Monday, March 30, 2009

Aktiviti Hujung Minggu... & Berpindah ke Rumah Baru!!!

Assalamualaikum Semua...
Hari ini aku rase happy sesangat sebab mulai semalam aku dah berpindah ke rumah baru dan mula bermalam kat sane.. Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah yang menganggu (Harap-harap sampai bile2 le).. Happy memang happy tapi otak aku ni sedikit berserabut sebab rumah ku kini masih berselerak macam kapal pecah!!!

Atas pertolongan anak saudara aku, barang2 berjaya dipindahkan tak sampai 1/2 hari.. "Terima kasih sebab tolong busu ye Rahim". Jasamu akan ku balas!!

Hari ini plak aku menggantikan PA Boss Besar yang bercuti, pada awal2 pagi ini agak sibuk.. tapi boss dah kuar gi taklimat.. Yay.. yay!! takde le aku terasa terikat sangat.. tapi keje tetap ade!!! (adus!!)

Ok ler... nak sambung keje ni.. bye..

Thursday, March 26, 2009

Misi mencari lampu akhirnya, berjaya!!!

Setelah misi pertama gagal, semalam balik je dari keje terus ajak My cik abe gi cari lampu untuk dipasang kat rumah baru nanti.. Setelah disurvey, kite dah jumpe kedai yang menawarkan harga murah.. Apa lagi, banyak gak kiteorang borong..

Rumah aku plak, 80% siap dan dijangkakan berpindah pada hujung minggu ni.. hehehe.. tak sabarnyer.. nak dok umah baru. Akan2 datang akan aku updated kan gambar2 umah aku ye..

Wednesday, March 25, 2009

Keluarga Bahagia

Sambil-sambil wat keje (Bos Gi Meeting!!), Ganti P.A.. aku pon sibuk nak mengabungkan gambar family aku. Nanti nak frame kan pastu gantung kat rumah baru.. I Like it.. Hehehehe.. Ini le hasil nyer..


Misi Mencari lampu

Dek kerana seronok sangat rumah aku dah nak siap.. malam tadi dengan perasan tak sabarnye aku telah mengajak my cik Abe gi ke Nilai 3 malam tadi gak.. tapi hampa.. kedai lampu tak jumpe pon.. kebanyakkannya kedai karpet, perabot & kain je yang banyak. Lagipon kedai dah banyak yang tutup seawal pukul 8 malam lagi.. Frust nyer.. soba jelah aku ni.. Malam ni misi akan diteruskan lagi, kali maybe gi area KL je...

Monday, March 23, 2009

Tag dari Queenz...

1. admit one thing you feel awful about (involving being a mom). once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. remember you are a good mom!

Masa Marah kan Umairah.. tapi abah die yang pujuk, alamak!!! terasa jahat nyer aku..
(mesti umairah ingat aku ni jahattttt.. sangat!!.. Lepas tue aku menyesal, bile pujuk die dah mengajuk ngan aku.. Tension... tension!!!

2. list 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

Sayang sangat, x bleh nak disenaraikan.. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.. sume aku suke.. dapat nak diungkapkan dengan kate2.. kalo nak jawab 2-2 bleh x?.. (lebih le Plak..)
Kalo anak2 suke kat aku plak... sebab aku sporting kot!! cewah!!! atau mungkin, aku kuat berjalan.. dengan diorg2 sekali aku angkut!!

3. send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your posts that direct people back to the person who nominated you.
i. emiliarahman @ emilia800403
ii. nazri N dilla
iii. monamie
iv. ...........
v. ...........

Cepat sihat ye sayang...

Dah Seminggu Damia x sihat.. setelah berbincang dengan suamiku malam tadi, kami sepakat untuk membawanya ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan(klinik kerajaan). Sebab dulu, aku selalu bawa anak2 ke klinik swasta tapi lambat baik. Bile bawa gi klinik kerajaan x sampai 1 minggu dah sihat.

Bile aku masuk je bilik Doktor, aku dengan sopannya ucap Good Morning pada doktor.. tapi 5 minit lepas tue, teruk gak aku kena marah ngan doktor tu sebab lambat hantar Damia ke Klinik.. SOb..Sob.. sabar jelah.. memang salah aku pon nak wat cam aner.. Terima Jelah.. Pastu doktor cakap, cube bagi makan ubat dalam 3-4 hari dulu, kalo x baik.. datang balik sebab die nak refer hospital... Alamak risau nye aku!! Harap2 Damia sihat seperti sediakala..

Dan kepada readers, tolong doakan Damia sihat ngan cepat ye..

Tengok ni, betapa ramai nyer orang... patah pinggang den menunggunyer..
Ini Nombor yang aku dapat walaupun aku datang subuh2 shafie... Hehehehe

Friday, March 20, 2009

Jumaat.. Jumaat..

Hari ini jumaat, hari yang aku paling suke dalam seminggu. Dari sekolah lagi aku memang suke hari jumaat sampai la ni.. mungkin disebabkan esok cuti dan masa persekolahan yang singkat.
Dah kering idea ni, masa dalam kete tadi banyak benau nak ku coretkan dalam blog nie.. wokey..

Kite cite pasal lain plak... haaa.. pasal kete.. bile tgk diorg bawa kete cantik2.. teringin plak nak pakai kete baru.. sebenarnya dulu, aku hampir2 nak beli 'Hyundai Getz' tapi x jadi sbb kecik pastu mahal plak tue. Suami aku syorkan aku beli 'CITRA' kete favorites die, tapi aku x mampu lagik!! Tunggu le bile dapat jadi E.O nanti.. INSYAALLAH..

Sebenarnya aku pon ade kete Idaman jugak, tapi sampai mati pon aku x mampu. Lain le kalo aku dapat cabutan bertuah ke, menang contest ke, mana le tau REZEKI.. Tengok ni kete aku (berangan) cantik x?
Ya Allah mampukah aku? Minta2 le aku dapat cabutan bertuah ke, menang bertanding ke..

Ini plak Kete aku sekarang, sungguh pon buruks.. tapi die banyak berjasa pada aku.. hantar aku pergi kelas.. gi kerja.. kalo mak aku nak ke mana-mana, kete ni le yang membawanye.

Thursday, March 19, 2009

Nak bebear!!! nak bebear!!! ;-(

Yes!!! berjaya jugak!!! kami kenakan ofismate kami.. sampai menanggis!! x dapat bebear.. cian die nak sakat kaw2 ngan kiteorg.. Memang saje nak tengok die nanggis.. berjaya jugak 'misi' kiteorg.. Yang bestnye sume pelakon berjaya membawa watak dengan baik.. (Gaya2nye, sume Kaki menyakat)
Cube tengok bawah ni, EEIII.... x malu menanggis sebab x dapat bebear!!!..


Soriiii.. Gambar kabur!!!... cube tengok btul2.. merah hidung sebab menanggis!!



Selepas mendapat bebear yang diinginkan.....

Wednesday, March 18, 2009

Aktiviti hujung Minggu...

Sejak sebulan kebelakangan ni, aku sibuk dengan rumah 'baru' aku. Sampai aktiviti hujung minggu aku sekeluarga terpaksa dikorbankan untuk menyiapkan (renovate) rumah aku.. buat msa sekarang ni hampir 40% dah siap.. dijangkakan akan berpindah hujung bulan ni.. INSYA ALLAH..
Percaya x, kalo aku kater aktiviti 'pecah mecah' kami wat suami isteri je,untuk menjimatkan kos.. tapi yang banyak menyumbangkan tenaga.. of course le suami aku.. Alhamdulillah, setakat ni kalo ade ape2 pon suami akan meminta pendapat aku..best gak.. aku berpeluang pilih warna @ design aku... Ni gambar aktiviti kami berdua..





Pandangan dari luar
........


Pssttt... Malam pon dah lewat... next entry akan aku upload gmbr rumah terkini key..

chaw dulu ye...

Tuesday, March 17, 2009

IsTaNa ZaMaN SiLaM

Semalam pulak, On the way blik ke KL.. Kami sekeluarga telah mengambil kesempatan untuk melawat Bukit Chandan, Kuala Kangsar disana terletaknya Istana negeri PERAK dan simbol keistimewaan orang2 melayu..

Istana sekarang.... Istana Lame.... & Masjid Ubudiah


Indahnya pemandangan

Sabtu lepas, selepas pulang dari kenduri kahwin.. kami meronda2 melawat area kampung suamiku.. Kampung 'DURAU', merupakan kampung atas air. penduduk kampung ini xde kemudahan jalan raya yang menghubungkan kampung tersebut dengan tanah besar.. penduduk kampung ini menggunakan sampan@bot sebagai penghubung ke tanah besar.. kiranye kampung ni umpama pulau di tengah tasik.. betapa cantiknye kampung tersebut.. tidak dapat digambarkan dengan kata2.. ini lah beberapa gambar yang sempat ditangkap oleh suamiku..




p.s: gambar kampung x clear, sbb terletak diseberang sungai perak yang lebar..

Selamat Hari lahir & Selamat Pengantin Baru!!!


Selamat hari lahir kepada anak saudara Ku Muhamad Ikram yang ke 7 tahun.. Semoga diberkatkan umur dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH.. Semoga menjadi seorang insan yang kuat pegangan Agama, menjadi Anak yang soleh dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.. Banyak lagi harapan busu sebenarnye.. tp secukup setakat itu je lah.

Hari sabtu lepas, aku berada di Kampung suamiku di Lenggong. Dan menghadiri kenduri perkahwinan adik kepada kawan aku (LINDA).. Selamat Pengantin Baru & semoga berbahagia sehingga ke akhirat.. Tapi gambar nyer tak sempat nak snap.. Damia meragam,sebab cuaca yang amat panas..

Hari sabtu itu jugak, kawan yang boleh dikatakan akrab jugak.. Menjadi Raja sehari di kampung kelahirannye di Q-late.. masa memula die MMS gambar, aku macam x percaya dengan perubahan raut wajah die, memang naik serinye & cantik.. lame gak mengadap screen hp, sampai suamiku komplen... asyik 'main handpon je'..

gambar sebelum dan selepas make up


Pengantin Baru, Yang berkaca mata & tudung biru tu..



Di copy dari blog Nik..

Gambar Selepas make up...
Ini ke Kawan aku yang bernama NIk????? konfius!!!!! CANTIK GILER!!!



Wednesday, March 11, 2009

Dapur Idaman

4/3/2009 aku telah berjaya memujuk suami ku pergi ke IKEA, Alasan aku nak tengok design kat sane. Sebab aku bukan ader idea nak design Rumah aku nanti (dijangkakan berpindah hujung bulan ni). Lagipun kat sane mesti ade designer yang bertauliah untuk men'create' idea-idea baru. Sekarang ni aku dah berjaya membuatkan die ketagih nak ke sane lagi..(peluang aku nak ke sane selalu.. Yahoo... bezz). Inilah dapur yang di idam-idamkan..

Mak n Umairah Test Power..

Minta-minta le aku berjaya memiliki dapur sebegini.. kalo tak 100% pon.. seakan2 pon jadile..



Detik-detik manis..

Insan2 ni yang paling aku sayang.. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku permata hati ku ni.. merupakan pengikat kasih sayang ku antara aku & suamiku sayang..

Bile ingatkan anak2, rasa nyer nak balik sekarang jugak.. x Nak keje (hehehe.. buleh ka mcm tu?).. gambar nie jugak le jadi screen saver kat hp aku...

Ketika aku menjalani kursus BTN.. Masa ni baru selesai lari 2km.. Huh.. letih, tapi Alhamdulillah aku dapat menamatkan larian tu.. dan yang penting aku bukan org yang terakhir dalam larian tue..





Tuesday, March 10, 2009

Penceramah yang paling sporting

Sorry.. Vidoe ni Terbalik..

En. Rahman Salleh - Ketua Jabatan di UiTM

Penceramah ni paling sporting.. mengingatkan aku Jasa2 IBUBAPA aku..

Lepas aku dengar ceramahan die.. banyak yang aku dapat belajar..

Aku lebih menghargai orang disekeliling aku & menghargai kehidupan aku sekarang ni...

kebanyakkan penceramah yang datang, bermula dari bawah.. maksud aku, ade 2-3 org, SPM/MCE diorang berpangkat 4. Tapi sekarang diorang berjaya memegang jawatan Ketua Jabatan di UiTM @ kedudukan yang agak tinggi dalam organisasi diorang..

Aku kagum dengan diorang bahkan membakar semangat aku untuk terus maju.. Semoga satu hari nanti aku akan jadi setiap beliau2 nie...

AMIN...





Friday, March 6, 2009

PETUA-PETUA KAHWIN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

Sentiasa berdoa agar disayangi.

Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

Urut belakang isteri sekali sekala.

Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

Lebihkan isteri daripada anak-anak.

Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

Seeloknya masuk tidur serentak.

Belai isteri sebelum pergi kerja.

Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

Lakukan riadah bersama isteri.

Pergi berkelah sekali sekala.

Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala

Doa &amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Tag From ZIZOU....

Pertama kali Mengandung!!!!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Tak pon.. Memang nak baby cepat2.. sebab tengok ramai member kawin x beranak2.. takut!! kite pon x dapat ank....

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Aqil Thaqif...

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
happy sesangat!!! x tau macam aner nak cakap!!

4.. HOW OLD WERE YOU?
23 years old.

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Rasa Perut keras.. Bile Nak tunduk sakit.. (Tanya Kak Long Dulu sebab die berpengalaman)
Pastu baru beli pregnancy test.. BERBALOI.. Yahooo.. Aku mengandung gak akhirnye..

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Suami ku tercinta..

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Mesti le...

8. DUE DATE?
9 Ogos 2006

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Mabuk... sampai le bersalin.. baru hilang

10. WHAT DID YOU CRAVE?
Pisang Emas... nasib baik dapat..

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
NASIK!!!... makan burger tak ape plak..

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Girl...

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
aahh.. nak boy.. dapat Girl.. ape2 pon.. asalkan die sempurna... Alhamdulillah..

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Pound? tak tau le... 20++kg.. banyakkan..? hehehe

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Takde pon..

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Tak de pon....

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Putrajaya

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Dalam setengah jam je Kot.. tapi lepas 1 jam bersalin baru die antar balik wad..

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Of coz... My Abang...

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
4-5 org kot.. termasuk suamiku

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Alhamdulillah Normal..

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Takde pon....

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGHT?
3.02kg..

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
lewat 1 minggu.. nasib baik tak kena "pakse"...

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
UMAIRAH MAISARAH

Tak tau nak Tag sape.. sebab member yang ade blog sume x kawin lagik!!

Aku nak Tag.. sape2 yang bace blog aku nih.. walaupun aku x kenal die.. untuk pompuan jelah.. SELAMAT BERKENALAN!!


Google