Friday, March 19, 2010

Apa daaa...

N3 yang lepas.. Muhammad Thaqif Bin Muhamad... Sebenarnya korang, aku nak bagi tafsiran nama anak aku tu.. Tapi aku lupe le plak.. Bile dah melalut pepanjang, tetiba rasa sakit belakang.. so, kena le rehat.. bile ari ni aku baca balik N3 tu.. baru je teringat nak bagitahu makna die kat korang semua.. Isk.. isk..

OK lah.. ni makna die.. simple je, tapi saje je nak memenuhkan blog aku ni.. tak le sunyi sangat..

Muhammad = Yang terpuji

Thaqif = Bijak & cepat faham

Selasa lepas, kawan2 opis aku datang tanya nama baby.. Nama tu betul dah aku bgtau, tang makna die tak betul.. So, sori ye.. ni die makna yang sebenar..

Pastu semalam Mr. M kesayangan aku nih, soh letak selain 'Muhammad'. Alasan die "abang dah ada muhamad.." Dan aku tak pon bercadang nak tukar sebab aku dah rase sesuai..

Tu je kot.. aku rase nak stop dah.. Sekali lagi aku ditegur.. "Aiii.. macam dah sihat je.."

jadi kite berhenti setakat ni dulu.. Aku nak kembali jadi orang sakit balik.. Jadi orang sakit nih best.. Dilayan macam puteri.. Ok le layanzzzzzzz....


Thaqif ku tersenyum..


Masa ni tengah tidur le plak

Yang ni.. Nak senyum pon ade..

Menggeliat..

Thursday, March 18, 2010

Sambungan N3 16/3

Ok.. selepas aku ditolak ke dewan pembedahan..

Sesampai je kat sane, Para pembantu juru bedah datang meluru pada aku.. Pakar bius plak, minta aku sign itu ini.. Sibuk tanyakan bermacam2 soalan.. Yang lain2 plak, pantas wat keje.. Macam aku nih kritikal2 sangat.. dalam masa beberapa minit semua dah siap.. Tinggal untuk dibedah je..

Pakar bius plak, sibuk melayan aku. sebab die tak nak bagi aku takut sangat kot..!! Sambil die terangkan apa yang diorang tengah buat kat perut aku.. Pastu die soh aku tidor.. Dia akan kejutkan lepas semuanya siap..

Masa dieorang tolak2 perut aku.. Aku bukak mata.. Tengok kat lampu kat atas.. Nampak apa yang diorang wat.. Tengok diorang kuarkan anak aku.. Kuar je dari perut aku nih.. Die menanggis sakan.. Tanda2 Positif.. Aku tersenyum lebar!!

Pastu pakar bedah bagitau kat aku.. Anak aku dah dikeluarkan.. Tak lame lepas tue, diorang tunjuk anak aku kat aku.. Benda pertama yang aku tengok... JANTINA die.. pastu muka die.. Dalam hati aku.. "Kenapa telur die hitam??" Isk.. bile diingatkan balik, nak gelak pon ade..

Dah settle semuanya, pakar bius kejutkan aku.. Aku buka mata, die cakap semua dah settle, pastu aku ditolak ke bilik pemulihan.. Masa tu aku dah terketar2.. Sejuk nak mampus!!!.. Bile aku bersembang dengan pembantu juru bedah tadi, kebetulan besday die ngan aku tak jauh.. selang sehari.. aku 3/8/1983 die 4/8/1983.. siap berkenalan lagikss.. Die kata aku sejuk bukan sebab air-cond diorang.. Tapi kesan dari ubat bius..

Setengah jam lepas tu, diorang panggil Jururawat Wad 2A.. soh datang ambik aku.. Mulut aku tak lepas Ucapkan 'Terima Kasih' pada diorang.. Sebab aku rase terhutang budi kat diorang sebab diorang nak berusaha menyelamatkan aku..

Sekali lagiks.. mana le tau kot2 diorang terbaca N3 nie... Terima kasih kepada semua para Doktor, Juru bedah, jururawat 2A di Hospital Putrajaya yang telah berusaha menyelamatkan aku..

Insya Allah, akan aku sambung lagi esok.. Pinggang dah sakit macam nak patah dah..

bye..

Wednesday, March 17, 2010

Muhammad Thaqif Bin Muhamad

Salam semua readers..

Aku masih lagi dok relaxs2 dalam bilik.. bersama baby baru.. Dah settle semuanya baru boleh update blog.. Sebelum aku update blog ni, Pn. Emy ade call aku.. Die kata.. "Eiii.. ko ni bukan macam dalam pantang, sempat update blog.."

Hehehehe.. boring tau!!! dok melagut je.. Kalo bersalin normal, banyak le keje.. Nak kena bertungku.. Tapi bersalin operate nih kena banyak relax.. Aku nih, mane bleh dok diam lelama.. Mati kutu!!

Masa lepas operate tu pon, die soh baring selama 6 jam.. tak bleh berjalan2.. Aku dah risau dah.. kalo nak ikutkan pukul 11 mlm baru cukup 6 jam.. tapi pukul 9 aku dah gelisah!!..

Pukul 10 lebih, aku dah soh diorang cabut tiub air kencing tue.. Lepas tu, aku tanya dah boleh bangun blm?? Diorang bagi jelah.. Lega dapat bebas.. hehehe.. Tapi aku masih berhati2.. Buat plan2.. dan sekarang pon same.. masih berhati2 dalam wat segala pergerakan.. Sebab masih lagi terasa sakit..

Apa2 pon Alhamdulillah.. Aku Dah selamat.. Syukur kepada Ilahi, sebab memberi aku peluang hidup atas muka bumi ni lagi..

Kejap lagi aku sambung N3 semalam ye.. Tungguuuu!!!


Sakit.. Tapi berbaloi2..


Hasil dari kesakitan yang aku tanggung..

Alhamdulillah.. Sihat dan sempurna

Masa awal pagi.. Kena jemur.. Sebab takut kena kuning..

Tuesday, March 16, 2010

Alhamdulillah.. Selamat dah

Salam semua.. Ketika korang baca N3 nie, aku sedang bercuti panjang gilerrrr!!! Yabeda bedu!!!. Aku tengah happy sekarang sebab aku dah pon selamat melahirkan seorang lagi zuriat.

Tepat jam 3.37pm 14hb Mac 2010, aku selamat melahirkan seorang putera. secara Caesarean Section.. Tak pernah2 kena operate, kali nih kena plak.. huhhh!!! Sakit kiuttt!!! serik nak ada baby lagi..

Pada 13hb Mac, aku gi serah diri di Hospital Putrajaya.. Atas arahan doktor ok.. Seperti yang diajdualkan, 14hb aku akan di 'induce'. Pagi 14hb, masa awal pagi.. Diorang wat 'CTG' pada heartbeat baby.. diorang dapat trace graf pada CTG tue, pada kadar yang kurang memuaskan..
Setelah 2-3 jam wat CTG, keadaan masih tak berubah.. masa tu doktor dah arahkan aku gi bilik prosedur untuk tengok bukaan jalan.. Sekali gus nak pecahkan air ketuban aku..

Doktor : Puan, sekarang puan gi ke bilik prosedur, i nak tengok air ketuban u.. Kalo air ketuban tu warna hijau.. U kena sedia, sebab U kena operate.. Kalo air ketuban tu ok.. I bagi u peluang bersalin secara normal..
Panik le masa tue.. usah le cerita.. muka aku pucat lesi, kalo toreh pon x berdarah kot.. Bukan ape, kalo boleh tak nak kena operate2 nih.. Melahirkan secara pembedahan memang menyakitkan dan menyusahkan..

Setelah bertarung dengan kesakitan selama 6jam..(bersalinkan anak2 yang sebelum2 ni tak pon cam tue) bertemankan suami disisi.. (ekekeke.. die pon serik tengok aku bertarung nyawa masa tue..) Percubaan demi percubaan untuk bersalin normal gagal!!.. Aku ditolak ke dewan bedah..

Yang nih.. InsyaAllah, esok2 aku sambung ok.. Layan gambau nih dulu..

2 Jam selepas dilahirkan

Lebatnya kening..
Hidung die kombang ke mancung??
Cutenya anak aku..
Alhamdulillah setelah bertarung nyawa.. Inilah hasilnya..
Budak kuat tidoo..
Sehari selepas dilahirkan

Tidoo lagikss..

Saturday, March 13, 2010

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).

Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.

Andai kata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.


MENGURUS TEMBUNI/ URI

Mengikut Kamus Dewan tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan orang tempatan.

Bagi mereka yang melahirkan anak di rumah sakit, pada kebiasaannya, tembuni diserahkan kepada pihak keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh masyarakat kita.

Pada kebiasaannya, tembuni tersebut terlebih dahulu dibersihkan. Selepas itu tembuni akan disimpan dalam bayung atau dibungkus dalam suatu bekas untuk ditanam. Ada sebahagian orang menggantungkannya di tiang atau pohon pokok dan didapati juga menyimpannya.

Selain itu ada juga orang membuangkannya ke dalam tong sampah atau menghanyutkannya di sungai-sungai.Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.

Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan. Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya. Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupaka anggota badan yang tidak haram dilihat.

Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam. Oleh yang demikian sewajarnya orang Islam mengetahui adab-adab Islam dan tidak mengabaikannya kerana Islam mengajarkan umatnya dari semua sudut kehidupan termasuk menjaga kebersihan diri dan anggota tubuh badan hinggalah kebersihan rumah dan halaman.

Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya:“Sesungguhnya (Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Bersihkanlah halaman (rumah) kamu”.

(Hadis riwayat Al-Tarmizi)

Friday, March 12, 2010

Kalau itu tertulis buat ku

Di pagi2 jumaat nih, aku masih lagi diberi cuti oleh doktor.. Mr.M pon tak galakkan aku gi kerja dah.. Sebab semakin sarat. Tapi baby nih masih tak nak kuar dari alam rahim lagi. Mungkin dok kat dalam lagi best, boleh makan nasi lemak, burger, pizza, KFC.. Aku pon lebih senang berehat je kat umah..

Aku hanya di peluang sehingga malam ni je lagi.. Kalo masih lagi tak bersalin, esok pukul 2pm aku akan gi menyerah diri kat Hospital Putrajaya.. Dah tak kisah dan malas nak p.k2 apa para2 doktor nak wat , Janji aku dengan baby aku selamat.. Macam2 pengalaman yang aku dengar tentang 'induce' ni.. Tapi semua tu bergantung kepada rezeki aku.. Kalo aku diberikan 'kemudahan' oleh-Nya, Alhamdulillah.. Tak seandainya Dia ingin menguji ku.. Hanya satu ku pohon, biarlah aku diuji mengikut kemampuan aku sahaja.. AMIN..

Suka @ tak.. Hari ahad ni (InsyaAllah) aku akan dapat baby baru.. Alhamdulillah.. Saat2 yang aku nantikan..

Terima kasih kepada kawan2 yang banyak mendoakan untuk aku.. Tak kurang tu jugak, ramai yang bagi aku sokongan dan kata perangsang kepada aku.. Jasa kamu semua, hanya ALLAH yang dapat membalasnya..

InsyaAllah, mungkin 2@3 hari lagi, lepas aku balik dari berjuang.. Akan ku updated lagi blog aku nih.. Moga-moga semua yang akan aku lalui akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.. AMIN

Thursday, March 11, 2010

Sorang lagi dah Lepasss..

8/3/2010.. Sorang lagi kawan seperjuangan aku dah lepas.. Aku je tak lepas-lepas lagiks.. Agak2 tension le jugak.. Kawan rapat aku masa kat Lemb Peperiksaan Parcel E.. Siti Maryam..

Ct dapat baby 'Girl'.. Berat masa lahir 2.7kg.. pukul 10.29am.. Tahniah Ct.. Semoga dengan kehadiran orang baru nie, akan menyerikan kehidupan rumah tangga ct ye..





Wednesday, March 10, 2010

Jangan Gunakan Telefon Bimbit Dalam Tandas Awam!!!

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,“Haa, camna sekarang ?”Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal.

Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi, “Kau nak gi mana ni??” Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”. Lepas suara tu bertanya lagi, “Bila kau nak gerak??”. Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Dalam ati aku berkata2.. mcm mana org sebelah ni boleh kenal aku.. siapa dia ni sebenarnya.. baru jer aku nak bertanya...

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap dan jgn bercakap masa berak... hehehe...

hehehehehe.. Lawak-lawak..

Tinggal 4 hari lagi

Setelah ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi.. due date aku tinggal 4 hari lagi. Agak kerisauan le jugak.. risau kalo aku kena induce nanti.. Risau kesakitan yang akan aku tanggung nanti..

Tapi menurut kawan aku, (die baru bersalin 16/2 ari tu) induce tu tak sakit.. cume rase sakit nak bersalin je.. Tapi ntah le macam2 citer yang aku dengar.. Apa2 pon aku berserah pada yang Esa, Moga2 dipermudahkan proses bersalin aku nanti.. AMIN..

Tak putus2 aku berdoa agar aku bersalin sebelum 13hb nie.. Alhamdulillah, kawan2 sekeliling pon ramai yang mendoakan aku bersalin sebelum due date.. Terima Kasih kepada kawan2 yang banyak memberi dorongan dan sokongan pada aku.. Jasa korang semua akan ku kenang dan semoga Allah membalasnya..

Monday, March 8, 2010

Aku masih disini

Soalan cepu emas yang mak aku bagi di awal2 pagi...

"Ko ni bile nak bersalin ni??"

Huhhhh... Berpeluh siot!!! pepagi dah kena presure!! Tension gak.. Mak aku tu tak bermaksud nak bagi 'tekanan' pada aku, tapi die risau bile tengok aku ni tak lepas2 lagi.. Masa tanya tu pon, mak aku siap geleng2 kepala ngan berkerut2 dahi lagiks..

Aku bermohon pada yang Esa agar dapat bersalin sebelum 13hb.. Kalo tak, 13hb petang aku kena masuk hospital.. Diorang nak induce.. Apa2 pon aku dah malas nak p.k, buat masa sekarang ni aku redha je apa yang berlaku.. Doaku, semoga proses bersalin akan dipermudahkan dan Selamat ketika melahirkan.. AMIN..

Wednesday, March 3, 2010

Ngeri

Ngeri2.. walaupun citer ni agak2 basi tapi aku nak share jugak kat sini.. Semalam aku gi check up kat hospital Putrajaya.. Alhamdulillah segalanya ok.. Ok baby, berat die pon ok tak besar sangat.. Keadaan aku pon ok.. Takde darah tinggi seperti nurse2 kat Klinik Seri Kembangan cakap..
Tapi ade satu lagi yang tak ok (semalam je tau!!), Bila doktor dah scan, doktor soh aku baring kat katil lagi satu.. Alamak!! ape die nak wat nih??? Ayat yang tak tahan.. "Puan, tolong baring ye.. saya nak check jalan.." Mak aiii.. mampus aku!! aku plak cakap.. "Doktor, kalo tak cek boleh tak???"... "Tak boleh!!" lembut tapi tegas...
Aduhhh!!! gile betul le, aku diseluk hidup2.. Kalo seluk time aku dah sakit nak bersalin tak pe le jugak.. ni masa aku takde rase sakit apa.. tapi diseluk!!! Memang menyakitkan!! sampai ke petang semalam, aku rase sakitnya.. Asal nak gi kencing je takut!!.. Koyak ok!!
Lepas tue, doktor bagi pesanan penaja.. "Puan, kalo nak bersalin cepat.. kena selalu 'bersama' suami.." aduhh.. Dalam keadaan sarat2 nih, aku memang dah tak larat nak sentiasa nak jalankan 'tanggungjawab' yang tuh.. penat!!
Yang last sekali die pesan.. "Kalo tak bersalin lagi sampai due date aku (14hb Mac).. 13hb petang kena masuk wad.. Pastu diorang nak induce.. Dan kena bersalin pada 14hb sharp!!.." Sungguh menakutkan.. Minta2 le baby nak kuar dengan rela hati die sebelum kena paksa! AMIN..
Kepada readers, aku mohon korang doakan aku supaya tidak di induce ye...Thanks..

Tuesday, March 2, 2010

Apa itu darah tinggi?? Mengubati Darah Tinggi

Apakah itu darah tinggi?

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.

Apakah itu tekanan darah tinggi?

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu.

Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras.

Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini.

Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).


Tanda dan gejala

� Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

� Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.


Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat.

Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.

Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.


Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:
� Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
� Peranti elektronik yang disahkan.
� Peranti tekanan darah ambulatori automatik


Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:

� Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.

� Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.

� Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.


Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda.

Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.


Faktor yang anda boleh kawal

� Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda.

� Senaman- boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.

� Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan

� Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah anda

� Kurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah.

� Kurangkan stres - tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.

� Pil perancang keluarga - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

� Memakan makanan rendah lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan

� Kurangkan pengambilan alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda

� Kurangkan pengambilan garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.

� Kurangkan stres- tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.

� Pil perancang keluarga- sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.Faktor di luar kawalan anda

� Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi

� Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur

� Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.

� Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi

� Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.


Cara Mengubatinya :

1. Rebus sedikit daun belimbing besi dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga air rebusan berubah menjadi kuning. Minum sebanyak 3 kali sehari

2. dapatkan akar pokok bakawali sepanjang lilitan di perut anda. Kemudian kerat kecil2 dan keringkan. Makan selepas sarapan pagi. Selain itu, air rebusan juga boleh diminum. amalkan setiap pagi.

3. Bersihkan pucuk betik dan rebus hingga mendidih. Kemudian, minum air rebusan dengan daun betik tersebut. Amalkan secara berterusan.

4. Ketuk bebrapa batang serai. Kemudian rebus bersama empat mangkuk air, renehkan sehingga jadi 1 mangkuk air. Amalkan minum air rebusan serai 2 kali sehari.

5. Belah 3 biji epal hijau (yang masam) dan masukkan dalam periuk berisi 3 cawan air. Didihkan hingga buah lembut dan kecut. Kemudian air buah epal tadi bolehlah diminum. Amalkan selalu.

6. Makan 2 biji belimbing buluh muda setiap hari. Amalkan setiap hari sehingga darah turun. Kurangkan makanan yang banyak mengandungi garam dan lemak serta elakkan makan daging

7. Tumbuk 3 ulas bawang putih yang telah dibersihkan. Kemudian rendamkan dengan segelas air suam. Amalkan 2 kali sehari.

8. Tumbuk 2 genggam daun cermai dengan beberapa titis air. Kemudian jus pekat yang diperolehi dari perahan daun cermai hendaklah diminum 2 kali sehari. Rasanya agak pahit tetapi berkhasiat untuk mengubati darah tinggi.

9. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum.

10. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segalas air. Tapis dan minum setiap hari.

11. Perah sebiji limau nipis kemudian campurkan dengan air sejuk sebanyak 1 gelas. amalkan setiap pagi dan petang sehingga darah tinggi turun.

12. Masukkan 3 sudu serbuk kopi ke dalam cawan. Perahkan 2 biji limau nipis, kemudian gaulkan bersama kopi tadi (tanpa air). Amalkan minum ramuan ini 2 kali seminggu sebelum sarapan.

Rindunya kat Member2..

Isk.. rindunya kat member-member poli aku dulu.. Masa nih muke memasing happy semacam sebab dah berjaya menamatkan pengajian. Layan jelah gambar2 ni, takde idea nak taip.. Apa yang pasti aku rindu nak jumpa dengan diorang, harap2 aku dapat jumpa dengan diorang ni sume satu hari nanti..

Bersama Kawan2 Kamceng
Dari Kiri : Aku, Liza, Aishah, Ee Ling Dan Rosni


Bersama rakan sekelas.

Monday, March 1, 2010

Gambar anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine

Akhirnya gambar anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine diperkenalkan juga kepada umum, Anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine yang diberi nama Tengku Ratu Haidar itu diperkenalkan kepada media semalam di Bora Ombak, Ampang setelah 4 bulan Ratu dilahirkan… hampir seramai 100 orang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut…

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan-rakan artis seperti Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu yang dilahirkan pada 27 Oktober 2009 yang lalu memang comel dengan berbaju serba putih termasuk semua tetamu yang hadir turut memakai baju bewarna putih sebab tema bagi majlis tersebut adalah warna putih, emas dan krim.

Selain itu beberapa persembahan artis dan diikuti dengan bacaan doa tanda kesyukuran turut meyempurnakan majlis memperkenalkan anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine itu..

Taniah buat Que Haidar dan Linda Jasmine kerana memiliki seorang anak perempuan yang comel dan pastinya cantik bila dah besar nanti…







Google