Monday, October 29, 2012

Kampung

Raya kali ni, berjaya beraya ngan adil.. hehehe.. 2-2 side balik.. rabu malam balik rumah mak I.. Malam raya balik plak rumah mentua.. Persiapan macam biasa.. ketupat, rendang I yang masak.. Bile dah petang tu, kak I balik.. pass plak pada die wat kek coklat n sambal tahi minyak.. Beriya la I, nak sambut orang datang takbir.. sekali, orang yg ditunggu tak kunjung tiba.. sob..sob..sob.. semua persiapan tu diberi ke anak2 sedara makan.. dah rezeki diorg.. 

Masa nak balik Perak plak, malam tu jugak.. bile masuk je highway, baru teringat kunci runmah I tertinggal.. huhuhuhu.. cadangnya nak singgah ambik baju raya sebelum bertolak ke Perak.. maka nak dijadikan citer.. pusing le kami ikut susur rembau/pedas.. punye le jauh nak u-turn.. Mr.M tak leh nak salahkan I... sebab die punye salah.. nasib la.. kalo tak bernanah le telinga I dengar bebelan die.. hahahha...masa otw ke KL tue.. kete menuju ke arah selatan.. punye le banyak.. jalan pon slow je.. nasib le ke KL lancar.. sampai KL dalam pukul 1 lebih nak ke pukul 2 pagi.. Mr.M naik ambik baju n barang yang I dah siap2kan.. zasss balik Perak dalam pukul 2 lebih..

Alhamdulillah, kete agak lenggang.. ada masa, jem gak.. Tapi sepanjang2 perjalanan, kat mana ada R&R @ hentian @ susur keluar highway.. bersusun2 kete parking, maybe diorang tido kat dalam kete kot.. Kami sampai Simpang Pulai dalam pukul 5 lebih.. Mr.M nak tunggu Petronas bukak pukul 7 pagi, sebab nak isi gas.. Maknanya, raya kali ni.. kami tertinggal solat raya n mandi sunat raya.. huhuhu.. pukul 8 camtu, baru sampai Kuala Kangsar.. Masa tu le Mr.M bagitau.. mak mentua I masuk Hospital... terus Marah Mr.M... n terus feeling2 sedey.. sob..sob..sob..

Keadaan Mentua n mak I yang semakin uzur.. terus bersemangat nak balik kampung agak kerap lagi.. huhuhuhu.. InshaALLAH.. salam dengan kedua2 mak I ni.. terus macam sebak je.. dapat ke I cium tangan ni lagi nanti???? Ajal, maut kite tak tau.. kalo tak die yang pergi, mungkin kite yang akan pergi kan.. sedey + sebak bile genggam tangan diorang.. Sob..sob..sob..

Semalam plak kena balik KL.. hari ni I dah start keje... bukan mcm Mr.M.. boleh keje sesuka hati die.. Jalan punye le jem... MELEKAT!!!.. Memulanya, dari rumah mentua.. Kami ikut jalan kampung.. Sungai Siput... Masuk plak highway kat Ipoh... Sekali JEMMM!!! keluar plak jalan kampung ikut susur keluar gopeng.. sekali jalan kampung plak jem.. masuk balik highway ikut simpang pulai.. Jem lagi.. keluar lagi kat tapah.. dah tu, ikut je jalan kampung sampai le Bernam jaya.. baru masuk highway, sebab malam semakin lewat.. takut kalo apa2 hal kete nanti.. boleh kol plusline.. minta tolong.. dah le askar berderet2.. Total masa I dok kt dalam kete.. 10 jam hokeyyy!!! cian ngan anak2.. 

Pape pon Alhamdulillah selamat sampai ngan selamat.. Syukur Ya ALLah.. bile bukak FB.. status yg sama diorg apdet... JEM.. Jem.. n jem... huhuhuhu.. Jem 1 Malaysia kot... 

Wednesday, October 24, 2012

Cuti AidilAdha

Yesssaa.. tinggal 1 jam lagi nak balik... Tak sabar nak balik rumah mak I... yabedabeduu.. esok, penuh dengan aktiviti memasak.. masak itu n ini sebelum balik rumah mentua I.. kat Perak..

Masa I cuti sakit aritu, ada gak I complain ngan Mr.M..

I  :  "Masa belum kawin dulu, abg dah janji kan nak balik kampung time raya haji bergilir2.. setahun umah zila, tahun lagi 1 rumah abg.. bile dah kawin hilang semua janji.."

Mr.M : terdiam kaku.. tersentap kot.. tak pernah wey, I ungkit benda ni..

Dalam masa yang sama.. I terfikir gak.. die pon tak pernah berkira ngan I.. I selalu je balik umah mak I.. die tak kisah.. ikut je... So, apa salahnya I ikut je kemahuan die.. I tak kisah pon sebenarnya, sebab kat rumah mak I pon Mr.M tak leh join org kampung Qurban pon... sebabnya?? die kan takde hidung.. huhuhuhu.. penyegan ya hamat!!!.. Kalo kat kampung die, opkos le die bertungkus lumus kan... Die hepi lebih sket (mesti menyengih memanjang nanti..) duit ribu riban pon tak boleh tukar bile tengok die hepi.. Puas weyyy hati I..

P/s : Hehehehe.. mood nak raya datang bertalu2.. sebabnya, opismate lama datang hantar duit kutu kat I.. Alhamdulillah.. Terima kasih banyak, abg ipin...  jom kite joli... balik kampung dengan senang hati.. lalalalala... 

...

Baru je masuk opis, sebabnya.. pagi2 tadi bawa anak I p klinik... Datang dulu opis, isi borang then baru p klinik.. Cian plak tengok anak2 I.. demam silih berganti.. aritu sakit mata pon sama.. demam plak, Thaqif yang mula kena.. pastu Bazli, sekarang ni Bazli tengah demam ni.. I pulak bawa Thaqif je p klinik tadi.. nampaknya die je yang paling teruk.. bazli plak tak demam pagi tadi.. elok balik je klinik, Mr.M cakap Bazli plak demam..  Harap la cepat sembuh..

Hasil dari check up tadi.. Sakit mata thaqif dah ok.. Cume tinggal selsema n batuk.. Doktor kata peparu die ok.. I pon citer le kat doktor tue, thaqif ni pernah kena jangkitan kuman kat peparu n masuk wad.. selalu kena p nezbulizer.. time2 die batuk tak berhenti @ nafas die laju.. I tanye le, kot2 ade injection yang die suggest kan kat I untuk kuatkan peparu die... sekali doktor suggest kan injection Pneumococcal.. ape tah.. sekali die kata harga die Rm300.. ok... takpe, janji anak I ok.. tak larat dah nak tengok die macam ni... nak bg makan eskrem pon takut2.. cian die.. die beriya2 nak.. Pfffffhhh...

Takpe2.. kena tanye kat klinik yang selalu I pi nih... Dah try google, tapi tak banyak yang dapat info tentang nih.. kena tanye terus pada doktor..



Monday, October 22, 2012

Isnin.. senin..

Tak tau nape, badan ni x sedap... macam nak demam pon ada nih.. tekak perit, mulut pahit mcm nak termun*** je rasa ni.. Ada rasa pening2 lalat sket.. hahahaha.. kejap pening kejap ok..

Pam susu pon tak ambik lagi.. masih lagi guna kawan punye.. sekali die nyer cinonit tu tertinggal.. tergendala le agenda mengepam.. Jap lagi nak kuar p bank.. harap2 te*** tak membengkak..

Mood I pon on off.. rasa mcam nak terbang je balik rumah.. Mood ooo mood sila la datang..

Friday, October 19, 2012

Ramai ibu-ibu yang runsing memikirkan bagaimana hendak menambah stok susu ibu!

Sumber artikel ini diambil dari sini...  atau link dibawah..

 http://stayhealthy.my/rahsia-stok-susu-banyak/







Apa rahsianya??
Apa caranya??
Bagaimana boleh banyak??
-
-
Hari ni mama nak kongsikan bersama dengan ibu – ibu semua caraPn. Farah. Seorang Kaunselor Laktasi muda yang mempunyai 3 orng anak. 
Malah dia juga salah seorang pakar yang sering mama jadikan rujukan. 

Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:
1) Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.
2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.
3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.
4) Lihat gambar di bawah:

Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.



Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.

Ini sewaktu kami keluar bersiar2. Saya susukan adik adrian di sebelah kiri dan di sebelah kanan, saya menakung susu semasa Let Down reflex. Indah betul ciptaan Allah, mmg tak boleh nak cerita! Dan bila saya menyusukan anak, saya takkan sampai hati nak buang begitu saja. Saya akan simpan.



Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya 
5) Displin dalam penyusuan.
Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).
Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.
6) Pengurusan EBM yang betul
Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.
Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.
Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.
Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:
Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.
Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan 
2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!
Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.
Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.
Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini 
** Kdangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu  itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.
Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun. 
7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
8) Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.
10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita 

Thursday, October 18, 2012

Tadika Rainbow Eduland Annual Concert & Graduation Day

Ni citer tertangguh.. Aritu nak tempek dalam blog, tapi cable tak bawa.. Senang, I transfer je dalam thumbdrive.. sonang citorr.. Aritu I ada terbaca blog seorang kawan, sebak bile tengok anak die membesar.. sebab tak sangka ada anak kot.. lupe2 ingat dah.. n masa Umairah wat persembahan, I plak rasa sebak sebab kejap je masa berlalu.. baru je rasanya I lahirkan die.. sob..sob.. besar dah ada I.. tak lama lagi, naik sekolah rendah n sekolah menengah.. dah tentu tak dok sebumbung lagi ngan I, hajat hati ni nak hantar die p sekolah asrama.. 

Ok lupekan pasal tu, Alhamdulillah.. walaupun keputusan exam umairah tak memuaskan hati I sangat.. sebab die dapat no.2 dalam kelas.. masa tahun lepas, elok je dapat no.1.. fuhh.. agak frust disitu.. 1st place, anak owner tadika tu.. walaupun beza markah tak jauh dalam 4-5 markah je.. lagi la wat I frust.. takpe, masih jauh lagi perjalanan Umairah nih.. harap2 die boleh kekal tahap kerajinan die sampai bile2..

Agak terubat hati ni, bile tengok nama die ada dalam senarai penerima hadiah pertandingan.. Die menang dalam pertandingan, Chinese reading contest dan Chinese writting contest.. Cikgu die pon cakap, diorang terkejut sebab dalam ramai2 budak cina.. Umairah boleh menang.. Alhamdulillah sekali lagi..

Masa majlis ni, I duduk belakang sekali sebabnya tengah dukung Bazli.. Mr.M le yang bz mengambil gambar & video.. Tapi masa Umairah buat persembahan, I bangun n I rasa I tepuk paling kuat kot.. hahahaha.. nak bagi semangat kat anak.. Sebabnya, kalo soh die tunjuk kat I masa kat rumah.. harus la tak nak.. kalo nyanyi pon tak bukak mulut.. Sabar jelah.. Dah le suara adik2 die kuat..Tenggelam terus suara die.. hmmm..

Sayang betul la, masa speech aritu Mr. M terlepas nak ambik gambar.. huhuhu

Dengan Ms. Yap





Fashion Show

Ala-ala model gitu..

Dance


Winner Chinese Reading contest

Masa ambik hadiah untuk Chinese Writting contest Mr.M tak ambik plak..

Peace

Peace Again

Goodbye..


Tamat sudah.. 

Masa posing ngan adik beradik..



Sakit Mata

2 hari beb, I dapat MC... Memula Umairah le yang bawa virus.. Mata bertahi.. bile bangun tidur, mata melekat.. hahahaha.. mesti ade yang geli, tapi itu la realiti... nak kata mata I merah sangat tak le sangat.. merah macam kat bawah ni.. tapi mata gatal.. Bile dok sesaja.. tahik mata kuar je.. huhuhuhu.. macam tu ke I nak p keje?? sekali tengah cakap ngan opismate, tetibe ade tahik mata.. comfirm member geli kan.. Tak boleh nak bayangkan macam aner... comfirm malu.. huhuhuh..

Pagi ni, Thaqif plak.. mata bertahi.. Emak I pesan soh bubuh susu badan dalam mata.. Laaa... nape le tak terpikir plak kan.. Memang mujarab uol's.. pernah jiran datang minta air susu I.. boleh?? memula I terkejut, sebab tetiba je minta air susu.. Ape ke halnya plak kan.. Tapi petua tu, Alhamdulillah berkesan.. 



Tak tau keadaan thaqif macam aner.. Pesan ngan Mr.M, jangan bagi thaqif gosok mata die.. takut nanti mata die terluka plak.. Kalo Umairah tu memang le senang pesan sebab die dah besar.. kalo thaqif?? huhuhu.. harap2 le tak gatal.. kalo gatal comfirm die gosok.. Kalo keadaan die melarat, I nak apply cuti siap2 untuk esok.. takut pengasuh tak bagi hantar anak nanti.. comfirm le kan I kena cuti.. dah le cuti ciput.. terpaksa le kan demi ank.. 

Monday, October 15, 2012

Dihargai

Baru ni, I bertukar ke Bahagian lain.. Sempena dengan itu, jumaat lepas, Bos I buat jamuan kecil2an untuk I.. terharu uol's.. terasai dihargai.. Sebelum 'diraikan'.. masa last day keje bahagian sana, I ada dapat 5 hadiah..

- Telekung
- Tudung
- Jam meja
- Tempat letak pencil
- Duit..

Tapi semua tue tak plak I ambil gambarnya.. Telekung dah selamat digunakan.. huhuhuhu... Tudung plak masih terlipat, sebab kebetulan sama plak warnanya dengan baju yang masih lagi tak dihantar pada tailor.. nak tunggu body ni kecik sket baru boleh hantar tempah.. berangan betul.. Duit??? pon sama gak.. berkongsi ngan Mak I... Duit tu sumbangan dari Kelab Kebajikan n Sukan bhg lama... Jam meja dah digunakan tapi kat rumah.. tempat letak pensil, tersimpan dalam kotak..

Inilah gambar hadiah yang sempat I ambik .. Hadiah ni diterima pada hari jumaat, masa jamuan tu berlangsung.. sungguh terharu, sebab tak sangka plak dapat hadiah lagi.. ingatkan sekadar makan2 je.. pape pon terima kasih banyak kepada insan2 yang bagi hadiah2 tersebut...


Hadiah dari Ketua Unit
(Bos Admin)



Thank You Boss... Kata die yang I ingat masa jamuan tersbut.. "Saya harap benda ni (jamuan) akan jadi tradisi kite, Umpama kite menghargai Orang Lain..".. terharu beb..


Hadiah Dari CC..



Sekali lagi, I ucapkan terima kasih banyak kepada semua yang bagi hadiah pada I.. Semoga persahabatan kita takkan putus walaupun dah berasingan bahagian... I pasti akan sentiasa merindui segala kenangan masa di MKD... Terutamanya, kenangan di Setiap Hari keluarga yang bahagian anjurkan.. huhuhuhu.. tak bleh nak taip lelebih.. kejap lagi banjir plak opis I nanti..

Weekend..

sabtu baru ni, Umairah convocation.. snap gambar punye le banyak.. tapi yang tak bestnya, cable camera tak plak jumpe.. tension!!! kena guna Card reader.. Card reader tu pon tertinggal kat umah... 'Ape pon tak boleh..'

Dek kerana susah nak surf internet, semangat nak beli Ipad kembali berkobar2.. Laptop I dah hampir2 hancur.. tak tau le ape yang diorg buat.. biar jelah jadi apa pon.. ada beberapa butang dah tak leh tekan.. bile tekan pon dah x kuar apa pon.. maybe ada air tumpah kot.. biauuu laaa... Malas nak memikourrnya..




Friday, October 12, 2012

Opis Lama

Iye I masih kat opis lama.. rindu?? opkos.. rindu ngan partition n PC n pokok... etc... pokok tu akan I hangkut ke opis baru.. tak leh arr... asyik teringat kat pokok I.. Setahun lebih kot, I jage pokok tu.. pasni takde sesi mengingat pokok lagi..

Bile dok kat tempat sendiri ni, opkos le ada perasaan sedey.. banyak kot kenangan kat sini.. pahit + manis.. (apa le, asyik citer sedih je.. over je lebih.. org lain pon tuka gak..)

Ini memang diri I sebenar.. Cepat sayang kat org n benda2 sekeliling.. huhuhuhu.. cepat tangkap lentok..

Harap2 lepas ni perasaan I akan kembali pada asal balik.. boleh terima kenyataan..


 Ce tengok.. Partition strategik I... best kan?? dok tepi sekalik uol's.. sob.. sob.. selamat tinggal partiton..



p/s : harap2 semangat bekerja kembali balik macam dulu2.. huhuhu..

Janji

Hari tu I ada cakap nak ambik gambar balkoni kan... hari ni pepagi lagi I dah ambik dh.. nama je ade balkoni.. jejakkan kaki pon tak pernah..





pintu keluar



best kan.. I ni dok merab la kat opis..tak jumpe lg kawan nak lepak2.. kwn g bli makanan memang ramai.. Tapi I memang jarang turun.. biasanya bawa bekal.. tapi mcm semalam, ikut diorg g makan kat AG.. I tak makan nasi, nasi cucur udang je.. keping 50sen.. die nyer gedabak besar, bile potong penuh 1 pinggan.. yang tak bestnya, kuahnya tak kena ngan kuih.. guna kuah kacang yang pekat.. spoil!! kuih dah sedap dah.. kuahnye reject!!

Kat sini pon dah dekat ngan PJH.. bile2 nti diorang nk p sana, boleh le menyelit...

Wednesday, October 10, 2012

Sayu..

Tadi pi ke cafe.. beli makanan untuk pukul 10 pg nanti.. terjumpe plak geng pi gym... sembang2.. terus cam sebak... Ya ALLAH... tak boleh plak terkenangkan opis lama.. terus cam nak nanggis.. Memang I ni tangkap lentok sket.. sket2 sebak.. sket2 nak nanggis.. bergenang je air mata ni... kalo diteruskan bersembang pasal MKD harus banjir Cafe tu tadi..

InshaAllah, kalo ade kelapangan + kesihatan yang baik.. minggu depan nak mulakan pi gym balik.. rindu nak bersenam... setelah lama bercuti sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan... Bile dah rasa ok sket.. nak mula le membakar lemak yang ada dalam badan..

Hari tu, masa pi berubat (sakit kaki).. Tukang ubat tu kata, semua kasut I ada 'kemenyan'.. tak tau la sapa yang letak.. bile tanye die tak nak bgtau.. takut kami bergaduh.. Semalam I try balik pakai kasut lama tu..  malam tadi, kaki I sakit balik... nak kata I banyak berjalan tak pulak, sebab banyak keje yang memerlukan I dok kat depan PC ni.. Bukan kerana I terlalu 'Taksub' ye.. sebab I tak bape nak percaya le I pakai balik.. nak try kononnya, sayang kat kasut tue ... huhuhuhu.. terima le padahnya.. Mr.M, memang I tak bg tau.. kalo die tau, comfirm kena bebel..

Tak boleh nak update terlalu panjang.. sebab I kena siapkan keje2 semalam...

p/s : Doakan I cepat baik nye uol's.... Tqvm..

Tuesday, October 9, 2012

2nd days..

Hari kedua kat Bhg Pengurusan Belanjawan ni... Alhamdulillah, internet dah ok.. Boleh le surfing internet.. tapi tak leh enjoy sangat... sebabnya, sekali keje datang menimbun.. kena key in dalam system.. ffuuhhh.. berfeluh mak..

Ini pon tak leh update pepanjang.. sebab nak siap kan keje yang ado ni haaaa... pasal gambar, tak sempat nak ambik lagi.. sebab.. ada keje..

Mungkin esok kalo ada citer baru I update lagiks...

Monday, October 8, 2012

...

Nak citer lagi pasal tempat keje baru.. Alhamdulillah setakat ni segalanya berjalan dengan lancar..  cuma, masih lagi tak boleh nak online, sebabnya.. pc I takde connection pd internet.. I pon tak tau apa masalahnya.. so, kalo nak update blog.. I kena la menumpang pada jiran tetangga.. huhuhu.. sedey... harap2 esok @ petang ni dah ada connection le gamaknya...

Nak citer pasal aktiviti mengepam plak.. huhuhuhu... kan I citer tadi.. nak pam kena nak lif.. pi la tingkat 7.. pam kat surau.. memang agak payah sket.. tapi yang bestnya, kat belakang partition2 ni.. ada deep freezer..Letak susu 2 jam terus keras.. terbaik la.. bile ingatkan, tersenyum lebar je I.. Alhamdulillah..




Biasa la.. mesti ada pro n kontra nya kan... susah nak pam, tapi tempat simpan yang terbaek.. xpelah, berkorban le sket.. Demi anak..

Pastu, kat belakang2 partition ni jugak ade macam balkoni.. pastu boleh kuar rasa I.. sebab ade pintu.. tengok arr.. esok lusa I tempek gambar permandangan kat luar.. InshaALLAH...

p/s : asal masuk lif je tekan 5.. asal masuk lif je tekan 5... tensi2... MKD dihatiku..

Baru

Hari Pertama dalam minggu baru.. tempat keje baru.. kawan2 baru.. fuhhh.. yang paling tak best partition baru.. Partition baru sungguh la tak strategik.. nak  pam kena pi surau tingkat 7.. I dok kat tingkat 6.. fuuhhh... tapi takpe.. CC ckp dekat je.. Partition tu dah lama tak bertuan.. sungguh berhabuk..

Dan sekarang I datang kat opis lama... breakfast kat sini.. Pasni tak tau bile nak datang lagik...

Apa yang I harapkan.. I boleh sesuaikan diri ngan Tempat keje baru + kawan2 baru + partition baru.. Semoga ALLAH permudahkan urusan I... AMIN..

Saturday, October 6, 2012

Anak-anak I..

Malas nak taip.. Korang layan gambar je boleh??? boleh ye..

Bazli Fakhruddin



Merangkak..


Muhammad Thaqif - banyak akal..

Thaqif & Damia 







Damia yang petah bercakap.. ayat yang aku ingat sampai sekarang...

2-3 hari lepas.. I balik je keje.. tengok rumah.. mak aiii.. berterabur gile.. sabar2.. sampai le ke malam.. semakin lama semakin teruk berteraburnya... Bile masuk je bilik anak2 dara I, penuh katil ngan mainan diorang.. terus.. nafas I turun naik...

I : Umairah, Damia... kemas balik katil ni... nak tidur macam kalo berterabur macam nih...
U & D : (terus kelam kabut kemas.. takut kalo I naik hantu lagi..)
D : Ibu memang tak sayang kiteorang lagi..
I : (terpinga2... gulpppp!! telan air liur.. ) Bukan ibu tak sayang.. Kan tadi tengok citer Upin & Ipin.. tengok, bilik diorang berterabur.. ada apa dalam bilik die tu??? ada Lipas kan??
U & D : (Berhenti kemas, sambil mengganguk laju...)

Bile dah lepas kemas, ingatkan diorang dah ok.. I pon sibuk masuk tido.. soh diorang masuk bilik sendiri.. Sekali damia datang..

'Ibu memang tak sayang kiteorang lagi..."

Waaaa.. stressss.. ni kesan dari tengok citer Upin & Ipin le ni.... Terus I pujuk2.. ckp elok2.. Memang Damia ni akan cakap & buat di luar jangkaan I.. tak sangka btul boleh terkeluar perkataan tu dari mulut die.. kadang2, disebabkan kepetahan die.. buat I n Mr. M tergelak... termalu sendiri pon ada.. alahai.. anak.. kalo diorang xde.. sunyi plak.. kalo ade, macam nak runtuh rumah..

Pape pon, I bersyukur sebab ALLAH kurniakan I anak... syukur pada MU ya ALLAH...

Friday, October 5, 2012

Last Day di MKD

Tinggal bape jam jam ye, I nak tinggalkan MKD ni.. Memang dulu pernah berharap nak tukar keluar dari MKD atas alasan tertentu.. Sekrang ni bile ditukarkan sebab naik gred setakuk.. setakuk je ye.. tak tinggi mana pon.. disuruh bertukar, I plak yang sedih.. memang sedih nak tinggal kwn2 & bos2 kat sini.. suasana bekerja kat sini... Ya ALLAH hanya Dia yang mengetahui perasaan I masa ni...

Buat semua Kawan2 seperjuangan.. I mesti rindukan korang semua.. harap2 hubungan kite tak akan putus.. Semua orang kat Bahagian ini I dah angkat macam kakak n abg2 sendiri.. walaupun kekadang ada rasa tak puas hati.. adat le ye.. bile ada je yang bercakap pasal 'tukar2' ni.. terus jadi sebakk..

Tapi nasib la I masih lagi di Kementerian yang sama.. harap2 nanti boleh jumpe lagi..  InshaALLAH..

Terima kasih kepada semua atas tunjuk ajar kalian.. semoga kalian diberkati oleh ALLAH.. AMIN..

Sehari di Melaka

 Melaka = My Hometown.. Ni minggu lepas nyer citer.. tapi tak tempek gambar.. Masa ni, Kami pi Telok Mas.. ada hal sket yang perlu di settle kan.. ontheway balik tu, sempat lagi kami singgah kat tepi laut.. kat Pantai Umbai.. yang tak bestnya tak boleh mandi sebab tepi2 laut tu penuh dengan lumpur + batu.. cume bergambar n hirup udara laut je.. huhuhu.. InshaAllah kalo xde aral melintang, mungkin esok @ lusa nak pi mandi laut.. myb kat Tajung bidara @ tanjung Puteri.. Cian ngan askar2 I.. lama dah tak mandi laut..


 Otw p Telok Mas

Sepupu rapat Umairah n damia..

Kemana2 ber4 je.. Geng Princess..

Kalo le semua ni anak I.. gggrrrr...



Susun baekkk..
Dari kiri anak I.. Damia + Thaqif + Umairah..
Anak2 akak I.. Farah + Nayli



Mr.M.. nak gak menyelit.. 



Tuu dia.. Pulau Besar.. Tak pernah weyy sampai sana...


Siput ada dalam longkang.. 
Umairah sibuk cakap.. "Ini lah siput yang kite makan tue.."
Pandai anak Ibu.. 

**********************************************************************************

Google