Monday, October 29, 2012

Kampung

Raya kali ni, berjaya beraya ngan adil.. hehehe.. 2-2 side balik.. rabu malam balik rumah mak I.. Malam raya balik plak rumah mentua.. Persiapan macam biasa.. ketupat, rendang I yang masak.. Bile dah petang tu, kak I balik.. pass plak pada die wat kek coklat n sambal tahi minyak.. Beriya la I, nak sambut orang datang takbir.. sekali, orang yg ditunggu tak kunjung tiba.. sob..sob..sob.. semua persiapan tu diberi ke anak2 sedara makan.. dah rezeki diorg.. 

Masa nak balik Perak plak, malam tu jugak.. bile masuk je highway, baru teringat kunci runmah I tertinggal.. huhuhuhu.. cadangnya nak singgah ambik baju raya sebelum bertolak ke Perak.. maka nak dijadikan citer.. pusing le kami ikut susur rembau/pedas.. punye le jauh nak u-turn.. Mr.M tak leh nak salahkan I... sebab die punye salah.. nasib la.. kalo tak bernanah le telinga I dengar bebelan die.. hahahha...masa otw ke KL tue.. kete menuju ke arah selatan.. punye le banyak.. jalan pon slow je.. nasib le ke KL lancar.. sampai KL dalam pukul 1 lebih nak ke pukul 2 pagi.. Mr.M naik ambik baju n barang yang I dah siap2kan.. zasss balik Perak dalam pukul 2 lebih..

Alhamdulillah, kete agak lenggang.. ada masa, jem gak.. Tapi sepanjang2 perjalanan, kat mana ada R&R @ hentian @ susur keluar highway.. bersusun2 kete parking, maybe diorang tido kat dalam kete kot.. Kami sampai Simpang Pulai dalam pukul 5 lebih.. Mr.M nak tunggu Petronas bukak pukul 7 pagi, sebab nak isi gas.. Maknanya, raya kali ni.. kami tertinggal solat raya n mandi sunat raya.. huhuhu.. pukul 8 camtu, baru sampai Kuala Kangsar.. Masa tu le Mr.M bagitau.. mak mentua I masuk Hospital... terus Marah Mr.M... n terus feeling2 sedey.. sob..sob..sob..

Keadaan Mentua n mak I yang semakin uzur.. terus bersemangat nak balik kampung agak kerap lagi.. huhuhuhu.. InshaALLAH.. salam dengan kedua2 mak I ni.. terus macam sebak je.. dapat ke I cium tangan ni lagi nanti???? Ajal, maut kite tak tau.. kalo tak die yang pergi, mungkin kite yang akan pergi kan.. sedey + sebak bile genggam tangan diorang.. Sob..sob..sob..

Semalam plak kena balik KL.. hari ni I dah start keje... bukan mcm Mr.M.. boleh keje sesuka hati die.. Jalan punye le jem... MELEKAT!!!.. Memulanya, dari rumah mentua.. Kami ikut jalan kampung.. Sungai Siput... Masuk plak highway kat Ipoh... Sekali JEMMM!!! keluar plak jalan kampung ikut susur keluar gopeng.. sekali jalan kampung plak jem.. masuk balik highway ikut simpang pulai.. Jem lagi.. keluar lagi kat tapah.. dah tu, ikut je jalan kampung sampai le Bernam jaya.. baru masuk highway, sebab malam semakin lewat.. takut kalo apa2 hal kete nanti.. boleh kol plusline.. minta tolong.. dah le askar berderet2.. Total masa I dok kt dalam kete.. 10 jam hokeyyy!!! cian ngan anak2.. 

Pape pon Alhamdulillah selamat sampai ngan selamat.. Syukur Ya ALLah.. bile bukak FB.. status yg sama diorg apdet... JEM.. Jem.. n jem... huhuhuhu.. Jem 1 Malaysia kot... 

Wednesday, October 24, 2012

Cuti AidilAdha

Yesssaa.. tinggal 1 jam lagi nak balik... Tak sabar nak balik rumah mak I... yabedabeduu.. esok, penuh dengan aktiviti memasak.. masak itu n ini sebelum balik rumah mentua I.. kat Perak..

Masa I cuti sakit aritu, ada gak I complain ngan Mr.M..

I  :  "Masa belum kawin dulu, abg dah janji kan nak balik kampung time raya haji bergilir2.. setahun umah zila, tahun lagi 1 rumah abg.. bile dah kawin hilang semua janji.."

Mr.M : terdiam kaku.. tersentap kot.. tak pernah wey, I ungkit benda ni..

Dalam masa yang sama.. I terfikir gak.. die pon tak pernah berkira ngan I.. I selalu je balik umah mak I.. die tak kisah.. ikut je... So, apa salahnya I ikut je kemahuan die.. I tak kisah pon sebenarnya, sebab kat rumah mak I pon Mr.M tak leh join org kampung Qurban pon... sebabnya?? die kan takde hidung.. huhuhuhu.. penyegan ya hamat!!!.. Kalo kat kampung die, opkos le die bertungkus lumus kan... Die hepi lebih sket (mesti menyengih memanjang nanti..) duit ribu riban pon tak boleh tukar bile tengok die hepi.. Puas weyyy hati I..

P/s : Hehehehe.. mood nak raya datang bertalu2.. sebabnya, opismate lama datang hantar duit kutu kat I.. Alhamdulillah.. Terima kasih banyak, abg ipin...  jom kite joli... balik kampung dengan senang hati.. lalalalala... 

...

Baru je masuk opis, sebabnya.. pagi2 tadi bawa anak I p klinik... Datang dulu opis, isi borang then baru p klinik.. Cian plak tengok anak2 I.. demam silih berganti.. aritu sakit mata pon sama.. demam plak, Thaqif yang mula kena.. pastu Bazli, sekarang ni Bazli tengah demam ni.. I pulak bawa Thaqif je p klinik tadi.. nampaknya die je yang paling teruk.. bazli plak tak demam pagi tadi.. elok balik je klinik, Mr.M cakap Bazli plak demam..  Harap la cepat sembuh..

Hasil dari check up tadi.. Sakit mata thaqif dah ok.. Cume tinggal selsema n batuk.. Doktor kata peparu die ok.. I pon citer le kat doktor tue, thaqif ni pernah kena jangkitan kuman kat peparu n masuk wad.. selalu kena p nezbulizer.. time2 die batuk tak berhenti @ nafas die laju.. I tanye le, kot2 ade injection yang die suggest kan kat I untuk kuatkan peparu die... sekali doktor suggest kan injection Pneumococcal.. ape tah.. sekali die kata harga die Rm300.. ok... takpe, janji anak I ok.. tak larat dah nak tengok die macam ni... nak bg makan eskrem pon takut2.. cian die.. die beriya2 nak.. Pfffffhhh...

Takpe2.. kena tanye kat klinik yang selalu I pi nih... Dah try google, tapi tak banyak yang dapat info tentang nih.. kena tanye terus pada doktor..



Monday, October 22, 2012

Isnin.. senin..

Tak tau nape, badan ni x sedap... macam nak demam pon ada nih.. tekak perit, mulut pahit mcm nak termun*** je rasa ni.. Ada rasa pening2 lalat sket.. hahahaha.. kejap pening kejap ok..

Pam susu pon tak ambik lagi.. masih lagi guna kawan punye.. sekali die nyer cinonit tu tertinggal.. tergendala le agenda mengepam.. Jap lagi nak kuar p bank.. harap2 te*** tak membengkak..

Mood I pon on off.. rasa mcam nak terbang je balik rumah.. Mood ooo mood sila la datang..

Friday, October 19, 2012

Ramai ibu-ibu yang runsing memikirkan bagaimana hendak menambah stok susu ibu!

Sumber artikel ini diambil dari sini...  atau link dibawah..

 http://stayhealthy.my/rahsia-stok-susu-banyak/







Apa rahsianya??
Apa caranya??
Bagaimana boleh banyak??
-
-
Hari ni mama nak kongsikan bersama dengan ibu – ibu semua caraPn. Farah. Seorang Kaunselor Laktasi muda yang mempunyai 3 orng anak. 
Malah dia juga salah seorang pakar yang sering mama jadikan rujukan. 

Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:
1) Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.
2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.
3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.
4) Lihat gambar di bawah:

Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.



Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.

Ini sewaktu kami keluar bersiar2. Saya susukan adik adrian di sebelah kiri dan di sebelah kanan, saya menakung susu semasa Let Down reflex. Indah betul ciptaan Allah, mmg tak boleh nak cerita! Dan bila saya menyusukan anak, saya takkan sampai hati nak buang begitu saja. Saya akan simpan.



Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya 
5) Displin dalam penyusuan.
Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).
Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.
6) Pengurusan EBM yang betul
Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.
Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.
Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.
Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:
Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.
Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan 
2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!
Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.
Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.
Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini 
** Kdangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu  itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.
Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun. 
7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
8) Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.
10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita 
Google