary umairah.. siapkan baju sekolahnya lagi.. sebab time malam memang badan I flat gilee.. penat.. lepas solat Maghrib tue, kepala dah mula berat.. mata dah tertumpu ke bantal.. hukhukhukhuk..

Iyelah kan, nanti dalam tengah2 malam.. nak kena bangun balik... Masa Mr.M balik.. masa tue le die minta gorengkan telur dadar la.. Call, tanya "Ada nasik ke kt rumah?? Lauk ape kat umah.." Inilah pengorbanan.. Dulu I tengok je mak I dok bangun pagi n memasak untuk kami.. sekarang I plak merasa apa yang pernah I nampak..

Bila dah ada anak berderet2 ni.. masa tidur I kena dikorbankan.. takdenya nak bersenang lenang macam dulu2.. huhuhu..

Tuesday, January 3, 2012

Salam Tahun Baru

Pegi mana2 ke sambut tahun baru hari tu?? I?? tak pegi mana pon, tengok bunga api kat tingkap bilik je.. Mr.M menggila keje.. Sekalik die kuar keje lepas maghrib, balik umah 6.30pg.. I, kat umah.. siap longgokkan anak2 tidur sebilik dengan I.. Balik2 je Mr.M, die terkejut.. sebab die bajet nak tidur dengan senang lenang kat bilik I dengan Air-cond sampai ke tengah hari..

Baby I plak, still tak nak kuar lagi.. Sabtu lepas pi wat BP Check up.. Waa.. Tekanan darah I agak tinggi mungkin sebab malam tu, I tak dapat tidur dengan lena.. dah sampai masa2 menunggu ni, memang gitu.. dah tue pusing kanan tak kena pusing kiri tak kena.. semuanya tak selesa.. Masa check up kat Klinik Kesihatan khamis lepas plak.... agak mengejutkan!! sebabnya berat badan I turun.. huhuhuhu.. tak pernah2 turun, sekali turun.. bile citer ngan akak2 yang berpengalaman ni, diorg ckp dengan dekat saat2 melahirkan.. dekat macam aner tue tak plak I tau.. biar jelah.. I redha je yang penting I n baby selamat..

5hb ni check up kat hospital plak.. jumpe pakar.. hopefully masa tu tekanan darah I ok n stabil..

Dah dekat2 nak bersalin ni.. macam2 citer plak yang I dengar.. menambahkan rasa takut plak.. bile cakap dengan Mr.M.. die memanjang je cakap 'takde papelah...'... I tau, die cakap gitu sebab tak nak bagi I takut.. yang penting sekarang I nih kena pk positif je.. salah satu sebabnya, tak nak bagi tekanan darah I naik..
Google