Wednesday, December 28, 2011

Huuhhhh.. nak kena geget diorang nih..

Masa ibu die nih tengah memasak kat dapur.. Tengah membz di sana, ni la keje2 anak2 I.. Bile kuar je dari dapur.. terus tukar jadi tarzan..


Kalo uol's, nak wat macam aner??? nak lempang cian.. sebab comel sangat.. Memula tue memang hangin, sebab abis bedak setengah botol.. tapi, bile tengok lama2 muka diorang.. jadi lawak plak.. huhuhuuhu..


Bebelan dipagi hari

Kat atas tu kat baby tickers, Usia baby I dah 34 minggu 6 hari.. Tapppppiiiiii.. tu cume rekaan sahajo... sebenarnya dah 36 minggu dah.. I curik tarikh.. Barang2 baby, Alhamdulillah dah ready.. Ada 2 beg uol's... Semangat!! satu untuk I.. satu lagi untuk baby.. ada je dkt dengan pintu rumah I.. Senang kan kalo2 terbersalin nanti..

Semalam Mr. M tegur.. "Ibu, perut Ibu dah labuh sampai ke lutut.."... lutut?? sabar jelah laki I nih.. Ayat memang tak tahan.. Baby I dah kerap mengeras uol's.. bile dah duduk, pastu bangun... wowwww.. sakitnya, macam nak beranak dah.. sakit gini dah pernah I rasa masa Pregnantkan Umairah dulu.. tapi, sakitnya sekejap je.. Iyeelahkan, lain anak lain plak caranya.. huhuhu..

Harapan I, moga2 proses bersalin kali ni akan dipermudahkan.. Dapat bersalin normal.. AMIN..

Thursday, December 22, 2011

BNM perkenal not, syiling baru


KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.
Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.

Wednesday, December 21, 2011

Tahukah anda otak wanita akan mengecil semasa hamil?

Bukan hanya anggota tubuh seperti perut dan saiz badan yang berubah semasa hamil. Satu kajian menyebutkan bahawa saiz otak perempuan juga turut mengecil ketika mereka hamil. Betul ke?

Kajian menunjukkan bahawa, otak perempuan mengecut sebanyak empat peratus semasa tempoh kehamilan. Itulah yang menjadi alasan mengapa ia mengatakan, tiada otak yang unisex.
Salah satu perbezaan adalah otak perempuan mengecut selama hamil. Akibat perubahan tersebut perempuan hamil daya ingatan cenderung menurun dan daya fikirnya.

Bukan sekadar itu sahaja, perempuan juga lebih banyak tidur semasa hamil. Ini terjadi kerana hormon progesteron yang membuatkan mereka lebih mengantuk serta meningkat sehingga 30 kali ganda semasa lapan minggu pertama proses kehamilan.

Namun tidak perlu bimbang kerana semua perubahan keadaan itu hanya berlaku sementara sahaja. “Keadaan akan kembali normal enam bulan selepas kelahiran,” kata Brizendine yang juga pakar psikiatri saraf dari Universiti California San Francisco Amerika Syarikat

Tuesday, December 20, 2011

Alahai Badan..

2 malam ye, I x dapat menikmati tidur yang lena.. Perut I kembong uol's... Siang2 hari plak, segala makanan yang masuk ke mulut.. semua terkeluar balik.. waaa... I pon kena makan 'grip water' jugak ke macam Thaqif?? huhuhuhuhu.. seksa!!!

Nak update blog pon tak de mood.. lostttt... takde idea.. dalam otak cuma membayangkan bilik air yang indah je.. ada tanda2 untuk membuangkan kembali apa yang I makan sebentar tadi.. huhuhuhu...

Friday, December 16, 2011

Rentetan N3 semalam

Semalam petang, lepas balik keje.. I try mgs My fren, Arfa Herny.. Tanya le keadaan die macam aner.. nak call, takut die masih bersedih n nti die sambung nanggis plak lagi.. Dah le die dalam pantang.. Takut le benda yang tak baik jadi kat plak nanti.. Bile I mgs, I tak aspect pon die nak balas.. pada I.. kalo tak balas pon takpe, I paham keadaan die..

Tapi tak sangka plak, dalam sekejapan die balas Mgs dari I tu.. Alhamdulillah segala urusan yang perlu dibuat dah selesai pukul 11.++ pg semalam.. Die bagi tau jugak, 'arwah' meninggal sebab jantung berlubang... huishhh.. berat dengarnya.. Itu yg nafas 'arwah' tersekat2..

Segala pesanan dari kawan2 difb, I dah sampaikan.. Masa tengah menunggu waktu solat Isya'.. Die mgs I lg.. katanya, die tak mood nak bukak fb.. I nasihat kt die.. I soh die berehat je.. buat masa terdekat nih jgn bukak Fb lagi.. Takut nanti die akan jadi bertambah sedey plak nanti n beri kesan pada kesihatan die.. jangan pk benda2 lain.. yang penting sekarang die kena tenangkan fikiran die n banyakkan berehat.. ketepikan semua benda2 yang tak penting, kesihatan die perlu diutamakan..

Tu je yang mampu I buat untuk die sekarang.. Bagi kata2 semangat n nasihat..

InshaAllah, hujung bulan ni.. I balik kg, nak pi ziarah die.. agak terkilan sebab tak boleh nak ziarah die semalam.. tapi apakan daya.. dek kerana kekang masa n duit... kuikuikui.. tengah2 bulan ini poket pon dah bocor.. so, kenalah tunggu hujung bulan nanti..

Thursday, December 15, 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun

Ingat tak N3 yang ini... Pagi tadi pukul 2.06am dapat mgs dari kawan I. Arfa Herny kawan rapat masa kat sekolah Teknik Alor Gajah...

"zila, anak aku dah xde.."

Kebetulan, I tak tidur lagi sebab melayan Mr.M surfing internet..

Bile dapat je mgs tu, terus I call die.. tanya die, masa tu hati I dah tak sedap dah.. baru je berangan2 nak pi tgk baby lepas krismas ni.. Masa tanye tue, lama die diam.. pas dah dapat kekuatan baru die cakap.. Pasal baby die.. Sebak I... I pon nanggis sama.. Tak nak tanya die banyak2 takut boleh menambahkan lagi kesedihan die... dah le masih berpantang.. Baby tue lahir 12.12.2011 pukul 4.++ petang.. Baru sangat die mengecapi nikmat menimbang cahaya mata.. Dah le tu 1st baby plak tue.. Apa yang I boleh cakap, soh die bersabar dengan dugaan dariNYA..

Pagi tadi, masa On the way pi opis.. I call kawan kami lagi seorang.. kawan rapat di sekolah yang sama.. Die terkejut, sebab die baru lepas komen gambar baby ni kat Fb..

Sampai je opis terus bukak fb.. sebab I tak dapat lagi tengok baby nih.. Bile tengok gambar baby nih, airmata berlinangan.. Tak dapat I bayangkan kalo terjadi pada I.. huhuhu.. sedey!!!..

Yang peliknya, bile I dah komen pasal 'keadaan' baby ni.. masih lagi diorang2 nii komen ucapkan tahniah.. Pengajaran kepada I.. baca dulu komen2 sebelum2, sebelum mengomen.. Cian pada die, bile baca.. I baca pon sebak, nikan pulak ibu baby tu..

Ada la I hantar mgs pada kawan I tu.. tujuan I, untuk mengurangkan sket tekanan pada die. I simpati pada ujian yang dihadapinya, tapi tak mampu nak tolong.. so, apa yang I boleh buat hanyalah memberikan kata2 semangat untuk die supaya redha n tabah..



Muhammad Aqil Rayyan


Baby yang comel... Kalo empunya diri membaca n3 nih.. Sebenarnya kau bertuah, sebab masa kau mati nanti ada insan yang menunggumu disana..


Teringat Lagu Adibah Nur - Terlalu Istimewa


Ku tak tergambar wajahmu


Sinar mata itu


Lirik senyumanmu


Pesona yang membelai


Wajahmu bercahaya


Memberi bahagia


Tiap yang memandangHati jadi salju


(Korus)


Kau terlalu istimewa


Kasih dan sayangmu terpancar


Seikhlas tiada batasan


Terus membara


Terkilan rasa jiwa


Ingin ku lihat mu dewasa


Apa daya


Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia


Duduk di sampingnya


Mendengar cerita


Sekadar rahsia


(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…


Mendengar suaramu…


Tawa mengusik jiwa…Oh…
(Ulang korus)

Wednesday, December 14, 2011

Epidural

Sembang dengan Mr.M pasal epidural..



Aku : "Abg, ibu rasa nak ambik epidural le bile nak bersalin nanti.."



Mr.M : "Nak wat ape??"



Aku : "Laaaa.. tahan sakit le.."



Mr.M : "Tak payah la.. nanti ada kesan jangka panjang, sakit pinggang..."




Sob..sob..sob.. sob.. sedey.. baru nak elakkan rasa sakit.. kalo camtu, tak guna le pi bersalin kat hospital private.. baik pi hospital gov.. murah!!.. (memang booking kat hospital Putrajaya je pong!!)

Pagi tadi plak, sampai2 je opis.. cek2 le buku merah.. Sekali check up hari ni uol's.. I ingatkan esok.. huhuhu..


Sedey bile tengok buku I nih.. dah le dapat pangkat hijau.. pastu ade plak corak2 merah lagi.. see.. see.. see... see...



Doakan keselamatan I ye.. Tq...

Monday, December 12, 2011

Alhamdulillah, Tahniah Arfa n Lieza

Hari ni I dapat 2 berita gumbira.. 2 kawan I selamat melahirkan baby.. kedua-duanya dapat baby boy.. Kat Hospital Besar melaka.. N kedua2nya melahirkan anak sulung.. Masih lagi tak dapat gambar baby diorang.. I faham, mungkin penat bertarung tenaga masa melahirkan baby tak abis lagi..

Bile call n mgs2 diorang.. bile dapat je tahu mereka2 selamat.. perasaan lega terus menusuk dalam diri I.. Macam I plak yang melahirkan.. huhuhu.. Mungkin sebab I dah pernah merasai pengalaman tersebut.. dan sekarang pon tengah tunggu sebulan lagi untuk melalui kembali saat2 itu.. memang mendebarkan..

Buat masa ni, I tak boleh le nak bagi details pasal baby2 nih.. Kalo takde halangan, mungkin esok I tempekkan gambar orang2 baru itu..

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Tadi I pi bank kat bangunan sebelah.. masa nak balik n pergi tu, ramai le umat2 yang bertanya tentang LOBI UTAMA KEMENTERIAN KEWANGAN ni.. Cian dengan diorang kan, nak Download pon payah nak dapat.. maklum le, ramai yang bukak website treasury.. Dengan niat nak menolong, kepada sesiapa yang mahukan borang tersebut.. Boleh le komen kat bawah nih dengan meninggalkan emel address Uol's.. InshaALLAH jika ada kelapangan dan takde halangan I akan sendkan soft copy borang tersebut..

Kat sini I try le masukkan borang tersebut.. mana nak tau kot2 uol's blh print.. Sebab azab ye nak menunggu die download dari website..



Muka depan



Muka 2

Friday, December 9, 2011

Alhamdulillah, Sihat Kembali

Alhamdulillah, hari ni I sihat seperti sediakala.. Huhuhuhu setelah seharian merana.. Sakit sebelah kepala.. dah tu makan je muntah.. makan je muntah.. pi klinik semalam, diorang cek tekanan darah sebab takut tekanan darah I tinggi.. Fuhhh nasib le darah I di tahap yang normal.. Kalo tak, admit hospital le teman..

Lega sket, bile tengok Mr.M gigih menyidai kain.. dah tu, bile nak pi klinik.. gigih plak angkat kain n sidai kat dalam rumah.. senyum lebar I, walaupun dalam keadaan tak sihat.. Sejak perut I ni makin membesar, memang tu adalah tugas wajib bagi Mr.M.. nasib le die semakin memahami, berbanding masa I mengandungkan anak 1st n 2nd.. semua benda I buat sendiri.. Sekarang ni, bile balik je.. Tengok rumah bersih je.. siap sapu bagai n kemas lagi.. Tugas rutin I semakin kurang.. Memasak n menguruskan anak sket2.. Balik je keje, duduk menyandar.. hahahaha.. masak hanya sekali sehari.. pandai2 le korang berjimat cermat sampai ke malam.. Kalo sesak2 pon, goreng telur je..

Hari ni jugak kawan rapat I kena induce.. semoga segala urusannya dipermudahkan n semoga dikurangkan rasa sakit.. AMIN... chaiyok.. chaiyok My Beloved Friend, Arfa Henry..

Wednesday, December 7, 2011

Dugaan dariNya

Uol's ingat tak N3 I yang ni.. Ape2 pon boleh jadi.. Pasal isteri kawan Mr.M yang ter'bersalin' awal tue.. Baby tue masih lagi kat Hospital serdang.. Semalam plak, balik je dari kerja Mr.M citer ngan I.. Sekarang nih isterinya pulak ade kat Wad Hospital Putrajaya.. Sebabnya, die mengadu sakit perut.. kan die masih lagi dalam pantang, so si suami nih hantar le pi klinik.. sekali kena transfer ke Hospital Putrajaya n disyaki ada pendarahan dalam perut..

Dugaan bertimpa2.. I harap mereka tabah menghadapi dugaan ni.. Walaupun I n Linda tu tak bape rapat, Tapi kami selalu gak le kunjung menggunjung satu sama lain.. dahhh tu.. si suami masing2 kawan rapat.. makanya terheret le I sekali kan.. Lagipun mereka bertiga ni satu kampung.. I ni je orang luar.. Tapi Linda nih, seorang yang baik.. Kalo jumpe tue die yang ramah bertanya itu n ini pada I.. Kadang2 I plak yang segan..

Linda ni dijangkakan kena operation sebab pendarahan ni la.. I cakap ngan Mr.M, nanti kalo die dah operate.. I nak pi tengok.. Huhuhuhu.. Sakit bersalin pon tak sihat lagi, tambah plak dengan sakit perut ni n nak kena operate plak...


***********************


Masih lagi citer pasal2 bersalin ni.. Kawan rapat I, kena admit Hospital Melaka esok.. 8hb.. Sebabnya masa pregnant, die kena tekanan darah tinggi.. dan dijangkakan akan di 'induce' Jumaat nih.. Memang kesian kat die, dah le pregnant anak pertama.. macam tu plak keadaannya.. Ada gak die tanya I... "Kena induce tue sakit tak??".. huhhh gile ke nak jawab, sakit?? tak pasal kena admitted awal plak nanti.. soalan yang I abaikan, sebab takut tekanan darah die naik..

Semua ada bahagian tersendiri.. dugaan tersendiri.. Semoga semua2 yang I citerkan kat atas nih, akan dilindungi olehNya.. dan dipermudahkan urusan mereka.. AMIN..

Tuesday, December 6, 2011

Nyummmeee.. nyumeee...




Sejak 2 menjak nih suke bebenau plak I ni try buat kuih.. Skrg nih tgh feeling2 nak try wat kek plak.. Serius I cakap, sebelum nih tak pernah le I ni nk try wat kuih ke hape ke.. ko makan jelah kuih yang beli kat kedai tue.. Buka tak pernah nak try buat kuih ke hape ke.. tapi Mr.M suke benau mematahkan semangat I.. bile nak buat je, die cakap.. "Tak payah le buat Ibu, beli jelah...".. see2.. bukan I yang malas ok..





Tapi I nikan degil, sejak cuti2 sekolah nih.. anak2 I kuat benau selera makannya.. tak tahan mak nak beli selalu di kedai.. harga mahal 1 hal.. tak sedap pulak tu.. kalo tak pon, harganya tak sepadan dengan fizikal kuih tersebut.. nipis sangat la.. kecik sangat le.. takde rasa le.. So, macam2 resepi kuih I korek dari mak n akak2 I yang sedia membantu..huhuhu..


Sekarang nih tengah meroyan nak beli oven plak.. huhuhu.. fedulik le dengan bantahan Mr.M.. kena beli senyap2.. bile barang dah ade.. baru die akan berhenti dari menghalang.. *kejinya isteri!!*.... Lagipun I seronok tengok anak2 yang menggelilingi I masa proses buat kuih.. tanya itu n ini.. macam seronok je.. pastu bile tengok diorang makan punye le bertambah2.. huhuhu.. vangga..vangga.. bile dah abis, boleh minta lagi.. kalo kata takde, siap die nak tengok kat dalam kuali @ periuk.. huhuhu... Harus le Ibu diorang ni gagah belajar memasak..


Bile dah sampai ke tahap ni, baru I terpk.. agaknya macam ni le masa kami kecik2 dulu.. Mak I yang rajin wat kuih itu n ini.. pada sebelah petang.. I yang bekerja nih, kena bangun awal untuk siapkan breakfast n makanan tengahari diorang.. sungguh mencabar!! sebabnya, masa untuk merehatkan diri amatlah kurang.. dengan si kecik dalam perut lagi.. hukhukhuk..


So, lepas nih kena pakat ngan akak I.. nak pi survey oven plak lepas ni.. kalo boleh nak beli yang multipurpose oven.. senang kan.. semua benda boleh dibuat dalam 1 oven.. hahahaha.. kopak lagi le jawabnya.. takpe, melabur sekali je.. boleh guna berkali2...


** tengah kumpul resepi2 yang menarik... lalalalalalala..

6 Disember

Hari adalah ulang tahun kelahiran mak I.. Dan hari ni jugak genap 4 tahun i ditempatkan kat department sekarang.. Bersyukur kerana masih mempunyai mak .. seorang mak yang mengambil berat pasal anak2, walaupun anak2 die dah besar panjang.. Dan die berusaha menghulurkan pertolongan kalo dikalangan adik beradik kami menghadapi kesusahan..

Buat mak, terima kasih kerana membesarkan I n mencurah kasih sayang sepenuh jiwa ragamu.. Dengan sisa2 hidup die sekarang, Kami cube buat yang terbaik untuk mak... Walaupun kami tak mampu memberikan mak dengan kemewahan, kami cube memberikan apa yang termampu dan terbaik untuknya..

Semoga dengan pertambahan umur mak sekarang, Allah akan lebih merahmati mak dan semoga mak terus menjadi insan beriman dan beramal solehah.. AMIN..

Saturday, December 3, 2011

20112011



Tu la kan.. I kata, I memang malas.. dah alang2 gmbr dah ade kat PC.. kite update lagi, walaupon N3 adalah basi.. hahahaha.. Ramai yang pilih hari ni untuk kawin ke nikah ke.. Lebih bertuah lagi kalo dapat lahirkan baby time tue..



Isteri kwn Mr.M bersalinkan anak ketiganya pada hari nih la.. bertuah, tapi baby tak cukup bulan.. sekarang, baby masih lagi di hospital.. I pon tak berpeluang nak g melawat lagi.. Tunggu baby kuar, baru boleh gi tengok.. Alhamdulillah, baby tue boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat penafasan.. sebab sebelum kuar, doktor dah bagi injection untuk kuatkan paru2 die..



I plak, ade jemputan kawin Kawan lama I.. Laju je ajak Mr. M pi, kat Air Mawang, Johol, N.S.. Perjalanan dari KL nih memang le jauh.. membebel je Mr.M dalam kete.. tension!! Sampai sana pun, kawan2 dah banyak yang balik.. dapat jumpe pon 2-3 orang je.. sedih!!!..


Takpe arr mungkin ade rezeki, boleh jumpe lagi nanti..

Friday, December 2, 2011

Sambutan Maal Hijrah

N3 basi.. hahahaha.. ntah le I ni.. cukup malas nak transfer gmbr dari camera ke Pc.. padahal cucuk je sana n cucuk je sini.. Dah, boleh transfer..

ok, citer pasal Maal Hijrah Plak.. Dapat Memo dari Pentadbiran Am.. Mengenai sambutan ini, I terus je call Officer kat Bahagian I ni.. tanya2 le kot sesape yang nak pi kan.. malangnya semua jawapan yang I dapat.. "TIDAK".. maka dengan suka relanya I nak pi la.. lagipun I tak pernah pi pon sambutan seangkatan dengan ini.. Sebelum ni, asal nak pi je.. ingat baby kat umah.. I kan kalo boleh nak susukan baby sampai titisan terakhir gitu.. hahahaha.. Untuk menggelakkan kejadian yang sama berlaku, I pi la time mengandung nih.. Comfirm le kan takde yang nak bergayut kat I nih.. Anak2 takpe Mr.M boleh jaga.. lagipun sekejap je.. Ala, kuar umah kul 6.40pg.. balik kul 11.30 pg..




Vangga, dapat baju free, tudung free, *dapat masuk TV*.. *_____* .. huhuhuhu.. Masa pi sana tu dok usha baju2 dari kementerian @ agensi yang lain... masih lagi ditahap vangga sebab perasan, baju Kementerian I yang paling cantik..
Sehari sebelum sambutan ni, punye le tak lena tidur.. tak sabar nak tengok, cam aner le suasana kat sana nanti.. Pagi2 bangun pagi memasak le I seperti biasa.. masa masak tu, halamak aiii sunyinya.. maklum le kan hari ahad.. Kebanyakkan bangun lewat.. I je yang bangun kul 5pg.. dah macam orang nak pi berniaga nasi lemak je I.. Bunyi dari Dapur I je, dok tang ketung.. menumbuk le bagai.. Masa kuar tue sama, jalan punye le lenggang... best2, kalo macam niih le hari2 kan best..

Kami bertolak dari MOF kul 7 pagi.. sampai kat sana pon jalan masih lagi lenggang.. memang awal gile le kami sampai.. Tempat duduk pon banyak kosong.. Iyelah, majlis start kul 9 lebih.. tapi diorang datang awal sangat.. huhuhu..

Sampai2 je kat Dewan Plenari tu, terus cari tempat duduk.. Tempat kami betul2 kat depan pentas.. huhuhu.. best le.. tapi yang tak bestnya VVIP n Agung dok tengah2 nun.. bile nak tengok diorang kena tengok kat TV besar.. So, penggunaan pentas itu adalah kurang.. Guna masa Hijjaz nyanyi je, masa penutup majlis..



Bergambar sebaik sampai di PICC


Pemandangan dari PICC..

Cantik


Kontijen MOF


See.. banyak lagikan yang kosong..


Kawan dari PKP..

Faridah dari Pegawai Khidmat Pelanggan


Me


Majlis sambutan ini, best.. kalo ada peluang nak pi lagi.. tapi kena bagi orang lain yang tak pernah pi sambutan macam nih plak.. iyelahkan.. mesti adilkan.. mentang2 le dapat baju free.. takkan nak bagi orang yang sama nak pi setiap tahun kan.. kena bagi peluang pada orang lain plak.. Tak nak le ade orang komplain plak.. "asyik 'DIA' ni je yang pi".. Atau, wahhh mentang2 le die jaga kursus, die je yang pi.. biasa le kan manusia.. dah betul2 orang tak nak pi.. baru boleh bagi orang admin.. Macam kes I ni, Maal Hijrah jatuh hari Isnin.. makanya ramai yang tak nak pi, sebab dapat cuti 3 hari.. sabtu, ahad n isnin plus cuti sekolah plak tue..


Haaa.. lupe plak, ade seorang kak kat opis je perasaan I ade kuar TV.. soh kakak I tengok pon die tak jumpe I.. maklum la masuk pon sipi2 je.. hahahaha.. (Gila glamer!!)

Thursday, December 1, 2011

Check Up at 30 weeks

Semalam I pi check up.. huhuhu memula masa check tekanan darah I amatlah tinggi.. 176/80.. Nah ambik ko!!! "alamak abis le kena tahan wad.." time tu nurse cek pakai mesin... pastu relax jap... ambik lagi tekanan darah guna manual BP set, 150/90.. hahaha... dalam hati I.. abis le tido wad le I mlm nih..

Turn I punye le lmbt.. sampai klinik pukul 2.06ptg... sekali abis check up semua lagi 3 minit kul 5... haiyaaaa.. kematu bontot I.. jam dah kul 4 lebih, baru le terhegeh2 panggil number I.. Agak terkejut sebab nombor tue naik terus kat bilik doktor.. nih mesti sebab tekanan darah I tinggi tadi.. sekali doktor cek.. terus die cakap... "Aaaaa ok... takde masalah..".. fuhhh lega... terus tanye tekanan darah I.. 130/80... senyum punye le lebar.. terus suara berubah.. jadi excited!!...

Sebelum doktor panggil nombor I.. Mr.M datang ambik kete I bawa pi workshop.. Kete tue ada problem.. bile jalan slow2 die asyik semput2.. huhuhuhu.. tension je.. takkan nak bawa laju memanjang.. setelah dicek, enjin kete tue kena perbaik.. kosnya plak, makan beratus jugak la.. Tp Mr.M soh aku pkai je kete tu dulu.. lagipon pkai lagi 2 bulan je pon.. pastu, cuti berpantang pon 3 bulan.. huhuhu.. mana nak tau kot2 ade rezeki terpijak ke... ada ke??

Surat booking hospital dah 2 minggu dapat.. tapi tak berpeluang nak pi hospital lagi.. malasnya nak pi sana.. hahahaha.. kalo ditakdirkan ter'bersalin' dalam masa terdekat nih.. abis le I...

Wednesday, November 30, 2011

Check up lagi..

Hahhh.. hari ni I kena pi klinik lagi.. huhuhuhu.. tension gak, asyik2 klinik.. asyik2 klinik.. Nak wat macam kan.. kena le hadap sampai si kecik nih kuar.. Kena hadap muka2 nurse tue.. Dah le 2 hari sekali kena cek BP.. Eiii.. naik segan nak cakap ngan bos, asyik kuar je time keje.. Setakat nih Alhamdulillah.. bos faham.. selamat..

Carta gerak baby tak buat lagi.. huhuhu.. maksud I tak dicatat pon.. memang hari2 kira gerak die.. bile dah cukup je.. I stop le, huhuhu tak di catat pon kul bape cukup sepuluh kali gerak.. dasar pelesas btul aku nih..

Harap2 result petang ni ok... AMIN..

Tuesday, November 29, 2011

Cuti..

Mr.M n Thaqif tak sihat.. Terpaksa I korbankan cuti.. nak hantar diorang pi klinik sat lagi.. Pagi tadi gagahkan diri gak bangun awal.. tapi tengok keadaan Mr.M, lembik semacam je.. cian plak I tengok.. Tengok plak si bujang kecik tue.. malam tadi nafas die laju je, I pon tak cukup tido nih.. sebabnya kejap2 bangun tengok keadaan Thaqif pastu gi rasa badan Mr. M.. kalo tak pon I terkejut dengan bunyi batuk Mr.M.. die kalo batukkk.. bunyi die bergegar rumah.. nasib2..

Kalo nak ikutkan badan I.. I pon tak bape nak sihat gak.. nak bangun susah.. nak tido pon tak selesa.. maklum le perut nih makin membesar. Baby plak selalu menggeras2... huhhuhu.. bile le die nak kuar agaknya..

Menu pagi nih, I gorengkan kueh tiaw je... Nak buat rencah pon kena pilih ok... tak masukkan ayam @ udang @ sotong, sebab takut makin kuat plak batuk Mr. M nanti.. I bubuh daging je.. semalam pon pi pasar kena pilih bebtul makanan apa yang boleh Mr.M makan.. makanan apa yang tak boleh..

Sekarang tengah tunggu diorang2 nih bangun.. n nak siap2 pi klinik... harap2 orang tak ramai..

Thursday, November 24, 2011

Semalam punye cite

Kan semalam I pi cek Bp kan.. kan.. Alhamdulillah, BP I ditahap normal semalam.. 130/80.. Alhamdulillah.. suke3... huhuhuhu.. tenang je masa melangkah kuar dari klinik semalam.. Syukur pada Allah.. Nx cek up jumaat nih.. huhuhuhu.. harap2 ok mcm semalam gak.. AMIN..

Wednesday, November 23, 2011

Dup.. dap.. dup.. dap..

Mau berangkat ke Klinik sudah... wawawawa.. neves ok.. sebab nak kena cek tekanan darah I nih haaa.. Hopefully bp I di tahap normal amin.. I ni ha, 2 hari sekali kena mengadap doktor.. untuk diambil tekanan darah I.. huhuhu cukup terseksa ok, sebab nak kena mengadap doktor.. kalo tak pon nurse yang akan memberikan sedikit bebelan kat I nih haaa...

babaiiii.. Jumpe esok.. InshaALLAH..

Tuesday, November 22, 2011

Semakin hampir..

Semakin hampir, semakin kencang dada I nih.. Pergerakan semakin pelahan.. perut makin maju ke depan.. I pon tak boleh jalan lelaju, sebab semakin laju berjalan.. perut semakin bergegar.. N tempat operation dulu mule terasa sakit.. Kekadang pon, tengah duduk2 pon tetiba rasa sakit..

Bile I mengadu sakit kat Mr.M, die akan tanya le sakit belah mana.. dalam ke luar?? kalo belah dalam sebenar agak seriau le.. iyelahkan, perut yang makin tegang.. huhuhu takut..

Weekend lepas, I balik jumpa mak.. boleh plak mak I tegur.. "Anak kau kembar ke zilah??".. Perut I yang besar.. Alangkah seronoknya, bile baby ni dah kuar nanti kan.. segala kesakitan dan ketidak selesaan ni akan hilang.. InshaAllah... AMIN.. lepas tu boleh berjimba2 ngan cuti yang agak panjang.. best2..

Apa2 pon boleh jadi

Semalam Mr.M dapat mgs dari kawan rapat die.. Dia bagitau le, Isteri die merangkap kawan I jugak.. dah selamat melahirkan anak lelaki.. Huhhh agak terkejut, sebab due date die pertengahan bulan januari nanti.. sekali terkeluar awal dah.. Yang tak bestnya baby die di tahan kat wad.. Iyelah kan, tak cukup bulan + tak cukup berat.. Berat baby 1.3kg je..

Bile dengar berita macam tu, terus cakap ngan Mr.M.. "Takutnya, Barang baby kite satu benda pon tak ready lagi.." Haaaaa... baru Mr.M sedar, selama ni kalo I cakap je.. die cakap, lama lagi.. lama lagi.. Sekarang ni baru kot terasa cuak.. Terus tanya I, letak beg baby kat mana.. nak pakai yang mana.. Terus insap.. tu lah, cube dengar sikit cakap bini mu ni..

InshaAllah lepas ni, I kena lebih alert ngan keje.. Kalo boleh nak settlekan keje I setiap hari sebelum balik.. Tapi kalo diluar kemampuan I, tak bleh jugak nak settlekan.. Mcm soh isi borang dok tangguh2.. soh isi berkali2 pon, dok tangguh2.. last2, I jugak yang tertindas..

Buat opismate n para2 boss I, minta maaf le kalo menyusahkan uol's sepanjang I takde nanti ataupun yang lepas2 semasa I bercuti.. Setakat ni I dah sediakan Checklist keje I.. mana yang dah settle n mana yang belum.. huhuhu.. takut nanti ade masalah berbangkit..

Friday, November 18, 2011

Sakit Pinggang..

Hari ni I MC.. sebabnya??? sakit pinggang bawa ke peha, pastu dari pinggang bawa ke belikat.. sensara weyy.. dah tido terlentang nak mengiring, halamak.. sakit sampai menanggis2.. Tengah malam tadi plak I terjaga.. tetiba kaki I krem... huhuhuhu.. menanggis lagi..

Bangun pagi2 tadi kejutkan Mr.M, soh die gorengkan nugget untuk umairah bawa pi sekolah.. kat sekolah die hari nih ade party.. Tak pasti party ape, tapi I rasa diorang wat hari penyampaian hadiah, tapi tak buat secara besar-besaran.. cume untuk budak2 je.. sumbangan makanan adalah dialu-alukan..

I plak, bangun2 je.. terus uruskan diri sendiri.. anak2 Mr.M yang uruskan.. huhuhu.. siap2 nk ke klinik.. bile dah jumpe doktor tadi, doktor cakap mmg ada ubat untuk kurangkan rasa sakit.. tapi die tak galakkan.. sebabnya ni adalah masalah mekanikal.. hahahaha.. dah macam robot I nih..

Kandungan semakin berat, sebab tu le jadi gitu.. iyelah kan masing2 ade bahagian masing2.. yg die nih masa ngandung sakit tang ini.. yang die ini tang tu.. masing2 tak sama.. so, jgn le nak sama kan I dengan orang lain.. masing2 ada dugaan sendiri.. yang penting sekarang kena redha.. sampai le baby nih kuar.. InshaAllah segala kesakitan ini akan berlalu..

Tengah hari tadi Umairah n damia balik dari sekolah.. Teacher diorang hantar.. excited Umairah.. dari bawah lagi dah jerit... die dapat banyak hadiah.. huhuhu.. Alhamdulillah, Umairah masih lagi kekalkan kedudukan die macam 1st semesta ari tu.. tak payah le tayang gambar report kad.. takut jadi riak plak nanti.. Alhamdulillah, sekali lagi syukur pada ALLAH...

Sebabnya, I kagum ngan sorang akak kat opis nih.. keje pangkat rendah je.. Anak die punye le pandai sampai terpilih dapat biasiswa JPA untuk sambung belajar ke Luar Negara.. Tapi die humble je.. Diam je, takde pon citer sana, citer sini pasal anak die.. Bila I tanya, die kata.. tak payah le bising2.. nti jadi riak plak.. terus insap weyyy...

plan sebelum ni, esok nk kemaskan bilik untuk umairah, n nak pi beli katil untuk die.. tapi tak tau lagi jd ke tak.. sebab kesihatan I yang tak menentu.. Doktor pesan tadi soh banyak rehat.. sebabnya baby I ni selalu menggeras.. so, doktor soh dok diam2... kalo tak penting payah nak sibuk2 nak berjalan sana sini.. buat keje dalam keadaan relax.. huhuhuhu..

mana taknya, I sapu je rumah.. mainan2 yang berterabur, I minta tlg Mr.M angkat.. karpet pon soh die angkat.. baju dalam mesin pon, I cume cucikan je.. Mr. M akan tolong sidai.. kat dapur plak, Mr.M akan tolong clearkan dapur mcm cuci pinggan ke.. lap dapur.. I masak je.. selesai masak, Mr.M akan kemaskan.. huhuhuhu... bukan sebab I ngada2 ye.. Keadaan yang tak mengizinkan.. Mesti sebab die dengar doktor Jameaton nasihatkan I tadi.. Nasib le die faham.. tu le penting, time jumpe doktor die ada sama.. biar die tahu, I bukan ngada2 tapi memang betul2 sakit...

InshaAllah, kalo keadaan I ok.. Ahad ni nak pi umah member kawin.. huhuhuh.. tak sabar nak jumpe kawan2 lama.. apa2 pon InshaALLAH, selesai majlis I upload gambar pengantin ye..

Thursday, November 17, 2011

Meh sini.. nak citer sket..

Semalam I pi Klinik, cam biasa le kan.. check up bulanan.. Punye le takut masa nk pi tue.. bukan takut sebenarnya, tapi malas nak dengar bebelan nurse india tue.. cam yg I citer sebelum nih.. Huhuhuhu.. Bebelan pedas die tu akan terus menyusuk ke jantung uol's.. huhuhuhu..

Masa nk pi bukan main berdoa lagi tak jumpe dengan die.. huhuhu.. bukan setakat bebelan yang pedas tp macam2 arahan yang die akan bg.. mengalahkan doktor wokehhh.. Alhamdulillah, masa sampai kat sana.. tengok2 die kena incharge kat bhg kanak2.. terus lepas nafas panjang2... legaaaa..

Bila nombor dipanggil, harus le kena pi timbang berat n ambik tekanan darah.. Tekanan darah I semalam agak tinggi, mungkin effect dari perasaan berdebar2 tadi kot.. sila salahkan die.. kalo tak sebelum ok je.. Yang lain2 semua ok.. takde pon masalah.. Nurse yang cek I semalam, lembut je.. huhuhu.. ok sesangat.. bile tanye pon die jawab tenang je.. walaupun die dah 'cek' ramai orang..

Nurse tu bagi I surat refer Hospital sebab sebelum ni ade kes operate n high blood.. Sepatutnya kena pi hospital secepat yang mungkin tapi.. I masih lagi mencari tarikh2 yang sesuai untuk kesana.. sebab kena hangkut Mr.M sekali, kalo tak pon kena pi sebelum kul 8.. kalo tak, alamatnya tak dapat parking le.. Kete punye le banyak..

Start esok I kena gi cek tekanan darah, 2 hari sekali.. selang seli.. hari ni pi, esok tak yah.. lusa pi balik.. masak le I.. Check up dah semakin kerap.. kena pi klinik 2 minggu sekali wokehhh.. malasnya!! senang je kalo pi klinik swasta.. time malam pon boleh pi.. tanda2 semakin dekat nak bersalin.. Tapi bile memikirkan, I bakal dapat 'ganjaran' yang besar selepas kena lalui penderitaan nih.. terus rasa lega.. rindu wehh.. nak jumpe orang yang kat dalam nih.. "Ibu tak sabar nak jumpa mu nak.." Moga si kecik akan jadi orang beriman.. AMIN..

Dah 29 minggu, tapi satu barang baby pon tak siap lagi ko.. hahahaha.. sangat tenang je.. kalo sebelum2 nih dah ready dah.. takpe, sabtu nih baru nak kutip n pilih baju mana yang sesuai bagi pakai.. n kena tambah dalam sehelai 2 je.. baju akak2 n abg die ada dah.. cume kena basuh je..

Kalo sempat n larat sabtu nih nak kemaskan bilik untuk 'anak dara' kecik I.. nak soh die tidur bilik sendiri.. sebab dah besarkan.. tahun depan dah 6 tahun n 4 tahun.. Kena beli katil lagi untuk diorang.. huhuhu.. kopak2.. untuk hilangkan rasa takut diorang, kena letak tv sebijik.. haaaaa kalah bilik ibu abah die.. bilik kami pon takde tv.. ingat nak beli yang murah je.. yang kecik sekali.. plus VCD player lagi ok.. Mr.M nak beli Plasma TV.. tapi I bantah le.. sayang le bagi diorg tv memahal, sebab diorang bukan pandai jga lagikan.. beli yang gedabak sudah..

Bile dah usik 1 bilik, bilik2 yang lain jugak mesti kena ubah juga.. bilik yang kecik tue, I nak kemaskan sebab nak tukar bilik solat n bilik baju ke sana.. Kan best kalo duduk sambil tunjuk2 je kat orang.. huhuhu.. masalahnya benda nih takkan jadi.. comfirm le I pon kena terlibat sama.. sekurang2nya kena lipat n susun2 baju.. sangat m**** ok...

Semalam I call mak I.. sambil2 ngadu ngan ape yang dah jadi pada I.. Alhamdulillah, I rasa bertuah sebab masih ada mak.. Tak dapat tolong dari segi fizikal, sekurang2 die bagi moral support kat I.. I Love U mak... Tenang sket perasaan I nih.. siap ngan nasihat lagi... Pastu dapat plak dari kakak I.. lakukan benda yang sama... soh doa bebanyak.. fuhh.. lega masih ramai lagi yang sayang pada I nampaknya..

Moga2 dengan doa kalian, dapat mempermudahkan urusan n proses bersalin I nanti.. AMIN..

Tuesday, November 15, 2011

7 Tujuh bulan sudah

Pejam celik.. pejam celik.. 7 bulan sudah I usung baby ni ke sana ke mari.. kejap je.. takutnya nak menunggu bulan 1 nih.. InshaALLAH, harap2 semuanya berjalan lancar n dipermudahkan.. AMIN.. Perut I yang semakin ketat wokehh.. Bile drive plak, perut nih dah berlaga ngan stereng.. seriuss weyy, gerun je nak pusing stereng tue lelaju.. nyiluu...

Badan2 pon dah mula rase sakit2.. tak leh salah sket.. Baby yang suka mengeras, nak jalan sakit, nak duduk pon sakit.. nak baring lagi le sakit.. Serba salah rasenya.. serba tak kena.. Harap2 lepas nih, Tahap kesuburan I mengurang le gamaknya.. huhuhu.. pantang lape, comfirm lekat..

Semalam bile tengok anak2 I main2... terus... fuhhhh.. ramainya anak I... tak lama lagi tambah sorang lagi.. Sebelum tido mlm tadi pon, Mr.M dok mengira anak2 die.. ayat dia yang tak tahan.. "tahun depan lagi sorang.."... Sesuka je die, kira mengira.. I ni, asyik memboyot je.. Masuk tahun depan 7 tahun kami bersama.. 4 kali weyy I ni peknen.. isk..isk..

Rabu ni check up lagi... kena tadah telinga lagi le nampaknya, selalunya doktor ok je.. nurse je yang lebih.. bebel sana bebel sini.. bile jumpe doktor, takde pon banyak cakap.. tension.. Kalo le banyak duit, tak nak le I pi klinik gov nih.. sebabnya asyik dibebel je.. Nak je pi tutup mulut diorang masa die dok bebel2..

Doakan I ye uol's.. semoga dipermudahkan proses bersalin I.. tqvm..

Saturday, November 12, 2011

Susuan terakhir

Di'copy' dari juaimurah


terbaca di himpunan cerita sedeh...

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Wednesday, November 9, 2011

Kedai 1 Malaysia di Presint 2

I baru balik dari kedai 1 Malaysia.. Harga barang2 memang walaaaaa... Manyak mulah!!.. Tapi kena pandai pilih le.. Tapi, Kebanyakkan harga barang2 cop 1 Malaysia je yang murah2.. kalo yang cop company tu, harga die murah sket je berbanding kat pasaraya lain.. Meh I listkan ape yang murah ye.. semua nih ade cop 1 Malaysia..

1. Sardin tin Kecil - RM 1.05
2. Tisu Poket 8pcs - RM 1.20
3. Roti Wholemeal 500g - RM 2.99
4. Koko Krunch 720g - RM 4.90
5. Susu Pekat Manis - RM 1.95
6. Jem Strawberry 450g - RM 2.75
7. Minuman Coklat 1kg - RM 9.90
8. Susu Baby 300g - RM 8.90

Murah kan?? kalo pi shopping kat jusco maunya kopak 50-60 hinggit gak ni.. Kalo nak di p.k kan balik, kalo beli barang branded pon.. kompon ke diorang yang proses barang tue?? Ntah2 diorang pon beli brg murah gak, tapi di 'packing' semula n dicop company kan.. kan...? Dan jual dengan harga yang agak mahal..

Ok kepada sesiapa yang duduk putrajaya nih, n ada niat nak beli barang2 keperluan.. Kedai tu terletak kat Bangunan KPDNKK.. Berdepanan dengan MeCD..

Tadi masa I dok bz membelek barang2.. ade le dengar org bersembang... Die datang dari serdang, semata2 nak shopping barang2.. huhuu punya le jauh.. I plak, jalan kaki je ngan opismate.. takkan tak boleh pi kot..dokek jo...

On the way balik, I singgah plak kat Bhg Pinjaman Perumahan.. kat sana ade jualan.. huhu.. tengah2 takde duit ni, boleh plak diorang buat jualan.. buat le time2 gaji nanti.. kopak lagi.. sebab I rembat botol air Tupperware.. hahahaha.. tang menghabiskan duit bagi kat I...

PA

Semalam I ganti tempat PA.. Nasib le hari jumaat lepas I dah settlekan semua keje I... Kebetulan keje tak bape nak ada.. bukan takde ye, ade..tapi ciput.. sebab 2 org bos I bercuti.. Takpelahkan.. dah tugas I kan.. so kena le ikut arahan..

Bos yang I ganti semalam, sebenarnya ok.. Tapi time masa die hangin.. kena le tadah telinga.. Hangin kat orang lain, tak pasal2 I plak yang kena.. Tapi takpe, nama pon bos kan.. I buat muka selamba jelah,Tadah jelah telinga.. Takut sebenarnya, tapi balik kat tempat duduk.. Selawat bebanyak, supaya marah die tak berpanjangan.. Alhamdulillah, pastu I masuk bilik die.. Die dah ok..

Petang plak, I kena sekali lagi.. tapi kali ni lebih lembut marah berbanding tadi.. Lama gak la I berdiri.. dengar keluh kesah yang die keluarkan.. kategori nasihat la kepada I.. insap weyyy.. insap 2 minit.. pada awalnya, die macam tinggi suara kat I.. tapi I senyum je.. terus die suara die kendur...

Pada I, Sebenarnya die ok.. Tapi I kena ikut je rentak die macam aner.. kalo die kelam kabut cari officer ke hapa.. I pon kena kelam kabut sekali.. huhuhuhu.. selama 4 tahun I disini.. ke5-5 bos I pernah jaga.. 5 karektor jugak lah I jumpa.. Tapi Alhamdulillah, semuanya ok..

Kepada 'bos' yang I jaga semalam.. terima kasih atas semua tunjuk ajar mu.. Pengalaman mematangkan fikiran.. huhuhuhu.. walaupun pahit ku telan jua.. Ada satu perkataan yang I pegang n simpan dalam hati I.. mungkin boleh jadi panduan kelak..

Friday, November 4, 2011

Raya Qurban

Ahad ye kite raye.. Tapi hari ni kat opis I nih, dah sunyi.. Opismate pon ramai dah cuti kot.. Mr.M pon dah beriya2 nak balik kampaung die.. patutnya sekarang ni turn I balik kampung.. Tapi die dah berkeras sangat nak balik kampung die.. I ni redha jelah kan.. malas nak cakap bebanyak.. Tempat isterikan disisi suami.. Harus le ke mana die pegi, I mesti Ikut..

Lagi pon cian kat anak kan.. bayangkan kalo I pon berkeras nak balik kampung.. Mr.M kata, I boleh balik kampung.. tapi die hantar je.. I tetap nak balik perak.. huhuhu.. tak bleh bayangkan, macam aner anak2 I nanti.. asyik tanya abah die.. Kena le I beralah.. ala, takpelah.. kalo kat kampung I pon sambutan die tak semeriah kat kampung Mr.M.. Mr.M rajin pi tolong orang qurban.. makanya dapat le sekilo dua daging n tulang.. Kalo kat kampung I.. Die segan nak pi tolong.. dah le balik sekali sekala kan..

Sebelum balik ke kampung, I dah download siap2 citer kartun.. sebabnya, I tak nak le anak2 boring ataupun terlalu lama main kat luar.. sebab Sungai perak ade kat belakang rumah mentua I.. risau!! dah le takde pagar.. nanti, daripada main kat depan.. melarat plak main kat belakang.. Sungai die dah le besar.. I tengok pon gerun.. bile kite dok tengok seberang sana, Orang die kecik je..

Ok lah... Kepada semua Umat islam, dikesempatan ini.. I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. Semoga Selamat dalam perjalanan pulang ke kampung n ke sini semula.. Berpada2 makan daging.. takut overdose nanti.. tak pasal je tekanan darah naik.. ok ye... I nak minta maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut, jika sebelum2 nih ade n3 I yang membuatkan uol's terasa n tersinggung..

huhuhu.. dah excited nak mulakan perjalanan pulang ke kampung le nih.. Hari ni I half day.. harus le nak angkat kaki jap lagi.. Boss pon dah berikan keizinan... huhuhu.. hoooreyyyy.. Balik kampung.. balik kampung...

Wednesday, November 2, 2011

Macam2 citer

Lama dah tak update n tak bukak blog.. Agak bz kebelakangan nih, bukan setakat kat opis je yang banyak keje.. kat rumah pon sama.. Kalo nak ikutkan, sekarang pon tengah ada keje.. tapi ambik masa dalam 10 minit nak update blog jap..

Hari ni hari akhir anak I, Umairah exam.. Setiap malam I kena mengadap die baca buku.. Alhamdulillah, setakat nih die rajin membaca.. Syukur pada ALLAH.. harap2 sampai bile perangai die macam tue.. Sangat excited nak dapat No.1!!.. Alhamdulillah sekali lagi..

Semalam, sampai je rumah, die bagitau kat I hari ni die exam 'Chinese'.. oooo, semangat!! tak sempat ibu nak letak beg.. Dan malam tadi, bile die bukak je buku 'chinese'.. I dah menguap lebar2... Ape ke benda cacing yang ditulis nih.. tapi masih cover, sebab tak nak cut semangat die nak membaca..

Seriusss, aku tak tau nak ajar die ape.. Risau je I.. Tapi bile die mula je membaca, hati I berbunga2 walaupun I tak tau.. Betul ke tak die baca tu.. Die baca plan2, kadang2 berhenti lama.. agaknya die nak ingatkan balik ape yang die belajar kat sekolah.. Tengok die macam tu, terus I usap2 kepala die.. sambil cakap.. "Kakak, Ibu tak tau nak ajar akak.. Tapi Ibu tau anak Ibu ni pandai... Kan akak dah belajar kat sekolah..."... Bile dengar I cakap macam tu, die teruskan membaca dengan lebih semangat lagi.. huhuhu.. Alhamdulillah...

Damia plak, sibuk mengadap sekali ape yang akak die baca.. kadang2 die rebutnya buku si kakak.. Macam berminat je.. Takpe, kalo ade rezeki lebih.. tahun depan Damia pon akan ikut jejak langkah akak die... pi sekolah... InshaAllah..

Pasal pengasuh plak.. Start semalam, Mr.M dah setuju nak pi keje lambat sket.. Tunggu I balik dari opis, baru die pi keje.. Sebabnya, kami dah sepakat tak nak hantar anak kat pengasuh.. Dengan keadaan I berbadan dua ni, I tak nak cakap banyak2.. bila tak puas hati, baik I cakap ngan Mr.M je.. ataupun lebih baik diamkan diri je.. Tak nak tambahkan dosa yang sedia banyak nih..

Lagipun tak lama dah, Bulan 1 nanti, InshaALLAH I nak antar Damia sekolah.. I pon tak nak peningkan kepala.. Tak nak le baca mgs komplain2 itu n ini time2 keje.. buat kepala serabut!!.. dah le nak mengadap keje lagi.. Pastu jumpe pengasuh die cakap lain.. bile tanya anak I, cakap lain plak... Nak caya yang mana?? budak umur 3tahun lebih ke, atau pengasuh?? hahahahah sendiri jawab...

Isnin lepas plak, CC I dah pencen.. huhuhu.. lepas ni takde le orang datang bertandang kat tempat I.. sambil2 citer psl anak2 n laki memasing.. huhuhu.. nak2 time petang.. mata dah mengantuk, so, harus le die berjalan kat tmpat I.. Gambarnya??? nanti le kalo I rajin, I tepek!!..

Ade lagi rasenya, citer yang tertinggal.. tapi... keje dah menanti.. harus lah berhenti setakat ni saja.. kalo rajin n ada masa.. I update lagi yerkkk..

Thursday, October 27, 2011

N3 tertangguh : Seminar Keluarga Komuter

Waaaa citer ni dah basi.. Seminar nih berlangsung pada 19 oktober Kat Seri Pacific Hotel, dulu dikenali Pan Pacific Hotel.. tapi I baru ade peluang nak tepek.. Bz le u'ols.. Mane ngan anak masuk wad lagi ari tu .. takde mood nak wat ape2.. sekarang, Alhamdulillah, sekarang Thaqif dah beransur baik.. so, ibu die dah boleh menggumbirakan hati seperti biasa.. Syukur pada ALLAH.. huhuhu..

Ape2 pon, seminar ni best n tak memboringkan.. sebabnya, banyak dengar cerita dari pengalaman pasangan yang berjauhan, disebabkan kekangan kerja... si bini dok selatan, si laki plak dok utara.. huhuhu.. sungguh mencabar!! husband n wife hanya dihujung minggu... ade 2 plak jumpe hanya sebulan @ 2 bln sekali.. Bagi keinsafan pada I ni, bersyukur le dengan keadaan sekarang.. Selepas ni tak leh nak komplain2 mr.M sangat, sebab dia selalu balik lewat malam.. kekadang2 masuk ke pagi baru die balik.. sekurang2nya, bile terjaga die masih ade lagi disebelah I.. Bile anak sakit, die boleh membantu.. hantar anak pi klinik sesama..



Di dalam dewan

Best ye, sebab dapat jumpa Dato' Sharizat

Gambar dari jauh..


Tak sah kalo tak ambik gambar makanan..

Tapi pinggan isi nasi n lauk2 lain lupa nak snap. Sebenarnya time ni I dah selesai makan nasi.. tapi, tetiba hotel tu kuar kan udang besar2 gedabak.. hahahaha.. harus le diambik.. buat pencuci mulut.. Sembang2 ngan member, kalo beli harga die RM4+.++ sekilo.. harus lah kan.. anak I tendang2 nak makan udang tue.. hahahaha.. cian si anak..


Dessert..


Gambar ngan Dato' Sharizat



Ni plak ngan Dato' Nafsiah Omar

Wahh kiri kanan orang ternama.. vanggaaa.. vangga..



Selesai sudah.. lepas ni tak payah pi kursus lagi... kursus I dah cukup dah.. hahahaha.. nak kumpulkan untuk tahun depan plak..

Wanita n Emas

Hujung bulan ini, CC kat opis I akan bersara.. Oleh kerana itu, I n Opismate telah buat satu kejutan untuk dia... Usaha mengumpulkan dana untuk memberikan sesuatu kepadanya sebagai kenangan2 semasa di MKD ni... Memulanya ingatkan nak beli telekung je.. tapi benda nih dah merebak ke bos2 besar.. makanya collection agak banyak, so macam tak berbaloi je nak beli yang kecik2 kan..

So, hari selasa lepas je balik keje... zasssss terus ke Poh Kong, tak nak pegang duit orang lelama.. Masa dok telek2 tu.. terkenan le dengan sebentuk cincin ni.. bile tengok harga.. feluh2.. mahal nak mampus.. overburget sudah.. tapi bila ditawar2.. dapat le harga yang diburget..

Ok ye.. kepada yang menyumbangkan dana.. kalo nak tau bape harga die, boleh rujuk kepada En. Rashdan... PAK(I)..

Layazzzzzz...











Hadiah telah dipasskan kepada empunya diri.. Nampaknya dia suka n happy bile dapat cincin tu.. Berbaloi2....

Monday, October 24, 2011

Thaqif Warded

Selama ni I dok dengar orang lain masuk wad.. atau anak2 member masuk wad.. tapi kali ni I merasa gak jaga anak yang tak sihat n ditahan kat wad.. Kalo tanye perasaan I memang le syahdu n takde mood.. Sampaikan handphone pon malas nak jawab.. mgs pon tak dibuka. I akan jawab bile Mr.M yang call.. Adik beradik pon dok complain, I tak jawab telephone.. makanya diorang kene le call Mr.M kalo nak tau perkembangan Thaqif.. Bukan I sombong ok.. Tapi I takut, kalo2 hospital tu banjir nanti.. hahahaha.. awal2 pagi dah banjir, sebab I call mak.. memula tu ok je, bile mak cakap je.. 'sabar bebanyak, ni dugaan kau..'..... waaaaaaaa...tak leh tahan ok airmata ni.. laju je die mengalir.. bile toleh je kat katil2 lain.. mak2 lain pandang je I.. Masa Kak long call, I tak leh cakap dah.. terus cakap ngan die.. I tak leh dengar suara die.. sebak..

Masa jage anak I, opkos le masa tidur tak cukup.. Setiap 3 jam kena ambik sabutamol n normal saline.. Kena wat nebulizer untuk Thaqif.. Alhamdulillah, masa sedut gas tue.. die dok diam je.. memula tue ade gak die nak cabut.. tapi I pujuk die, sayang2 die.. lepas tue, baru ok.. Tak pernah cabut salur oksigen @ mask nebulizer tue..

Alhamdulillah, senang nak jaga die.. Sebab masa kat wad die sangat2 behave.. Dengar je ape kata I.. Rasenya, masa kat wad tue.. I paling banyak bercakap dengan anak.. huhuhu.. mak2 lain diam je..

Ok ye, I citer kan dari mula.. macam maner boleh masuk wad..

Khamis, sebelum gi seminar 'Keluarga Komuter'.. I tengok Thaqif nyer dada, laju turun naik.. I dah mule risau.. Terus cakap ngan Mr.M, I nak antar Thaqif gi klinik.. ambik nebulizer, n I soh Mr.M uruskan anak2 yang lain.. Terus, zasss gi ke klinik.. sampai klinik Mediviron, doktor bagi nebulizer pastu doktor pesan.. kalo tak ok gak, nanti petang kena datang balik.. Tengok keadaan die lepas ambik gas.. semakin ok.. dengan senang hatinya, I gi le ke seminar tu..

Lepas seminar , dapat mgs dari pengasuh. Die kata Thaqif, macam tak ok.. nafas laju n die demam balik.. Terus I bergegas balik.. Ambik die n bawa gi Klinik Jameaton. Kat sana die kena sedut gas lagi sekali.. Tapi masih lagi keadaan die tak ok.. n dapat surat refer ke Hospital Putrajaya.. Tapi Mr.M kata, kalo nak gi hospital.. nanti kite gi malam lah.. Sampai je rumah, terus tukar fikiran, I nak try bawa Thaqif balik kampung dulu.. gi berubat kat seorang ustaz nih..

Huhh.. sampai sana, tengok nafas die makin laju.. Tak leh jadi nih, kena bawa gak gi hospital.. Sampai kat Kecemasan.. Terus masuk kat Zon Kritikal, doktor bagi oksigen.. Terus kena tahan wad..

Malam pertama, Thaqif tidur pukul 3.++ pagi.. I plak, tidur pukul 4.++pagi.. Kepala I ting tong, sebab tak cukup tidur.. Bangun plak pukul 5.30pagi, terus mandi n solat subuh sementara Thaqif masih tidur.. Sebab I takut, die menanggis kalo I takde kat die..

Dalam kul 6 lebih, Thaqif kena ambik nebulizer.. n lepas tue terus die tak tidur.. I tukarkan baju die.. n Bawa gi bilik air, bersihkan 'b._._d' sebab nak tukarkan pampers die.. balik je dari bilik air, terus die gigil2 sampai biru kuku tangan n kaki.. bile cek suhu badan die.. memang tinggi la.. 39.1 kalo tak salah aku.. Tunggu doktor pakar datang, n doktor 'on' kan antibiotik die.. sebab demam die on off.. N Doktor suspect Thaqif kena jangkitan kuman kat paru2..


-Nebulizer-



Malam kedua (sabtu) di hospital, Thaqif mengamuk2 sebab die nak tidor atas lengan I macam kat rumah.. huhuhu.. harus le tak boleh kan, katil dah le kecik.. kang tak pasal roboh plak katil tue nanti.. puas gak la nak pujuk die soh diam... tapi lama2 I pujuk2 n tepuk bontot die.. terus lena.. tapi, bile die terjaga.. terus cari I.. Masa tue I tidor pon tak lena.. sebab takut nanti, die panjat katil tue sebab nak datang pada I.. Masa nak tidur tu, I siap berdoa lagi.. jangan le I tidur lena.. jangan le anak I panjat katil ni.. lagi pon, setiap 3 jam Thaqif kena ambik nebulizer..

Paginya plak, I bangun pukul 5.30pg.. mandi2 n siap2 solat subuh, sebab pukul 6 nak bagi Thaqif sedut gas lagi.. Pukul 8 pg, I kejutkan die.. siapkan Thaqif, lap2 badan die n tukar baju die.. Masa tu Alhamdulillah, Thaqif dah tak demam.. die plak dah semakin aktif.. tak nak dok atas katil dah.. die nak jalan2 sambil tangan letak belakang..macam orang kaya.. huhuhuhu..

Alhamdulillah, masa doktor pakar round2.. die tengok perkembangan anak I.. n dia bagi kuar wad sebab kesihatannya dah ok.. die pon dah semakin aktif.. Tapi kena continue antibiotik selama 6 hari.. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa I.. supaya Thaqif cepat sihat..

Balik je rumah.. terus baring2.. sebab badan I terasa penat.. kaki pon bengkak, sebab I tidur kaki tergantung.. kepala pon fening sebab tak cukup tidur.. Alangkah nikmatnya dapat tidur sambil luruskan kaki..

Tuesday, October 18, 2011

Nasib.. nasib..

Pepagi lagi dah cakap pasal malang kan.. huhuhuhhu.. sungguh tak bagus.. takde 'ong' kate orang cina. Ni nak citer le pasal drive masa nak pi keje tadi. Susur masuk ke Putrajaya dari rumah I, memang le 'jam' pepagi.. Tapi bukannya 'jam' yang tak bergerak.. bergerak tapi pelan2, tapi kalo dah biasa guna jalan ini, memang tau le lane mana yang tak 'jam'.. opkos le lane paling kanan.. selalunya lane tue akan terus lancar, cume sesekali je lembab..

Tengah2 sedap menekan pedal minyak sekali kereta Myvi putih.. WQS.... tetiba brek... waaaahhhhh... Nasib le sempat... huhuhuhu.. kalo pi cek B/P comfirm melambung tinggi.. Laju jantung I, dup dap.. dup dap.. Tapi tak leh salahkan die, die pon mengelak dari langgar kereta depan..

Nasib la, kalo tak mesti kena EL.. Pastu comfirm le kena dengar ceramah free ngan MR.M... huhuhuhu.. bumper Myvi, setahu I le kan.. Mahal.. kopak le jugakkan.. ke tak mampu nak belikan.. huhuhuhu...

Oh ye, Mak I sibuk soh bersalin kat private.. sebab I pernah cakap ngan die nak bersalin kat sana.. huhuhuhu.. Duit untuk itu, memang dah ade.. tapi sayang le plak kan nak bawa kuar duit.. fenat2 kumpul, last2 cepat je nak abis.. huhuhu.. macam tak jadi je nak bersalin private.. I nak bersalin kat gov je.. senang n jimat.. Kan best kalo Hospital Gov. boleh bagi epidural... wahhh.. harus lah setiap tahun I bersalin yee... hahahaha..

Bile dengar2 berita kawan seperjuang dah selamat melahirkan, alamak.. bestnya.. mesti die tengah bersenang lenang sambil jaga baby... hahaha.. tak sabar nak lalui saat itu.. huhuhu..

Monday, October 17, 2011

Isnin Punye citer

Alhamdulillah, Selamat gak sampai opis.. Pagi tadi, kereta tak leh nak start.. Nasib Mr.M ade, so boleh le die godek2 kereta tue.. Masa tunggu die godek2 kereta tu, sempat le lagi buat air n breakfast ngan anak2.. mmm.. bestnya menikmati biskut cicah milo ngan anak2.. baru nak suap ke mulut, anak2 dah minta.. huhuhuhu.. Dasar ibu, kena le berkorban kan.. kan.. kan..

Ok lah.. jumaat nyer citer, Buku yang dipesan dah pon sampai ye.. betul2 time I nak balik.. wahhh berbunga2 hati I.. Esoknya (Sabtu), baru I bagi pada Umairah.. Punye suka die, senyum sampai ke telinga.. Aktiviti sabtu plak, Kami se'family' kuar gi jenjalan.. Ke mana lagi kan, opkos le Jusco.. punye lah lama kami kat sana.. puas jalan2, semua ceruk kami jelajah..

Masa nak balik tu plak, Umairah cakap "Ibu, Dah lama tak makan KFC..".. Huhuhuhu.. Pada hal baru je I rase makan benda tue.. Dasar anak, Kalo cakap awal2 kan senang.. dah nak balik baru nak cakap.. Takpelah, hujung minggu ni.. InshaALLAH...

Thursday, October 13, 2011

Sedang menunggu

Tak sabar nih, tengah tunggu parcel dari Juaimurah, barang yang di beli dari sana semalam.. memandangkan anak I 'Umairah Maisarah' tengah xcited membaca kan, harus lah ditambah minatnya itu.. Beli buku pon ikut minat die.. Die kan minat ala-ala princess2 ni.. kena beli macam gitu gaks..

Huhuhu.. kembang kuncup hidung I, bile die baca buku english.. Tapi, bila part yang die tak bleh baca atau tak tau makna.. Mesti die refer pada I.. wahhh.. kalo yang senang2 tue.. senang je I jawab.. bile tang susah tue, kelam kabut le I cari kamus..



Ce teka.. ce teka.. I beli yang mana???










Iyeeee... nih die buku yang I beli itu..


1 Buku ade 4 citer..
Ni die lagi 1..


Wah.. menarik!! ibu die yang excited!!











Comfirm le I yang kena baca kan ye.. huhuhu.. takpe demi anak..




Ooo yee.. Sejak2 peknen nih suke bebenau minum air ber'kafein'.. Kalo tak peknen comfirm I muntah, tapi masa peknen nih Ok je.. relax je.. huhuhu.. macam2.. Sebenarnya I nak citer, opismate I wat air nescafe kat pantri.. wahhh laju je I gi ambik... hahahaha..Tak tahan ko bau die..


P/S: kebelakangan ni, blog2 yang I selalu gi sunyi.. n tak ber'apdet'.. nape ye.. mane ye semua blogger2?? bz kah korang?? sampai sekarang, I tak leh bukak blog 'princesstortoise'... kenapa ye?? Kalo Intan terbaca blog I ni.. tolong ye.. bg add baru kat I.. tak best le miss contact gini..

Tuesday, October 11, 2011

Makanan dalam Pantang

Xcited gile, baru je 23 minggu dah google menu masa berpantang nanti.. Saje2 nak elakkan dari makan nasi.. huhuhu.. boleh ke gitu?? Tujuan utama nak kuruskan badan + bagi bdan sihat dengan cepat.. pastu boleh le gi window2 shopping.. wakakaka.. Mcm le Mr. M bagi je..

Lebih kurang 3 bulan je I nak bersalin dah kan.. harap2 semmua berjalan dengan lancar n semoga dipermudahkan urusan..

OO yeee.. masa I bersalin kan Thaqif, kan I kena ceaser.. Bile lepas kuar bilik operation, dengar orang sebelah katil (baru lepas bersalin gak) bercerita ngan sedara mara die.. alahai senang gile die bersalin.. Die citer, dtg2 je dah bukak 9cm.. tak lame lepas tue terus bersalin.. wahhh.. koyak tak banyak sket je.. Bile dah banyak kali orang datang nak die dok citer pon banyak kali.. waaahh tension!!!!

Harap2 lepas nih urusan I dipermudahkan bersalin.. AMIN..


-breakfast-
- biskut 4 segi
- white bread / wholemeal bread
- cereals (cornflakes with milk)
- milo suam (but, there's some people yg tak sesuai.. sembelit katanya!) / susu suam (best option)


-lunch-
- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah
- steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- ikan panggang berkari
- ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- daging goreng halia & black pepper
- ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam- isi ayam goreng halia & bijan
- kerabu pegaga- sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot


-tea time-
- sama macam breakfast -Dinner- sama macam lunch



-RESEPI

1. SUP IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH

bahan-bahan:
-airhalia, bawang merah, bawang putih
- ditumbuk daun sup
- ikan

cara-cara:
-masukkan air dengan bahan2 yg ditumbuk, masukkan sedikit garam, setelah mendidih masukkan ikan & daun sup.


2. STEAM IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH / SALMON

bahan-bahan:-
ikan
halia
daup sup
tomato

cara-cara:-
letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan & steam sampai ikan masak.


3. SINGGANG IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH

bahan-bahan:-
air
bawang merah,
lengkuas - dihiris
serai
asam keping
ikan

cara-cara:-
rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yg sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping & sedikit garam. bila dah mendidih, masukkan ikan.


4. IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH / SALMON PANGGANG BERKARI

bahan-bahan:-
serbuk kari
serbuk kunyit
serbuk lada hitam
ikan

cara-cara:-
gaulkan semua bahan diatas bersama sedikit garam, lumurkan diatas ikan & panggang - boleh diletak atas dapur sahaja / dalam oven.


5. DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER

bahan-bahan:-
daging
bawang putih,
bawang besar,
halia - dihiris
serbuk lada hitam
minyak bijan

cara-cara:-
tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan. masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.


6. IKAN BILIS GORENG

bahan-bahan:-
ikan bilis
serbuk / biji lada hitam

cara-cara:-
goreng ikan bilis sampai garing, angkat & toskan minyak. Kemudian tumbuk ikan bilis bersama lada hitam.


7. ISI AYAM GORENG HALIA & BIJAN

bahan-bahan:-
isi ayamhalia - dihiris
bijan - disangai / digoreng tanpa minyak

cara-cara:-
tumiskan halia yg dihiris dengan sedikit minyak, masukkan isi ayam. Setelah isi ayam dah masak, masukkan pula garam & akhir sekali bijan yg telah disangai.


8. KERABU PEGAGA

bahan-bahan:-
lada hitam,
bawang merah,
ikan bilis - ditumbuk
ulam pegaga

cara-cara:-
tumiskan semua bahan yg ditumbuk (lada hitam, bawang merah, ikan bilis) dengan minyak yang sedikit. dah garing, masukkan pegaga (sekejap je) & sedikit garam.


9. SUP SAYUR - SAWI BUNGA / LOBAK PUTIH / KAILAN / CARROT

bahan-bahan:-
sayur
air
bawang putih
daun sup
minyak bijan

cara-cara:-
tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan air, sedikit garam & sayur-sayuran. masukkan juga sedikit garam. setelah mendidih, masukkan daun sup & titiskan sedikit minyak bijan.


* bagi yg bersalin caeser, buah yang bagus untuk dimakan ialah orange (Insyaallah, cepat sembuhkan luka)

Monday, October 10, 2011

membizi

Hari ni I bz ye.. Baru dapat berhenti dari wat keje.. fenat wokeyyy!! hahahaha.. ntah ape2 ntah.. Hari ni tarikh akhir untuk pengemaskinian maklumat berkursus.. Pepagi lagi, datang2 je dah scan semua borang yang diorang bagi kat I.. yang feliknya, dah lama dah bagi masa nak isi borang nak hantar.. tapi masih gak ramai yang tak hantar.. tension.. disebabkan diorang lambat hantar, keje I yang tertangguh..

Waaaa... nanti kalo I tak update report kursus, I gak yang kena.. huhuhu.. menguji kesabaran betul la.. Pastu boleh plak persoalkan 'kenapa plak calonkan die gi kursus??'.. Nampak je senang, tapi nak kena jage hati bos n kwn2 opis bukannya senang.. fening2... Tapi, sekarang nih I ikut je apa yang bos soh.. orang yang 'kena' tu, kalo nak marah2 pon I dah tak kisah.. Janji tugas I dah settle..

Petang nih masa untuk settlekan keje yang tak bape penting.. huhuhu.. wlau/pon tak bape penting tapi tetap kena settle kan.. huhuhu..

Wednesday, October 5, 2011

Anak demam

Anak I Thaqif... demam plak kali ni.. ari tue baru je cirit birit.. ni ha demam plak.. Semalam balik dari keje je, pengasuh bagitau.. badan Thaqif 'deda'.. Sekali I dukung.. I terus cakap..

"Ini bukannya 'deda' dah nih.. ni dah demam ni.."

Huhuhu.. Takpelah, pengasuh anak I nih baru dapat anak sorang.. Cian tengok die lembik je.. Duduk atas pangkuan I.. Pastu boleh plak die ngadu.. "akit" sambil tunjuk kepala.. I plak, paham le.. sakit kepala mungkin.. I pujuk2 bagi makan ubat.. Nasib baik lah, die mudah makan ubat.. kalo dulu memang kena pegang bagai.. skrg nih dah tak kisah..

Hari ni plak, tak berani nak hantar umah pengasuh.. buatnya die terleka kang.. Tak pasal!!.. Pesan ngan Mr.M soh jaga elok2.. Tengahari nanti I take over plak.. InshaAllah kalo takde aral melintang, Mungkin I plak yang jaga die..

Malam tadi, Alhamdulillah die tido awal.. Tapi masa abah die balik, terus bangun.. Abah die panggil tido sebelah pon tak nak.. Nak tido sebelah I jugak.. atas lengan lagi.. Bagi makan ubat sekali lagi n bagi susu.. hisap susu dah le sket.. pastu muntah plak.. huhuhu.. terpaksa le masukkan ubat ****** plak.. memang dugaan.. Cuti I dah le tinggal sket..

Harap2 Thaqif cepat sembuh.. rindu nak tengok die berlari2an ngan akak die.. Kalo petang nih tak baik gak.. Terpaksa le usung die ke klinik..

Monday, October 3, 2011

Anak

Kadang2 bile tengok keletah n perangai anak2, mendamaikan jiwa.. menghilang stress.. tapi kadang2 jadi berangin plak bile tengok perangai diorang.. huhuhuhu..

Anak I yang 1st, sebenarnya selalu meringgankan beban I.. kalo adik2 buat sepah, dia akan tolong I kemas.. selalu tutupkan tingkap bilik I.. Selalu tolong I jaga adik, bile I tengah sibuk memasak.. padahal umo die baru je 5 tahun.. bile diceritakan balik, hati I jadi tersentuh.. Kalo die ade depan mata I, I nak ucapkan terima kasih bebanyak pada die.. Tapi, memang I biasakan ucapkan perkataan itu pada die, bile die tolong I wat keje.. Kalo I terlupa plak, die akan ingatkan I..

Alhamdulillah, IQ die pon ok.. bile belajar cepat dapat.. tapi satu je perangai die yang tak boleh ubah.. BERAT MULUT.. kalo orang tak kenal memang lah takkan dengar suara die.. Kadang2 cikgu die ade komplain kat I.. bile die membaca, suara die amatlah slow.. I pon tak tau nak wat macam aner dah.. banyak kali pesan, soh cakap kalo cikgu tanya.. kalo salah takpe, bukan cikgu nak mare pon.. tapi die masih gak macam tue.. Kalo kat rumah, jangan citer lah.. suara die adalah juara.. huhuhuhu..

Yang 2nd plak, berbeza dengan si Kakak.. Banyak mulut, bile die tanya.. memang susah nak berhenti.. pastu tanye banyak kali plak.. huhuhu... pertanyaan yang tak pernah miss ditanya pada sesape pon.. "Ibu, esok ari ape??".. Kenalah ibu die jawab... malam nanti, masa nak tidur tanya lagi.. huhuhu.. Alhamdulillah, die pon cepat belajar.. ape yang kite ajar cepat dapat.. Sekarang ni, die dah pandai kira dalam bahasa english n mandarin.. mungkin sebab die selalu dengar kakak die mengira kot..

Tapi dari pemerhatian I, kalo Mr.M bergurau ngan I.. I wat2 minta tolong, cepat je dia n Thaqif datang tolong.. huhuuhu.. kiranya Mr.M takde kawan la time tu.. hahahaha.. Damia seorang yang aktif, tahan lasak n berdikari.. susah nak menanggis kalo ape2 yang jadi kat die.. InshaAllah, kalo takde aral melintang.. tahun depan ke sekolah le die.. Tapi macam aner le cikgu2 nak ajar die nanti?? cakap pon pelat.. Kadang2 I pon tak paham dengan apa yang die cakap.. n seperti biasa kakak akan jadi translator.. hahaha..

Yang 3rd plak, setakat nih I tengok die lagi manja dari kakak2 die.. tapi tak tau le kalo adik die ni dah kuar nanti macam aner kan.. Harap2 die akan jadi macam Damia.. berdikari.. Sekarang ni, Thaqif dah pandai cakap sket2..

Kalo I bagi die makan, die takkan lupe cakap "mmm dap mmm" so sweetttt..

Tak lupa baca doa sebelum makan.. walaupon hanya kuar, perkataan 'Allah..'

Bile tengok I ambik wudhu', die pon same nak ambik wudhu' huhuhu..

Lagi ape ye?? banyak lagi sebenarnya, tapi nih je yang I ingat..

Anak yang 4th ni, tak tau lagi macam plak perangai die.. tapi, setakat nih die rajin main bola kat dalam perut nih.. Terutamanya dimalam hari.. wahhh.. seronok je bile rasa die tendang2.. Harap2 dipermudahkan urusan mengandung n bersalin..

Kepada semua readers... Tolong doakan keselamatan saya semasa mengandung n bersalin nanti ye.. Jasa kalian, hanya Allah boleh membalasnya..

Friday, September 30, 2011

Kena Tanggung

Sedar tak sedar, kandungan I dah masuk 22 minggu.. maknanya dah 5bulan setengah le sekarang nih.. lagi 3 bulan setengah Insha Allah, nampak le hasilnya nanti.. Pada keadaan ni, banyak yang I kena tanggung.. bukan I saja, tapi kebanyakan ibu2 mengandung akan merasakan 'penderitaan' ini. ahaksss...

Macam-macam benda I tak leh makan.. Makanan2 berlemak plus berminyak.. waaa.. kalo time tak peknen comfirm blh kurus kot.. Nasi pon, kadang2 tak leh terima tekak gak.. Dalam sehari tue makan nasi 1 kali sehari.. dan kadang2 nak tengok nasi pon tak lalu.. Kalo time tak peknen, pagi.. ptg.. mlm I pulun nasi..

Nasi2 yang dikira feveret pon tak masuk, cam nasi minyak, beriyani dan semua le nasi yang ditumis.. dengan bunga lawang la, bunga cengkih lah..

Lauk2 plak, semua lauk2 yang menggunakan santan.. waaaa.. feveret tu.. masak lemak pon dah lama tak masak.. Kari pon same.. membeli pon cube jauhkan makanan itu.. Sekarang, kat umah I banyak masak lauk rebus2 n goreng2 je.. macam orang sakit dah..

Weekend ni.. sabtu n ahad ade majlis kawin plak tue.. kalo le takde nasi putih, comfirm le I tak makan.. Macam minggu lepas pon ade attend majlis kawin, tapi ada nasi putih.. waaa.. selamat.. Lauk pon I tak ambik jenis bertumis guna rempah2.. I ambik, ayam goreng + ulam + Sambal belacan.. Yang bestnya bila ade majlis2 macam nih, selamat le I dari turun ke dapur.. huhuhu.. dapat rehat sket.. hahahaha.. sukenyaaa...

Teruk punye cerewet sekarang nih.. Kalo2 selera nih boleh di maintain sampai lepas bersalin kan elok.. boleh le kuruskan badan sket.. huhuhuhu.. Sekarang ni, kalo I langgar pantang2 ni.. macam aner lajunya I makan, macam tu juga lah laju die kuar balik..

Malam tadi sembang2 ngan Mr. M. Die soh I cari pembantu masa I bersalin nanti.. dah lama dah dok tanye2 kat orang2 taman.. tapi takde respon buat setakat ni.. Kalo orang indon senang je carik.. Tapi I nak cari orang melayu.. Surirumah2 kat taman I, kebanyakannya mengasuh anak orang.. macam aner nak keje plak kan.. Mr.M kata takpe, kalo takde orang nanti die yang akan jaga I.. bestnya, I lagi suke die ade kat umah..

Ala paling lama pon die jaga 2 minggu je kot.. sebab lepas tu.. mungkin I dah kuat sket. n boleh le uruskan diri sendiri n baby nanti.. Keje2 umah die kena settlekan lah sebelum gi keje.. Ade gak terp.k nak balik berpantang kat umah akak I.. tapi cian ngan Mr.M n Umairah kena tinggal nanti.. huhuhu, takpe lah.. I kena berkorban le sket.. susah time pantang.. Jage diri sendiri.. hahahaha.. oo ye, kali ni cuti bersalin lame wwwwooooo.. I like.... 3 bulan weyyy... boleh le berjimba2.. hahaha..

Thursday, September 29, 2011

Bercampur baur..

Hero ku cirit birit... cian weyyy... Asal kentut je kuar kuning2.. Puas I kaji ape silapnya.. tanye pengasuh die makan ape.. Nak cuti, cuti I ciput.. harus lah kena gi keje kan.. Tapi dalam hati ni, berat je nak tinggalkan die.. Tak pe nak, Petang nanti ibu balik cepat ye..

Benda yang ditunggu2 dah sampai ko.. Semalam sampai.. buatkan I tersenyum sampai ke telinga.. dengan vangganya tunjuk kat Mr.M.. hahahaha.. die pon senyum sama.. tu yang best tue.. Untuk dapatkan benda e2, I kena tahan nafsu ko..

Gaji bulan ni, takde pon beli barang2 I.. pakai pon jimat cermat.. Ape Mr.M beli semua I tumpang.. namun nak beli sendiri takde lah.. Maklum lah I kan baru abis belajar.. ekonomi pon blum stabil lagi.. ala2 gitu.. tambahan nak beli benda yang besar nih.. memerlukan belanja yang banyak gak.. Kalo ada rezeki I beli 'benda' ni.. maknanya, makan tahun gak lah I pakai kete sedia ada sekarang.. tak yah dok berangan2 nak pakai kete baru..

Melainkan I dapat rezeki keje yang lebih tinggi n gaji lebih banyak.. baru le kot nak tukar kete.. huhuhuhu..
Google