Monday, January 7, 2013

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Just sharing ape yg I dapat dari buku Ensiklopedia solat. bukan berniat untuk tunjuk alim, malah jauh sekali nak tunjuk pandai.. tapi sekadar memperingati kawan2 sekeliling I.. semoga boleh jadi kan pedoman dan di berikan hidayah oleh NYA... Amiinn..

6 SEKSAAN SEMASA HIDUP
1. Umurnya tidak berkat
2. Akan dihapuskan tanda2 orang soleh drpd mukanya.
3. Tiap2 amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. segala doanya tiada diperkenan oleh ALLAH.
5. Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa utk org2 soleh.


3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI
1. Mati dalam kehinaan
2. Mati dalam keadaan yang sgt lapar
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehinggakan jika dituangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga

3SEKSAAN DI ALAM KUBUR
1. Kuburnya disempitkan
2. Dinyalakan api, yang mana dia akan membalik2kan dirinya dalam bara api itu.
3. ALLAH mengarahkan ular yang  besar, dinamakan 'Shajkul Akrak', untuk menyeksa si mayat. Ular itu akan berkata 'Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari subuh hingga zuhur, sebab engkau sia2kan waktu zuhur; dipukul pula hingga asar, sebab engkau sia2kan waktu asar...' begitulah seterusnya setiao hari, siang n mlm, sehingga kiamat.

3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
1. ALLAH memerintah malaikat azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2. ALLAH menilik pada org yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka.
3. ALLAH akan mengira org yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman-NYA yang bermaksud, "apa yang membawa kamu ke neraka?" mereka menjawab, "kami tidak solat".


azab yang amat pedih.. semoga kita semua dimatikan dalam keadaan beriman kepadanya. . Amin..

No comments:

Google