Thursday, April 30, 2009
Public Holiday!!!!!
Esok hari pekerja, bermakna esok CUTI!!! yay!! cuti lame gak le, best nyer.. anak2 aku dah minta di bawa merewang-rewang.. nak gi jusco le, nak naik kuda le, nak gi playground le.. macam2 permintaan die.. ni baru sorang kalo sorang lagi pandai bercakap agak nyer die pon same. Mesti mr. M malas nak kuar. asalan die JEM. Alasan yang tak boleh diterima pakai langsung.. memang sejak zaman2 bercinta lagi die x suke sangat kuar berjalan2.. sekali2 je macam 1 bulan 1 kali ke.. die nie asyik nak keje je.. tension..
Masa bercinta dulu selalu gaduh sebab die x nak kuar jalan2.. kalo kuar pon bile die abis keje je, waktu malam.. itu pon temankan die menyantap.. kalo x, die x nak kuar pon.. So, masa tue pandai2 aku le kalo nak berjalan.. biasanye, aku le yang akan mengangkut member2 ke mana2 yang diplan.. kadang2 x kira le.. pukul 3 pagi pon boleh merewang lagi.. Agak2 mata x boleh tido je(especially malam minggu) ajak member gi rendam kaki kat air panas selayang.. bukan kira.. kadang2 agak2 boring je, mule le telefon sane telefon sini ajak diorang berkumpul.. share duit minyak, share duit tol.. Jalan..
Yang paling kerap aktiviti malam2 public holiday macam nie, kitaorang akan melepak kat kedai TOMYAM kat Bukit Teratai, Ampang.. sampai le kedai nak tutup, x tau le ape yang di borakkan. Pastu siangnyer, bantai cover tido yang terkureng tu.. Ataupon, beli stok makanan, gi le melepak kat Bukit Permai, Ampang.. tempat yang glamor kerete rosak.. kite orang x join le, aktiviti2 memparking kerete nie.. sebab ahli group aku ni, 3 dara (Cewah!!!) 1 je teruna..bile di kenangkan balik, rase rindu pada zaman2 solo dulu.. bebas ke mana2.. berjalan ke hapa ke.. xde orang nak larang, walaupon sekarang Mr. M x pernah larang aku nak ke mana, tapi sendiri mau ingat le Tanggungjawab yang perlu dipikul!!! Syurga di bawah telepak kaki suami ooiii!!!.. So, yang dulu2 tu hanya tinggal kenangan..
Ape2 pon.. kehidupan aku sekarang best jugak.. dikelilingi bidadari2 kecik ku dan di temani oleh teman sehidup semati ku.. Aku bersyukur kerana di kurniakan keluarga bahagia.. harap2 kami berbahagia dunia akhirat.. AMIN..
P.s: Selamat hari pekerja kepada sume readers yang bekerja.. (Boleh x macam tue? Bole le erkkk)
Teka-Teki Menguji Minda
1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
8) Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat klimaks pegang buah
9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Jangan lihat jawapan nya dulu ini jawapannya:-
1) Masukkan benang dalam jarum
2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
3) MILO AIS
4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkatsebelah aje.
5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
6) Semut yang matanya BENGKAK
7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat
8) Panjat pokok kelapa
9) Kambing binATANG
10) Ikan betina - ikan duyung,
ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR
Tuesday, April 28, 2009
SeLaMaT HaRi LaHiR SaYaNg
Ini le gambar kek yang x seberapa tue..
Malam tue die balik lewat dalam pukul 11.++. Puteri ku Umairah pon dah tido, tapi bile die tau je aku bagi die kek.. terus die kejutan anak emas die tue.. tengok le muke umairah tue.. baru bangun tido..
Monday, April 27, 2009
Comei nyer puteri-puteriku
Lilo..lilo..
Disebabkan x tahan dengan bauan nyer yang semakin busuk.. kerja2 memandikan dijalankan.. tengok le sedey je aku tengok.. semakin kursus.. sobar jelah..
Sunday, April 26, 2009
Norish reka cerita
bile p.k blik.. adat le artis.. kebanyakkan nyer memang macam nie..
Oleh ABIE ABDULLAH dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kelantangan pelakon, Nor’Asikin Karman atau Norish Karman, 34, yang beberapa kali membuat kenyataan terbuka mendakwa dia dan tiga anaknya ‘teraniaya’ akibat perbuatan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60, mencetuskan satu lagi kontroversi apabila bekas suaminya tampil menjawab dakwaan itu.
Menurut Hashimuddin, Norish memberi gambaran dia seorang yang zalim, malah sanggup menganiaya anak sendiri.
Katanya, perbuatan Norish mencemar imej dan peribadinya sebagai ahli perniagaan dan politik.
“Sebelum ini saya mendiamkan diri, tetapi kali ini saya tampil menjawab semua tuduhan yang dilempar kepada saya.
“Saya bukan hendak memalukan atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak, tetapi saya hendak memberitahu perkara sebenar. Saya mahu menjawab tuduhan terhadap saya kononnya saya tidak berhati perut,” katanya.
Sebelum ini Norish dilaporkan berkata, bekas suaminya merampas semula apa yang diberi kepadanya sejak mereka berpisah.
“Beliau (Hashimuddin) mahu melihat saya hidup susah dan terseksa tetapi beliau lupa, beliau turut menyeksa anak,” katanya.
Menurut Norish, dia hanya diberi RM700 untuk anak, membayar sendiri rumah sewanya dan tiada kenderaan.
“Saya hanya diberi RM700 untuk anak. Cukup ke hanya wang sejumlah itu untuk terus hidup?
“Saya tinggal di rumah sewa yang saya bayar sendiri dan tiada kenderaan. Bayangkan jika anak saya sakit, saya terpaksa usung mereka naik teksi untuk bawa ke klinik. Kalau keperluan sekolah tak cukup, kadangkala saya pinjam kereta kawan untuk bawa mereka. Saya tak kisah hidup susah, tetapi saya tak sampai hati melihat anak saya terpaksa berpanas terik dan meredah hujan bersama saya,” kata Norish dalam sebuah akhbar.
Hashimuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Menanti, Negeri Sembilan dari 1995 hingga 1999 berkata, dia bersedia untuk tampil selepas mempunyai maklumat lengkap dan tepat.
“Saya tak mahu buat fitnah. Jika dia kata saya menganiaya dia dan anak, ia tuduhan yang tidak berasas.
“Ingin saya nyatakan di sini, selepas bercerai dan dalam tempoh edah, saya yang bayar rumah sewa kami di Tropicana. Sepanjang tempoh edah (tiga bulan 10 hari), saya memberinya RM5,000 sebulan sebagai wang nafkah.
“Selepas tamat edah pada 15 Oktober 2008 saya keluar, tetapi dia masih menetap di situ selama tiga bulan dan selama itu juga saya membayar sewa untuknya sebanyak RM15,000,” katanya.
Menurut Hashimuddin, apabila Norish berpindah, atas dasar ihsan dia sekali lagi membantu dengan memberikan wang pendahuluan yang diperlukan sebanyak RM9,000.
“Kos berpindah juga saya yang tanggung sebanyak RM3,000. Dia hanya bawa badan.
“Selepas berpindah, dia minta bayar harga perabot kononnya untuk anak dan saya mengeluarkan lebih RM7,000. Pembantu rumahnya juga saya yang bayar gaji sebanyak RM700,” katanya.
Hashimuddin berkata, bagi kemudahan Norish dan anaknya, dia menyediakan kenderaan lengkap dengan pemandu.
“Kenderaan itu biasanya digunakan untuk menghantar anak ke sekolah, tetapi kadangkala Norish turut menggunakannya ke lokasi penggambaran.
“Pada masa sama, saya izinkan Norish menggunakan Nissan Murano yang dia gunakan ketika masih menjadi isteri saya, tetapi dengan syarat dia saja yang menggunakannya,” katanya.
Menurut Hashimuddin, Norish mengkhianati kepercayaan diberi apabila kenderaan itu turut ‘dikongsi’ bersama seorang lelaki.
“Saya ada bukti kenderaan itu turut digunakan Luqman (teman lelaki Norish kini). Bagaimanapun, saya tetap memberi peluang dengan menegurnya.
“Selepas beberapa kali ditegur, dia ingkar dan saya terpaksa ambil semula kenderaan itu,” katanya.
Hashimuddin berkata, memang benar dia hanya memberi RM700 untuk keperluan anaknya, namun jumlah itu hanya untuk keperluan ringan seperti membeli makanan kerana semua keperluan anaknya seperti pakaian, yuran sekolah dan peralatan sekolah sudah disediakannya.
Katanya, dia turut memperuntukkan pembelian barangan dapur berjumlah RM700 hingga RM1,000 sebulan.
“Saya beritahu Norish, kalau jumlah itu (RM700 untuk anak) tidak cukup, telefon saja kerana saya menyimpan wang tunai khusus untuk anak.
“Saya sediakan semua kemudahan secara bukan tunai kerana saya tidak percaya Norish. Dia tak amanah,” katanya.
Tanpa berselindung, Hashimuddin mengakui dia kecewa dengan perbuatan Norish yang menjatuhkan imej dan maruah peribadinya.
“Sepuluh tahun hidup bersama, perasaan sayang itu memang ada, tetapi apabila saya membaca kenyataannya di akhbar, hancur luluh hati saya.
“Gambaran dibuat seolah-olah saya menganiayanya. Ketika dia buat hubungan sulit dulu (ketika saya masih suaminya), siapa yang sebenarnya teraniaya? Jika saya berdendam, mengapa saya masih membantunya?” katanya.
Di akhir pertemuan, Hashimuddin mengulangi: “Siapa yang teraniaya sebenarnya?"
Titun lambat..
lepas nie aku nak cube godek2 blog orang laen.. ok le, malas nak taip pepanjang.. aku nak layan blog lg nie..
Friday, April 24, 2009
Sisih.. sapu... susun... & Sentiasa Amal (4S)
Wednesday, April 22, 2009
Menyesal..menyesal..
Sekarang aku menyesal sesangat.. kalo bleh aku nak balik cium dier,, Pagi tadi sebelum aku pergi kerja die bangun dan salam aku.. TERHARUNYE.. Kalo bleh aku nak didik anak-anak aku jadi insan yang sempurna.. dan kalo boleh, aku nak jadi tempat luahan perasaan diorang waktu diorang meningkat dewasa nanti..
Tapi, aku ni panas baran. Kadang-kadang kalo aku ni terlalu marah sangat, sampai mengigil-gigil menahannye. Tolong readers, kalo2 ader petua untuk tahan marah, tlg bg advise kat aku ye..
Monday, April 20, 2009
Proton Exora
Tp kena tunggu lagi 2-3 tahun lagi, tunggu hutung piutang ku settle dulu.. tak sabar nak merasa bawa kete baru.. ( berangan btul!!!) Ini die gambar Proton Exora yang dimaksudkan...
Ini plak harga dier... MAMPUKAH AKU?????
Sunday, April 19, 2009
Hari Minggu..
Yang si kakak plak, kalo nak tido mesti cari abah die.. mungkin die merajuk sebab dapat adik awal sket.. sob..sob..
Cakap pasal si kakak ni.. Kebelakangan ini suke sangat tengok WONDER PET.. siap nyanyi2 lagi.. masa aku tengah taip N3 ni, die tengok aku upload gambar wonder pets, cepat2 die gi buke tv.. sebab nak tengok 'wonlepet..'
Cartoon favorite Si Kakak..
Ini plak lirik lagu yang sibuk2 anak aku nyanyikan..
Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, Wonder Pets! Yay!Apa yang penting??
Kerja~sama~!Apa yang penting?Kerja~sama~!
Thursday, April 16, 2009
Aktiviti Family Day MKD
Anak Sape nie???
Tuesday, April 14, 2009
Family Day BMKD
Rumah Zalilah..
Ini gambar2 yang sempat aku snap..
Friday, April 10, 2009
Adriana Sofea
Thursday, April 9, 2009
??????
Hehehe.. cantik nyer MOF..
Masa Dulu2 zaman2 belaja dulu, kalo aku gi Putrajaya je aku jadi kagum ngan bangunan yang cantik2 .. Sambil2 meronda2 aku berdoa 'minta2 aku dapat keje gov, n keje kt Putrajaya!!' sebenarnye bile dah keje kat sini x de ape pon yang special.. Apa2 pon aku bersyukur kerana permintaan aku dikabulkan ALLAH, walaupon jawatan yang x seberapa..
Tuesday, April 7, 2009
Tanggung Kerja!!!
Topik kite Ari ni, Tanggung Kerja!! Alhamdulillah, aku dapat tanggung kerja bermula 17.03.09 berikutan tiada pengganti PA yang bertukar. Walaupun agak sibuk sket tapi aku bersyukur kerana boleh dapat duit tambahan. harap2 aku boleh menjalankan amanah yang diberikan sesempurna mungkin.
P/s: Sebenarnye aku ni ketandusan Idea, tapi ku gagahkan juga untuk memenuhikan blog aku yang dah lame x updated..