Tuesday, January 31, 2012

Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Di saat-saat akhir kehamilan, anda mungking mengalami kontraksi braxton hicks yang kerap boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. KOntraksi ini tidak kuat dan akan hilang dalam masa 20-30 minit. Walaubagaimana pun jika sakit beserta tanda-tanda berikut, anda mungkin akan bersalin dalam masa terdekat atau dalam masa beberapa hari lagi..

* Rasa bertenaga dengan tiba-tiba dan nak berkemas
* Rasa lega di bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas - Ini disebabkan baby yang sudah turun atau kepala sudah engage
* Kerap kencing disebabkan tekanan kepala baby pada pundi kencing
* Sakit perut
* Cirit Birit
* Keluar lendir tercalit darah pada faraj - menunjukkan serviks sudah terbuka akibat dari tekanan kepala baby
* Berat badan menurun
* Sedikit peningkatan dalam tekanan darah

Walaubagaimanapun tidak semua wanita mengalami keadaan berikut kerana setiap badan wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang berlaku mungkin pertama kali mungkin tidak berlaku kali kedua.

Tanda-tanda dibawah akan menunjukkan anda akan bersalin pada bila-bila masa.

* Lendir faraj bercampur darah lebih pekat
* Sakit perut dalam masa 5 minit dan tidak berhenti lebih dari 2 jam
* Keluar air ketuban - berlaku pada 15% wanita sahaja

Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring untuk tahan sakit eloklah ke hospital segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka lebih 3 cm..

No comments:

Google