Saturday, March 26, 2011

Thaqif mewarisi.. (What is G6PD?)





Teingat masa kecik2 dulu.. mak aku x kasi aku makan buah limau banyak2.. sebabnya aku ade G6PD... pelik kan name tue.. mungkin ramai yang tak tau pasal benda nih... jap lagi aku attach kan sekali pasal benda nih...





Sampai sekarang aku masih lagi berpantang.. tak makan Kacang Parang & elakkan bau ubat gegat.. Seingat aku, masa aku sekolah menengah dulu.. makcik aku, seorang doktor.. sekarang die Pengarah kat Hospital Tampin. n.9... Die kate G6PD nih boleh jadi normal bile kite meningkat dewasa.. dulu aku ade le wat ujian darah.. nak tau normal ke tak.. masa tue aku bru tingkatan 3.. lepas ambik darah tue.. aku terus diam, tak gi tengok result die mcm aner.. aku ingatkan lepas tau result tu, diorang antar surat (result).. punye le sengal!!.. sekarang nih baru teringat pasal nih..


mmm.. cian lah anak aku, kalo die mewarisi.. actually, benda nih tak berbahaya.. tapi kami yang ada masalah nih, alahan pada ubat demam malaria, kalo tak salah aku le..





InsyaAllah, nx appointment ngan doktor seri kembangan.. aku nk wat ujian darah sekali le.. nak tengok dah normal ke blm..






Update : Lepas wat n3 nih.. terus google penawar untuk benda nih.. fuhh lega.. relax arr.. tak bahaya mana pon.. sekarang pon banyak ubat.. huhuhu... (ayat nak sedapkan ati..)





G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.






Bagaimanakah G6PD diwarisi?

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma.


Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.



Komplikasi


Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).



Diagnosis


Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.



Rawatan


Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.



Ubat anti-malaria


Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.



Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.



Sejak dari dahulu lagi para askar yang akan memasuki hutan pada tempoh yang lebih dari sebulan akan diperlukan untuk membuat suntikan anti malaria terlebih dahulu sebelum mereka masuk ke hutan, namun ujian G6PD tetap perlu dijalankan sebelum suntikan pertama ubat anti malaria diberi kepada mereka.

No comments:

Google