Saturday, January 21, 2012

Kaki Kejang Ketika Hamil



Boleh dikatakan setiap malam I mengalami kekejangan.. Setiap kali kaki kejang, setiap kali tu le I menanggis.. huhuhu.. sakitnya hanya Allah je yang tahu.. Dan setiap kali tu le Mr.M akan kelam kabut bangun urut2 kaki I.. cian plak kat die.. kebelakangan ni semakin kerap plak kacau die tidur.. macam mlm tadi.. 2 kali die bangun, tolong urutkan kaki I..



Iye le kan, kalo die wat tak tau pon tak boleh gak.. sebabnya I menanggis comform le tak boleh tidur kan.. huhuhu.. Untuk malam ni, I nak stand by sapu minyak panas siap2.. tak payah le nak mengadap sakit tu lagi..



Ni hasil 'google' yang I dapat.. semoga ianya dapat membantu para ibu hamil yang lain..





**********************************************************************************




Kaki kejang biasa berlaku ketika hamil, lebih2 lagi pada trimester akhir kehamilan. Biasanya berlaku pada waktu malam dan ketika tidur..



Penyebab kaki kejang ketika hamil mengikut March of Dimes, ialah :

Tidak cukup cecair

Kecederaan

Berada di kedudukan yang terlalu lama

Tekanan darah tidak lancar atau tekanan pada urat saraf pada tulang belakang.

Tekanan pada otot di kaki kerana berat kandungan yang dibawa.




Cara menggelakkan kekejangan ini terjadi:

Elakkan kaki disilang terlalu lama

Regangkan otot betis beberapa kali ketika siang atau sebelum tidur

Pusingkan kaki di bahagian buku lali dan gerak2kan jari kaki semasa duduk atau menonton tv.

Bawa berjalan

Rehat jika Penat

Minum Air secukupnya.

Pakai stokin.

Mandi air panas sebelum tidur

Jika kejang luruskan kaki dan bengkokkan tapak kaki.

Elakkan menggeliat dan menegangkan betis ketika bangun pagi.

No comments:

Google